Thursday, May 31, 2012

Jauh Perjalanan Kurang Sihat


Selepas 11jam perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Terengganu semalam 
dengan sesatnya. akhirnya sampai juga ke negeri ini.
almaklumlah first time datang sini. huhuhu

Long journey.. 
selsema,batuk,sakit tekak,sakit pinggang satu pakej serang!
seksa betul bila tak sihat ni kan..
huhuhu

hari ni nak lepak lepak rumah adik je.
esok nak ke Kelantan untuk hadiri majlis kahwin kawan baik jijah pula.
hari sabtu baru nak pergi Taman Tamadun Islam.
doakan kesihatan jijah bertambah baik yer..

sayang korang!



kat sini line slow.. wuaaaaaaaaa


Rahsia SUJUD



Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah SUJUD


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
Melegakan sakit hernia (burut)
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
Meringankan bahagian pelvis.
Memberi dorongan supaya mudah tidur.
Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
Mengurangkan Kegemukan.
Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.



Selamat Beramal ^^


Wednesday, May 30, 2012

Ganu Kita...



Yezza!! Dah habis tiga hari syif malam. cuti ni kita enjoyy! kali ni trip ke Terengganu pula dah.. Kalau dulu time raya daku dan family trip ke Kota Kinabalu-Labuan Sabah. actually ke Terengganu ni pun untuk melawat adik daku yang sekarang dah jadi Pengurus Kedai Pernama sebuah kem kat terengganu ni. 


maka pagi ni bersiap lah perjalanan daku dan family. tah berapa jam duduk kematu dalam kereta. kuikuikui. tapi daku sudah pasti lah membuat peta dunia. wakaka :) kalau tak buat peta dunia sudah pasti daku akan mabukk.. almaklumlah tak biasa jalan jauh. muahaha ^^


doakan perjalanan daku dan family selamat yer ke Terengganu. nanti daku update latest entry. tak sabar nak pergi Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.. alahai seronoknyaaaaaaa...jangan jeles yer.. :p



entry esok lusa tulat autopublish la yer.. muahaha :p alamak takde wordless wednesday la hari ni. hohoho


Tuesday, May 29, 2012

Selamat Belayar Suami


Sekarang ni suami jijah dah busy naik kapal belayar sejak posting ke Sabah..huhuhu 




biasa lah bila atas kapal line telefon mesti lah takde, makanya berhari hari lah dia tak telefon.. huhuhu

sebagai isteri tentera kenalah memahami kerjayanya, bukan mudah nak jadi pejuang negara!
dan bukan calang calang orang yang dapat..
semoga Allah permudahkan suami jijah di sana. 

Selamat Belayar suami... 
semoga selamat meronda di Pulau Layang-layang Sabah.
dah la Pulau tu ancaman lanun,nelayan dan kuasa asing yang merebut terumbu karang dan hasil laut.
moga moga suami di jauhkan dari malapetaka dan selamat pulang ke darat. Amin~


risaunya dia meronda kat sana. bila2 masa kena serang lanun.. moga moga di jauhkan..selamatkan dia ya Allah..Amin




Monday, May 28, 2012

Tips Jadilah Pasangan Hebat


1. Jadi insan yang bijak baik dalam pemikiran,pertuturan dan perbuatan.
2. Pandai mengambil hati dan menghiburkan pasangan.
3. Bantu pasangan mengurus rumah tangga dan anak anak
4. Selalu ada di belakang pasangan, memberi sokongan moral dan kewangan
5. Menjaga kebajikan pasangan dan anak anak
6. Mengambil berat terhadap keluarga mentua
7. Berpenampilan menarik dan sopan
8. Menjaga maruah diri dan keluarga
9. Sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.


InsyaAllah anda adalah pasangan yang hebat!


Saturday, May 26, 2012

Bella Anak Dr Sheikh Muszaphar Si Puteri Duyung





tengok tak paper Utusan khamis lalu. 
anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Sophea Isabella yang baru berusia sembilan bulan ni dah menunjukkan keberanian menyelam dan terapung dalam air.


dalam rancangan nona hari tu pun dia menyelam.
bella memang comel. untung kan dapat anak cerdik macam ni. hehe



bella pandai tahan nafas.. hebat!


awesome!


berenang salah satu cara untuk menguatkan jantung dan stamina. jangan risau bayi takkan lemas :P
dari awal la kita patut pupuk minat bayi dalam aktiviti macam ni..
melentur buluh biar dari rebungnya ye tak...
insyaAllah anak kita pasti berjaya juga :))


blog Dr Halina banyak tentang Bella..



