Pantang Larang Bakal Pengantin

9:02:00 PM 32 Comments A+ a-





lagi 11 hari je lagi daku akan bertukar status hujung minggu depan. sedar tak sedar dah dewasa jugak lah daku ni. emm rasa macam tak caya jer. hehehe

di sini daku ada sediakan pantang larang buatnya di mana daku ada terbaca dalam sebuah majalah ni. tak ingat nama nya. sekadar berkongsi ilmu dan mungkin daku pon boleh praktikkan nanti. hehehe

Pantang Larang Bakal Pengantin


  1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  1. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  1. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  1. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
  1. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  1. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  1. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  1. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  1. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  1. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  1. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  1. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  1. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  1. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  1. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  1. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  1. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  1. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  1. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  1. Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  1. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  1. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
  1. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
  1. Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
  1. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  1. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  1. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  1. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  1. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  1. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  1. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  1. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  1. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  1. belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  1. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  1. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
  1. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
  1. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  1. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
  1. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  1. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  1. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.



Percaya atau tidak terpulanglah kepada kalian. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya dan ada juga daku percaya kerana mak daku selalu juga cakap pasal pantang larang ni.





Selamat Beramal ^^

Prosedur Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin

8:00:00 PM 14 Comments A+ a-


Assalamualaikum ^^

Sebelum tibanya hari penting bagi pasangan raja sehari, satu perkara penting yang tidak harus di lupakan adalah melakukan saringan kesihatan. ia juga aspek utama yang perlu di laksanakan oleh bakal pengantin.

Harini daku nak share prosedur kedua terpenting selepas prosedur pernikahan dan dokumen pernikahan. Ujian saringan HIV ini penting sebelum anda ingin melangsungkan pernikahan.




BORANG UJIAN SARINGAN HIV

1. Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan Agama Islam berhampiran anda.

2. Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV. (Bayaran adalah berbeza mengikut negeri)

3. Borang Ujian Saringan HIV hendaklah dilengkapkan dan dibawa ke klinik kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.


UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.

2. Sekiranya keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.

3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu.

4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dan dimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.

5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.

6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.



PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI JABATAN AGAMA ISLAM.

1. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

2. Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.

3. Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:

a) Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.

b) Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV.

c) Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.

d) Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses.

e) Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya. 

Maaf Kalian!

8:00:00 PM 26 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


Ya Allah geramnya rasa bila line ni asyik meragam je. tak boleh nak update blog. tak boleh nak ping blog. tak boleh nak blogwalking. hujan. berukband over limit. sakitnya hati. nak buka 1 blog punya la makan masa berjam-jam. sampai buka blog kawan kawan kena reload balik. tu pon gambar takde yang keluar. wuaaaaaaa tensionn!!


kebelakangan ni daku dah mula terasa kebizian yang melanda. minggu depan je lagi jijah bakal ehem ehem. hahaha cuak giler. tak sempat nak fitting baju lagi. mak andam pon tak de pula sibuk call. ngehngehngeh lagipon tak leh nak fitting baju lagi sebab abg navy lom balik bercuti lagi. so nak tunggu die balik baru leh pergi fitting sama-sama. hehehe 


huh...sekarang ni tugas harian jijah semakin banyak. direct keje je. mentang-mentang la jijah nak cuti panjang saja je ragging awal2 kan. kawan-kawan suka menyakat jijah kat wad. malu ai nok..maklumlah ai adik bongsu yang belom kawen lagi dalam wad. muahaha ^^ tips 18sx pon adooooo. kahkahkahkah ~~~:p


aaaaaaaahhh di sebabkan line berukband yang selow, kebizian melanda, tugas harian semakin banyak jijah tak sempat nak update blog. nak blogwalking apatah lagi. tu pon ada 1 entry dari jijah. autopost je tu. takdelah blog bersawang kan. jijah dah siapkan schedule setiap post. hehehe Alhamdullilah   masih still ada pengomen yang tegar! terima kasih sayang-sayangku~~




di sebabkan itu jugak BE ke 15 Adidas Neo sudah tamat tempoh pengiklanannya. hanya mampu berikan 3.88 sen je. huhuhuhu ape ape pon bersyukur lah. -_-"






kepada kawan-kawan : cik wanieshida, nuyui,,cik fiza, cik mas, kak azzah, bro khairil maaf sangat kalau jijah lambat baca entry dan balas komen korang. bahkan tak sempat kita nak borak borak kat shoutmix. kesian korang kan hari hari datang blog jijah. ape kan daya semua alasan seperti di atas. tak mampu jijah mengelakkannya. huhuhu sayang korang ketat ketat! ^_^


risau pulak lepas majlis nanti jijah semakin takde masa nak berblog. rindu la nak baca entry mereka pasni.. huhuhuhu T_T

Dokumen Sokongan Borang Nikah

11:00:00 AM 25 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


contoh Senarai Semak Borang Nikah kat tempat daku ^^



Setelah kita ketahui prosedur pernikahan dalam entry lalu. Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. 

