Tuesday, September 28, 2010

Tahniah Penolong Pegawai Farmasi!


salam kalian...

entry ni daku nak ucapkan ribuan TAHNIAH pada
kawan-kawan course FARMASI KKM Mahsa University College..
batch 3/07..

Harini 28September2010
dorang melaporkan diri di tempat posting masing2...
tahniah kawan2...
da dapat kerja sebagai PENOLONG PEGAWAI FARMASI..
Alhamdulilah...
xsia-sia la 2bulan lebih bercuti d rumah ya....

tapi
yang xbestnya..
ramai kawan2 ni tercampak plak kt SABAH bah...
kesian dorang kena buang negeri....hahaha
ada yg xnak...ada yang 6bulan je nk keje sna...pastu minx tukar..
ada yg berat hati nak tinggalkan keluarga..
dan pelbagai masalah...
jauh dr bandar la...hospital daerah la..
kat pedalaman la..
klinik kesihatan la...

aduh,,,,,, lau daku pon confirm la
macam2 pkir...
tapi nasib baik la hubby ade kat sabah tu....
leh la tolong pape lau daku dapat keje kt sabah..
cume rezeki je xmemihak pada daku
yang nak sgt keje kt sana 2...huhuhu

stop!!! cter daku plak..lari tajuk tol!! hish...

buat housemate PELANGI DAMANSARA APARTMENT!
Kak roslindawati yang dapat kat JOHOL N9
Kak syaida syamsudin kat KUDAT,SABAH
Shikin kat SARAWAK
Norzaimah kat MELAKA
Nurul Fatimah kat JOHOR

TAHNIAH PADA SEMUA YA!

Walau ape2 hal pon kawan2...
da rezeki kalian kat sana...
elaun tinggi sana tu....
blek semenanjung byk duit nanti..hahaha

ok la...pesanan aku kerja la baik2...
cari rezeki yang halal...
jangan plak mula2 xsuka duk sabah
lama2 da seronok xnak plak blek semenanjung
macam hubby daku tu!!

daku tetap menyokong kalian wahai kawan2...
bak slogan kita sebagai warga

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



KAMI SEDIA MEMBANTU!!
~PENYAYANG,PROFESIONALISME,KERJA BERPASUKAN~

untukmu gadis meningkat remaja


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.

Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.

Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.

Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.

Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.

Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.

Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.

Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.

Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).

Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.

Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.

Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.

Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.

Monday, September 27, 2010

monoloQue & atilia- Kekanda Adinda


haaa.......ni lagi 1 favourite lagu baru dengar tp da suke.. Yeah!!

mmg best gler lagu ni.....kisah rumah tangga...

xkesah la rumah tangga atau dalam hubungan sekali pon..

yg penting persefahaman dan komunikasi penting woo dalam hubungan!!


"Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi! Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,Kanda polar kutub Utara,Dinda kutub Selatan

komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,"


p/s------>pe yg penting sikap komunikasi,toleransi perlu ada dalam rumahtangga...

baru la hubungan 2 kekal bahagia selama-lamanya... (^_-)

tabik la pada daku sudah 8tahun bersama!! hahaha

luv Zulkhairi Syafiq forever!!


Lirik:-

---------------------------------------------------------------
(P)- prempuan
(L)-Laki
(P+L)- Prempuan+Lelaki
----------------------
Verse_1
-------------------

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!




best gler lagu ni ~Mama Papa Ning Baizura~

Salam kalian :)

tadi daku dengar radio...tibe-tibe hati terusik dgn 2 lagu...
bila dengar best gler plak..
sweet sgt2...
hati pon da tersangkut dan cuba search d internet ttg lagu ni..
search2 cari lirik,download mp3 dan videonya sekali...
hahaha...cayalah!! mmg best....
skung nak menghafal liriknya plak....wakaka :P

ni la liriknya.....heee...
cuba la dgr yer kalian....best!!


