Selamat Hari Merdeka ke 55 Tahun!

10:01:00 AM 21 Comments A+ a-





55 Tahun Negaraku Malaysia
MERDEKA!!

Mari kita seluruh waraganegara ramai-ramai menyambut hari MERDEKA! MERDEKA!
31 bulan 8 57 hari mulia negara ku MERDEKA!!

Semoga Malaysia terus aman,damai dan sentosa!


Tazkirah Jumaat Part 28

8:30:00 AM 11 Comments A+ a-





Perempuan yang bersalam dengan suaminya akan gugur 20 dosa 
sebanyak mana jari dia dan suaminya ada :)

BE John Master pun dah credited!

8:30:00 AM 38 Comments A+ a-




Seminggu lepas baru dapat BE John Master ni. 
tengah-tengah nak raya pula muncul BE ni. 
dengan blog tak update! confirm la earning susah nak naik..hahaha

hari ni dia dah metered..
earning terkumpul hanya RM16.50. Alhamdulilah :)




so ketiga-tiga BE yang ada dah credited!
maka secara rasmi blog jijah tak de BE dah.. kihkihkih


tq nuffnang sudi tapakkan iklan raya untuk blog jijah sekejap.
lepas ni bagi lagi yer....hee~~~~~~~




Kad Raya Ecawinkyasha

8:30:00 AM 20 Comments A+ a-


Suasana raya masih terasa.. hehe
sampai sekarang terima lagi kad raya.


kad ni buatan sendiri dari ecadwinkyasha



tak dapat nak balas kad eca.. so eca kak jijah balas kat sini la yer :)

Waalaikumslam eca syg :)
Selamat Hari Raya juga... 
insyaAllah moga persahabatan kita kekal hingga akhirnya..
ampun maaf di pinta dari akak dan suami ^____^


tq so much eca! kad ni adalah kenangan 2012 buat akak...



Cuti Post Raya..

2:30:00 PM 21 Comments A+ a-


Kesian jijah.. baru nak raya. huhuhu 
inilah di katakan cuti post raya. wuaaaaaaa -_-"
apa taknya dari jumaat sebelum raya, sabtu malam raya hingga lah hari ni baru dapat cuti direct seminggu..




yang di highlight pink tu cuti jijah :)
ambil kaooo... enam hari daku cuti... cuti sampai suami balik Sabah! muahahaha :p



eh eh masalahnya ada ke orang beraya lagik? huhuhuhu




Dapat Cek Exabytes Pula :)

8:30:00 AM 32 Comments A+ a-


Tiga bulan lepas tak silap, jijah ada apply iklan exabytes. 
Macamaner nak apply ikut steps di bawah ni..




then exabytes offer banner untuk jijah tepek kat blog. 
RM55 bawah header atau RM50 di sidebar untuk 3 bulan kontrak.
tapi jijah pilih letak di sidebar sebab bawah header jijah tu tak boleh letak..hehehe


kontrak selama tiga bulan. kemudian marketing akan prepare cek selepas 4-6 minggu.
Alhamdulilah selepas tiga bulan, cek dari exabytes sampai masa raya hari tu..




RM50 rezeki ^____^



kalau korang nak apply send ke emel marketing@exabytes.com.my.
tak jejaskan nuffnang pun.. cubalah :)





Mood Blogging Ke Laut.... hahahaha

8:30:00 AM 19 Comments A+ a-




Sekejap je dah masuk Syawal ke-9 kan. apa macam raya korang? seronok? hehehe
Emm..Raya jijah tahun ni suam-suam kuku je.
dapat berita sedih apabila nenek suami exciden malam raya hari tu..
kemudian maknya pula admit wad raya kedua sebab semput. dugaannn... -_-
tapi Alhamdulilah semuanya dah sihat :)

adoi.. sekarang ni mood blogging ke laut sudah... 
lebih-lebih lagi suami ada di sisi.. ^____^
banyak benda nak cerita sebenarnya tapi langsung takde idea. huhuhuhu


cepat lah idea mari..
tak sabar nak update entry laju-laju dan blogpecut!
dapat autopublish pon jadi lah tapi malangnya... non adooo...huhuhu
rindu blogging....




Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna

8:00:00 PM 25 Comments A+ a-



Majlis Pernikahan Ustaz Don



Tahniah Ustaz Don! tak sangka dah kahwin juga ustaz kegemaran ramai ni.. Alhamdulilah :)






serba putih... sama cantik sama padan... Alhamdulilah memang sesuai..

Majlis Persandingan Ustaz Don dan Husna





semoga rumahtangga Ustaz Don ni di berkati Ilahi dan di kurniakan anak yang soleh solehah.. Amin..

sumber: 


Raya Pertama Suami Dan Isteri

8:30:00 AM 36 Comments A+ a-


Tahun 2012 merupakan tahun pertama jijah meraikan hari raya bersama suami tercinta.
perasaan.. haruslah excited! hehe
tema macam di war-warkan sebelum ni adalah HIJAU! ngeee~~


Tahun ni beraya di rumah mertua dulu.. 
pagi-pagi dah siapkan suami dengan baju melayu nya.
suami hensem sekali. muahaha :p



selepas solat sunat raya...bersalaman... ziarahi kubur arwah adik suami.
 kemudian ke rumah nenek suami dan saudara mara..


meh nak tempek sekeping buat tatapan korang semua :)
taraaaaa.....


 Selamat Hari Raya semua!!




malangnya petang raya jijah naik kerja syif petang... macam tu la hari-hari berikutnya. huhuhu

BE baru John Master Raya.

1:00:00 AM 8 Comments A+ a-




Di sebabkan Sukan Olympics dah pun tamat. maka BE Maxis Olympics turut menjadi metered.




BE Volkswagens hari raya pun metered jugak.

tapi...

bila dua-dua BE ni dah metered muncul lagi BE baru BE John Master Raya. 
Alhamdulilah..rezeki lagi..

tapi nampaknya time raya ni susah nak update blog.
 mesti earning tak gempak.. emm takpelah.. bersyukur dengan apa yg ada..


btw tq nuffnang..:)




Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

8:00:00 AM 21 Comments A+ a-


Salam Aidilfitri rakan blogger :)




Berkat hari yang mulia ini, marilah kita bermohon agar Allah menerima ibadah puasa kita dan memberikan peluang untuk kita menatap Ramadhan dan Syawal di tahun mendatang..

Di sini jijah memohon maaf sekiranya korang ada tersinggung dengan apa yang pernah jijah tulis dalam blog ini..
Jijah hanya manusia biasa yang tidak pernah sunyi daripada melakukan kekhilafan..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin ^___^



Kad Raya Lagi...

2:00:00 PM 13 Comments A+ a-


Ini lah seronoknya berblogging kan..
sambil menjadi penulis kita juga dapat mengeratkan silaturrahim..

apa tak nya dapat berutus kad raya sesama sendiri.. seronok rasa!
ok ok.. kali ni jijah dapat lagi tiga kad raya.




dari tepi itu kad raya dari linda.. linda ni bakal bertunang raya nanti..
ngeee mesti lebih excited nak tunang dari beraya kan..hikssss :p

kad yang comey zirafah tu dari ayut.
ayut ni kalau nak tahu boyfriend dia kawan suami jijah sama-sama navy.
tak sangka kita boleh jumpa kat sini kan yunk..hehehe :)
nanti konvo mr navy kita jumpa yer.... muahahaha :p

dan yang last tu kad raya dari aida.
jeles dengan aida sebab dia dah pakai domain. 
rezeki dia menang giveaway dapat domain.. hehehehe


buat aida dan linda sory jijah tak sempat nak balas.. pak posmen pon dah tak hantar kad raya..hukhukhuk
btw tenkiu so much buat ketiga-tiga my bff blogger ni..
InsyaAllah tahun depan kita berutus kad raya yang lebih baik k..
sayang korang ketat ketat...muahhhhhh xoxo


Salam Aidil fitri semua ^___^






Persiapan Raya

8:00:00 AM 32 Comments A+ a-


Dulu bujang... 
persiapan raya macam baju raya, kasut raya, beg tangan raya semua beli sendiri..





