Tuesday, August 30, 2011

Doakan Perjalanan ke Labuan Selamat



Assalamualaikum..

wah korang.. mood raya eh. jijah je yang tak beraya. huhuhu bukan apa hari raya pertama pon jijah keje di pagi raya. jadi takde mood nak berjalan sakan. lagipon tak balik kampung. orang-orang taman perumahan ni pon gelap. semua balik kampung. huhuhu nak berjalan mane la kan.


esok bermulalah perjalanan jijah ke Labuan Sabah. wah excited nak naik belon. dah 8 tahun kot tak naik belon ni. hahaha cuak,gerun,excited bermacam baur perasaan ni. hehe


jijah pergi cuti raya sana sebab adik jijah kan dapat keje sana macam dalam entry INI [klik open new tab] so kami sepakat la beraya bersama dengan dia sambil bercuti. hehehe 


tak pernah lagi jejak kat sabah ni. firsttime ni. memang excited. muahaha ^^ feri,hotel semua dah book kat Labuan dan Kota Kinabalu. tapi tak leh nak berjalan sangat sebab dapat pergi sana pon takat 5 hari je. masih tak cukup nak jelajah sekitar Kota Kinabalu atau kundasang. huhuhu


so esok flight jijah jam 7am. tapi seawal 4am dah bersiap nak gerak ke LCCT. mujur lah Port Dickson-LCCT tu tak jauh mane. ngeee barang semua dah packing. harap-harap tak ada ape yang tertinggal.


doakan perjalanan jijah dan keluarga selamat sampai Labuan ya dan selamat juga sampai semenanjung. InsyaAllah Amin. baiklah. panjang menaip ni. mata pon dah stim. esok nak bangun awal pagi. so lepas jijah publish entry ni jijah nak tidoo. hahahaha


selamat berkunjung kunjungan ye korang. jijah tahu korang seronok mengumpul duit raya ni. eeeeeeeeee..xmalu...blueeeeeerrkkkk :p


selamat hari raya korang semua.. maaf zahir batin. 0-0 yer. >_<

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga blogger..




disebabkan jijah bekerja di pagi raya esok. 
jadi jijah tujukan lagu ni buat semua yang bercuti di kampung dan dapat beraya esok. huuu :(

dan yang tak dapat beraya pada 1 syawal ni.
jom kita kerja bersama-sama. muahaha ^^



Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga



1 syawal jijah beraya di wad. tak dapat la nak semayang raya. hehehe ape boleh buat. kami sedia membantu. hehe 
wad pon dah clear. tinggal la 3 orang pesakit yang non muslim.
lagipon raya ni jijah tak pergi mana-mana. cuma start raya kedua hingga raya kelima jijah holiday di Labuan Sabah. doakan perjalanan jijah selamat sampai ya..


Salam MerdekaRaya juga buat korang semua. 
Merdeka. Merdeka. MerdekaRaya!!

Apapun Pendapat Awak Tentang Saya..Selamat Hari Raya


Assalamualaikum...


Apa Pendapat Awak tentang Saya
Selama kita berkawan ni..



MACHO?
KAKI BELIT?
BORING?
LEMBAB?
MACAM BAGUS?
COOL?
SEXY?
HANDSOME?
CANTIK?
LAWAK?
GATAL?
BIJAK?
BRUTAL?
NO KOMEN?


Apa pun pandangan Awak tentang saya!....


Saya tetap SUUKAAAA
sangat kat Awak!




kad raya special dari fathiah buat jijah
terima kasih laling.


SELAMAT HARI RAYA
KORANG YANG 'KIUT'..

Ampun Maaf di pinta
jika ada segala ketelanjuran dalam berbicara,penulisan dan sebagainya.