Adakah mungkin ikan… Lemas di air
Adakah mungkin orang… Lemas dek udara
Segala yang terlampau, membawa bahaya
Serupa jua cinta… pun membunuh

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa
…Mama sayangi Papa

Mungkin terlalu manis… Menjadi racun
Mungkin terlalu pahit… Pun menjadi kacau
Hidup perlukan drama, barulah berwarna
Kembalikan yang suam… balik hangat

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa

Bridge:
Seringkali alam kenyataan… Pelik dari alam khayalan
Seringkali mudah tak hiraukan… Dari mencapai sebuah pengertian





Sunday, September 26, 2010

bisikan malam...


Bila daku didatangi malam,
gelora perasaan mencengkam di jiwa,
masihkah ada lagi dayaku menghindar dari kealpaan….
Diterjah berbagai persoalan,
dihujani airmata penyesalan,
bisakah terhapus semua segala dosa noda yang bertakhta
sekian lamanya..
Terangi jalan hidupku,
dengan cahaya kasihMu,
pimpinlah daku dengan hidayahMu….
Tuhanku,,
di malam syahdu daku merayu,
ampunilah segala dosaku yang lalu,
sujudkan mendambakan keredhaanMu,
tempatkan daku di dalam rahmatMu..
Tuhanku,,
usah Kau biarkan diriku hanyut terleka,
di jiwa dunia membelenggu,
dan daku sesungguhnya pasrah padaMu,
hidup matiku hanyalah untukMu
Ya Allah,
tunjukkan jalan kebenaran,
suburkan jiwaku dengan keimanan,
hanya padaMu Oh TuhanKu sandarkan harapan..

Amin....

Kamu dan Dia Sehaluan??


Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya.
'Cinta mencintai bererti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. Mungkin pada kamu kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain. Tapi, bagaimana pula jika kamu berdua berbeza prinsip? Di mana temanmu itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg kamu berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. Jika di dalam soal ini, kamu harus pandai memainkan perananmu utk menjamin kebahagiaan perhubunganmu. Jangan pula kamu sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Kamu seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jangan terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada kamu juga.



  • Masalah Pendidikan


Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu.

  • Masalah Usia


Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu. Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu.

  • Masalah Keluarga


Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan. Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu.

  • Kepercayaan


Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya.

  • Masalah Keupayaan


Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.

Wednesday, September 22, 2010

Air Mata Malam Pertama


Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.

Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul.
Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air.

Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam.

Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu.

Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu.

Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu.

Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya.

Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya.

"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.

"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya."

Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.

Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."

"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu.
Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.

"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.

Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.

Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.

Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.

"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu.

Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

"Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu.

Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"
Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa.

Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."

"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."

Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.

Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.

Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan.

Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.

Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali.

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.

Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.

Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.

Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?

Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku.

Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."

"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan."

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.

Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.

Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan.

Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"

Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.

"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."

Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.

Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!

"Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit."

Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.
Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.

Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.


"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu.
Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.

Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?

Hanya emak yang tahu hakikatnya.

"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.

Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.

Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.

Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.

Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

"Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.

Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.

Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.

Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.

Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. 
"Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya.

Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.

Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang.
Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya.

Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.

Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.

Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku.

Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.

Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.

Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.

Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.

Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.

Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini.

Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya.

Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat.

Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."

"Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat."

Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku.

Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk.

Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."

"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."

"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah."

Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.

Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika.

Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku.

Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi.

Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang.

Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.

Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya.

Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.

Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap!

Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami.

Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu.

Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil.

Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini.
Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."



*******************************





Monday, September 20, 2010

Tangani stress dengan urutan leher & bahu


hai blogger....
jumpa lagi...

dalam entry lalu kalian sudah study LATIHAN PERNAFASAN kan...

kali ni nak kongsi lagi tangani stress tapi dengan
:
:
:

URUTAN LEHER DAN BAHU

~tips ni boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.
belajar cara megurut dengan betul.. Kalian boleh dapatkan bantuan
orang lain untuk melakukannya. tak kira la suami kalian ke isteri kalian ke..
xkesah la..asalkan yang halal tau...hahahaha
Langkah-langkah ini
untuk orang yang mengurut tau :~

1~ Minta pasangan anda duduk dengan selesa,pejamkan mata dan fikirkan sesuatu yang menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya.
(p/s~ tanggalkan cermin mata jika ada)

2~ Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.

