Thursday, June 30, 2011

Tanda Apabila Sudah Jatuh Hati..



sumber: deviantart


Setiap orang pernah jatuh hati kan..menipu lah tak bukan..bukan manusia namanya jika hati tak pernah merindu dan menyintai..



21. Prihatin -
Kalian bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Kalian akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal -
Ya!! Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya kalian akan habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu menyebabkan kalian rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan -
Sejak mengenali si dia kalian berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan kalian meminatnya. Kalian akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Kalian mahukan wujud persamaan dengan si dia.

24. Sumber ilham -
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian -
Kalian sering termenung membayangkan impian masa depan kalian bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Kalian dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji -
Dari pendiam kalian jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Kalian peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati kalian rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian kalian.

27. Mulut manis -
Kalian hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Kalian akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak kalian sukai. Tujuannya kerana kalian tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula kalian tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.

28. Tanda ingatan -
Kalian memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan,kalian akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya kalian hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati kalian terhadapnya.

29. Inginkan perhatian -
Kalian selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama kalian. Walaupunkalian tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

30. Bertekad memilikinya -
Secara drastik, kalian berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, kalian pasrah dan menerima. Kalian ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati

terima kasih sudi baca..

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days



Akhirrrnya cabaran 30 days 30 challenge sudah sampai penghujungnya. selamat juga daku menghabiskan cabaran ini tanpa sebarang masalah. heheee


ini merupakan entry terakhir dalam cabaran ni.


3 good thing yang terjadi dalam 30 hari ni..


  1. sesi mengedate dengan kekasih tercinta apabila dia pulang ke semenanjung untuk masuk sekolah. haha walaupon jauh sebelum ni bak kata cinta antara benua. bila dia dah pulang ke pangkuanku haruslah daku balas dendam setelah lama tak berjumpa. kihkihkih sambil mula lah berjiwang sakan dengan mengucapkan 143..Ashiteru. hehe
  2. ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari apabila encik tentera laut harus bertugas dan sambung belajar kat Pangkalan TLDM Lumut pula. perasaan?? sama sekali tidak rela! tetapi kerana tugasnya sebagai seorang anggota tentera daku harus lepaskan dia pergiii... ececeh ^^
  3. Alhamdulilah duit hasil dalam blogging semakin banyak. 1st time nak cashout duit nuffnang berjumlah RM149.15. nanti InsyaAllah hujung bulan 7 sebelum raya dapat lah cek tu. dapat lah belanja untuk raya sikit. dan tak sangka juga dapat BE baru selepas daku cashout. Syukur. harap-harap duit tu masyuukk.


wah. tu la serba sedikit yang terjadi dalam masa 30 hari ni. kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya. tapi daku cuba padatkan yang penting-penting. weee~~


terima kasih pada semua kawan-kawan yang tak jemu memberikan komen sepanjang 30 hari cabaran ni. kalau kalian rajin buatkan cabaran ni. ikut je macam daku punya entry tu. hehe daku tak marah pon. hikhikhik


sekarang dah tahu ye semua rahsia daku yang dah di selongkar habis dari 30 hari cabaran ni.*selongkar habis dah kot*. hehe




Mane yang baik datangnya dari Allah dan buruk tu dari diri daku sendiri.

Selamat Beramal semua ^_^



Terima Kasih Pemberian Ini l Promote Blog


hai kalian...


hari ni InsyaAllah jijah akan rajin belogpecut blog kalian. sebab hari ni jijah cuti. cuma.... cuma line berukband ni jelah jadi kekangan. tapi jijah cuba jugak dalam buka 2-3 blog dalam 1 masa untuk komen dan pecut! bahaha~~


oh ya. hadiah pemberian dari blogger dah sampai. weee~~ mak jijah asyik terkejut je apa lah macam-macam jijah dapat tu. tu belum dia dapat cek dari nuffnang nanti. mesti lagi terkejut. kahkahkah


baiklah. hadiah hadiah ni dari







  • ini blog jijah rajin pergi. sebab entry yang di hasilkan semuanya spontan. walaupon entry itu mengandungi berita sekalipon.
  • kadang-kadang jijah tak sempat nak komen entry beliau dalam 1 masa sebab tak sampai beberapa minit jijah komen. dah ada entry lain. kahkahkah~~ so jijah akan komen semua sekali gus. baik kan jijah. hahaha sekarang jijah nak jadi top jejari komentar dia. tempat kedua sekarang. bahahaha ^^