Raya tahun ni??
yeyyy aku dah ada suami! tapi belum berANAK.. hahaha

baju raya...
kasut raya....
handbag raya.... 
keronsang raya....
kami akan shopping raya last minit nanti.hehehe
tema raya kami suami isteri adalah HIJAU!!
seronoknya nak beraya bersama buat kali pertama ni..hehehehe

Raya pertama,kedua dan ketiga jijah kerja. 
so jijah ambil masuk syif petang 2-9pm.
pagi Hari Raya Pertama tu sempat lah sembahyang raya, salam-salam, makan ketupat,lemang,rendang...faveret tu...

disebabkan tahun ni jijah ada dua buah keluarga..maka, haruslah ke rumah mertua dan sedara-mara belah suami.
nasib la rumah parent suami dan rumah family jijah dalam 10minit gitu.
dan rumah sedara mara suami pon dekat kampung-kampung situ juga. untung di situ...hahahaa :)
tapii........... kena plan baik sebab takut seronok beraya tak poie kojo potang la pulak. hahaha~~


korang macamaner pulak?? hehehe

Yey Suami Balik Raya

2:00:00 PM 44 Comments A+ a-


Yeyy.. petang nanti suami sampai semenanjung!



Ya Allah excited sungguh nak jemput suami ni.
rindu betul lah...

yang lebih excited sebab tak sabar nak shooping raya. muahaha :p
first time raya bersama. persiapan mestilah double.

suami cuti sampai merdeka.
jijah pun pasti lah ambil cuti lama jugak.
kena berkorban cuti sebab bukan senang suami nak balik dan dapat jumpa bila berjauhan..

Semoga perjalanan suami di lindungi Allah dan selamat sampai.. InsyaAllah.


Kita pon dapat kad raya dari blogger juga

3:00:00 PM 18 Comments A+ a-


Hahaha tajuk tak menahan.. dah tu masing-masing update dah terima kad raya. 
maka jijah pon nak update entry juga! muahaha :p



macam tak caya je abg eqbal zack sudi hantar kad raya untuk jijah. 
bukan ape abq eq ni femes giler.. terharu sungguh tau...
hensem abg eq di situ.. hehehe :D
abg eq pon sediakan alamat di belakang kad tu maka tak teragak-agak lah jijah membalasnya :D
tq yer abg eq.. 



yang kedua kad raya dari my bff  pakar craft nushayui
haruslah kad raya dari tempat yui bekerja ArRahnu. untunglah kan dapat kad raya banyak pula tu..hiksss~~



dan ketiga kad raya dari bff juga pakar toturial Shida.
hebat shida ni. sejak domain kad raya pon canggih!
cantik pulak tu.. memang kenangan la dapat kad raya macam ni.. seronok...weeee~~ :p


btw tenkiu ya semua yang sudi hantar kad raya untuk jijah.

Semoga persahabatan kita kekal selamanya ^____^



Tempat Isteri Di Sisi Suami

12:00:00 PM 53 Comments A+ a-


11.8.12 lalu genap lapan bulan berkahwin. ramai kata jijah dan suami macam pasangan bercinta. eh macam tak caya i dengar u ollss.. perasaan kejap hahaha :p

Di sebabkan usia perkahwinan dah 8 bulan sudah pasti isu pregnant menjadi isu sensitif. huhuhu jijah suka dengar orang lain pregnant. tumpang rasa happy. tapi sejak akhir-akhir ini jadi stress pulak. sengaja nak tukar mood jijah yang honeymoon memanjang ni kan. hohoho semua orang nak pregnant tapi kalau belum rezeki kita. kita nak cakap apa. semuanya Allah dah tentukan bukan..