3~ Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan.
Ulang 3 kali.

4~ Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 kali.

5~ Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar.

6~ Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri.

7~ Gunakan jeri-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 kali.

8~ Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan. Dan ulang seperti di atas..





katakan TIDAK pada STRESS!!



sekian.....
selamat mencuba (^_^)



Tangani Stress dengan Latihan Pernafasan



Salam blogger kesayangan...♥♥

Hari ini ape mood kalian??

kalian ada STRESS???







jika ada...jom daku kongsi2 knowledge camner nak tangani STRESS...

melalui.......

LATIHAN PERNAFASAN
.
.
.
.
~satu latihan bernafas secara mendalam yg boleh meningkatkan
pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam sel tubuh.
Kalian boleh melegakan stress dgn melakukan
langkah2 yang daku tunjuk ya
:
:
:

1. kalian berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi

2. ok...kalian pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan

3. tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10 tau!

4. hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. Terapkan perasaan lega setiap
hembusan nafas

5. ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 5 kali sehingga kalian merasa
tenang dan relaks

6. akhirnya buka mata kalian perlahan-lahan....


p/s :~ kalian akan berasa lega,tenang dan relaks selepas melakukannya...
selamat mencuba (^_-)


Friday, September 17, 2010

Thursday, September 16, 2010

1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua


Tuesday, September 14, 2010

Hati Seorang Wanita


Hati Seorang Wanita..




1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Al-Fatihah Untuk Dato' Sosilawati Lawiya




Kehilangan Misteri Dato' Sosilawati Akhirnya Terjawab Apabila Beliau Dibunuh Dengan Kejam Bersama 3 Yang Lain.

Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.

Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu




AlFatihah..semoga roh arwah di cucuri rahmat Allah...



Kini telah ku sedari..Mimpiku tak bererti sendiri


Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu

Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Di kesempatan ini,saya Nur Azizah
memohon jutaan kemaafan kepada kawan-kawan
:
:
:
:
:
:

  1. SKPA,Port Dickson 1995-2000
  2. STPD 2001-2005
  3. POLITEKNIK PORT DICKSON 2006-2007
  4. KOLEJ UNIVERSITI MAHSA 2007-2010
  5. KAWAN2 HOSPITAL PORT DICKSON
  6. KAWAN2 D FRIENDSTER
  7. KAWAN2 D FACEBOOK CIK NUR AZIZAH
  8. KAWAN2 D BLOG
:
:
:
:
:

jika daku ada terkasar bahasa..tersilap kata...
terguris hati..terlebih dan terkurang dalam setiap perkataan dan perbuatan...
halalkan apa juga yang diberi..
kepada semua kenalan saya seperti di atas...
xkira yang mengenali atau dkenali....

ini sebagai pengganti kad raya...
Mohon kemaafan atas segalanya...
Maaf Zahir dan Batin....
Salam Lebaran..Salam Aidilfitri...
ikhlas dari Nur Azizah...
Salam syg semua...


~~ Sekian...~~


La La La Kerjalah


arghhhhhh....

Esok hari memantai kena syif petang...

xdpt tolong family masak!

raya 1st n 2nd kena syif petang lagi..tapi sempat la jugak bersalaman n makan2 pagi raya...

raya ke 3 syif pagi...petang tu nak beraya di mane je??huhuhu

raya ke 4-8 baru dapat cuti raya!!

4hari je..ok la dari xde cuti langsung...

tapi tu pon sume orang da blek keje opis masing2....daku plak baru nak cuti...sape nak beraya dengan daku plak....?? kesian..kesian...

tp......

tu je cuti yang dapat...kesian family daku...xleh nak jalan2 sbb daku keje....

selalunya 1st n 2nd raya blek kg ayah sedara kat segamat johor...beraya dengan adik beradik ayah...tp raya tahun ni xdapat la nk beraya sana nampknya....huuuuuuuu...nasib2..

dengar je la rintihan lirik lagu dr meet uncle husin ni...hoho



La La La Laaa... La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!