Maaf Zahir dan Batin
ikhlas dari cik azizah's blog

Sunday, August 28, 2011

Majlis Berbuka Puasa Anjuran 9 NAGA ( REUNION STPD )


Assalamualaikum..


wah semalam seharian jijah tak mengupdatekan blog ni. windu oo walau sehari. ini kerana en navy sudah pulang ke kampung dan masa untuk kami mengedatekan diri. ekeke :p orang dah lama tak jumpa katakan. chewah. rindu membara lalalala~~


semalam hari sabtu kan 27 ogos 2011. jijah dengan en navy menerima jemputan untuk Majlis Berbuka Puasa sambil tu reunion sekolah menengah sekali. kan jijah gan en navy bercintan sejak form 1 lagi. takkan tak ingat kot. hehe tu untungnya kapel gan kawan-kawan sekolah. semua kawan kenal. eh citer yang ni pulak. bahaha 


bertempat di Permaisuri Hotel &amp; Resort acara buat kami berbuka puasa. sampai pon dah lewat masa tu. orang dah buka puasa pon. hehehe ambil makanan dan terus makan. sambil tu borak-borak dengan kawan lama. almaklumlah lama tak jumpa sejak tinggalkan sekolah dulu.




dah makan sampai perut kenyang tu. masa untuk posing.. posing dan posing lagi! yang free hair tu retis ok! seorang model namanya farhana. dia memang cantik,cun dan meletopp kau!! terharu ai nok sebab dia rajin baca blog jijah. sampai dia kata jijah blogger femes. muahaha ^^


tak sah kiranya jika tak ambil gambar beramai-ramai tanda kenangan kami ni. moh cuci mata jejaka tampan dan awek-awek cun. kihkihkih



tu retis duduk bersimpuh tutup mata. kihkihkih


ni jejaka paling tampan. ada yang nak cari calon tak. muahaha ce teka mane en navy. ekeke :p


ada juga rupanya lucky draw. nasib baik tak balik lagi masa tu. hehehe ada 6 hamper untuk lucky. dan salah sorang yang naik atas pentas menerima hamper adalah en navy. first time dia join majlis buka puasa ni dah bertuah. untung la ko abg! patut la beriya-iya ajak eh. hehe 




tukang cabut undi nama en navy yang bg hadiah


muka bangga betol! uweeeeeeeekk :p muntah hijau.



oh ya. ni dia manager 9 naga. orang besar event buka puasa ni. en hafizi . eh eh jijah diapit jejaka hijau lah. 



yang ni kawan jijah. selalu masuk blog jijah even dia takde blog pon. dia pon kata jijah blogger. dia kata lagi nak tolong jijah citer pasal kereta or bola. sebab dia tahu semua benda tu lagipon dia keje dengan syarikat kereta. boleh la dapat trafik tinggi ni. muahaha ^^ jijah nak liyas!!  boleh la nanti jijah dapat update terkini kan. pastu update kan blog. perrrghh.. terjah la FB liyas ni..


wah tak sah rupanya kalau blog ni takde rupa tuan tanahnya kan. memang tak patut betol. tapi kan kan. jijah tak suka gambar sensorang. so mesti cari partner nak posing posing manja gitu. siapa yang kena.....


taraaaaaa...



muka riang. tumpang bergambar dengan  en navy yang bertuah. hahaha



jangan tanya kenapa baju kami kaler lain. ni semua pasal en navy sebab tak bawak baju melayu dia kaler maroon. sumpah tak comel tau! huhuhu

Thanks a lot kat semua yang terlibat dalam menjayakan event berbuka puasa ni. lebih-lebih lagi kat manager jijah atas tu ha. pandai dia buat event setiap tahun. konvoi raya nanti InsyaAllah ada cuti jijah join k. tahun depan boleh la jijah join lagi event buka puasa ni. tapi bukan berdua lagi. mungkin berempat. ek kenapa bukan bertiga?.. jeng jeng jeng. gatalnya..........grrrrrr!! muahahahaha




Ampun maaf di pinta selama kita berkawan ni.
terlanjur kata harap di maafi,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir &amp; Batin..
ikhlas dari jijah & zul


Saturday, August 27, 2011

Raya Dulu, Raya Sekarang



Dulu...
Bila nak tiba raya hati seronok
bukan kepalang...


apa taknya,
boleh pakai baju baru, kasut baru dan 
macam-macam yang baru-baru semuanya.


google


tambah seronok lagi bila hidung
asyik terbau bau kuih muih kat dapur.


Tapiiii...
yang paling best sekali bila mengenangkan muka
bapak-bapak saudara daku..
Fuh!! Ramaiii...
maknanya banyaklah duit raya
yang bakal daku "COLLECT" nanti...
SERONOK!!


tapi 
sekarang ni..
tak tahu pulak kenapa..,
bila ingat raya aje,
hati daku jadi tak tentu arah...!!


tambah-tambah lagi
bila terkenangkan muka "ANAK-ANAK BUAH" aku..
RAMAIII...!!!


google

uwaaaaaaaaa!!