Selain daripada borang nikah, anda perlu menyediakan beberapa dokumen dokumen penting yang perlu disertakan sekali semasa menghantarkan borang nikah anda. Harus di ingat! calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin. 

Berikut adalah satu senarai semak dokumen dokumen penting yang anda boleh ikuti :


3 SALINAN KAD PENGENALAN
3 SALINAN KAD PENGENALAN BAKAL SUAMI
3 SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
3 SALINAN SURAT PENGESAHAN BUJANG DARI MAJIKAN
BORANG KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV.
BORANG KELULUSAN BERKAHWIN / SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
SURAT PERAKUAN / PENGESAHAN / AKUAN SUMPAH NIKAH IBUBAPA (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung).
3 SALINAN KAD PENGENALAN WALI
SURAT KELULUSAN DARI KAGAT / PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).

Selain itu sekiranya bernikah di Negeri Sembilan- 5 keping Gambar Ukuran Lesen Memandu

(Perempuan= BERTUDUNG & (Lelaki = BERSONGKOK HITAM)
tulis nama & no kad pengenalan - di setiap belakang gambar


Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.


Selesai borang pernikahan kena pula buat ujian saringan HIV hanya di klinik kerajaan. Tunggu next entry yer.. 



Sekian..


Majlis Resepsi Zahiril Adzim dan Sheira Aiyob

8:30:00 AM 16 Comments A+ a-



Majlis resepsi Zahiril Adzim dan berlangsung meriah di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan malam tadi. Lebih manis apabila pelakon yang memegang peranan sebagai Daim itu turut mendeklamasikan sebuah puisi untuk isterinya.

Zahiril yang segak bersut tuksedo berwarna krim perak diraikan bersama isterinya yang anggun bergaun malam leret sedondon dengan sedikit bungaan manik berona ungu rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat.

Pasangan pengantin diberikan restu menepung tawar oleh keluarga kedua-dua belah pihak.




Selesai upacara makan beradap dan upacara memotong kek, Zahiril memberikan kejutan khas buat isterinya disaksikan para tetamu apabila membacakan sebuah puisi yang dikarangnya sendiri. Deklamasi sajak pelakon itu diiringi persembahan muzik oleh abang pengantin lelaki.





sayu~~ Sheira menitiskan air mata


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.





Pasangan ini bernikah pada 20 November lalu di kediaman Shera di Ipoh, Perak seperti dalam entry ini






tahniah! sheira ayub sangat lawa!


Prosedur Pernikahan

10:00:00 AM 24 Comments A+ a-



Assalamualaikum...


Errrr....sila percayaaaa yang anda sedang masuk zon cik azizah's blog iaitu blog cik misi yang kiut-kiut lagi comel di tambah lagi dengan blog pinky yang mampu menawan jutaan mata yang memandang. muahaha ^^ sila muntah pink oke ~~ :p


Selepas mengusha berbagai perkara. google sana sini. sampai juling biji mata daku menghadap lappy. daku terjumpa tips yang paling penting untuk merancang majlis perkahwinan. jika tiada perkara penting ini. sudah pasti nikah anda tidak SAH dan HALAL!! korang nak ke kahwen tak bernikah main redah jer..oh tidak! simpang malaikat patpuluhpat -_-'


Disebabkan prosedur pernikahan merupakan perkara yang sangat penting, daku terpaksa study satu persatu tentang perkara penting ni. errr kenapa daku kena study? oh itu adalah rahsia. eh tak lah. saja-saja jer, kan sebelum ni kita main berangan angan macam Wedding Inspiration-Pelamin Nikah tu. so mesti ada kesinambungan yer tak. weeee~~ 


Baiklah.. Penerangan ini lebih merujuk kepada prosedur umum sahaja. Untuk mendapatkan prosedur yang lebih khusus mengikut negeri, sila rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. oke kawan-kawan fokus fokus!. kita membaca dengan nada formal dan serius k. 