2. blog sis Ardinihumaira





  • blog ni dah ramai orang kenal kan. sis dni ni memang baik hati akan komen semua entry kita kalau dia tengah online. sama juga sis dni akan komen semua entry sekali gus. baru-baru ni jijah dapat sampel masker kot tak silap dari avon. so kalau rasa sesuai dengan masker ni boleh la order gan sis dni. sis dni pon ada buat felt craft,tiny pillow dan lain-lain lagi.
  • rajin sis dni ni. tempahan pon banyak lebih-lebih lagi sis dni nak kawen tak lama lagi. Moga murah rezeki ya kak! jijah doakan. wee~~



eh ni entry macam promote je. hahaha entry menghargai my best follower! yehaaaa...

Tips Minum Air di Waktu Pagi




Air yang elok diminum ialah Air Masak Mati (sejuk), dan minum pada waktu pagi dalam kedudukan seperti orang merangkak. Sebelum minum tarik nafas dahulu. Tahankan nafas ketika meneguk (jangan hembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya dan bukan menunggangkan gelas. Cara ini dapat melegakan keronkong serta membersihkan usus perut dari kekotoran dan kahak yang berkumpul semasa tidur.

Saidina Ali menyarankan bahawa pada waktu pagi minum air sambil berdiri. Pada waktu malam, minum sambil duduk. Minum dengan meneguk perlahan-lahan. Paling sedikit 3 teguk.


selamat beramal ^^


Wednesday, June 29, 2011

Day 29 – Something you could never get tired of doing.


30 days 3o challenge~ rujuk entry ini kalau nak tahu apa daku buat..


Yehaa....cabaran 30 hari kini dah nak sampai penghujungnya...


"Something u could never tired of doing" of course jijah dah addict surfing internet!!





bahkan jijah pon dah ada search enjine page sendiri. eh bukan ke. muahaha ^^. jakun ai. kalian try lah search sendiri ok. rujuk entry ini.


tu lah penangan internet bagi jijah. baiklah bila dah surfing internet sudah pasti jijah akan terus


BLOGGING!!

yeah ini wajib! sejurus jijah balik keje tak kira syif pagi,petang mahupon malam jijah akan terus buka lappy dan search benda ni. dah memang bookmark lah. bukan setakat addict pon tetapi jijah dah jadi blogger tegar! memang langsung tak boleh nak tinggal blog. muahaha ^^ jadi blog memang benda yang tak pernah jijah letih untuk melakukan.


FACEBOOK!!

ini satu hal. sebelum adanya blog jijah addict ini dulu. tapi nampaknya jijah dah kurang berfacebooking sebab jarang member lain nak komen kat sana dan jarang jugak jijah post kat wall jijah tu. tapi jijah lebih masuk kepada group blogger. di sana lah tempat nak ping entry bagai. dan group yang selalu jijah lepaking KONGSI BLOG. semua kaki blogwalking! i like :)


BLOGPECUT!!

bila jijah dah tegar dengan blog sudah pasti jijah akan menyergah shoutbox orang lain tak kira masa dengan belogpecutnya. kahkahkah~~ kadang-kadang berduyun-duyun komen yang sama jijah masuk shoutbox orang tu [tapi berbeza masa lah]. hahahaha kita lebih friendly bila blogwalking ni. sambil meningkatkan trafik sesama.. tu yang penting!!



benda ini lah yang tak pernah membuatkan jijah letih melakukan!! bahkan semakin seronok dengan dunia ini. owah gilos jijah ni sampai dah tegar. adeh....tolonnnnggg!!


ook jumpa lagi cabaran terakhir 30 days challenge. daaaaaaa... :P


Perjalanan Istimewa Israk Mikraj


27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu Perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.


Firman Allah bermaksud:

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)


Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.





Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

  1. Sedekah/amal jariahnya,
  2. Doa anak-anaknya yang soleh dan
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Selamat Menyambut Israk Mikraj.. Mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan doakan kesejahteraan baginda, ahlul bait & para sahabat.