Selamat Hari Raya Semua..
Maaf Zahir dan Batin..

Friday, August 26, 2011

Berbelanja saat terakhir berjimat atau tidak?


Sedar tak sedar,akhirnya Ramadhan sudah hampir memasuki hari terakhir, terasa cepat betul masa berlalu. Berlalunya Ramadhan maka kita bakal meraikan kedatangan Syawal yang mulia.

Lagu lagu raya sudah mula berkumandang di radio dan jijah pasti sudah ramai blogger mula sibuk membuat persiapan raya . Ada yang memilih membuat persiapan pada saat saat akhir selain menanti peluang detik peniaga melelong barangan pada hari akhir jualan.




Jijah tengok ramai lebih suka membeli belah dan membuat persiapan menyambut hari raya pada saat saat terakhir. jalan penuh sesak. sebab masa-masa begini lah harga lebih murah kerana peniaga berlumba-lumba untuk menghabiskan jualan masing-masing. ye dak?

harga lebih murah dari biasa dengan pelbagai pilihan yang ada.jadi kita perlu buat perancangan dan persiapan lebih awal dari segi perbelanjaan bagi mengatasi segala masalah. 

pastikan juga korang tak mudah terpengaruh dengan promosi atau diskaun yang di tawarkan. hati-hati ketika memilih dan rancang terlebih dulu barangan mana yang di perlukan.




Tips ringkas ketika berbelanja

1. Pastikan korang membeli ikut keperluan. pilih barangan yang perlu atau penting je. 
2. Hindari membeli barangan yang tidak ada kena mengena untuk korang menyambut hari raya 
3. Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak. Mencukupi dengan jumlah untuk membeli barangan perlu sahaja. 
4. Pastikan tidak membawa kad kredit ketika keluar membeli barang. 
5. Pastikan korang tidak terpengaruh atau terikut ikut dengan promosi yang di tawarkan. 
6. Teliti barang sebelum pilih terlebih dulu sehingga benar-benar puas hati. 
7. Jangan mudah rambang mata dan minta pandangan orang lain jika tak tahu yang mana satu terbaik. 
8. Senaraikan barangan yang mahu di beli. jadi kita tidak tersasar dengan membeli barang yang tiada dalam senarai.


selamat menyambut lebaran dan selamat berbelanja ^^

Kad Raya Special dari Blogger


hai. hai kalian...


teruja pertama kali dapat kad raya dari blogger. walaupon dah setahun lebih dalam blogging tapi jijah tak pernah lagi dapat kad raya khususnya dari blogger lain. almaklumlah tahun lepas jijah tak seaktif macam sekarang. kawan blog pon tak ramai. dan tak ramai juga yang kenal cik jijah ni.  dengan nada poyo je. huhuhu


walaupon zaman makin maju. kad raya tetap menjadi tradisi kita berutusan bukan. ya feel mendapat kad raya ni memang sangat terbaik dan excited! satu-satunya benda yang boleh di jadikan kenangan. 





kad raya ini datangnya dari pembaca setia blog jijah iaitu blogger Corat coret Nusha bernama nuyui. setiap entry jijah pasti di komennya dan setiap entry dia pasti jijah komen jika ada masa terluang. sekali komen semua entry dia beb! kalau 4 entry. 4 entry la komentar daku. ngehngehngeh


blogger yang tak pernah kedekut toturial, cerita menarik, personal dan isu-isu semasa. sesuai la gan kami ni yang muda remaja. ek..?? weee~~


sila klik tumbesaran yang sihat


yang ini pula jijah suka bertandang kat blog sis keyphochee sebab hubby sis ni TLDM. jijah suka barang-barang TLDM dari sis keypochee.. sis CCK ni suka buat GA. dan pasti jijah join. hehe bukan ape. nak dapat semua barangan dari navy macam sis ni bukan senang. encik navy jijah pon tak pernah nak bagi. huhu


jijah dapat hadiah ni sebab jijah join Giveaway sis CCK. so sis CCK hadiahkan jijah kad raya kapal selam tu.  special dari TLDM. jangan main-main. memang jijah suka yang teramat sangat berkaitan navy. ngeee~~
dan lagi satu bookmark TLDM. sebelum ni jijah dapat setem kapal selam. muahaha ^^



baiklah.. ribuan terima kasih jijah ucapkan kepada mereka yang sudi bagi jijah kad raya ni. terharu sangat. boleh di gantung di rumah sebagai perhiasan orang bertandang. hehe


