My PE Servis 5000KM

5:00:00 PM 19 Comments A+ a-


Assalamualaikum kalian ^^


punya la lama mengambil masa 10 bulan baru dapat servis proton kedua 5000KM. kali terakhir dulu Servis 1000KM pada bulan satu seperti dalam entry ini.


biasalah kereta baru setiap 1000KM,5000KM dan 10000KM ada free servis yang di tawarkan oleh Proton. servis kedua meter pon dah 6141KM. kalau ikutkan 5000KM patutnya. hehe





kebetulan hari ini cuti..tadi pergi la cawangan Pusat Servis EON untuk servis ini. tak lama lah tunggu siap di servis tak sampai setengah jam dah siap. just tukar minyak enjin, minyak hitam lagi jer. semuanya RM115.20. masa servis pertama dulu RM109. hehehehe


yelah daku berulang alik pergi keje dekat je tak jauh dari rumah. tu pasal tak naik-naik meter tu. huhuhu tak ada keberanian sensorang nak drive pergi melaka,Kuala Lumpur atau yang jauh jauh lagi. huhuhuhu -_-' bukan takut tak pandai bawak tapi takut tersesat jalan yang sesak penuh dengan pancaroba tu.




siap dah servis kedua 5000KM tinggal servis ketiga 10000KM bersamaan 11140KM nanti. tu pon tah bile nak dapat 10k tahun depan la nampaknya kot. yelah macam daku cakap tadi daku drive tempat dekat dekat jo. huhuhuhu


servis kedua ni tak dapat present! kedekuuuuuuuuut tol proton ni! hohohoho~~ 




ahhhhh!! bulan november roadtax insuransss tamat..keluar lagi duit banyak la nampaknyaaaaa! huuuuuuu~~


ingat petang ni nak pergi Nilai 3 cari barang..tapi ayah tak balik pulak..grrrrr tertidoo gua tunggu~~

David Beckham dan Victoria Tukar Profession

2:00:00 PM 12 Comments A+ a-





David Beckham dan Victoria dikatakan kini sudah tukar pekerjaan apabila kedua-dua ibu bapa ini sibuk menguruskan hal anak-anak mereka.

Seperti dipetik Dailymail, David dikatakan sibuk menjaga puterinya, Harper Seven Beckham seperti gambar Harper di sini. Manakala isterinya pula sibuk dengan kelas karate anak lelakinya, Brooklyn.

Tempat Victoria sebagai wanita paling istimewa dalam hidup David kini sudah berjaya digantikan oleh Harper.

Bukan sahaja melukis tato dengan nama Harper, malah David sanggup mengecat rumah kediaman mereka dengan warna merah jambu kerana kehadiran Harper.

Kehadiran anak keempat itu dikatakan kunci kebahagian keluarga ini yang semakin sibuk dengan kerenah anak-anak mereka yang semakin membesar.

yippieeeee!! another spice baby is born! hehe ^^

Wedding Inspiration-Pelamin Nikah

10:00:00 AM 26 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


hari ni nak main berangan angan boleh tak. sambil sorok muka bawah bantal muahaha ^^ tiba- tiba kan rasa nak buat wedding inspiration pula dalam blog ni. eh apakah itu? toink toink. lu pikir la sendiri. kahkahkah~~

oke lupakan. berbalik pada wedding inspiration, kebanyakkan bakal pengantin suka memilih pelamin mini yang simple simple saja. ada yang hanya duduk beralaskan tilam/bantal dan ada jugak duduk di atas kerusi. itu semua terpulang pada citarasa masing-masing ^^

siapa yang begitu kreatif mereka boleh mereka cipta pelamin DIY mereka sendiri mengikut idea masing masing. tetapi bagi macam daku ni hanya tempah la jawabnya. oh ai tidak kreatif oke. hehe


di bawah daku ada sertakan pelamin yang daku suka sesuai untuk majlis pernikahan nanti :)



ni cantik ni cantik..





semua sumber dari google.


semua design cantik-cantik kan. alamak?? kenapa mata daku nampak tema pink je tu. wakaka :p

dalam upacara pembatalan air sembahyang dan sarung cincin dalam majlis pernikahan nanti better duduk bawah lebih mudah kot. rumah daku pon tak lah besar mane. hehee

owh..bestnya berangannnnn..yehuuuuuuuu -_-


Ayu Raudhah Keguguran 6 minggu

3:00:00 PM 11 Comments A+ a-



Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.

Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, 

“Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu.

Farah Fauzana Fafau Hos Nona Terbaru

9:00:00 AM 11 Comments A+ a-




Teka-teki mengenai pengacara yang bakal menggantikan Vanidah Imran dalam program Nona akhirnya terungkai apabila nama penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pendatang baru, Neelofa dipilih bagi menggalas tanggungjawab sebagai hos dalam program wanita popular TV3 itu.

Pemilihan mereka berdua itu telah diumumkan dalam majlis pratonton program televisyen Media Prima 2012, ‘Media Prima Nite Live’ yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebentar tadi. Fara atau lebih dikenali dengan panggilan Fafau ketika ditemui di ‘post-party’ majlis tersebut memberitahu berasa gembira untuk mengendalikan program yang sudah memasuki usia 26 tahun itu.

“Sebab utama saya menerima program ini kerana ia sejajar dengan perubahan usia saya yang akan memasuki 32 tahun nanti. Takkan saya nak terus buat program yang tak sesuai dengan umur saya yang dah matang ini. Lagipun, pihak TV3 nak ambil saya sebab ingin tampilkan perubahan dalam program tersebut,” ujar Fafau.

“Saya terima tawaran ini dengan hati yang terbuka. Saya suka bila orang nampak perubahan pada diri saya. Bagi saya, program ini betul-betul lain dari diri saya. Saya tidak ada masalah untuk menghoskan program ini kerana saya seorang yang versatil. Program ini sudah lama, jadi kandungannya mungkin sama, cuma gaya penyampaiannya saja yang berbeza. Saya akan cuba untuk mengendalikan program ini dengan cara saya yang tersendiri.”

Apabila ditanya mengenai gandingannya bersama Neelofa nanti, Fafau memberitahu, “Saya tak boleh nak komen tentang perkara ini lagi, sebab saya tak tahu lagi konsep program ini bagaimana. Apa yang saya tahu, kami memang tak bekerjasama dalam satu episod, cuma kami akan berkomunikasi secara maya saja.”




Gambar Terbaru Anak Dr Sheikh Muszaphar Sophea Isabella

4:00:00 PM 28 Comments A+ a-



Semua sedia maklum kan yang Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerima kedatangan orang baru pada 21 julai lalu macam dalam entry ini .Bayi sulung beliau Sophea Isabella di lahirkan melalui kaedah bersalin dalam air seperti dalam entry sini.

gambar anak sheikh muszaphar

kini bayi mereka sudah menjangkau usia hampir 4bulan rasanya. serius bertambah berat, comel dan mesti genius anak beliau ni. 


gambar anak sheikh muszaphar
alololo cumel jer. tengok la baju dia. hehe

gambar anak sheikh muszaphar
peh amik kau! senang kendong anak sebelah tangan je kau!
gambar anak sheikh muszaphar

bapa maskulin. memang penyayang sungguh Datuk Dr Sheikh ini kan. bestnya.


Semoga kehadiran anak sulung mereka ni akan menceriakan lagi hidup mereka berdua. 
anak pasangan doktor mesti comey dan sihat kan..


I'm Tagged !

12:00:00 PM 16 Comments A+ a-


Assalamualaikum kalian..


Syok syok blogpecut ada pulak tag jijah buat benda ni. adeh bukan sorang tapi dua orang. nampaknya dua soalan berlainan la jijah kena jawab soalan mereka. satu dari Cik Suer dan satu dari Cikgu Faiz. muahaha ^^ takpe. support kan. dari situ kita dapat tahu tentang diri masing-masing. hehe

Ada peraturan pulak tu. nah baca peraturan ni dulu baru boleh jawab.