Tuesday, June 28, 2011

Day 28 – In this past month, what have you learned?


30 days 3o challenge~ rujuk entry ini kalau nak tahu apa daku buat..


sejak kebelakangan ni banyak benda jijah belajar.


mula masuk alam pekerjaan tak sama macam alam study dulu. yang rata-rata bila mahu kemana-mana ada orang akan backupkan kita.

tapi bila masuk alam pekerjaan semua serba serbi atas bahu kita sendiri. semua keputusan kita kena buat. selagi tak bercanggah dengan ape yang di ajar.

baru-baru ni jijah ada terlibat dengan kes kematian. sampai pihak keluarga menuntut pampasan ganti rugi. sehinggakan saban hari kena berulang naik turun bilik mesyuarat untuk soal jawab. takut sangat. hati tak tenteram. tidur dah tentu tak lena.

haruslah kita cakap apa yang kita alami. sungguh berat dugaan itu! sehinggakan jijah rasa macam nak je resign dalam bidang ni. tapi jijah masih kuat. sokongan family yang terus bagi jijah semangat hingga saat ni!

dari situ jijah belajar erti SABAR dan hingga kini masih belajar erti sabar! bukan semua benda kadang-kadang kita boleh sabar bukan. banyak aspek dalam erti sabar ni.






dari pengalaman tu jijah lebih BERHATI-HATI dalam melakukan tugas. jijah sedar jijah tak perfect nak lakukan banyak perkara dalam sesuatu masa. tak boleh! tapi sekurang-kurangnya jika kita berhati-hati kita mungkin boleh atasi semua perkara. ya itu jijah pegang sekarang ni. pengalaman dah mengajar jijah.




dan apabila terjadinya sesuatu. kita jangan pernah lupa dengan Allah. di saat tu lah kita sebagai hambaNya amat memerlukan bantuan. dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tersirat mahupon tersurat di sebalik dugaan.




sekian..

CPR







TEKNIK-TEKNIK CPR (Resusitasi kardiopulmonari)


Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.


Jantung terhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Airway, Breathing and Circulation).


1.SALURAN PERNAFASAN

2.PERNAFASAN

3.EDARAN DARAH





SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)

  1. membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu keatas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak. Ini biasanya membuka saluran pernafasan



PERNAFASAN (Breathing)

  1. Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.


*sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan.

* Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan beri pernafasan bantuan

*Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada




EDARAN DARAH (CIRCULATION)

  1. Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dadda dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama



*Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan


PESANAN:

CPR seperti juga kemahiran lain, perlu dipraktikkan selalu supaya anda ingat langkah-langkah penting. Dengan cara ini apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat menolong menyelamatkan nyawa. Perbaharuilah kemahiran anda sekurang-kurangnya 2 tahun dengan cara menghubungi Jawatankuasa CPR dan mengambil kursus ulangkaji.

Kursus ulangkaji tahunan yang lebih kerap adalah digalakkan. Ini akan mengambil sedikir masa sahaja untuk mengkaji semula langkah-langkah kecemasan dan anda akan merasa lebih yakin kerana masih mampu melakukan CPR. Kursus ulangkaji juga akan memberikan penerangan mengenai teknik CPR yang terbaru.


ANDA DILARANG BERLATIH ATAU MENCUBA KEMAHIRAN INI KEATAS ORANG LAIN!! IA MERBAHAYA KEPADA ORANG YANG SEDAR DAN SIHAT, TETAPI ADALAH PENYELAMAT KEPADA MANGSA JANTUNG TERHENTI.





sekian terima kasih ^^


Monday, June 27, 2011

Day 27 – What kind of person attracts you?


30 days 3o challenge~ rujuk entry ini kalau nak tahu apa daku buat..


wah. jeng jeng jeng.


what kind of person attracts you? atau bahasa malayanya Orang yang menarik perhatian kita.
jijah bagi secara rawak la yer. orang yang dapat menarik minat jijah adalah mereka ini...


