i g0t n9!!

10:43:00 PM 0 Comments A+ a-


Syukur Alhamdulilah...
daku da tahu tempat posting di mana....

Member2 FB kecoh result penempatan da kua...
daku dengan excitednya try la buka laman web KKM...
arghhh....hampanyer...isi no ic xleh masuk gak...
ishhh npe ni?
geramnyer.....da la excited nak tahu...
web ni plak wat hal.....hish2.....

Last2 daku suh je mmber daku watkan....
Eh boleh plak......
tahniah jijah.............ko dapat kat n9....
9/8/10 ni lapor diri kt Pejabat Kesihatan N9...


Nama NUR AZIZAH BINTI YAHAYA
No. Kad pengenalan / Pasport 880524-52-%^&#
Jawatan JURURAWAT GRED U29
Tempat melapor diri JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN
Urusan PENEMPATAN JURURAWAT GRED U29
Tempat penempatan wajib JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN
Tarikh penempatan 09-08-2010


yahoooo....yabedabedu.........
Daku dapat N9!! Syukur...
dekat la daku gan kg halaman....
Tp malangnyer daku terpaksa la beraya di hospital tahun ni...
nasib la badan..pengalaman kan...hukhuk...;(

dan petang tadi lepas tahu posting dr on9...
daku pon terimalah surat pelantikan dr KKM..
surat yang mengandungi aku setuju,akuan sumpah dan medical checkup...


p/s : daku lapor diri 2hari sebelom puasa....n nmpknya beraya d wad la...
sedihnye dgr takbir raya...huhuhu ;(
sebaik dlm n9 ag...leh balek kg......

not in mood!!

1:54:00 PM 0 Comments A+ a-


Semalam....
mmg daku xde mood langsung....
abis wall fb daku penuh gan marah org je...
sebab makhluk 2 sekor...
geram je....

LANTAK AKULAH NAK LETAK APA KAT WALL AKU!!!

yg die sebuk2 nak tahu apasal...
sukati daku la nak keje ke x...
sukati daku la nak tidoo makan ke x kt umah...
ada daku myusahkan die ke...
ada daku kacau hidup die ke....

xde kan.....???

daku tahu die nak gurau........
sory la bro......ko punye gurau xkena tempat ok...
lantak daku la nak sensitif ke ape...
lantak daku la nak mental ke ape...
daku xkacau hidup ko..ko jgn kacau hidup daku!!!

tu je daku mintak.....

so....lu pkir la sendiri...
kerana mulut badan binasa......
adiooosss.....

Kenapa tak rogol saya?

7:35:00 PM 0 Comments A+ a-

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


Angin....Sampaikan Salam Rinduku Padanya...

7:26:00 PM 5 Comments A+ a-


Malam ini aku memikirkanmu lagi,
nafasku menjadi sesak,
jantungku berdegup kencang,
nadiku berlagu sepi,
Jiwaku kosong,
mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu...

Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung,
melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
melaungkan begitu gilanya cintaku padamu,
agar kamu tahu bagaimana tersiksanya,
memendamkan perasaan bertahun lamanya...

Wahai angin...bantulah aku,
sampaikanlah salam rinduku padanya,
yang tidak pernah terucapkan,
agar dia tahu aku merinduinya di sini...

Wahai sang burung...tolonglah aku,
berkicaulah dengan merdu,
supaya dia mengerti bait-bait cinta,
yang sudah tersusun indah untuknya...

Wahai hujan,aku berharap,
turunlah dengan gerimis,
agar dia tahu betapa sunyinya aku di sini,
tanpanya...

Wahai pelangi,mintaku,
bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
supaya dia tahu sesungguhnya aku di sini,
masih berharap dihatinya...

Ya Allah,
aku memohon,aku merayu,aku bersujud padamu,
jatuhkanlah hatinya padaku,
agar aku akan menjadi sesuatu yang halal baginya,
agar aku bisa melewati waktu-waktu yang tersisa kini dengannya,

Ya Allah,
sekiranya dia bukan tercipta untukku,
jauhkanlah aku dengannya,
agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini,
untuk terus berharap...

Ya Allah,
sekiranya waktuku telah habis,
aku mohon padaMu,
tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya,
kerana hanya ENGKAU sahaja yang tahu,
rahsia yang paling indah seumur hidupku...

Duhai pujaan hatiku sayang,
mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoret khas buatmu,
cuma satu yang aku mahu kamu mengerti,
kamu terlalu sempurna untuk aku dekati,
maafkan andai aku tidak sempurna,
tetapi mengertilah kamu wahai lelaki kasayanganku,
sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin mencegahnya...



Lelaki idaman setiap wanita..

10:15:00 PM 0 Comments A+ a-


Lelaki idaman daku adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman daku adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman daku adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman daku
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman daku…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman daku…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman daku adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa daku bersama…
Dialah lelaki idaman daku…


p/s: daku syg sgt hubby daku...always in my mind ;)



Lelaki dan Perempuan apa bezanya??

7:54:00 PM 0 Comments A+ a-



Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-



Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.