1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

11 Things About Me

1. Nur Azizah Binti Yahaya
2. 24 may 1988 *sila bagi hadiah*
3. Lahir Hospital Kuching Sarawak *sesat anak askar. hohoho*
4. In relationship with abg navy since 2002
5. Diploma of Nursing
6. Staff Nurses
7. Hate hipokritos!! *musuh dalam selimut..huh!*
8.Happy go lucky *sentiasa*
9. Pink addicted
10. Sensitif! cembeng wei..
11. Cumel n kecik jer.. hehe perasan


11 Questions From Cik Suer

Favorite Color ??
of kos pink addicted beb!

Apa Yang Anda Lakukan Bila Boring ??
makan dan tidooo! yehaaaaa...membesarkan badan yg tak besar besar ni. hahaha~~

Ada Kekasih Tak ?? Sape ??
sudah cendaru bertanya pula. mesti la adoo. abg navy ku tu sejak 2002 dah. hahaha

Apa Pendapat Korang Tentang Orang Yang Talam Bermuka² ??
tak suke! berpura pura. depan baik belakang pijak pale. gunting dalam lipatan jangan la buat kawan. 

Genre Music & Movie Kesukaan Anda ??
muzik suka rock 90an lah. tangkap leleh.... movie? emm jarang menonton wayang. hahaha

Anda Addicted Game Tak ?? Game Apa ??
tak de satu pon game yang di minati

Anda Minat Cartoon Apa?
tak layan cartoon juga. nak menonton tb pon tak macamner tu. hehehe

Bila Korang Start Buat Belog ??
sejak februari 2010

Siapa Yang Membuatkan Anda Tertarik untuk Menceburi Dunia Blogger ??
abg zack zulhairi

Kenapa Anda Membuat Belog ??
suka suka kot. orang nak blog aku pon nak berblog gak. hahaha lama lama suka share ilmu kedoktoran eh tak. ilmu pengetahuan tentang tips tips. hehe

Sapa Idola Anda Dalam Dunia Belog ni ??
diri sendiri. boleh tak? hahaha


11  Questions From Cikgu Faiz

1. Subjek yang best kat skolah. Kenapa?
Pendidikan Seni. sebab boleh main-main dalam kelas. main lukis lukis. cikgu pon sporting.hahaha

2. Cikgu favourite. Sebab?
Cikgu Azali. dia hensem. pastu dia suka tulisan ai. dia kata cumel. hahaha

3. Pernah fail dalam subjek apa?
matematik! tak minat. pening pale.

4. Markah tertinggi yang korang pernah dapat. Subjek apa?
A1 Prinsip Akaun. 

5. Cikgu yang garang kat skolah.
cikgu disiplin lah

6. Pernah kena denda tak masa kat skolah dulu? Kes apa?
pernah kena kantoi dengan cikgu. sebab balas surat cinta abg navy kita masa tingkatan satu. hahaha

7. Berapa ringgit duit belanja sekolah?
dulu RM10 kot sehari

8. Selalu beli apa kat kantin sekolah?
nasi lemak,mee goreng

9. Pergi sekolah naik apa?
naik bus. berhimpit himpit. takde tempat duduk pon. huhuhu T_T

10. Acara sukan yang pernah disertai masa zaman sekolah.
kahkahkahkah tak minat sukaaaaaaaaaaannn!!!

11. Kawan baik zaman sekolah. Kenapa?
Nadira sebab dia, abg navy ucapkan kata cinta kat ai! kahkahkahkah


Nah 11 Questions From Me
1. Ada kekasih tak?
2. Dah berapa lama dengan dia?
3. Apa pendapat anda tentang cinta monyet?
4. Rasa rasanya cinta monyet ni kekal tak? kenapa?
5. Target kahwin umur berapa?
6. Tema wedding korang colour ape? kenapa?
7.Selalu apa yang patut bagi untuk hantaran lelaki?
8.Untuk hantaran kepada perempuan apa pula?
9. Katering vs Gotong Royong mane lebih mudah di uruskan? Kenapa?
10. Bajet keseluruhan majlis perkahwinan korang berapa nanti?
11. Akhir sekali berapa hantaran korang mintak daripada lelaki. jawab!soalan cepu mas.