  1. Beriman- jijah sedar jijah masih lalai dalam bab ni. tapi sekiranya kita berkawan dengan orang baik tak mustahil kita akan terikut tingkah laku mereka ye dak. alangkah beruntungnya dapat imam muda kat tv tu. tentu jijah tak jadi macam sekarang ni. hakhak :p takpe encik tentera laut leh jadi imam. InsyaAllah. hehe
  2. Handsome/Cantik- Lelaki yang hensem perempuan yang cantik mesti ramai suka tengok kan. juling biji mata korang tu kalau mereka lalu. lumrah manusia suka tengok yang cantik-cantik aje. dalam berblog sendiri pon pandang rupa bila nak naik sikit. betul kan. emm
  3. Tak sombong/Ramah- jijah suka golongan ni. bila berkawan je rasa happy. tak sombong. bila bercakap je penuh dengan rendah diri. orang kata duduk sama rendah. gitu la ayatnya. kekee
  4. Kelakar- tak tahu kenapa jijah suka sangat orang yang suka buat lawak. idea-idea yang di keluarkan selalu buat orang tergelak. cmner kan boleh jadi lawak camtu. bestnya. mereka bukan buat-buat tapi mempunyai keistimewaan sendiri yang boleh buat orang tak kering gusi. hehe


motif?? i dont no...hahahaha :p



ok habis dah. tinggal lagi 3 hari je nak habis challenge. rasanya kebanyakkan rahsia dah terbongkar. hahaha


Jimmy Shanley Terima Cahaya Mata Sulung Zahrah Shanley







Alhamdulilah...Pengacara Jimmy Shanley selamat menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu. Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat. kecik juga eh anaknya. huhuhu

gambar anak jimmy shanley
sumber: beautiful nara

Jimmy berkata “Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.


“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy. Jimmy memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).




“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi. Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.


“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.


Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Selamat Jalan My Sis



assalamualaikum kalian...


maaf sangat. jijah baru bangun tido lepas hantar my sis ke airport 3 pagi tadi. seharian jijah tak tido asyik belogpecut la sampai 3am tadi. sekarang jijah pulak tengah emo..



muka tak tido semalaman.asyik belogpecut!


jijah sedih sangat. kat rumah ni nampaknya jijah takde geng la jawabnya. hanya bertemankan mak gan ayah je. dulu my sis selalu ada. leh teman pergi jalan-jalan. kalau jijah nak keluar gan encik tentera laut mesti keluar sama-sama then dia ikut hala tuju dia.


depan pintu masuk


ermm kini nampaknya jijah takde kawan. my sis dah selamat sampai Labuan naik belon merentasi laut china selatan. sekarang my sis kena kursus setahun untuk Skim Latihan Perantis Peruncitan PERNAMA.



Perwira Niaga Malaysia atau ringkasnya PERNAMA merupakan sebuah perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). PERNAMA bertanggungjawab mengendalikan laman niaga serta kedai runcit di dalam Kem-Kem Angkatan Tentera seluruh Malaysia.

Kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Skim Latihan Perantis Peruncitan (SLPP). Skim latihan selama 12 bulan ini bertujuan melahirkan kakitangan terlatih untuk ditempatkan di kedai-kedai PERNAMA. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan diberikan elaun, kemudahan perubatan dan faedah-faedah sedia ada.


my sis mohon kerja kat PERNAMA dalam kem askar tu. lagipon ayah jijah pon bekas askar kan. nanti tamat kursus je mungkin dia akan jadi Pengurus Pernama. hehee Amin


rezeki dia berpihak kat situ. sebelum ni my sis belajar di Poli dah grade Diploma Setiausaha. oh ya my sis kursus kat Labuan Sabah. jauhnya kan. dia pon naik belon sensorang. nanti kat airport labuan ada la orang PERNAMA amik.




sesiapa yang nak mohon jawatan kosong kat PERNAMA ni. sila rujuk laman web www.pernama.com. tapi jijah tak pasti jawatan kosong di buka lagi ke tak. huhuhu



siap lambai lagi masa nak checkin


jijah tak leh nak cakap la. memang dah berjujuran air mata ni. jijah kan cembeng. bahaha~~




ok ok. selamat tinggal my sis! nanti balik semenanjung bawak kristal,gelang kristal,mutiara,kerongsang banyak-banyak tau! we all miss u. muaaah!!


bestnya naik belon!!