Kursus Pra-perkahwinan

Setiap pengantin atau pemohon pernikahan wajib mengambil kursus ini sebelum berkahwin. Tanpa sijil ini, anda tidak boleh berkahwin dari sudut perundangan negara.

Pada kebiasaannya, sijil ini boleh digunakan seumur hidup. Ini bermakna, terpulanglah kepada anda bilakah masa yang paling sesuai untuk menghadirinya. Yang penting, sebelum anda membuat permohonan pernikahan di Pejabat Agama Islam Negeri, anda dan pasangan sudah pun mempunyai sijil tersebut. Anda boleh mengikuti kursus ini di mana-mana tempat di Malaysia asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Namun bagi sesetengah negeri, mereka lebih galakkan anda untuk mengikuti kursus di negeri yang anda akan daftarkan pernikahan. Misalnya: jika anda akan daftarkan pernikahan di Selangor, maka anda juga akan mengikuti kursus di Selangor.

Pada kebiasaannya, yuran yang dikenakan adalah antara RM50 sehingga RM 100 sahaja.

Teringat kembali daku pernah hadiri kursus pra perkahwinan semasa zaman belajar dulu. masa kursus orang lain semua datang bersama pasangan masing-masing tetapi tidak bagi kawan sekawan. Alhamdulilah lepas satu beban selesai kursus perkahwinan. Daku kursus di Pusat Bandar Damansara dengan harga RM80 selama 2 hari.. yehuuuu~~

Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu akad nikah. Mengikut amalan sekarang, kadar mas kahwin adakalanya ditetapkan oleh negeri, dan adakalanya tidak ditetapkan. Maka, terpulanglah kepada keikhlasan suami.

Ketahuilah bahawa, mas kahwin tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk wang. Mengikut amalan para sahabat di zaman Rasulullah, mereka menjadikan bacaan Al Quran, baju besi atau apa sahaja barang yang mempunyai nilai tersendiri sebagai mas kahwin.

Wang hantaran 

Wang hantaran adalah jumlah duit yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adakalanya jumlahnya ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan dan adakalanya mengikut keikhlasan keluarga pengantin lelaki. Ia tidak wajib di dalam Islam ye kawan kawan dan hanya merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu. Oleh itu, janganlah dibesarkan sangat jumlahnya sehingga membebankan pihak lelaki. Berpada-padalah ye.. Wang ini biasanya diletakkan di atas dulang hantaran samada dalam bentuk cek atau menggunakan simbol wang tunai seperti 8 keping duit RM10 bersamaan dengan RM8,000. Pastikan anda menugaskan seseorang yang boleh dipercayai untuk menjaga wang ini semasa majlis sedang berlangsung.

Jurunikah / Penolong Pendaftar Nikah

Sebagai pemohon pernikahan, anda perlu mendapatkan sokongan daripada Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah) untuk bernikah. Untuk mengenali jurunikah anda, rujuk ke masjid tempat anda tinggal atau mengikut alamat dalam kad pengenalan anda. Oleh kerana jumlah jurunikah ini sangat terhad, anda perlu menempah mereka seawal mungkin. Selain jurunikah, anda juga perlu mencari 2 orang saksi.

Mengikut undang-undang perkahwinan di negara ini, meskipun wali pengantin perempuan sendiri akan menikahkan pasangan pengantin, jurunikah wajib berada di tempat pernikahan itu. Jurunikah bertanggungjawab mengesahkan borang permohonan pernikahan, membacakan khutbah nikah, menikahkan pasangan pengantin (jika diwakilkan oleh wali perempuan) dan menguruskan segala dokumen yang berkaitan selepas ditandatangani oleh pasangan pengantin sewaktu akad nikah.

Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia dengan sejumlah wang yang tidak melebihi daripada RM50 (bergantung mengikut negeri), untuk membayar upah jurunikah dan 2 orang saksi selepas majlis akad nikah. Pastikan anda bertanya jumlah RM yang tepat sewaktu meminta pengesahan daripada jurunikah.

Borang Permohonan Nikah 

Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri. 