SIAP! siapa yang kena tag soalan daku kena jawab! kahkahkah

6. sis92
10. ayung


saja kasi soalan kawen kawen. nak tahu idea korang pulak. boleh jadikan wedding inspiration jijah. boleh kan kan. hikhikhik kita main suka suka eh. hehe


Khasiat Jintan Hitam

10:00:00 AM 12 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


Selain sebagai bahan masakan jintan hitam juga mempunyai banyak khasiat. Jintan hitam lebih popular bagi masyarakat India. Dari segi perubatan, jintan hitam telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Hadis riwayat Bukhari, Muslim menceritakan Abu Hurairah r.a. berkata 

“ Tetaplah dengan Habbah Al Sawdah (jintan hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali Al-sam atau maut.”



Antara khasiat jintan hitam ialah 

1. Menguatkan tenaga, mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan tujuh biji jintan sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur setiap hari.



2. Bagi penyakit kencing tidak lawas, haid tidak lancar ialah dengan menggoreng tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu.



3. Bagi menguatkan tenaga batin ialah dengan memasak susu segar dan dicampurkan dengan jintan hitam dan madu dan diminum sebelum tidur.



4. Bagi ibu yang menyusukan anak jintan hitam boleh membanyakkan air susu dengan memakan tujuh biji sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur.



5. Bagi menghilangkan demam selsema dan sakit tekak campurkan serbuk jintan dengan perahan limau nipis dan satu sudu besar madu.





selamat beramal ^^

Bersangka Baik Pada Allah

11:00:00 PM 14 Comments A+ a-




Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. 
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Lelaki berhubungan seks dengan keldai

5:00:00 PM 10 Comments A+ a-



HARARE: Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai.

Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan.

Akhbar The Herald semalam melaporkan, Sunday Moyo juga berpendapat dirinya seekor keldai.

“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu,” katanya.

Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.

Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.

Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.

Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental.




hahaha tak paham aku. boleh pulak berhubungan seks dengan keldai.. eeeeeee menakutkan jer..

Tertembak Bapa Mertua Di sangka Tupai

2:00:00 PM 9 Comments A+ a-






RANAU: Seorang lelaki yang secara tidak sengaja tertembak bapa mentuanya ketika memburu tupai di hutan Kampung Lobau Lama di sini, pada 24 September lalu, mengebumikan lelaki terbabit bersama senapang buatan sendiri dikenali sebagai ‘bakakuk’ yang digunakannya, dipercayai sebagai tanda penghormatan dan memohon kemaafan.

Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun dipercayai bimbang dikenakan tindakan jika membuat laporan polis bertindak menyembunyikan kematian itu dengan menanam mayat bapa mentuanya berhampiran rumah selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila seorang sepupu yang memandikan mayat mangsa melihat luka yang mencurigakan sebelum membuat laporan polis.

Polis yang menerima maklumat kemudian menahan mangsa yang akhirnya mengaku tertembak dan menanam mayat bapa mentuanya secara rahsia. Susulan pengakuan suspek, polis mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula ‘kubur’ itu bagi melakukan bedah siasat terhadap mayat terbabit, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula kubur Wahimin Usat, 50, yang mati ditembak menantunya sendiri di Kampung Lobau Lama.




“Selepas mendapat perintah mahkamah, sepasukan polis forensik menggali semula kubur mangsa bagi melakukan siasatan termasuk punca kematiannya.

“Polis menemui mayat mangsa yang ditanam bersama senapang ‘bakakuk’ dan difahamkan, senapang itu adalah senjata digunakan suspek ketika tertembak mangsa ketika memburu tupai,” katanya

“Siasatan awal mendapati, suspek secara tidak sengaja tertembak mangsa yang bersama-sama memburu di hutan Kampung Lobau Lama kira-kira jam 12 tengah hari, pada 24 September lalu.

“Suspek dipercayai melepaskan tembakan sebaik menyedari kehadiran seekor ‘tupai’ di sebatang pokok, namun terkejut apabila mendapati bapa mentuanya terbaring berlumuran darah dan tidak bernyawa lagi,” katanya.