Selamat Menyambut Lebaran
Ampun Maaf Di pinta >_<

Thursday, August 25, 2011

Danny X-Factor nikah 16 september ni





wah. diam diam je Danny X-Factor ingin tamatkan zaman solonya ye. hehe ramai juga sebenarnya artis yang telah memilih bulan September sebagai tarikh menamatkan zaman bujang mereka.


Danny yang akan melangsungkan perkahwinan pada 16 september ini bersempena dengan cuti sambutan Hari Malaysia dan sambutan Kemerdekaan tahun 2011 pada hari tersebut. Beliau akan berkahwin dengan seorang pramugari, Fazlin Zakaria yang menjadi tunang beliau sejak 30 Mac lalu.


Perkahwinan mereka akan dilangsungkan di Kampar, Perak dan ianya akan dilangsungkan dengan penuh kesederhanaan. Majlis menyambut menantu di kampung halaman Danny di Pasir Mas dilakukan dua minggu selepas itu. Majlis persandingan pula akan dilakukan pada awal bulan Oktober ini.






tahniah la di ucapkan kepada Danny X-Factor dan tunangnya.

standart la tu artis kahwin dengan pramugari kan.



sila LIKE fan page BuletinArtis.com



Bayi Pramatang bayi pagi tadi



arghhhh.....baru ku sedar jam sudah menunjukkan jam 2pm. baru nak bangun tidoo.. giler kentang daku ni bangun lewat matahari dah terpacak atas kepala. grrr!!


ini lah penangan orang syif malam. malam berjaga siang membuta. muahaha ^^


berkenaan entry jijah pagi tadi sejurus balik keje klik sini. ramai gak teka ya. pandai korang semuanya. ngeee~~


baiklah baby boy ni memang tak sihat. betol cakap nuyui dan kak halila baby ni tak sihat. tapi baby ni sebenarnya bayi pramatang. iaitu lahir pada usia 32week. masa lahir beratnya 1.2kg je. kecik yang sangat kan.






ni tekaan mereka-mereka. sipi-sipi je jawapan nya. hehe






kami sebagai nurse akan memantau berat bayi ni 2 hari sekali. sehinggalah berat bayi ni mendapat 1.7kg. dan baru boleh di benarkan balik. jadi ketika ini usia bayi ni dah sebulan dan berat 1.68kg. selain tu jika ibu tak cukup beri susu badan. susu tambahan terpaksa di gunakan untuk menaikkan berat badan bayi. pengambilan multivitamin juga di berikan kepada bayi ini.


masa ni jijah tengah mandikan baby boy ni lah. nampak tak tuala tu. oh ya. jijah main dengan baby je sebab jijah keje wad kanak-kanak. weee~~


kesian bayi ni. memang halus sangat. jijah nak mandikan pon takut. takut terlepas je. huhuhu tapi Alhamdulilah semuanya baik.


baiklah bayi pramatang adalah bayi yang di lahirkan sebelum 37 minggu.Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.


Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.



Cik Misi dan Bayinya


hai kalian...


jom jamu selera dengan baby boy cik misi jijah. ngeee~~

pasti lah baby ni..

:
:
:
:
:
:
v



opsss nampak anu dia pulak dah. muahaha ^^




agak-agak misi jijah ni buat ape la yer kat baby ni..

hehehe

cer teka
berapa umur baby ni?? dan beratnya..
^^,




tamat dah keje malam 3 hari. dan sekarang cuti sampai hari sabtu
en navy balik kampung!! yehaaaaaaa!
mahu mengedate di Jalan TAR sabtu ni.
jom jom..

Wednesday, August 24, 2011

Cantik Baju Kahwin Memey Suhaiza



peh kau!! kelasssssss gitu baju kahwin dia. jeles nyah tau! muahahaha  ini lah dia baju rekaan Hatta Dolmat untuk majlis perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim september nanti.


serius memang cantik! awesome gilos baju kahwin dia. baju kahwin la yer. ngehngehngeh perangai je tak cantik. eh sempat lagi kau. hahahaha


couture wedding gown, pearl white, pleated flower dress

sila LIKE fan page Hatta Dolmat



kad kahwin dia pon smart untuk Hatta Dolmat



tapi kan..
kenapa gaun nampak ketiak?? kahkahkah
ok bai!!

