Pisang dan Khasiatnya

Assalamualaikum kalian :) Kalian kenal pisang??  tipu lah kalau kata tak kenal kan.. wah....sudah lama rasanya tak makan pis...



Assalamualaikum kalian :)

Kalian kenal pisang?? 



tipu lah kalau kata tak kenal kan.. wah....sudah lama rasanya tak makan pisang..huhuhu tapi sedarkah kalian yang pisang dapat memberikan tenaga kepada kita dengan kadar segera dan berterusan.. Makan 2 biji pisang sudah mencukupi untuk memberi tenaga untuk senaman selama 90 minit. Malah pisang juga amatlah sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit dalam pemakanan seharian kita.

Jadi,
mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut,

" Sebiji pisang sehari pun sudah dapat menjauhkan doktor!''




Khasiat pisang :

Tekanan:
Merujuk kepada kajian terbaru yang dijalankan terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood kalian.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia[kurang darah]

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula kalian tu.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika kalian menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba kalian sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini tau

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf kalian.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Cirit Birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai untuk merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.


Kegunaan pisang :
Daun pisang contohnya paling biasa digunakan sebagai alas makanan kerana ia menhasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. 

Selain itu daun pisang juga boleh digunakan sebagai pelindung hujan,pembalut kuih dan pembalut masakan seperti ikan bakar,kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. kerana batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan guni.

Buah pisang pulak boleh dimakan begitu saja atau dimakan semasa muda untuk dimasak sebagai lauk,digoreng,dibuat sira,dibuat pengat pisang mahupun dijadikan kerepek.

Selain buah pisang,batang pisang,jantung pisang juga noleh dibuat ulam selepas dicelur.


P/s : kesimpulannya,pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet dihutan selalu sihat dan bahagia setiap masa! Kalian pon harus begitu! Cubalah! Menakjubkan! hahaha








You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. suka makan pisang emas..tapi mahal..hu3

    ReplyDelete
  2. Waaa !! Terlupa plak . Baguslah jijah ni . Tengah sakit perot boleh makan pisang . elok tu . HUHU

    Jom Baca Ni
    http://myungdae92.blogspot.com/2011/02/cat-rumah-memang-memenatkan.html

    ReplyDelete
  3. cool.
    thanx 4 da tips!
    tapi blog ni terlampau pink
    terang sgt..
    susah nak baca.
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. dni suka makan pisang hik3 :D

    ReplyDelete
  5. waa..banyak betol khasiat pisang..bagus2..sy suka makan pisang...yeah..

    ReplyDelete
  6. qaseh~yey...suka suka jugak! byk khasiatnya..lagipon pisang kan mmg enak dimakan begitu saja!

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!