Proses permohonan pernikahan boleh dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pernikahan dan juga tidak kurang daripada satu minggu daripada tarikh pernikahan dilangsungkan. Borang permohonan yang dilengkapkan mestilah ditandatangani oleh anda sebagai pemohon, wali dan dua orang saksi lelaki dewasa serta mendapat sokongan daripada Penolong Pendaftar Pernikahan

Mengikut aturan, calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin. Borang tersebut perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti: 

1. Nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan. Kad pengenalan yang sah.
2. Bukti mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal)
3. Surat pengesahan bujang dari majikan/imam
4. Sijil kursus pra perkahwinan
5. Surat memeluk Islam (saudara baru)
6. Surat sokongan kedutaan (warga asing)
7. Surat kebenaran mahkamah (bawah umur)

Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.

Ujian Kesihatan 

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudah pun mewajibkan setiap pasangan untuk melalui ujian H.I.V sebelum melangsungkan akad nikah. Selain ujian H.I.V, terdapat pasangan yang menjalani ujian penyakit genetik seperti talasemia dsb. Dapatkan borang daripada pejabat agama negeri untuk disahkan oleh pihak hospital sewaktu anda menjalani ujian kesihatan.

Cincin pertunangan 

Di dalam sijil pernikahan, anda tidak perlu mengistiharkan cincin pertunangan. Namun begitu, mengikut adat Melayu pihak lelaki akan memberikan cincin pertunangan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya, cincin jenis belah rotan diberikan sewaktu upacara pertunangan. Namun ada juga yang memberikan cincin seumpama ini sewaktu merisik. Walau bagaimanapun, ia tetap terpulang kepada anda.

Cincin perkahwinan 

Lain daripada pertunangan, kali ini anda memerlukan 2 cincin. Satu untuk pihak lelaki dan satu lagi untuk pihak perempuan. Untuk lelaki, diharamkan dalam Islam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Oleh sebab itu kebanyakan pasangan memilih suasa atau perak bertatahkan batu. Bagi perempuan pula, emas sentiasa menjadi pilihan. Namun begitu, tidak kurang juga yang memilih emas putih yang turut dihiasi dengan batu permata.

Barang kemas 

Sesetengah negeri mewajibkan, kesemua barang kemas termasuk cincin perlu diisytiharkan dalam sijil perkahwinan beserta dengan harganya sekali. Rujuk Pendaftar Nikah anda mengenai perkara ini.


**************************************


kalau nak cerita satu persatu info daku usha semasa google. rasanya tak cukup untuk satu entry. macam-macam perkara lain perlu di ambil kira. tetapi perkara-perkara di atas sangat penting dalam merancang majlis pernikahan anda. jika tidak ada maka tak sah la nikah anda jawabnya. ^_^


bagaimana dengan korang? bersedia untuk merancang perkahwinan. suka di ingatkan bukan mudah untuk menjayakan majlis perkahwinan mahupon pernikahan jika satu pihak saja terlibat. dalam hal ini semua pihak,keluarga serta pengantin sendiri perlu memainkan peranan yang besar dalam merealisasikan majlis pernikahan yang sempurna.


alahai...rasa berdebor debor pulak bila pikirkan hal kahwin ni. muahahaa :')


Nilai 3: Kelambu Mini & Lampu Tidur

10:00:00 PM 22 Comments A+ a-


Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah buat kalian semua yer. 

amacam? cuti cuti malaysia pergi mane..cuti 3 hari ni..mesti korang banyak program pergi mane-mane kan.. hehe tak lupa juga menghadiri kenduri kawen. ewah ewah korang bila lagi nak kawen. asyik pergi kenduri orang je. kenduri sendiri bile lagi yunk oi..hikhikhik termasuk la tuan blog yang bercakap ni. hahaha

hari ni daku pergi Nilai 3. kalau nak pergi Nilai 3 kena ada tujuan. kalau tak confirm la duit korang melayang tak pasal-pasal. sebabnya banyak pilihan menarik bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. eh cik jijah nak kawen ke. confirm soalan ni kedengaran. ngehngehngeh

tujuan pergi sana sebab nak cari kelambu dan lampu tidur! tu jer. mesti tanya watpe susah susah pergi sana. ok sebabnya kat port dickson dan seremban nan ado jual kelambu kecik tu. huhuhuhu daku dah usha dah. payah benor nak cari. so kat Nilai 3 lah banyak pilihan. hehe

ikutkan sebenarnya daku nak beli katil yang tiang empat tu. kira letak je kain setiap tiang tutup katil tapi mak daku tak berkenan katil tu. huhuhu so abaikan jer. so sekarang di sebabkan katil daku tu kosong je. jadi beli la kelambu mini ni. gantung kat siling dan ia akan menutupi seluruh katil. cer tengok gambar di bawah ni.