Tapi.... ada je orang yang tak paham asyik bandingkan jijah dan si polan tu yang baru kahwin dah pregnant. haihh siapa lah kita menidakkan kuasa Allah. kalau mereka doakan jijah cepat berisi kan lebih baik. kuikuikui

Alhamdulilah dah dua tahun bekerja sebagai nurse. untung dapat kerja di tempat sendiri. masih duduk dengan family sendiri. tapi.. walaupun family sendiri ada depan mata tapi still nak suami juga. hahaha :p adat lah bila perempuan dah kahwin tempat isteri haruslah di sisi suami. Namun jika ada pertembungan antara arahan suami dan ibubapa, ketaatan suami lebih utama. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan:

Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

Hadis dari Anas yang menceritakan;


Seorang lelaki keluar bermusafir dan ia menegah isterinya keluar rumah. Ditakdirkan Allah bapa isterinya sakit, lalu ia mohon dari Rasulullah untuk keluar menziarahi bapanya. Baginda berkata; "Bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah menyanggahi perintah suami kamu". Lalu Allah memberi wahyu kepada Rasulullah bahawa bapa wanita itu telah diampunakan Allah dengan kerana ketaatannya kepada suaminya. (HR Imam at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausat). 


Maka di sini isteri tetap wajib menurut kehendak suami. Berusahalah memujuk suami supaya memberi keizinan. Jika ia tetap berdegil tidak mahu mengizinkan, tidak ada jalan lain melainkan taat dan patuh kepada arahan suami untuk mengelak dari menjadi isteri yang nusyuz. Mengenai hajat ibu-bapa, tidak berdosa menolaknya dalam kes ini kerana bagi wanita yang telah bersuami, menjaga hak suami lebih utama dari hak ibu-bapa sebagaimana ditegaskan oleh Nabi dalam hadis di awal tadi. Ia boleh menghubungi mereka melalui telefon atau sebagainya untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku. Permohonan maaf itu juga termasuk dalam berbuat baik kepada ibu-bapa mengikut yang terdaya dilakukan.


Subhanallah!! betapa besarnya tanggungjawab isteri kan.. bukan mudah. tapi jika kita taat pada suami even terpaksa abaikan ibubapa. ibubapa juga mendapat pahala kerana anak perempuannya taat pada suami. MasyaAllah.. marilah kita menjadi isteri yang solehah :)



moral of the story ikut la suami ke mana-mana saja. hahahaha 
raya ni confirm soalan cepumas keluar.. dah berisi ke belum?? adoii....nak jawab ape ek..hahaha




Segmen: Ucapan Aidilfitri

10:06:00 PM 22 Comments A+ a-







Kali ni nak join lagi segmen dari apit ... 
klik banner untuk join yer :)

dah klik link apit :p


untuk baju raya InsyaAllah warna HIJAU! 

untuk nama doodle jijah nak gunakan nama Syafiq dan Azizah.

Ucapan AidilFitri buat apit dan semua blogger :

Di sini jijah memohon maaf kepada yang mengenali jijah sekiranya korang ada tersinggung dengan apa yang pernah jijah tulis dalam blog..
Jijah hanya manusia biasa yang tidak pernah sunyi daripada melakukan kekhilafan..



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin ^___^


jijah nak tag
shida,ayut.. jemput join!


tarikh tutup sampai apit nak tutup bila...hehee



Berkenan sangat Mini Kurung ni..

2:00:00 PM 52 Comments A+ a-


Ya Allah cantik sungguh baju-baju cenggini...
Serius jijah berkenan sangat! 
memang nak grab satu even harganya mahal wooo RM250!!
tapi kalau dah berkenan... ku gagahi juga.... muahahaha :p


Kain Chiffon with full lining + Dior satin (skirt)
memang menarik hati....


jijah nak amik satu Pink+Turqoise(roses) ni.
sumpah jijah suka warna ni! soft jer tau..


semuanya cantik-cantik tapi masalahnya bila jijah hantar order form je mesti fully reserved! 
adoiiiiiiii cepatnya mereka ni reserved!
tak sempat jijah nak order.. wuaaaaaaaaaaaaaaaa :(

harap-harap dapat lah...




Cek Nuffnang ketiga.. Tq Encik Nuffnang

4:00:00 PM 46 Comments A+ a-




Murah rezeki bulan Ramadhan ni dan bakal menyambut Hari Raya nanti. 
apa taknya baru je terima bonus dari kerajaan, terima pula cek ketiga dari nuffnang. syukur Alhamdulilah rezeki :)




duit nuffnang ni ingat nak topup-topup sikit perbelanjaan raya nanti.
jijah tak biasalah nak harapkan duit suami semuanya. mesti nak pakai duit sendiri juga. dah terbiasa kot. hehehe


btw tq encik nuffnang
nuffnang pon dah berwajah baru kan.. cantik gitu... hehehe


Tazkirah Jumaat Part 27

2:30:00 PM 15 Comments A+ a-







Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda... 
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.. 
Tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI agar kapal tidak berganjak haluan.. 
Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja.. 
Tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal yang telah tetap haluannya...