Katanya, suspek membawa pulang mayat mangsa dan mengebumikan lelaki itu di sekitar rumah selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain tanpa melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Suspek enggan membuat laporan kerana bimbang dikenakan hukuman kerana difahamkan dia menjadi harapan untuk menyara ahli keluarganya.

“Lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

kadang-kadang ada benda sengaja mengaburi ketika kita berada di hutan. tu pasal bila memburu je ada je yang tertembak kawan masing-masing. kesian dia. harap-harap hukuman yang setimpal la. dia takde niat pon. huhuhu

Berlumuran Darah Remaja Sorok Bayi Dalam Plastik

11:06:00 AM 18 Comments A+ a-



Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.

Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.

Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya

Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.

Mengapa Haid Anda Lewat

3:00:00 PM 36 Comments A+ a-


Assalamualaikum ^^

Ada orang cepat datang haid, ada orang lambat datang haid dan ada juga langsung tidak datang haid. Banyak sebab mengapa haid anda lewat datang. Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Ye lah kalau yang belum kahwin lagi tu takkan kehamilan kot kan. kita takkan nak salahkan 100% ye tak. melainkan korang ada melakukan persetubuhan luar nikah. opsssssss maaf jika ada yang terasa. 

Di sini ada sertakan mengapa haid anda lewat dari kiraan.


Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.
Masalah Kesihatan: 
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid anda.
Ubatan: 
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
Berlebihan Hormon Prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
Menyusu Badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
Masalah Tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
Terlalu Kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
Tersilap Kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
Pencegah Hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
Hamil:
Anda disahkan hamil. Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Ha....Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.



sekian ^^



Selamat Hari Deepavali

12:14:00 AM 4 Comments A+ a-


Salam 1 Malaysia,





Happy Deepavali..

Happy Diwali..

Selamat Happy Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.

meriahnya dengan pesta cahaya. dam dam dum!! bunyi mercun.

baik-baik pakai sari tu.

selamat bercuti. pandu cermat jiwa selamat ^^


Eksited tengok blog di Make over

4:00:00 PM 32 Comments A+ a-



Assalamualaikum...


boleh tak daku luahkan rasa eksited daku ke ladang gandum yang luas tak terperi tu.~~ entah kenapa rasa eksited lain macam *lebih eksited dari abg navy katakan mahu meminang daku! teheeeeeeee :p* daku sedar ramai jugak eksited nak tahu sebenarnya. cepat buat muka eksited sekarang! wink wink wink.


ape yang korang perasan macam dalam entry sebelum ni? testing testing itu dia. daku tak tahu kenapa tiba-tiba je rasa ni bukan blog daku! pagi tadi buka je blog.. biar betik! betul kaaaaaaaaaa....??


ahhh!! banyak betol iklan kan untuk tahu ape yang berlaku sebenarnya. haha mengada-ngada cik jijah ni oi!


baiklah baiklah.. rasa eksited yang tak ketahuan hala tu terjadi apabila blog ini sudah bertukar wajah! yehaaaaaa! dabedabeduu~~ sila lempang muka eksited bagai ni! muahaha ^^


maka adik adik kakak kakak abang abang sila muntah hijau apabila daku mengumumkan bahawa blog daku sangat cantik sekarang ni! kahkahkahkah lempaaaaangggg **


blog ni telah di reka cipta khas dari blogger yang tak asing la daku nak cakap oi. korang mesti kenal punya! dah banyak blog beliau design dengan sangat cantik!! rata rata semuanya puas hati dan oh sungguh gorjessssss jatuh cinta sama kau!


persembahkan ini tuan yang telah make over blog super jijah!! blog super?? perasaannn jap*





daku memberikan idea ciput je pada cik fiza. yang lain memang idea cik fiza sepenuhnya. kesian die perah keringat membanting tulang demi menyiapkan make over blog sumbing ni. eh macam tu pulak. hehehe


oke jangan tanya kenapa daku letak gambar mamat mane atas tu. muahaha ^^ saja mahu mengedikkan diri nak tepek gambar die sekali kat atas tu. oh first time letak gambar bersama oke sebab mood gatai hampir tiba. pengsaaaaaann! mungkin ada sesuatu untuk di kongsi?? hehe oh lom tiba masanya lagik untuk di war warkan .ececeh..





header yang gorjesss!!