rupanya kelambu mini begini. gantung je kat siling tu.



ni dia dalam bungkusan lagi. harganya RM100. weee~~


kelambu mini ni tinggal nak gantung je. beli warna putih sebab cadar dah kaler pink! eh mesti kena pakai kelambu nanti nyamuk mengintai malam-malam. hahahahha~~~ :p

kemudian cari lampu tidur! banyak pilihan sebenarnya yang cantik cantik. ada yang daku berkenan warna putih bila buka lampu keluar bunga ros. tapi bila pikir balik nak jimat baik beli yang berpatutan jer. hehe so lampu yang tak berapa nak comey sangat ni tapi janji murah RM59 buy 1 free 1. so daku rembat la 1 dapat 1 lagi. muahaha^^


opsssss terletak pulak gambar kanak-kanak riang tu! hahaha


baiklah misi mencari kelambu mini dah settle. rasanya takde lagi kot yang tertinggal. hehe tinggal hujung bulan 12 atau bulan satu nanti nak beli beg untuk kasi jemputan,dan door gift. semoga semuanya berjalan dengan lancar. insyaAllah.~~


simple sudah. banyak nak guna duit lagi pasni. huhuhu



Jumpa mayat dalam bumbung

2:00:00 PM 11 Comments A+ a-


Mayat berulat atas siling



SEBERANG JAYA: “Daripada mula lagi saya berdebar, memang sejak awal seperti dapat dirasakan ada orang di bumbung rumah.

“Telahan saya terbukti benar, tetapi mengejutkan apabila terjumpa sekujur tubuh seorang lelaki dalam keadaan tertiarap,” kata seorang pekerja syarikat pendawaian elektrik.

Pekerja syarikat pendawaian elektrik yang tidak mahu dikenali itu menemui mayat berkenaan berhampiran kotak penyambung utama bekalan elektrik di bumbung sebuah rumah di Kampung Jalan Baru, dekat sini, jam 12 tengah hari semalam.

Menurutnya, dia ke rumah yang baru siap pembinaan itu selepas dimaklumkan oleh kontraktor mengenai ketiadaan bekalan elektrik di kediaman terbabit, jam 11 pagi.

Katanya, dia memeriksa bekalan elektrik dari tiang bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetapi didapati ada arus elektrik disalurkan ke rumah berkenaan.

“Saya mula mengesyaki ada masalah pada kotak sambungan bekalan di bumbung rumah dan ketika itu juga saya mula merasakan sesuatu perkara buruk berlaku.

“Bagi memastikan masalah yang berlaku, saya naik ke bumbung sebelum menemui mayat itu,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang berusia 20 hingga 30-an adalah penduduk berhampiran dan ditemui dalam keadaan berulat, berbau dan kehitaman, dipercayai terkena renjatan elektrik.

Polis mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membawa turun mayat lelaki terbabit.

Difahamkan juga, turut ditemui berhampiran mayat lelaki berkenaan adalah beberapa gulungan wayar yang dipercayai baru dipotong dari rumah dalam proses akhir pembinaan itu.


Innalillah. kesiannya lelaki tu. terkena renjatan elektrik semasa membuat pendawaian di rumah berkenaaan. ajal maut di mana-mana. Al Fatihah~~


Tukang kebun parah disondol babi hutan 60kg

11:00:00 AM 5 Comments A+ a-





Seorang tukang kebun sekolah cedera parah akibat disondol seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi ketika mangsa, Nordin Said, 51, sedang tidur di dalam rumahnya.

Menurut adik mangsa, Jaafar Said, 37, (gambar) abangnya kemudian dikejutkan dengan bunyi bising dari halaman rumah.

"Pada mulanya dia menyangka ia bunyi kambing memijak atap zink yang diletakkan di luar rumah.

