Perkembangan Bayi Minggu ke 26

10:00:00 AM 18 Comments A+ a-




26minggu= 28/5/13

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir. Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?

Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepala. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan

Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

18 insan comel komen

Write insan comel komen
Qashmere
AUTHOR
5/29/2013 10:08 AM delete

Rindunya nak pregnant lagi

Reply
avatar
E'in
AUTHOR
5/29/2013 10:23 AM delete

ape perasaan ek bile dh nak jd ibu?

Reply
avatar
syahirah
AUTHOR
5/29/2013 10:44 AM delete

smoga baby sihat slalu. may Allah bless ur family always =D

Reply
avatar
Sayangku Zie
AUTHOR
5/29/2013 10:51 AM delete

dah dua puluh enam yer... membesar bagai johan baby jijah ni..

Reply
avatar
Mimi Azirah
AUTHOR
5/29/2013 12:25 PM delete

kejap je jijah da 26 mggu...semoga dipermudahkan semuanya

Reply
avatar
mama aryan
AUTHOR
5/29/2013 1:38 PM delete

jijah dah 26 minggu ke? sama la dgn akak..moga terus diberi kesihatan yg baik ye

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
5/29/2013 2:49 PM delete

teruja baca n3 ni..
semoga ada rezeki tahun ni.aamiin

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
5/29/2013 3:32 PM delete

oo akak br tau fgsi mkn ikan time prgnant.. slama ni duk ingat kot nk bg ank pandai je.. hehhe

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/29/2013 8:20 PM delete

@Qashmere boleh tambah lagi tu kak..hee

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/29/2013 8:20 PM delete

@E'inseronok dan tak sabar nak tunggu baby keluar..hee

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/29/2013 8:22 PM delete

@Sayangku Zie tapi badan still maintain kak..hee :)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/29/2013 8:23 PM delete

@Mimi Azirah Amin.. InsyaAllah kak :)

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/29/2013 8:24 PM delete

@mama aryan eh sama yer.. hee take care jugak kak!

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/29/2013 8:26 PM delete

@QasehnyaRania jijah doakan moga ciksu di kurniakan rezeki anak tahun ni..Amin..

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/29/2013 8:27 PM delete

@IntaNBerliaN banyak khasiatnya ikan kan kak..

Reply
avatar
aisya
AUTHOR
5/30/2013 10:04 PM delete

sekejap je kan masa berlalu kak. sy pun tak sabar nk tengok baby kak jijah ni. hehe

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/31/2013 3:41 PM delete

@aisya hehehe doakan baby akak sihat dan selamat yer...

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!