La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!

La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

tamat shift malam 3 hari..hohoho

arghhhhhhh.....

tadi pg 7am last keje malam selepas 3 malam bsengkang mata...
aduh mengantok teramat...
blek2 keje mandi terus tidoo sampai pukul 2ptg...
gler ah daku tdoo...
tapi memang xsedar langsung pon...
mesti kalian ckp daku *anak dara pemalas kan*...hohoho
matahari da tercongok depan mata pon tdoo ag..hish2....

niat hati nak cover 3 malam xtidoo...
tapi tetap mengantok la...
kenapa eh tidoo siang xsama nikmat cam tidoo malam...??
ada kalian tahu x?? *please gtau daku*
walau daku cuba tdoo 1 ari siang pon tetap mengantok gak
utk cover malam...
tp xsama nyenyak cam tdoo malam la...aduhai....

da la hobi daku memang kuat tidoo..
abis lau xtdoo mane la cukup utk daku ni...hahaha

harini dapat tdoo mlm..
tp dapat cuti tidur 1 hari je...xaci betul!!
patutnya 3 malam shift 3 malam la cuti tidur..
aduh ni nak cover orang cuti raya plak....huh

sok naik shift petang....
hari memantai plak tu...
xdapat nak tolong family memasak juadah raya...
nasib..nasib jijah oi.....
kena cover ramai misi blek kg cuti...
daku yg org baru kena la keje......sedih kan....*buat2 la muka sedih* hohoho

xpe la...orang baru kena keje eh...
tahun depan turn daku plak kot...hohoho
nasib la family daku kat sini je...
dapat keje pon kt kg sendiri je....
xrisau la nk blek kg ke...
atleast raya 1st keje petang...
dapat la nak bersalaman makan juadah hari raya pagi2...
syukur.......:)
cuma xbestnya xdapat la nak gerak mane2 open house..
blek kg umah sedara2 ayah kat johor..tahun ni xberaya sana la kot...

eh pe plak ni cter pasal raya..hish2...
da lari tajuk plak....hohoho
ok la...jumpa lagi...


sekian.........................

Saturday, September 4, 2010

majlis berbuka puasa



Salam kalian....
Actually daku baru pulang dr majlis berbuka puasa
syarikat ayah daku kt nilai springs..
uh..agak kepenatan jugak la....tp gagahi jugak tulis entry kali ni...heee

Daku g nilai jam 5.30pm..
g bersama abg daku n her family...
oh sgt geram gan haiqal temok gemok tu!! arggggghhhhh....
sampai sana 6.30pm...ok la sempat jugak duduk2...
dapat meja penuh suasana hotel...wakaka..
nasib baik family daku penuh 1 meja...
xde la nk kongsi gan org lain...hakhakhak...*jahatnya daku ni*

jam 7.10pm da mula la mengambil hidangan untuk juadah berbuka puasa..
byk yang tersedia..
aduh rambang mata la daku ni...
rambang mata pluss tamak...kahkahkah....

ini nasi minyak daku punya! kalian jgn terkejut..daku mkn byk...hahaha


satay ini daku punya..adoi jijah tamaknya ko....tp masih xcukup tu..



desert la..kek aiskrim,puding mangga..nyummy dap..:P



ok2 dah..byk sgt..tp tu la makanan yg penting2...

sila..sila lah layankan gambar di bawah ni...ahakss...






gler kentang...tembam tol haiqal temok ni!!hish gerammmmmm!!


with anak sedara yg sulung Nur Azuhaila


my sis :)


cukup dah,,,
sgt seronok dapat berbuka puasa sama2 gan keluarga besar ni..

habis majlis ke GIANT NILAI shopping2....
ramai betol orang berbelanja..
da xlarat..beli brg yang berpatut terus blek ke Pee Dee....huahuahua


sekian............:P