Tuesday, April 10, 2012

Tips Untuk Menganjur Majlis Perkahwinan


1. Jangan memikirkan keperluan diri sahaja, sampai kita terlupa keperluan para tetamu majlis. Jangan sampai tiada pengisian atau aktiviti dibuat untuk menceriakan tetamu yang hadir. Jangan setakat bunyi bising dari nyanyian karaoke atau pembesar-pembesar suara yang membingitkan telinga sahaja.


2. Jangan buat persiapan majlis last minute. Tabiat ini boleh memenatkan pengantin ke tahap maksima, sehingga pengantin kekurangan tenaga untuk menghadapi hari bahagia.


3. Pastikan arahan tugasan diberikan dengan sempurna. Ada kalanya pembantu-pembantu buntu untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa tugas mereka yang spesifik.


4. Jangan membiarkan keadaan yang menentukan apa aktiviti atau acara yang harus dibuat seterusnya. Pengantin akan malu tersipu-sipu..Tetamu pula akan terpinga-pinga menanti apa yang bakal berlaku selepas itu.


5. Jangan kerana hendak menjaga maruah keluarga, perbelanjaan yang dikeluarkan melebihi batasan kemampuan diri. Akhirnya, hidup bertambah merana kerana bayar hutang tak habis-habis.



18 comments:

  1. huhu info yg brguna ni.. :0 nice sharing kak..

    ReplyDelete
  2. Hai jijah... Nice blog. Hope u can follow me back. May be my blog not nice as urs. I'm new blogger he he.

    ReplyDelete
  3. Sabar ye sis . benda dah lepass . lalui hari mendatang dengan bahagia . InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. yg pasti majlis jijah semuanya selamat kan..alhmdulillah..

    ReplyDelete
  5. biasalah tu jijah.mesti ade hal yang kekurangan sikit.kita hanya merancang.tuhan yang tentukan samada perancangan kita berjalan dengan lancar atau tak..alhamdulillah semua sudah selamat.

    ReplyDelete
  6. betul tu..sebaik mana pon perancangannye pasti ade juga cacat cela..xpe..janji kite dh buat yg terbaik...

    ReplyDelete
  7. tetiba rindu pula majlis kawen ritu :')

    ReplyDelete
  8. yang no.5 tu mmg xsanggup jijah...takut nanti dah bercucu pun hutang wat mjlis kahwin dulu xhabis2 byr lagi...hoho..

    ReplyDelete
  9. peringatan dan informasi yang baik utk mee yang belom kawin nih dan akan kawin ntah bile . hehe ! thanks kak jijah !

    btw . tiap kali dtg sini mesti jeles tgk header kak jijah yg sweet sgt2 tuh ! nt kawin nak letak besar2 gambaor laky kite bagi kak jijah pulak jeles . haha

    ReplyDelete
  10. a'aa.. kalu kita nk wat knduri.. biarlah pikirkan perut tetamu yg dtg tu.. kalu xcukup.. malu..

    ReplyDelete
  11. @-SUPERGIRL- amboi... haha cepat2 kawen.. nak akak jeles kan.. lala :p

    ReplyDelete
  12. @IntaNBerliaN betol2.. kalau tak malu org mengata..huhuhu

    ReplyDelete
  13. nice tips jiejah..kdg2 kite pelu bljar pda org yg mkn gram dlu dr kita..kalo pndai2 kang tungang lnggang majlis huhu...

    ReplyDelete
  14. masuk blog ni jer rase nak kawen.. ohh tidakkkkk

    ReplyDelete
  15. kadang2 tak dapat elak jgk kalau benda nak jadi. :)

    ReplyDelete
  16. sokong no 5 tuh..

    alorh jijah,biasalah..de kurang n de lebih.tak pe.tak semua perfect. tetap meriahkan.

    ReplyDelete
  17. mesti ada kekurangan n kelebihan jijah..aku dlu pun ada gak..biasa r tu..nt jgn lpe dtg yer abg aku kwin bln 11 ni..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!