"Perjalanan Seribu Batu bermula dari satu langkah" amat mendalam bagi daku. setiap kehidupan,masa depan yang mendatang bermula dari 1 langkah bukan. bermula dari 1 langkah untuk maju ke depan. daku bakal meneruskan kehidupan baru selepas ini. hehe teeeeeeettt!!


ini footer oke


footer daku gunakan ayat "Hidup biar berbakti walau tak di puji". hal ini sama seperti blog daku. daku suka berkongsi ilmu yang daku dapat, langsung tak mengharapkan pujian semata-mata. biarlah ikhlas segalanya. baru lah mendapat keBERKATan. janji happy dalam berblogging. aikkkkk tiba-tiba mood sayu pulak! derrmmmm -_-


ok sudah sudah. mood kelaut pulak nampaknya.


berbalik pada design menu tab tak banyak berubah dari asal. seperti mana ada eTIPS,eMEDIK,eCINTA sebelum ni. cuma sekarang design lebih cantik teratur! dan jugak buat pertama kali daku ada banner,signature serta watermark yang gorjesss! daku suke suke dan suke! makin bertambah sayang pada blog ni. oh ya..perhatian pada blogger.com!! jangan remove lagi blog daku! sudahnya mahu menangis air mata darah nanti. *ok tipu!


rasanya daku patut la beredar sekarang dari menaip sebelum korang muntah pink pulak! hahahahaha jeles ke? silalah jeles dengan memberikan komen sejujur hati! hahaha


terima kasih buat pengarang jantungku FIZA. ececeh. *ayat bodek* telah melaksanakan impianku menjadikan blog ni lebih cantik! makin seronok nak berblogging bersama-sama semua! amat puas hati dengan layanan,tunjuk ajar,idea yang bernas dan akhirnya penciptaan design yang sangat gorjess!!


berminat nak macam ni jugak?? sila lah jangan malu-malu pergi ke blog sihati merah jambu ni! tapi tolonglah jangan lebih cantik dari daku oke! hahahaha lempaaaaaaanggggg*!!


sekian ^^



5 Fakta Untuk Anda Percaya atau Tidak

2:00:00 PM 16 Comments A+ a-


Selamat Tengahari ^^


5 Fakta yang anda perlu tahu.


1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. Tu pasal bila makan satay pasti ada timun atau bawang sebagai lawannya.




2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.




3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,
"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.






4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.



Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA,



Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.



Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.


Sekian....


Ehem ehem Testing testing!

1:00:00 PM 27 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


tersenyum simpul macam ayam berak kapur bila tengok sesuatu yang indah.macam tak caya je. daku punya ke ni? biar betol!! ah bukan kot. cepat refresh banyak2 kali! pasti kembali kepada yang asal.


eh tak? jadi macam tu jugak ke..alamak!! daku buat ape ni...



tolongggggg!!!



ape yang korang perasan tu..cer citer ce citer...tolooong camner nak bagi balik kepada asal!!





hehehe. tettttttttt!!! :p


Lirik Lagu Ezad Lazim- Percintaan Ini

11:14:00 PM 13 Comments A+ a-



Assalamualaikum :)


Percaya tak yang daku ni pencinta lagu jiwang yang handal? hahaha ok itu dusta! dengar boleh percaya jangan. muahaha~~ nak kata handal tak la jugak tapi daku memang minat gila ok dengan lagu rock 90an yang hebat berjiwangan sambil meleleh air hingus segala bagai. ok tipu*


memang kegemaran daku bila masa sedih,bosan,hati tak keruan *eh betul ke ayat* daku akan melayankan lagu lagu ni sebagai menghiburkan hati yang duka lara nestapa. ececeh. serius! apabila mendengar lagu jiwang bertambah lagi dengan hati yang tengah sedih pasti membuahkan rasa sayu yang teramat sangat dalam jiwa ini. 


tapi..

malam ini hati daku bukan duka nestapa ok. daku tengah bahagia. lalalala :p cuma cuma hati daku tiba-tiba terdengarkan lagu ini. oh sungguh menyentuh kalbu sesiapa yang mendengarnya. moh la layan pasti korang suka jugak ^_^


Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Ooh… o.h….oohh…


Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggalku sendiri


Korus :
Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan


Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Sia – sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncak nya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata


Ohh..Ohh…Oh….