Friday, May 25, 2012

Istimewanya Wanita Part 16





Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah 
dan kemudian menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya,
akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari 
dan wanita itu akan di mandikan di dalam syurga 
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang di buat dari yakut..





Tips Menyambut Hari Jadi





1.Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

2. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: 
“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11). 
Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang.

3. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

4. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.

5. Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Renungi pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

6. Insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usianya terus diberkati.


Semoga Allah panjangkan umur mereka yang menyambut sambutan hari jadinya ^___^

postgraduate fair kat KLCC~~> Di SINI


Thursday, May 24, 2012

24 Tahun. Tq Allah!




Pada tarikh ini 24 Mei 2012 daku baru menjangkau ke usia 24 tahun. Alhamdulilah. 
tq Allah masih panjangkan usia daku..

Terima kasih korang yang sudi wish birthday daku di facebook.
Sempena hari lahir ini, tiada apa yang daku harapkan semoga Allah terus panjangkan usia daku untuk terus melakukan amalan soleh di bumi Allah ini. 
Semoga Allah murahkan rezeki daku kerana daku amat dambakan cahaya mata sekarang ni.. Aminn doakan yer :)
Semoga suami sihat selalu dan selamat belayar di perantauan Sabah. Peliharalah dia Ya Allah.
Semoga Allah memberkati hubungan kami suami isteri hingga kekal ke jannah. Amin~~




Buat suami tercinta Zulkhairi Syafiq bin Zulkpli terima kasih sudi hadir dalam hidup ini.
walaupun hidup kita tak seperti pasangan lain..
ayang yakin dengan kasih sayang Allah kita akan bersama satu hari nanti..
bersabar lah pasti ada hikmah di sebalik berjauhan ni berlaku..
Semoga terus menjadi suami penyayang dan penawar hatiku selamanya...


Cinta.. Meraikan Kasih Di Langit Syurga.. InsyaAllah ^___^

buku pemberian suami tercinta sebelum terbang ke Sabah..


buat kalian semua... Lots of ♥ for you olls.. Thanks for everything..muaaahhhh :p



Wednesday, May 23, 2012

Jodoh Jangan Mencari Terlalu Sempurna



Jika anda memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah anda mengambil ikan itu.... Jangan sesekali anda LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT kerana bisanya ketajaman mata kail anda dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........,

Setelah anda memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah anda MENJAGA hatinya.... Jangan sesekali anda meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama anda dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati anda...

Begitu juga jika anda memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah anda terlalu mengaguminya dan janganlah anda menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi anda untuk menerimanya....  akhirnya anda KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika anda MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan anda akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika anda telah memiliki sepinggan nasi... yang anda pasti baik untuk diri anda. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa anda berlengah cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan anda tidak boleh memakannya. Anda akan menyesal.

Begitu juga jika anda telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri anda. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa anda berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan, kelak anda akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Anda juga yang akan MENYESAL.....





~renungan bersama Usah Mencari Terlalu Sempurna~



Tuesday, May 22, 2012

Tips Untuk Menangani Masalah


Tips Menangani Masalah..



1. Jangan panik 
- Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.
2. Jangan emosional 
- Jangan mudah naik marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah. Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak, yang tidak boleh adalah bertindak secara emosional.
3. Jangan tergesa-gesa 
- Tergesa-gesa itu berasal dari syaitan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang.
4. Jangan putus asa 
- Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT. Ingatlah, bersama kesulitan pasti ada kemudahan.

InsyaAllah..


Monday, May 21, 2012

Tolong!! Macam Mana Nak Pos Motor Ke Sabah?




Hanya motor dia je jadi peneman jijah sekarang setelah suami posting Sabah. sob sob :(
ok lupakan kisah sedih..hohohoho ni jijah nak tanya korang si cantik dan si kacak.
mungkin ada yang berpengalaman ke..
macam maner eh nak pos motor ke Sabah?
siapa tahu prosesnya dan bagaimana?

lebih selamat guna kaedah ape? wang ringgit jijah tak kesah janji nak guna kaedah apa untuk pos motor.
pleasee help meeeeeee....

Sunday, May 20, 2012

Buang Air Besar Duduk Atau Mencangkung?


Tajuk tak menahan betul... Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Korang selesa buang air besar cara duduk atau mencangkung??

Baiklah sebenarnya lebih baik duduk mencangkung daripada duduk masa buang air besar. 

Kalau duduk, najis tak keluar habis. Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi?  buasir lah!! 

Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis tu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Kalau buang air kecil pulak, lepas habis kencing tu, bagi yang lelaki tu, silalah berdehem-dehem 3 kali dan yang perempuan, mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat). lelaki kencing berdiri makruh ye. (betulkan jika jijah tersilap :) )

Ini kerana untuk memastikan tiada sakibaki air kencing yang tertinggal. Nanti bila dah ambil wuduk, ada pulak terkeluar sikit air kencing. Yang perempuan tu, janganlah kencing berdiri. Tak elok lagi tak sopan ok.


apa pun berak cangkung lagi PUAS! tak gitu.. muahaha :P


Khasiat Air Liur


  • Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan air liur sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun..
  • Petua menggunakan air liur untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Contohnya, Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air liur sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.
  • Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah je. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Ini menurut kata orang tua-tua, supaya air liurnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.
  • Selain itu, khasiat yang paling utama ialah apabila bangun tidur terus minum segelas air tanpa mengosok gigi kerana khasiat air liur mempunyai enzim yang dapat menjadikan wajah awet muda.

Kajian Saintifik tentang Air Liur

Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air liur dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air liur yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka. Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air liur boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.




~Selamat Mencuba~



Saturday, May 19, 2012

Alahai Digi Jay Park Dah Metered






Patut lah BE Digi Jay Park Showcase berjoget tak serancak dulu
rupanya tanda tanda nak metered..
lebih kurang dua minggu je boleh bertahan. kuikuikuikui



walau apa pun tq nuffnang sudi hadiahkan BE Jay Park ini. 
boleh bagi BE lagi ni yer..ngehngehngeh

earning yang terkumpul RM9.47. Alhamdulilah rezeki juga tu sape nak bagi kan  :)


Friday, May 18, 2012

Terima Kasih Cinta






Terima kasih Cinta, 
untuk hadirmu di dalam hatiku, 
yang membuat semakin menguatkan Istikharah ku, 
yang menyemarakkan taman hatiku,,,,, 
Beralaskan doa,
Beratap dzikir dan tasbih, 
ku semat sebuah pinta kepada-Nya, 
kiranya hadir mu tiada menyesatkan rasaku. 
Meski hadir mu ku pendam rapat2 dalam diamku, 
namun menjadi motivasi bagi ku untuk menjadi lebih baik lagi dalam meraih CINTA-NYA...




Thursday, May 17, 2012

Muzium Kapal Selam Pertama Negara


Destinasi terakhir selepas Muzium Samudera, Muzium TLDM ialah Muzium Kapal Selam.

Muzium Kapal Selam pertama negara ni terletak di Dataran 1Malaysia Klebang,Melaka.
Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini. 


Kapal selam ni sepanjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu adalah buatan Perancis yang dibina pada tahun 1979. 



suami jijah tersangat excited melihat kapal selam ni..

Sesiapa sahaja akan teruja melihat kapal itu kerana ketinggiannya menyamai sebuah bangunan kedai tiga tingkat tau dengan seberat lebih 1000 tan!


Dengan adanya Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini kita seharusnya berbangga kerana bukan semua negara ada muzium macam ni.

Bukan senang kita nak lihat, sentuh kapal selam depan mata dan dengan maklumat yang di pamerkan di muzium ni kita boleh mengetahui kepayahan anggota TLDM menjalankan tugas di dalam kapal selam ni.




jangan lupa jika ke Melaka haruslah singgah di Muzium Kapal Selam ni :)



Melalui Ujian Tanda Allah Sayang Kita



TAHUKAH KITA? 
Ketika Allah rindu pada hambanya,
Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…


Dalam hadis qudsi Allah berfirman:..

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda:..

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)




InsyaAllah :)


Wednesday, May 16, 2012

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Tak Jadi Cerai





Alhamdulilah.. semuanya dah selesai. 
Happy sangat dengar bila Rita Rudaini dan Aidil Zafuan tak jadi bercerai.



Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.

“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan 


Jijah doakan semoga jodoh Rita dan Aidil berkekalan hingga ke syurga..
sebagai isteri Rita ikutlah suami berpindah. syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami.
semoga di rumah baru nanti. kebahagian milik mereka berdua. Amin~~


sumber: rotikaya

manis Rita bertudung kan...sejuk mata memandang :)
jom klik body natur 

Muzium TLDM With Mr Navy :)


Hari tu dah puas tengok sekitar Muzium Samudera di Melaka yang jijah dan suami pergi minggu lalu kan..
 kali ni jijah tunjukkan Muzium TLDM pula yang menjadi kebanggaan suami jijah :)



navy people.. sedia berkorban!

wife navy yang selalu kena tinggal. huhuhu






kalau korang perasan jijah selalu letak gambar suami jijah pakai pakaian semua ni. 
macam macam jenis. tapi setiap satu baju tu lain tugasnya :)


helikopter navy

kemudian kita pergi pula ke Kapal Diraja Sri Terengganu. 