"Dia kemudian keluar dan melihat kawasan sekitar rumahnya tetapi tiba-tiba seekor babi hutan menyondolnya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.


wah makin berani pulak babi hutan ni masuk rumah orang eh. menakutkan je. huhuhu
orang kata kalau jumpa babi hutan kita kena berlari zigzag eh sebab babi hutan boleh lari lurus je. die tak boleh bengkang bengkok. hehe

Amalan di sunatkan pada bulan Muharam

8:00:00 PM 18 Comments A+ a-


Assalamualaikum ^^

 Salam Maal Hijrah 1433H




lepas magrib tadi kita sudah pun melangkah ke tahun baru hijrah. Alhamdulilah kita masih berkesempatan menyambut maal hijrah untuk tahun 2011 ini bersamaan 1433H.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam....Semoga amal ibadah kita diperkenankan ILLAHI...Amin..(",)


Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya.


Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Amin…

Selamat Beramal :)

Ariel di penjara, Luna Maya cari kekasih baru

4:00:00 PM 7 Comments A+ a-



Vokalis kumpulan muzik Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel Peterpan 30 tahun dikhabarkan sudah berpisah dengan Luna Maya. Sampai saat ini hubungan mereka masih belum jelas.

Ariel yang kini dipenjarakan di Rutan (tahanan) Kebon Baru, Bandung selama 3 tahun 6 bulan semenjak Januari 2011 sudah dua bulan tidak dilawati oleh Luna Maya. Biasanya Luna Maya akan menjengoknya hampir setiap minggu.

Menariknya, Ariel pemuzik, pelakon dan model ini berjaya mencipta single albumnya di dalam sel penjara itu. Single itu telah dilancarkan pada Oktober lalu yang berjudul ‘Dara’. Kononya khusus dibuat oleh Ariel untuk Luna.

Namun, Ariel membantahnya dan berkata lagu tersebut adalah untuk para peminatnya yang digelar – Sahabat Peterpan. Cerita lain pula, dikatakan yang Luna Maya sekarang sudah ada kekasih baru. Meskipun mahu merahsiakannya tetapi tetap dapat dihidu wartawan.

Kata Luna, lelaki itu merupakan orang seni sepertinya jua tetapi jauh lebih matang dan bijak. Bercakap tentang kisah cintanya yang lalu, dia cukup trauma dan mahu tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan cinta barunya. So jelaslah hubungan dengan Ariel sudah berakhir.sumber


begitu mudahnya melupakan kisah silam dan cari kekasih baru kan. nape tak tunggu Ariel keluar penjara dan bahagia bersama-sama. hish hish hish. macam macam retis ni. huhuhu


Rumah Kongsi Kotai hangus terbakar

12:00:00 PM 4 Comments A+ a-




Rumah Kongsi terbakar di kampung kerinchi



Puluhan rumah kongsi (kotai) tapak projek pembangunan di Kampung Kerinchi, hangus terbakar dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam dan api yang marak dengan cepat hampir merebak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai hanya beberapa meter dari lokasi kebakaran.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Zakaria Syed Yusof, berkata bomba lambat menerima maklumat kebakaran itu dan setibanya di tempat kejadian hampir 70 peratus kawasan rumah kongsi berkenaan sudah terbakar.


Menurutnya, tidak kurang 25 rumah kongsi didirikan di kawasan itu namun tiada sebarang kecederaan ataupun kehilangan nyawa kerana kawasan itu dikosongkan ekoran kerja pembinaan selesai sebulan lalu.


“Kami menerima panggilan kecemasan jam 12.16 tengah hari dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian. Ketika jentera pertama tiba, kebakaran merebak hampir di keseluruhan kawasan rumah kongsi berkenaan dan kami percaya kebakaran itu terjadi lebih awal sebelum dimaklumkan kepada bomba.


“Api dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran 15 minit selepas itu, bagaimanapun semua rumah kongsi itu musnah,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.


Katanya, punca kejadian belum dikenal pasti dan pihaknya menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana api tercetus di kawasan itu sedangkan ia sudah lama tidak didiami.


nasib takde kehilangan nyawa dalam kebakaran ni.


Promosi harga diskaun Blackberry tiga orang cedera

8:00:00 AM 3 Comments A+ a-



lelaki pengsan selepas beratur untuk membeli telefon bimbit BlackBerry pada harga diskaun



Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry di Jakarta bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.

Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place.

Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.

Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.

Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.

“Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu,” kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.

Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut. “Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri,”.



peh kerana blackberry murah orang sanggup berpusu-pusu sehari sebelum promosi. kuat betol penangan handset blackberry ni. cayalah! hahahaha

 

Gambar Terbaru Anak Bunga Citra Lestari

2:00:00 PM 9 Comments A+ a-


Wah hensem bangat anak Bunga Citra Lestari ni. Anak mereka di beri nama Noah berusia 1 tahun ni tersangat la comel dan sama cantik seperti ibubapanya.