CINTA

6:50:00 PM 0 Comments A+ a-



Saat pertama kali ku melihatmu
Jantungku mulai berdegup kencang
Sejak saat itu
Malam-malamku penuh mimpi tentangmu
Setiap kali bersamamu
Serasa ku terbang melayang
Anganku membawamu turut serta
Menghadapi ribuan bintang di langit
Aku jatuh cinta padamu
Jatuh cinta yang pertama
Aku jatuh cinta padamu
Dan kau pun begitu padaku
Ku mohon.. jangan lukai aku..
Ini yang pertama buatku
Ku ingin yang paling indah
Walau pun nanti berpisah
Kisah ini tak kan terlupakan..


~Take my hand & never let go~

6:08:00 PM 0 Comments A+ a-

10 Faktor Memilih Pasangan

5:51:00 PM 0 Comments A+ a-


Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja.
Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.
Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan factor-faktor berikut :

  • TEMPOH MASA PERKENALAN.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

  • MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

  • HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

  • MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

  • BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

  • BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

  • PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

  • MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

  • KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

  • KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.


P/S : NO. 1 Tak tahu kajian dilakukan dimana. Rasanya tak semua perkenalan jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang berjaya . Kemungkinan perkenalan jangka panjang lebih banyak berjaya disebabkan peratusan perkahwinan berdasarkan perkenalan jangka panjang lebih tinggi berbanding jangka pendek. Tapi kan daku rasa, perkenalan jangka pendek boleh juga berjaya , asal saja pasangan tersebut sedia menghadapi segala risikonya, dan redha . Mana mungkin kita boleh mengenali orang sepenuhnya hanya dalam masa beberapa bulan. Boleh saja tempoh perkenalan tersebut dilanjutkan sehingga selepas berkahwin. Emm apa- apapun kita hendaklah bersedia menghadapi segala kekurangan dan kelebihannya. Daku rasa, kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang berjaya, bukan la disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka telah masing masing redha diatas kelebihan dan kekurangan masing masing walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seadanya.

Selamat Beramal ;)

Ayat-ayat cinta

11:21:00 PM 0 Comments A+ a-



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

...Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu
...

Amin................(^_-)

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

8:55:00 PM 0 Comments A+ a-

Lagi kes buang bayi~~

2010/07/24

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul di sini, malam tadi.
Mayat yang masih bertali pusat dan diselimut dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah pada jam 10 malam tadi oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu."Ketika lelaki itu menggeledah tong sampah untuk mencari barang yang boleh dikitar semula, dia menemui satu bungkusan plastik yang berisi mayat bayi itu bersama urinya," kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi hari in i.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang dalam tempoh kurang dari empat jam sebelum mayatnya ditemui.Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA


Sekadar renungan bersama :


menyayat hati...kesiannya...:(


bayi ini xberdosa pon...bersih seperti kain putih...


budak sekolah agama buang bayi..apa sudah jadi??


lagi....buang bayi..



semasa bulan ramadhan.. bawak2 la beribadat...

utusan malaysia...bayi dbuang lagi....Astaga...


Inilah kesan pengaruh budaya asing yg seterusnya meningkatkan gejala sosial






Maka,,,,Kami prihatin....Gejala buang bayi tangani lah dengan serius!!
Anda bijak menjauhi ZINA!!


Salam ukhuwah ;)


10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

7:34:00 PM 0 Comments A+ a-




Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

I'm a nurse from now!

1:21:00 PM 0 Comments A+ a-


Hai...salam kalian.......

Berbalik dengan tajuk tu...mesti kalian tahu kan pe yg daku nk cter....
YeZza!!
daku a staff nurse from now!
syukur Alhamdulillah ;)
berkat doa family,kawan2,my syg n kalian sume
daku berjaya dengan jayanya dalam nursing...
exctually..da lama da result LJM kua..
tp baru nk masuk utk entry kali ini...huhu
so...dgn masa terluang daku pon post la entry ni...

Berbaloi2 dengan pengorbanan daku study 3 tahun...
memerah otak keringat..bjaga siang malam..
mbanting tulang..* mcm petani pulak da...*hahha

3tahun penuh dengan cabaran dan dugaan..
setiap 1 sem penuh dengan teori,paktikal...
tp yg best paktikal...
dpt p merantau hosp jauh2...

sem 1~ Hosp jasin melaka
sem 2~ Hosp kemaman,Terengganu



sem 3~ Hosp Kuala Lumpur (HKL)
sem 4~ Hosp Jitra,Kedah
sem 5~ Hosp Kuala Lumpur (HKL)
sem 6~ HTAN,Kuala Pilah

1 je gmba yg ade...sory la kalian...
daku ni bukan fotogenik oke...
so xde la gmba2 nyer...huhu

Now...i'm waiting abg posmen...
posto..posto..;)
untuk dtempatkan ke area posting keje...
erm..masih menunggu dan terus menunggu....;)









I'm back!! ;)

10:15:00 PM 0 Comments A+ a-


Salammmm....;)

rasa lamanya xupdate blog comey jijah ni..huhu (comey la sgt~~)
bukan pe..i lupa la pasword...xingat2..huhu
ble da lupa mls la nk reniew blek..xde masa den ni ha....huhu

tp arini tibe2 rasa nk buat blog baru sbb blog ni da xingat pasword...
godeh punyer godeh......hasilnya.......
alamak email yg sama xleh guna ag la...huhu
so nak xnak kena la reniew pasword baru....ok la tu kan dpt blek citer2
dlm blog sebelom ni kan...

YES! daku bjaya jugak reniew pasword.....hasilnya blog ni kembali kpd
asalnya......yahoooooooooo!!! ;)

pasni leh la daku berblogging2..lalalalala~~~