Warna Warni 2011

8:00:00 PM 22 Comments A+ a-



Assalamualaikum kalian..



sempena tahun baru bakal menjelma ni, daku memang tak mempunyai azam melainkan mahu menjadikan tahun 2012 ni sebagai tahun yang lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya! jika di ikutkan tahun 2011 adalah satu tahun paling berjaya dan paling mengejutkan juga dalam kamus seorang wanita bernama AZIZAH!! segala pahit manis semuanya tercoret dalam tahun 2011!!


tak percaya? mari daku rumuskan serba sedikit mengenai tahun 2011 ni. :)


bermula dengan birthday Cik Azizah's blog buat pertama sekali.
Alhamdulilah daripada sekadar mengisi masa terluang dengan menulis catatan dalam blog ni
secara tak langsung kini ia menjadi habitat apabila blog ni di jadikan sebahagian diari hidup daku. teheeeee~~



Lilypie First Birthday tickers


26 February 2011 Birthday Cik Azizah's Blog yang pertama. tahniah!!
bermula dari setahun daku cuba perbaiki mutu penulisan,perkataan supaya blog ni tidak terasa macam newbie sangat. Alhamdulilah daku semakin serasi dan cara penulisan juga semakin berubah hasil dari pandangan orang sekeliling,otai-otai yang banyak membantu :) terima kasih :D


anak buah lelaki tunggal menyambut birthdaynya yang setahun. tak sangka dah besar dah haikal. geram betol dengan telatah dan kenakalan die ni. grr..memang habis kena gomol dengan daku lah. hahaha



sekarang nak masuk 2 tahun dah..comeyy!!


daku dapat set eksklusif setem kapal selam navy hasil menang GA. Alhamdulilah rezeki sebab setem dari navy atau ATM la daku sangat-sangat inginkan.  edisi terhad pulak tu. smart giler lah. memang setem ni eksklusif sangat2 yang boleh dijadikan kenangan!



terasa macam nak bagi setem ni untuk pos jemputan kad kawen. tapi sayang lah pulak -_-"


24 Mei 2010 merupakan tahun terakhir daku bergelar gadis single! bererti, tahun 2011 ni tahun terakhir daku sebagai seorang anak dara. hehehe seawal usia 23tahun daku bergelar isteri. dan inilah merupakan birthday terakhir daku sebagai anak dara. selalunya ingat gitu je birthday sendiri tetapi mulai tahun depan dah sambut birthday sendiri dengan asben. asben tak hadiah hadiah siap lah. hahaha


bila menyebut tentang bekas makanan,jenama Tupperware sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat kita berbanding dengan jenama lain. ala...sesuai la dengan materialnya yang tahan lama dan selamat di gunakan kan. patutnya harganya berpatutan. ekeke ~~ dan buat pertama kalinya jijah pergi Event anjuran Tupperware Brand di One World Hotel dekat dengan One utama tu. first pergi hotel 5 bintang u! ai jakun seketika. hikhik





Semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan yang baru dilantik perlu mengikuti kursus induksi sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Alhamdulilah penantian selama setahun berjaya juga apabila jijah LULUS dalam Kursus Induksi ini.
tak sabar rasanya nak menunggu jijah telah di sahkan dalam jawatan!
boleh la jijah buat loan untuk beli rumah. weeee ^^


kalau dalam perhubungan. Alhamdulilah tahun 2011 adalah tahun ke 9 daku bersama si dia. lebih-lebih lagi abg navy pulang ke semenanjung untuk bercuti jadi kami menghabiskan masa bersama berjalan-jalan sakan balas dendam dah lama tak jumpa! hehehe segalanya serba hebat bila dapat bersuka ria bersama kekasih tercinta.




ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari perpisahan terjadi lagi apabila abg navy sudah tamat bercuti dan kembali bekerja. sebelum pulang beliau sempat mengucapkan Ashiteru I Love You. [klik new tab] teheeeeeeeeeeee~~~




cashout duit nuffnang pertama kali buat daku eksited lebih. hahaha. Alhamdulilah ada rezeki sedikit walau tak banyak earningnya. huhuhu dan apabila selepas sebulan cek nuffnang pertama sudah selamat di terima [klik new tab]




bila masuknya bulan ramadhan, diri ni harus melakukan pelbagai amal ibadah untuk memperolehi pahala di bulan yang mulia. di samping itu jugak daku menerima jemputan majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan sambil reunion sekali. tahun ni dapat sambut puasa bersama abg navy. seronok nyaaa.. :)




dan raya tahun lepas juga mungkin akan diingati sampai bila-bila kerana raya pada raya ke dua, pertama kalinya daku beraya di Labuan dan Kota Kinabalu Sabah! Bermulanya trip to labuan-kota kinabalu yang sangat menyeronokkan. :) shopping syurga coklat di labuan membuatkan daku ni rambang mata tengok coklat-coklat yang murah-murah!