Button Ku rasakan something!



Assalamualaikum..



nampak jejaka tampan atas ni pasti kenal siapa kan.
inilah abg eq


hari ni jijah dapat hadiah special dari abg eq
nak tengok??

tadaaaa....




button hari raya dari abg eq!!


macamaner jijah boleh dapat? 
sebenarnya jijah join Giveaway abg eq hari tu.
tak dapat menang duit raya 
saguhati je pon dapat button ni.


abg eq sangat baik hati dan pemurah orangnya.
ada yang bertuah abg eq bagi kad raya juga kan.

apa-apa pon terima kasih abg eq!!
jasamu di kenang >_<

Salam Aidilfitri buat abg eq sekeluarga ^_^

Nanu Baharudin Bela Anjing Comel




nanu baharudin dan anjing


Ya, memang comel anjing yang dipegang oleh Nanu Baharudin tu. Secomel orang yang memegangnya. Dan dengarnya, anjing itu adalah anjing peliharaan Nanu Baharudin. Kerlas gitu! Kalau dulu orang suka pelihara kucing, tapi sekarang ramai yang lebih suka pelihara anjing. Pelihara anjing lebih seronok berbanding pelihara kucing agaknya.


Lagi gambar Nanu Baharudin bersama anjingnya yang comel itu kat bawah ni.


nanu baharud</p>
<p><img class=







amacam?? ada berani?

haha ape lah masalah artis sekarang ye. even comel sekali pon kena samak jugak

maybe dia rajin samak kot. ngee~~

kan bagus bela kucing, binatang kesayangan Rasulullah SAW lagi

lagi satu dah confirm2 lah malaikat tak masuk rumah kita.

Wallahualam.

sumber: zon artis.com

Tuesday, August 23, 2011

Amy Search Terkejut Nabila Mahu Cerai


Amy Search
Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
Amy yang dihubungi mStar Online berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Nabila Huda
Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.
Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.
Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.
sumber: mstar

Monday, August 22, 2011

Pendrive Unik Dah Sampai!


Assalamualaikum kalian..


hari tu jijah ada beli Pendrive Unik ni yang ada design kita sendiri macam dalam entry ini. masa tu ada promotion 2gb rm32 design sendiri. kalau tak memang tak dapat harga ni. memang jijah excited la nak beli dan siap email design yang jijah nak macam dalam entry itu. demand tak jijah nak design macam-macam bila korang baca entry tu. muahaha ^^


jadi hari ni pendrive tu selamat sampai ke tangan jijah melalui Pos ekspress. yeah! sangat excited. sebelum tu owner Akmal dah sms jijah yang mengatakan pendrive dalam proses penghantaran.


ini bukti resit pembelian Pendrive Unik ni. oh ya. jijah beli 2 yer. satu untuk jijah. satu lagi untuk encik navy. hehe



gambar yang berlainan. dengan tulisan yang berlainan. gagagaga


Amacam?? mantoooppp kan! muahaha ^^


ni design depan 
"Happy Ever After since 2002"


ni design belakang
"We love each other so much"


 tu dia. cip pendrive ni bila di gunakan. 


sekali pandang memang tak nampak pendrive bukan. sangat menarik tau. boleh buat kenangan je ni. memang style abis lah. macam kad kredit pon ada. so jijah dah pikir pendrive ni untuk koleksi gambar kami berdua je. letak dalam purse boleh bawak ke mana-mana. hehehe


tapi koleksi gambar jijah tersangat la banyak. hoho tak muat pulak 2gb ni. nampaknya kena skip2 la gambar yang terbaik. kahkahkahkah



baiklah mari buat tempahan beramai-ramai yer.


terima kasih Tasseri Enterprise!





Tips Berpuasa Bagi Ibu-ibu Mengandung


Assalamualaikum.


Maaf dah nak habis puasa baru up entry ini. hehe nak tak nak daku kongsi juga tips ni k. bagi sesiapa yang di awal trimester mahupon tengah pregnant sekarang sila lah baca. eh eh. bukan tertumpu untuk orang pregnant je tau. kita yang biasa ni pon boleh praktikkan. Selamat mencuba ^^


  • Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
  • Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.


  • Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tetapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda


  • Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin.


  • Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin


  • Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik


  • Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat


  • Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari


  • Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.



selamat mencuba. semoga puasa kalian di terima oleh Allah.

Sunday, August 21, 2011

Raja Farah Bertudung Ayu Sungguh




Ayu sungguh Raja Farah apabila mengenakan tudung kan. mari kita dengar pendapat dari suaminya Megat Bashirun Qayyum.



“Perubahan yang dilakukan oleh isteri saya memang telah dijangkakan, cuma saya tidak sangka perkara ini terjadi di awal perkahwinan kami. Saya gembira &amp; bersyukur kerana isteri saya benar-benar ikhlas untuk memakai tudung. Satu hadiah yang terbaik sebagai ulang tahun perkahwinan kami yang pertama nanti,” kata Megat Bashirun Qayyum dalam nada gembira apabila memberikan komen mengenai penampilan Raja Farah.

Raja Farah Bertudung

Megat juga menyarankan Raja Farah supaya kekal bertudung kerana enggan membangkitkan sebarang kontroversi atau kata-kata kurang enak daripada orang luar.
“Saya telah berpesan kepada isteri supaya kekal bertudung dan bukannya memasang niat separuh jalan. Bukan apa, saya tidak mahu isu-isu sebegini diperkatakan oleh orang luar pula. Lagi pun, kontroversi yang lepas masih meninggalkan impak kepada kami sekeluarga. Apa pun, saya mendoakan agar Tuhan menetapkan niat isteri untuk kekal bertudung, Amin,” jelas Megat yang ditemani oleh Raja Farah di PWTC.

Raja Farah Bertudung
Raja Farah Bertudung

ayu sungguh kan Raja Farah. harap-harap penampilan bertudung ni menampilkan lebih ramai artis di Malaysia ni. jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam pula. ape2 pon Raja Farah memang cun!

sumber SINI 

Victoria Beckham Menderita Sakit Tulang Belakang Selepas Bersalin




SELEPAS melahirkan bayi perempuan, Harper Seven Beckham, penyanyi Victoria Beckham dikhabarkan sedang menderita sakit tulang belakang.
Sebelum ini, ada sumber mendakwa bekas anggota kumpulan Spice Girls itu sengaja menyembunyikan diri dari orang ramai demi menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak.
Bagaimanapun, ada sumber lain menafikan dakwaan itu dan menyatakan ibu kepada empat anak ini mengalami masalah tulang belakang yang cukup serius.
"Khabar angin mengatakan Victoria sedang gigih menurunkan berat badannya adalah tidak benar tetapi sebenarnya, victoria menderita sakit punggung semasa hamil dan masalah itu menjadi serius selepas dia melahirkan anak melalui pembedahan.
"Hasil pemeriksaan x-ray, terdapat salah satu tulang belakang bahagian bawahnya yang bergeser sehingga menimbulkan kesakitan dan menyebabkan dia gagal mendukung Harper," kata sumber.
 "Dia sangat sedih kerana dia ingin bermain dengan anak perempuannya itu seperti ibu lain. Malah ketika menyusui Harper, suaminya, David Beckham terpaksa memegang bayi itu.
"Bagaimanapun, Victoria tetap gembira kerana sangat bersyukur dengan kelahiran anak perempuan yang sangat cantik. Dia tidak akan membiarkan kecederaan itu menghalang kebahagiannya dengan Harper."
Sebagai langkah mengatasi kesakitan itu, Victoria selalu melakukan sesi urutan dan mengamalkan ubat tahan sakit secara teratur.

victoria semasa mengandung

Saturday, August 20, 2011

Abby Abadi buat persiapan raya awal




kelihatan abby memilih baju melayu untuk putera tunggalnya.


DALAM menanti kehadiran Syawal yang bakal disambut 10 hari lagi, pasti ramai di kalangan kita yang mula kelam kabut untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut tibanya hari lebaran.

Lantas, sudah pasti gedung-gedung tekstil dan pusat membeli-belah kini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan persalinan sempena Syawal nanti.

Malah keriangan tatkala dihadiahkan pakaian baru pasti sukar disembunyikan oleh si kecil yang begitu teruja untuk menyambut hari raya.