InsyaAllah kami akan pergi ke sana jugak yer. take care dear!


p/s; facebook beliau Lavia Ziela dan ada blog lavia90.blogspot.com


Teruskan Tidur Peluk Bantal



Kalian selalu tidur sambil peluk bantal,
teruskan amalan tidur sebegini kerana
ini merupakan posisi tidur yang paling elok.
Tidur dengan kepala dan badan mengiring,
punggung menekuk sambil satu kaki di tekuk ke arah dada
dipanggil posisi fetal.
Posisi tidur ini memudahkan kalian bernafas dan ia memastikan jumlah oksigen yang disedut memenuhi keperluan tubuh.





sila rujuk entry


untuk mengetahui lebih lanjut..



Sunday, June 26, 2011

Bagaimana nak dapatkan BE Nuffnang





ramai yang bertanyakan pada jijah lagi bagaimana nak dapatkan BE. jijah pon tak tahu nak cakap. sebab jijah pon baru lagi dalam blog. kalau blogger otai mereka lagi tahu la pasal ni.


sebelum ni jijah ade Kempen CPC je. then atas nasihat blogger otai lain. mereka suruh hantar tiket kat encik nuffnang untuk dapatkan BE.


dan jijah hantar tiket kat nuffnang. . so jawapan dari pihak nuffnang ialah




klik untuk tumbesaran yang maksima!!



oh ya bagaimana nak hantar tiket?


buka akaun nuffnang>klik contact us>create ticket>pilih questions/feedback-Next> isi lah mesej tu > submit!



dah baca kan. jadi sekarang paham kan. ape yang penting sekali untuk dapatkan BE..eh bukan BE..untuk dapatkan kempen CPM en nuffnang kata ialah


1) Update Profile Survey

Yang ni lah profile kalian sebagai Nuffnangers yang akan Advertiser tengok untuk memilih kalian untuk pengiklan mereka. Jadi Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers sebab mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut kalian tu. Lepas ni rajin-rajin lah kalian mengemaskini laman 'survey' kalian dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog kalian dipilih oleh Advertisers.


2) Update Blog Survey

Kedua terpenting dalam pemilihan iklan ialah update Blog Survey tu. Dalam survey ni kalian kena jawab apa yang ada dalam blog kalian tu. kalau blog kalian banyak cerita pasal cinta. kalian tulis lah cinta tapi pastikan ayat yang bagus dan mudah di fahami oleh pengiklan nanti.


kat mane nak buat?

buka akaun Nuffnang -> dashboard -> Blogger Bio -> Edit blogger bio survey -> dan jawab soalan itu


3) Letak iklan di tempat sepatutnya

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam pemilihan pihak Advertisers. Sebagai contoh, kan. sesuatu unit iklan "Skyscraper" hendaklah di letakkan di sidebar. Bagi iklan "Leaderboard" di letakkan di atas header supaya dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web kalian tu. dan "Large Rectangle" diletakkan betul-betul di bawah entri pertama kalian. Jika unit iklan blog kalian tak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas ia mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog lain tetapi jika blog kalian mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang kalian untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Dashboard -> Add ads -> copy dan paste kat blog kalian


4) Keahlian Glitterati

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Advertiser lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah mereka untuk Bloggers yang paling setia dengan mereka. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.


Jadi,
untuk meningkatkan peluang blog kalian untuk di pilih oleh Advertiser
kalian hendaklah selalu mengemas kini blog kalian tu dengan menjawab soalan survey dari masa ke semasa, selain tu meletakkan unit iklan kalian di 3 tempat yang betul.
kalau rezeki kalian ada. pihak Advertiser akan memilih blog kalian untuk kempen CPM mereka dan peluang untuk mendapatkan jumlah duit dalam Buffered Earning sangat lah cerah.



kalau tak dapat pon. anggaplah blog sebagai dairi dalam kehidupan kalian dan duit hasil blogging hanya lah satu bonus saja.


p/s : lepas je jijah hantar tiket kat Nuffnang dulu terus dapat BE!! serius tak tipu! baca entry 1st BE Nuffnang. dolu lah tapi sekarang tak tahu. hehe ape-ape pon.. sharing is loving.

kalau nak tahu lebih lanjut baik tanya helpdesk kat nuffnang. mereka akan jawab setiap pertanyaan kalian..

ok sekian...dan selamat berblogging semua ^^