Ezad Lazim ya namanya sekarang. bukan Ezad exist sudah ^^

~~Percintaan Ini~~

Sazzy Falak Bangga Susukan Kembarnya

10:00:00 AM 15 Comments A+ a-





Sejak memiliki kembar ni memang semakin cantik sazzy falak kan. badan nya seperti anak dara dulu. lagipon sazzy falak ni kecik juga orangnya kan. suke tengok comel je.

Si comel yang diberi nama Imaan Lily dan Tiara Rose bertuah kerana dikurniakan ibu dan ayah yang amat menyayangi mereka sepenuh hati. Kehadiran mereka memang tepat pada masa apabila Sazzy dan Nazril sememangnya sedang mendambakan kelahiran anak.

Sejak awal kehamilan lagi, Sazzy sudah merancang untuk menyusukan anak-anak kembarnya secara eksklusif. Melihat sendiri stok susu perahan yang memenuhi peti sejuk besar di kediamannya, memang benarlah dia serius dalam bab menyusukan anak.

Apatah lagi dirinya juga dikelilingi oleh rakan-rakan selebriti yang turut menyokong penyusuan susu ibu seperti rakan niaganya Aishah Sinclair.

Namun dia puas dapat memberikan makanan awal terbaik untuk si kembar kesayangan keluarga. Rasa berbaloi melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membeli pam payu dara terbaik di pasaran.

Jika boleh menurut Sazzy, dia mahu menyusukan Imaan dan Tiara sehingga dua tahun tetapi jika tidak dapat, tempoh setahun lebih pun sudah memadai.

Baginya tiada alasan dari seorang ibu untuk tidak memberikan susu ibu kepada anak mereka. Yang penting ibu harus bijak mengatur masa dan dapatkan sokongan daripada ibu-ibu lain yang turut menyusukan anak sebagai motivasi.

Apa yang diharapkan sokongan dan dorongan daripada suami dan keluarga akan berterusan bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif.







Baguslah ada artis menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya. kenapa tidak kita susukan anak dengan susu ibu juga?. so support lah Susu Ibu Pilihan Terbaik! wah teringin nak anak kembar jugak! muahaha ^^

Model Pertama Malaysia Bogel di Majalah F***

11:30:00 PM 27 Comments A+ a-





Mungkin tajuk di atas membuat anda tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan itu dan di mana dia menjadi model bogel negara yang pertama?

Oklah, namanya ialah Christy Yow yang berasal dari Ipoh, Perak.

Sebelum ini dia merupakan model untuk jenama pakaian Crocodile.

Mula menjadi model pada usia 19 tahun ketika mengikuti jurusan penyiaran di Kolej Tuanku Abdul Rahman.

“Ada rakan-rakan bertanya jika saya berminat menjadi model ketika itu, saya fikir mengapa tidak kerana itu cara untuk seorang pelajar mendapat wang tambahan.

“Namun saya tidak menjangkakan akan menjadi model sepenuh masa. Saya ingat saya akan lebih banyak berkerja di belakang tabir memandangkan saya adalah pelajar bidang penyiaran,” katanya dipetik media baru-baru ini.

Christy asalnya ke Singapura untuk menjadi pramugari Penerbangan Singapura tetapi gagal dalam pusingan pertama lagi.

Dia berbogel untuk majalah F*** (Film, Fame & Frank) di negara berkenaan.

Dia dikenali dengan nama samaran 36C Christy, sempena saiz dadanya yang besar.

Christy juga dilabel sebagai bakal menjadi simbol seks Asia yang baru.

Setakat ini dia juga sudah berlakon tiga buah filem di republik itu dan dikatakan antara pelakon pilihan untuk membawa watak Rose Chan dalam filem arahan pengarah Singapura, Eric Khoo.