Baru-baru ni Arbaiyah Abdul Manan, 34, atau lebih dikenali Abby Abadi berkunjung ke Jusco, Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama dengan tiga orang permata hatinya untuk buat persiapan raya.

Kegembiraan dan keseronokan jelas terpancar pada wajah ketiga-tiga anak Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3, yang bebas menjelajah ke segenap bahagian kanak-kanak mencari baju yang berkenan di hati mereka.

Bagaikan orang dewasa, ketiga-tiga cahaya mata Abby itu dengan sendirinya mencapai dan memilih baju yang mereka idamkan.


“Begitulah mereka, kadang-kadang naik letih melayan telatah mereka yang suka ke sana dan ke mari mencari apa yang diingini.“Bayangkanlah tiga orang, seorang ke sana, seorang ke sini, sampai tidak larat untuk saya mengejar mereka.“Sebab itulah selalunya kalau mahu membawa mereka keluar, saya akan pastikan ada yang menemani seperti ibu, ayah atau abang saya,” jelasnya


Selain itu, dalam leka melayan kerenah anak-anaknya, Abby sempat bercerita tentang persiapan rayanya.

Katanya, menyediakan pakaian raya untuk anak-anaknya adalah satu kewajipan yang harus di lakukan setiap tahun.

Baginya, keutamaannya dalam menyambut hari lebaran adalah untuk melihat anak-anaknya gembira dan seronok.


“Bila sudah ada anak-anak, merekalah keutamaan yang perlu didahulukan dalam membuat persiapan raya.
“Biarlah mereka gembira dan seronok menyambut hari raya, sebagai ibu sudah tentu kita gembira apabila melihat anak-anak tersenyum riang,” ujar aktres yang sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama bersiri Gerak Khas itu.

Meneruskan bicaranya, Abby dengan ramah memberitahu, bahawa dia selalunya akan membuat persiapan awal dalam membelikan persalinan baru untuk anak-anaknya sempena hari raya.

“Saya selalu membuat persediaan awal dengan membeli semua keperluan terutamanya pakaian untuk anak-anak terlebih dahulu.“Malah ada kalanya sebelum puasa lagi saya sudah mula membeli baju raya anak-anak.“Lagipun, bagi saya membuat persiapan awal lebih baik kerana di saat akhir pasti ramai yang berpusu-pusu di pusat membeli-belah.“Namun biasanya di hujung-hujung Ramadan ini, saya biasanya hanya membeli apa yang tertinggal seperti kasut, songkok dan sampin untuk abang (panggilan untuk anak sulungnya),” jelas Abby lagi.

Kongsi Abby lagi, dalam menyambut hari raya, dia gemar menggunakan tema warna untuk digayakan bersama dengan anak-anaknya.

Baginya dengan cara itu, ia dapat merapat dan mengeratkan lagi pertalian keluarga antara dia dan anak-anaknya.

Selain itu apabila menyentuh mengenai fesyen, Abby tidak menafikan anak-anaknya sudah pandai bergaya biar pun masih lagi hijau dalam meniti kehidupan.

Kata Abby, anak-anaknya terutama kedua-dua puterinya pandai berfesyen.


“Tengok sahaja kecil, tetapi selera mereka dah macam orang dewasa dan cita rasa mereka ini kadangkala mengalahkan kita.“Macam Baby (panggilan untuk anak bongsunya) dia suka sangat kasut tumit tinggi sehingga inginkan kasut itu sebagai kasut rayanya.“Disebabkan suka kasut bertumit tinggi sampai kasut saya dipakainya dan yang tidak boleh tahan, siap bergaya naik tangga lagi.“Kita yang tengok ini, takut sekiranya dia jatuh tapi dia dengan selamba sahaja,” kata Abby yang sibuk melayan kerenah anak-anaknya memilih kasut.

seronoknya kan nak menjelang raya. budak2 la paling gembira sekali. hehe


Iklan Raya Nurul Seksi l Pengurusan Nurul Minta Maaf




baru-baru ni heboh di katakan iklan raya Nurul Wahab berpakaian seksi berlatar belakangkan masjid. iklan promosi Hari Raya Pusat Pengurusan Badan iaitu Glow-Glamour memaparkan Nurul sebagai model iklan tersebut.


Untuk menjernihkan kembali pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung penyiaran iklan promosi itu.


Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.


Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.

Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.