Bebas Tuduhan Khalwat l Abby Tidak Hadiri Majlis Pernikahan

6:00:00 PM 13 Comments A+ a-






Selama 3 tahun kes tuduhan khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza di bicarakan di mahkamah,mereka sudah menarik nafas lega apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Pada 30 Oktober 2008 sekitar 3 pagi, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, telah ditangkap berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.



Kedua-dua pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 September ini di Crowne Plaza Mutiara, dimana Memey Suhaiza akan mengenakan set persalinan yang dipinjamkan, iaitu gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta.



Walau bagaimanapon, pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.


Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.


“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya 

Mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Jumaat yang melepas dan membebaskan Norman dan Memey atas tuduhan berkhalwat kira-kira tiga tahun lalu, Abby enggan mengulas berhubung perkara itu.

Menurut Abby, dia tiada hak untuk memberi komen mengenai kes tersebut memandangkan bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengannya.

"Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.


p/s: tah betol ke tak ek. kalau pon betol khalwat then dibebaskan pula tu antara dia dan Allah. siapa kita nak menghukum kan. tapi kerana memey lah punca keretakan rumahtangga abby! wallahualam :)

sumber: oh bulan.mStar

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

13 insan comel komen

Write insan comel komen
7/30/2011 11:27 AM delete

hahahaha sebijik macam
dalam radio hot fm tadi..
tu ar..kalau NF pun mmg tak
akan pi..taknk ar luka lama berdahrah kembali..hahahahahaha

Reply
avatar
Roti Telur
AUTHOR
7/30/2011 11:34 AM delete

Hmmm, dunia-dunia.. yup, betul la tu kerana memey la punca keretakan rumah tangga abby

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
7/30/2011 11:41 AM delete

@far8 budak baik; betol. tak sanggup nak tgk exhusband bersanding gan org lain. kalau cerai baik xpe jugak.


@roti telur; betol kan. mula2 tak ngaku bercinta. bila mcmni nak pulak kawen. hish2

Reply
avatar
7/30/2011 12:20 PM delete

saya tak suka memey gn norman..hehehe

Reply
avatar
TYNTHA LANA
AUTHOR
7/30/2011 1:28 PM delete

risau pulak diorg nk kawin ni jijah..bukan apa..bermegah2 dgn tajaan..takut sok, jadi cam Erra-Yusry dulu..yela..bila org mengata, perkahwinan pun jadi tak berkat..entahla..apapun..semoga bahagia hingga hjg nyawa..

Reply
avatar
anismelon
AUTHOR
7/30/2011 2:32 PM delete

harap dijauhkan la dari jadi perampas nie..yg berlalu biar kan berlalu..:)

Reply
avatar
alif haris
AUTHOR
7/30/2011 2:38 PM delete

sy ta suka memey .. huhu ..
dia lah punca retaknya rumah tangga abby hhu .. kesian

Reply
avatar
alif haris
AUTHOR
7/30/2011 2:39 PM delete

tak suka memey ..huhu

sbb die lah punca keretakan rumah tangga abby kan .. kesian ~

Reply
avatar
7/30/2011 3:34 PM delete

Waktu baca entri Cik Jijah ni...
Adik wa nyanyi..
Betapa sedih betapa pilu..
Melihat kau berdua di situ..
Lalala~~
Di hari persandinganmu..
(Tak tahu lirik)
Ha-ha-ha:D

Abby tu lebih lawa dari memey...
Entah apa yang dicari..
Dah tak ada jodoh.. hurmmm...

Pentingkah IDENTITI seorang BLOGGER?

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
7/30/2011 10:37 PM delete

jiejah hanya norman memey dan abby je yg tahu kdaan sbenarnya.btul atau slh dan sbgainya..tp dgn yg esa mmg xleh tipu trg2 mmg tahu sape btol dan slh..semuanya ada hikmah nnt pcayalah..

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
7/31/2011 8:10 AM delete

eee kalau akak pun, xdanya nak pergi.. buat ingat kmbali kenangan yg menyakitkan hati adala...

Reply
avatar
| cik azeya |
AUTHOR
7/31/2011 8:58 AM delete

haha. sedih kot kalau pegi. huhu

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!