KD Sri Terengganu ni merupakan kapal peronda di perairan negara


kapal ni besar...lihat lah betapa kerdilnya aku.... hehe


sesiapa yang melawat ke Muzium ni pasti berminat untuk menyertai TLDM. 
banyak faedah menyertai askar ni.. muahaha ^^


ape pon happy sangat dapat luangkan masa yang ada berjalan jalan dengan suami tercinta sebelum dia pergi Sabah isnin lalu.
pasti merindui saat saat indah ni.. senyumm :)


Tuesday, May 15, 2012

Kapal dan Muzium Samudera


Sabtu lalu bila suami balik kami sempat round the world di Melaka Bandaraya Bersejarah.. lama juga tak jejakkan kaki di Melaka ni..ngeee~~

apa yang penting bila pergi Melaka haruslah melawat tempat tempat bersejarah. kita kan tinggal di negara di jajah..hehe



Menara Taming Sari boleh lihat pemandangan satu Melaka

bila pergi Melaka pasti akan singgah di Kapal ni kan. salah satu tempat menarik di Melaka untuk di kunjungi. 



jom kita tengok apa yang ada di dalam kapal tu... :)


Ni bilik Kapten Kapal


rempah ratus,bijiran masa Zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu.


Model Kapal Portugis dan kotak besi Zaman Belanda



ni memang model kapal ni.. muahaha :p



Peta Dunia Tahun 1597-1612

kemudian jom kita pergi ke Muzium Samudera 

banyak artifak menarik dalam Muzium ni. tak larat nak citer satu persatu.. aci tak..hehehe


 ni pula telor dinasour. zaman dulu kan ada dinosour.. sekarang semua dah pupus...

Kapal Samudera Melaka



ku tinggalkan kenangan di Melaka supaya suatu masa nanti daku boleh belek kenangan di Melaka dalam blog ni. InsyaAllah :)


apa kata korang cuti-cuti pergi la melawat Melaka. banyak tempat bersejarah untuk di lawati.. :)

tengok suami.. jiwa jadi sedih... menci perasaan ni...:(


Monday, May 14, 2012

Akhirnya...Suami Posting Kota Kinabalu Sabah


Hari isnin yang monday blues.. hohoho.. apa tak nya hari ni suami jijah terbang ke Kota Kinabalu Sabah untuk memulakan tugas di sana setelah habis setahun sambung Diploma di Lumut.

Perasaan sedih yang amat menguasai diri. 
harapnya jijah mampu kuatkan semangat bila berjauhan..


suami di Terminal KLIA.


tadi flight suami jam 2 petang. sempat juga jijah jumpa suami di Terminal KLIA. 
rushing juga dari Port Dickson drive ke KLIA. penat.. tapi asalkan berbaloi dapat jumpa. 
lepas ni bulan 10 atau 11 baru suami balik sebab konvokensyen.
kalau tak balik nampaknya jijah kena lah ulang alik ke Sabah. huhuhu


mungkin ada sebab kenapa jijah belum di kurniakan rezeki.
harus mengerti sebab musabab yang Allah turunkan ini..
doakan jijah kuat semangat yer.. dan di kurniakan rezeki lepas ini :)





" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah ,
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu .
Aku semakin mengerti,
‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..
tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Amin~~


Sunday, May 13, 2012

Saturday, May 12, 2012

Mantoux Test


Rabu lepas daku buat ujian saringan Tibi.
ni untuk cek penyakit Tibi/ tuberkulosis atau batuk kering.

mulanya proses nak masukkan ubat bawah intradermal/ lapisan kulit tu peh azab gila.. pedih yang amat..
yelaaa selalu cucuk orang kan.. haaa nah orang cucuk akuuuu...muahaha :p
sakit sampai meraung juga la. hahaha *gedik sungguh*



lebih kurang gini bila ubat tu masuk bawah lapisan kulit. carian google



tangan jijah yang di bulatkan selepas di masukkan ubat.. haha sengaja blur.. kuikuikuikui


bengkak sekejap je then dia akan jadi dot kecik. tapi kebas juga la tangan ni..huhuhu
nanti lepas 3 hari akan dapat bacaan pada permukaan kulit tu..


jika ada Tibi selepas 48-72jam di suntik ia akan menjadi sebesar ni. carian google




so far Alhamdulilah Tibi Screening Test jijah negative. so takde batuk kering ok :))