Memorial from Sabah. entah bila lagi nak pergi sana ^_^


"Bila kau senyum ku gembira, bila kau sedih ku menangis..
Bagai camar rindukan kembang, ku rindu wajahmu oh sayang..."

Lagu ini begitu sinonim dengan daku. sejak dari 9 tahun yang lalu lagu ni sering bermain-main di bibir kami berdua. penuh sentimental dan nilai value yang tinggi tak terharga dalam diri kami berdua. Alhamdulilah tahun 2011 adalah 9 tahun kami bersama.  

Selamat Sembilan Tahun Bersama! Happy 9th Anniversary


akhirnya 2011 menutup tirai dengan jayanya apabila satu lagi perkara hebat dan tak di sangka sangka terjadi! daku bergelar isteri kepada abg navy pada 11.12.11. macam tak caya je daku bertunang dan nikah terus. tapi Alhamdulilah benda baik kan.. yang penting nikah. sebahagian iman daku telah terlaksana. Alhamdulilah ^_^




dan ini bererti, 2011 juga secara rasminya menutup tirai dengan selamatnya pada malam ni : )


Jadi kepada kalian semua., 

SELAMAT TAHUN BARU 2012! : )


Semoga tahun 2011 yang lalu pergi membawa cerita yang lama dan semoga kedatangan 2012 ini memberikan 1001 kehebatan untuk daku, kalian dan kita semua ya! ayuh kita buka buku baru dan tinggalkan kisah yang basi dulu! ; )

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

22 insan comel komen

Write insan comel komen
WANDA
AUTHOR
12/31/2011 9:09 AM delete

amboi panjangnye...hhehehe selamat tahun baru ye ....

Reply
avatar
Azzah
AUTHOR
12/31/2011 9:42 AM delete

mesti yg last sekali tu perkara paling manis sekali kan?

Reply
avatar
12/31/2011 10:17 AM delete

cepat masa berlalu kan? heee...=)

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
12/31/2011 12:18 PM delete

@Azzah sis tu kenangan paling manis sekali!! penutup tahun 2011.hehe

Reply
avatar
12/31/2011 1:03 PM delete

smua pristiwa jijah lalui yang mngmbirakan..hihihi...selmat thun baru..

Reply
avatar
12/31/2011 1:23 PM delete

penutup 2011 yang gembira.. :)


Selamat Tahun Baru Jijah... :)

Reply
avatar
katak comel
AUTHOR
12/31/2011 1:33 PM delete

byknye knngn manis dye taun 2011..untungla jijah oi!

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
12/31/2011 1:38 PM delete

Alhamdulilah semua yg manis2 je tahun 2011...selamat tahun baru kawan2 :)

Reply
avatar
ecadwinkyasha
AUTHOR
12/31/2011 2:09 PM delete

nice 2011 for you :)

Reply
avatar
12/31/2011 2:09 PM delete

memang sangat bermakna 2011 ni untuk jijah :). Semoga tahun depan lebih bahagia dari tahun ini untuk jihah :)

Reply
avatar
MiszMaryaNe
AUTHOR
12/31/2011 4:06 PM delete

bermaknanye tahun 2011 cik jijah,
moga tahun depan akan lebih2 bermakna yek..=)

Reply
avatar
Nonie
AUTHOR
12/31/2011 5:00 PM delete

selamat tahun baru jijah...
semoga terus success n berbahagia ^_^

Reply
avatar
12/31/2011 5:15 PM delete

penutup tahun 2011 tu sweet sangat..tahniah sekali lagi jijah..hope next bertambah happy lagi ^__^

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
12/31/2011 8:39 PM delete

smga berbahagia selalu...amin..
tak lupa hapy besday tok blog kiut nih... =)

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
12/31/2011 10:54 PM delete

wahhh cekk nuffng tuhh heheee ^_^

Reply
avatar
Sally Yatiey
AUTHOR
1/01/2012 12:41 AM delete

selamat tahun baru :D

Reply
avatar
hudahassan
AUTHOR
1/01/2012 3:18 AM delete

Selamat Tahun baru k.jijah . hehe . Wahhhh . seronok baca pengalaman 2011 aqk . Alhamdulillah . bahagia . Semoga terus bahagia ya :)

Reply
avatar
Aida Omar
AUTHOR
1/01/2012 11:00 AM delete

kalau ikutkan mesti banyak lagi yang jijah nak listkan kan?

semua tu dah jadi kenangan kan.. sedih gak kadang2 nak tinggalkan.

selamat tahun baru jijah.. semoga diberi rezeki yg murah :)

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
1/01/2012 2:56 PM delete

tahun baru azam baru ingin menimang cahaya mata..doakan jijah yer kawan2 :)

Reply
avatar
1/01/2012 3:53 PM delete

kngn indah belaka ea dear..tahniah syg utk semua~

Reply
avatar
MaYa MustWany
AUTHOR
1/01/2012 5:54 PM delete

penutup yang best tuh...^^

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
1/01/2012 6:40 PM delete

hehe tahu xpe...penutup yg meninggalkan kesan yg sgt mendalam!!

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!