Iklan BERNAS | Hari Raya 2012

8:30:00 AM 36 Comments A+ a-


Iklan raya BERNAS memang touching..




daku tengok iklan ni kat youtube mengalir airmata juga.. sebak!
satu iklan yang sangat menginsafkan
pengorbanan anak yatim nak balik kampung dengan pelbagai dugaan... untuk menziarahi kubur ibu nya.. memang touching!
serius daku tengok iklan ni buat daku makin sayang kat anak yatim..

di kala kita gembira ingatlah anak-anak yatim yang tiada orang tersayang..
semoga Allah memberkati kehidupan anak yatim ini.

hargailah kedua orang tua mu selagi mereka masih hidup...
sayang mak ayahh!!


Tema raya tahun ni, Hijau. Korang warna apa?

10:00:00 AM 42 Comments A+ a-


Wah wah wah.. excited nak beraya tahun ni. padahal bukan dapat cuti raya pon. huhuhu sabar jelah puan jijah oi! kerja nurse mane nak dapat cuti raya tiap tahun. jeles i dengan u olls tau! huhuhuhu

eh eh korang dah ada baju raya? korang tempah ke beli ready made je? hehe jijah belum buat persiapan raya apa-apa pon lagi.. nak tunggu suami balik sebelum raya baru boleh beli. sekarang ni jijah tengok blogshop,website,facebook banyak promosi baju raya. cantik-cantik tapi harganya... hanya mampu telan air liur je. hahaha :p

emm tahun ni first time kami beraya sebagai suami isteri. [sebelum ni beraya gak tapi as bf/gf. hehe] so tema pilihan raya tahun ni suami yang tentukan. jadi suami decide nak warna HIJAU!  

ok. jom tengok hasil jijah mengoogle tema warna hijau ni. :)




Baju kurung moden sulaman manik dan lace

baju kurung moden dari mmlycollection



baju kurung chiffon dari busana zinnirah



menarik juga kan hijau ni. jijah pon tak pernah ada lagi baju kurung warna hijau.
suami jijah kan suka HIJAU!
tu pasal nama dia kat facebook green line dan jijah, azizah green line gitu.. *eh tetibe pulak..* muahaha :p 


ha... tema raya korang tahun ni warna apa pulak? 


Wordless Wednesday [32]- Pentingnya Redha Suami

10:00:00 PM 17 Comments A+ a-





peringatan buat kita semua..


Wordless Wednesday [31]- Tema Baju Raya

8:30:00 AM 21 Comments A+ a-





Air Wick Flip Fresh Wangi Woo :)

4:30:00 PM 38 Comments A+ a-


Baru-baru ni jijah ada jalan-jalan kat mall. 
tengok pewangi rumah ada offer. nampak menarik...
so jijah rembat lah satu. harga RM8. 
first time nak guna Air Wick Flip Fresh ni..
sebelum ni guna Ambi Pur.




beli yang warna pink. boleh adjust flip nak high or low freshness.
maksudnya boleh tonggang terbalik la pewangi ni gitu... hahaha

boleh tahan selama 30-45 hari..
pagi-pagi jijah pergi kerja balik rumah buka bilik je fuh semerbak bau wangi...
serius jijah suka perasa pewangi ni.. soft jer :)


ingat kalau pergi mall nak beli lagi. wangii tau! try la beli.. hehehe
korang guna pewangi rumah/bilik jenama apa? ngeee~~



Dah bayar Zakat belum??

4:30:00 PM 23 Comments A+ a-


Ha.... korang dah bayar Zakat ke belum?

sambil tu boleh ingatkan suami korang supaya bayar zakat yer. hehehe macam jijah...selama 23 tahun ayah bayarkan zakat untuk jijah dan keluarga..

tapi tahun ni berbeza sebab tahun ni suami jijah yang bayarkan zakat. Alhamdulilah :) sekarang kan jijah di bawah tanggungjawab suami. hehehe



Ini kadar Zakat yang perlu di bayar mengikut negeri.. 


Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada lima:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya


cepat-cepat tunaikan zakat fitrah korang sebelum terlambat :)
semoga hidup menjadi berkat.. InsyaAllah


Tahniah Datuk Sheikh Muszaphar, Dr Halina Hamil Lagi

8:00:00 PM 20 Comments A+ a-


Tengok kat fanpage Dr Sheikh Muszaphar seronok dia berkongsi gembira bakal bergelar bapa buat kali kedua :)





In this Holy Month of Ramadhan , we are excited to share you the news ...
It looks like Im going to become a Father for the 2nd time ..
Dr Halina is currently 11 weeks in her pregnancy ...
Do pray for us ....
Love As Always ....



congrats Datuk Sheikh and Dr Halina.. happy for both of u~~


agak-agak kali ni Dr Halina bersalin dalam air jugak tak? hehee



Ally Iskandar Ambil Cuti Raya Seminggu Demi Isteri

9:07:00 PM 26 Comments A+ a-



Alahai romantik sungguh Ally Iskandar ni yer..
apa tak nya dia sanggup mengambil cuti seminggu raya ni untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama isteri dan keluarga.

sekarang isteri dia sedang bercuti tiga bulan daripada pengajiannya di universiti In Ha Korea Selatan maka kesempatan tu Ally dapat berbuka puasa berdua.


“Jika dulu sebelum kahwin saya tidak pernah peduli di mana hendak berbuka tetapi selepas ada isteri ni, memang saya sentiasa ternanti-nanti untuk berbuka puasa dengannya,” ujar Ally.

“Saya lebih utamakan isteri saya dan jika terlalu sibuk saya akan bawa kerja balik ke rumah. Sekurang-kurangnya saya dapat bersama dia.


seronoknya dapat jumpa isteri tercinta kan.. semoga mereka berdua bahagia hingga ke hujung nyawa. inilah pengorbanan perkahwinan jarak jauh macam jijah ni. huhuhuhu




jijah je tak dapat berbuka puasa,bersahur sama2 suami lagi..tabahlah jijah..




Sengketa Abby, Memey sudah berakhir

9:00:00 AM 32 Comments A+ a-



Alhamdulilah sengketa antara Abby dan Memey sudah berakhir..




terlihat dari gambar di atas kemesraan mereka berdua kan..syukur lah..
sekurang kurangnya bulan ramadhan ni ukhuwah antara mereka lebih rapat..
kisah lama lupakan... kita buka buku baru..
InsyaAllah hari raya nanti hari yang bermakna bagi mereka sekeluarga..
Memey,Norman,Abby dan anak-anak mereka..
kita doakan hubungan baik ni hingga akhirnya yer :)



sumber: beautifulnara


Tazkirah Jumaat Part 26

2:00:00 PM 11 Comments A+ a-





ISTIKHARAH LAH..


Bukan kerana kita tahu ALLAH MAHA MENGETAHUI segala jawapan permasalahan kita, tapi kerana kita tahu ALLAH itulah JAWAPAN kepada SEGALA PERMASALAHAN...



Fadhilat Sedekah

9:00:00 PM 28 Comments A+ a-





Begitu besarnya fadhilat bersedekah bukan sahaja di janjikan oleh Allah pahala sehingga tujuh ratus kali ganda malah terapi bersedekah pun mampu menjadi sebab untuk Allah menyembuhkan berbagai penyakit dan memakbulkan hajat mulia seseorang. Makanya suatu masa nanti saat orang yang sangat mencintai hartanya dan kurang besedekah sedang di dalam keadaan nazak (hendak mati) ia akan berkata seperti  yang tertera di dalam maksud firman Allah di bawah ini:

"........Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh," 
(Surah Al-Munafiqun ayat 10)


yuk sedekah.. biar berkat :)


Wordless Wednesday [30]- Your Choice

8:30:00 AM 25 Comments A+ a-




your choice? hehe