Ashraf Sinclair kacukan Mat Saleh


Bunga Citra Lestari kacukan indonesia.


Noah kacukan Malaysia-Indonesia



pasangan bahagia.



tapi nampak muka anaknya Noah lebih kepada keindonesiaan. hehe ape-ape pon anak selebriti dua dunia ni comel ^^


Guru Piano di bunuh di perkosa

8:02:00 AM 7 Comments A+ a-






Kehilangan seorang guru piano yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling Johor Bharu

Ketika ditemui, mangsa masih memakai baju-T putih, jaket perang serta skirt paras lutut dengan seluar dalamnya terlondeh dipercayai dirogol sebelum dibunuh di tempat lain. Mayatnya kemudian diletakkan dalam kereta berkenaan.

Mayat mangsa, Chiu Kong Min, 31, ditemui kira-kira tujuh jam selepas bapanya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa mulanya disangkakan tidur dalam kereta berkenaan dan cuba dikejutkan seorang individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Bagaimanapun, selepas mangsa yang duduk di tempat duduk pemandu didapati sudah tidak bernyawa, individu terbabit segera melaporkan kejadian itu kepada polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, sebaik menerima panggilan orang ramai, pihaknya bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.

Menurutnya, polis kemudian menemui wanita itu tertunduk kaku dalam kereta miliknya dan siasatan mendapati mangsa dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira jam 2.30 petang kelmarin untuk mengajar di Jalan Simbang, Taman Perling, menaiki Perodua Myvi hijau berkenaan.





“Hasil siasatan mendapati mangsa keluar untuk mengajar piano seperti biasa, namun sehingga jam 12.30 tengah malam kelmarin, masih tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya yang bimbangkan keselamatannya membuat laporan polis.

“Pemeriksaan dan siasatan awal mendapati mangsa cedera ringan di kening kiri, kesan calar pada jari kedua-dua tangan selain luka di tangan dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.

“Selain itu, ketika ditemui, kedua-dua tangannya diikat menggunakan kabel pengikat dan ada kesan jerutan di leher, namun barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit tidak diambil suspek,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian itu masih dalam siasatan dan hingga kini, polis masih tidak menemui sebarang bukti di kawasan sekitar lokasi penemuan mangsa serta dalam keretanya.

“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk dibedah siasat.


kematian nya mengerikan. bahayanya perempuan sekarang. bahaya ada di mana-mana je. motif dendam ke ape kita sendiri tak tahu jika orang berdendam dengan kita. huhuhu




Doktor gigi dan pekerja pakai seksi untuk tenteramkan pesakit

12:00:00 AM 9 Comments A+ a-






Seorang doktor gigi wanita dan beberapa kakitangannya di MUNICH memakai pakaian seksi dengan tujuan untuk menenteramkan para pesakit yang mengunjungi kliniknya.

Doktor gigi itu, Marie-Catherine Klarkowski berkata, melalui cara itu, para pesakit akan dapat melupakan seketika perasaan akan berasa sakit semasa dirawat.

Sejak dia dan kakitangannya memakai pakaian seksi itu, bilangan pesakit ke kliniknya, Relax & Smile di sini semakin meningkat.

Namun, peningkatan pesakit itu terdiri daripada lelaki.

Menurut doktor gigi tersebut, dia mendapat idea pakaian seksi itu dalam majlis Oktoberfest selepas melihat golongan lelaki merenung wanita yang memakai skirt tradisional yang ketat.


hahahaha salah satu promosi klinik mereka. macam ni pon ada kan. hikhikhik



Yuna terkilan lagu Penakut di tarik balik kemenangan AIM 18

4:00:00 PM 17 Comments A+ a-


Berita kurang menyenangkan buat peminat Yuna apabila lagu penakut ditarik semula kemenangannya di AIM 18 baru-baru ini..Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18).

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya.



“Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Bagaimanapun penyanyi dan komposer muda ini, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.


nampak sgt kelemahan penganjur..kerana kelemahan ia bukan sahaja memalukan artis berkenaan malah memalukan mereka yang terlibat secara langsung dengan AIM18..Event dah lama lepas, tapi sekarang baru nak tarik balik? Whatever la, janji Yuna still no. 1..