Ar Razak Nama Allah Pemberi Rezeki

Assalamualaikum. Alhamdulilah...Hari Jumaat Penghulu Segala Hari. Terima lah Tazkirah Hari Jumaat ni yer.. Allah s.w.t. yang mem...



Assalamualaikum.

Alhamdulilah...Hari Jumaat Penghulu Segala Hari. Terima lah Tazkirah Hari Jumaat ni yer..

Allah s.w.t. yang mempunyai nama “Ar-Razak” pemberi rezeki yang maha luas menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini. Allah jualah yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasalahan walau dipandang besar oleh manusia. Syaratnya manusia itu perlu mensucikan Allah s.w.t. dari segala sekutu dan kepercayaan. Inilah pintu kejayaan yang sudah ada jaminan daripada Allah. Tanpa takwa, peniagaan bagaikan kapal tanpa arah tujunya.Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan. Akhirnya perniagaan akan runtuh satu persatu. Ini sangat berbeza dengan mereka yang bertakwa. Peribadinya kuat dan yakin dengan Allah.Tidak mudah berputus asa serta memiliki motivasi dari dalam diri.

Orang yang bertakwa melihat jatuh bangun perniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari pahala.Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan di waktu kegawatan dia akan bersabar. Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak ada takwa. Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka putus asa. Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Andai kata kita telah pun bergelar jutawan , itupun masih tidak layak untuk diagung-agungkan seperti kalian melihat lukisan yang sangat cantik. Sudah tentu puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t., Tuhan sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.




You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. hmmm nama rezeki.elok buh nama anak ni... ><"

    ReplyDelete
  2. @rara~ Haah...rara letak ye nama anak tak lama lagi.. buh la Muhamad Razak ke. Abdul Razak ke.. InsyaAllah yer ^^

    ReplyDelete
  3. mge rezeki lbh bertambah..aminn..

    ReplyDelete
  4. tazkirah jumaat yang berkesan..nice..;)





    btw.. keychain dah sampai rumah.. yeay... just saya tak sempat nak tgk lagi..anyway...thanks..;)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!