Rose Chan adalah penari bogel pertama di negara ini dan negara jiran pada tahun 50-an hingga 70-an.




adeh nak bogel bogel kat Singapore lah jangan bawak busuk nama Malaysia!
 buat malu Malaysia je jika dikatakan negara simbol seks di Asia! Nauzubillah~~

Negeri Sembilan Ke Final Piala Malaysia

7:00:00 PM 6 Comments A+ a-



\
Piala Malaysia milik siapa??





Negeri Sembilan akan menentang Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu depan 29.10.2011 setelah mengatasi lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua pada Sabtu lalu.

Terengganu menundukkan Selangor 2-1 dengan kelebihan agregat 4-1 sementara Negeri Sembilan mengalahkan T-Team 2-1 dengan kelebihan agregat 6-3.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ternyata pengalaman naib juara musim lepas itu sukar digugat oleh sebuah pasukan kelab, T-Team.



Babak pertama menyaksikan serangan bertali arus menerusi Hairuddin Omar, Mohd Firdaus Azizul dan Shahurain Abu Samah, namun berjaya dipatahkan benteng T-Team.

Pada minit ke-32, S. Kunalan hampir meletakkan Negeri Sembilan di depan namun sepakan silangnya dari luar kotak penalti ditepis Mohd Jibrail Kamaron Baharin manakala tidak kurang tiga peluang yang diperoleh berikutnya juga gagal dimanfaatkan barisan depan tuan rumah.




Babak kedua menyaksikan T-Team menerima tamparan hebat apabila Nor Fadly Alias diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil Nagor Amir Nor Mohamad pada minit ke-58, sekaligus menyaksikan pelawat bermain 10 pemain.


Begitu pun, ini tidak mematahkan semangat pelawat apabila Mohd Fitri Omar berjaya menjaringkan gol T-Team pada minit ke-72.




Kegembiraan pelawat tidak lama apabila Shahurain menyamakan kedudukan seminit kemudian dengan diiringi gema sorakan lebih 40,000 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium.




shahurain abu samah (9)

Kapten Negeri Sembilan Shukor Adan menambah derita T-Team menerusi jaringan pada minit ke-84.



shukor Adan (12)


hero Negeri Sembilan!


Sekitar selesai perlawanan









Tahniah Skuad Hobin Jang Hobin,,,,
Alang2 melangkah ke final biar sampai jadi JUARAAAA !!!!!!
Musuhnya Habis Binasa!!





Final Piala Malaysia
Terengganu vs Negeri Sembilan
Tarikh: 29 oktober 2011
Masa: 8malam
Tempat: Stadium Shah Alam

sumber 

maaf jika ada kekurangan. akan diperbetulkan jika salah information. :)

Mayat Gaddafi Di Pamer Di Pasar Raya

10:00:00 AM 8 Comments A+ a-


JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam.



MISRATA, Libya - Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya. Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.

Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.

"Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.

Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.

Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.

Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.

Turut diletakkan di dalam bilik sejuk beku tersebut ialah jenazah anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.

Gaddafi meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dia ditangkap pejuang-pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya, Sirte bersama pengawal-pengawalnya.

NTC yang memerintah Libya masih tidak dapat memutuskan bila dan di mana jenazah Gaddafi akan dikebumikan.

Penduduk di sini yang merupakan bandar paling teruk dibedil tentera Gaddafi dalam perang saudara sejak beberapa bulan lalu mendakwa jenazah Gaddafi adalah hak milik mereka.

Pertelingkahan itu menyebabkan rancangan untuk mengebumikan jenazah Gaddafi kelmarin terpaksa ditanguhkan.

Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.



ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin.


cuak daku wei..ramai pulak berlumba-lumba nak tengok mayat Gaddafi. tak takut badi ke. hahaha

Tidur Ramai Lelaki Rebut Gelaran Ratu X

8:00:00 AM 11 Comments A+ a-



Mahu cepat popular



Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.


Astaga! kerana mahu popular sanggup gadai maruah. duhai adik-adik sedarlah..