Thursday, February 28, 2013

Kandungan 3 Bulan Sudah :)


Sekarang kandungan dah 13weeks.. 
setakat ni daku hanya scan kat Klinik Kesihatan.. jadi jangan harap la dapat printed gambar scan tu kan..
tapi di sebabkan naluri ibu ni kuat.. pergi la google bentuk janin 3bulan... hehehe



baby dah ada tangan dan kaki rupanya.. patut lah masa scan minggu lepas nampak tangan baby lambai-lambai. hehee
teruja sungguh tengok.. syukur Allah beri daku peluang merasai saat-saat ini.. Alhamdulilah..

Semoga membesar dengan sihat dan sempurna yer nak..semoga Allah lindungi kamu di dalam sana dan selamat sehingga dilahirkan.. Amin..


p/s
cukup 4bulan ingat nak scan kat swasta lah.. kesian suami tak dapat tengok picture baby.. huhuhu




Wednesday, February 27, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-13


TRIMESTER KEDUA

Minggu ke-13

24/2/13= 13weeks


Tahniah! Anda telah memasuki trimester ke-dua dimana pada mereka yang mengalami morning sickness mula berkurangan.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2½ hingga 3 inci panjang dan beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach. Satu perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya. Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini. Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


Monday, February 25, 2013

Mudah Letih Dan Malas


Alhamdulilah sepanjang 1st trimester dulu daku tak mengalami sebarang alahan/morning sickness..
tapi sejak dua menjak ni daku ada satu penyakit iaitu mudah sangat letih dan malas!

lagi satu daku memang suka lah tidur..
pantang masa terluang pasti tidoo berjam-jam lamanya.. 
tapi still mengantuk lagi tu...
kalau sedar pun bila perut menyanyi dan kerap ke tandas...

perangai malas jangan cakap lah..
malas masak, malas buat kerja rumah, malas nak bergerak, malas nak bercakap, malas nak mandi (opss... hehee :p) nak berblog pon malas... eee malasnyaaaaa...
buruk tul perangai kan...

cari kat google rupanya MALAS ni lazim terjadi pada ibu mengandung..hehe nasib la bukan daku sorang kena.. ngehngehngeh


p/s
so buat encik Suami, kalau rumah bersepah tu faham2 je la ye..)

Sunday, February 24, 2013

Perkembangan Bayi Bulan Ketiga


*BULAN KETIGA 12 MINGGU*


Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dengan cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dari tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali (kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dengan sempurna. Otot-ototnya akan mula memberikan tindak balas.



17/2/13=12 weeks



Menjelang usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan. Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya 'bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas. Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk. Beratnya kira-kira satu paun dan panjangnya 3 inci (8 cm).

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menendang, menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

Tamatlah Trimester Pertama... Selamat Datang Trimester Kedua :)



Friday, February 22, 2013

Thursday, February 21, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-12


Minggu ke-12


17/2/13=12weeks



Jika anda mengalami mabuk hamil sejak beberapa minggu lepas, anda mungkin boleh mengharapkan perubahan setelah berakhirnya minggu ini. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mabuk hamil tidak lagi mengganggu anda sehingga bayi dilahirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi anda kini berukuran 2½ inci (6cm) panjang dan beratnya pula ¼ satu auns. Sejumlah kecil rerambut mula tumbuh pada badan bayi anda. Kuku pada jari tangan dan jari kaki mula tumbuh dan tunas-tunas gigi kekal pertama bayi juga mula terbentuk. Sistem penghadaman bayi juga kini berfungsi menghasilkan pengecutan menolak makanan ke usus-usus. Sistem saraf bayi juga masih di dalam peringkat awal untuk matang. Pundi amnion juga mengandungi lebih kurang 1½ auns bendalir dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia boleh mencapai 3 – 4 biji cawan bendalir. Doktor juga mampu mengesan denyutan jantung bayi melalui satu alat dipanggil doppler. Bayi kini aktif bergerak di dalam perut anda tetapi anda masih belum dapat merasainya.

Doa Ibu Mengandung

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


Alhamdulilah tiga bulan sudah :)


Wednesday, February 20, 2013

Buku Ibu Mengandung..


Masa kandungan 6weeks lagi daku dah start buat buku ibu mengandung..
checkup kedua masa kandungan 10weeks
tapi buku mengandung daku warna putih bukan merah macam kat semenanjung...
eeeeeeee tak sukaaa..... lain daripada yang lain..huhuhuhu




tapi takpelah yang penting isi dalamnya kan...
emm nampak tak pelekat hijau???
 tu sebabnya berat badan masa booking <45kg iaitu 42.6kg...hahaha :p

kandungan daku pon dah 12/52+3/7 sekarang..
semalam pergi checkup..tapi kali ni dengan doktor
doktor cek tekanan darah daku...NORMAL
degupan jantung daku... NORMAL

doktor kira due date daku InsyaAllah 3/9/13
tapi kat internet daku kira 1/9/13
tak kesah lah... tu jangkaan je kan..
yang penting anak mama selamat keluar dari perut mama nanti.. InsyaAllah..

pastu doktor scan perut daku...
nampak dah baby...suka sangat... walaupun kecik jer...
nampak kepala dia... badan dia..siap tangan gerak-gerak gitu..
oo lambai kat mama yer..hehehe ^___^
Subhanallah.. kuasa Tuhan..nak nangis rasa..
ada nyawa tengah membesar dalam rahim daku..


Alhamdulilah.. semoga anak mama sihat sempurna dalam perut mama yer..
tak sabar nak tunggu anak mama ni membesar... ^___^



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Tuesday, February 19, 2013

Sedapnyaaa Buah Delima Ni..


Pandai siapa yang meneka tu.... hehehe



First time makan buah delima ni.. kesian daku kan...
Tak mengidam pun buah delima ni..tapi orang cakap buah delima ni bagus untuk naikkan HB untuk ibu mengandung selain anak cantik nanti.. wee~~
tu yang daku nak! hehe

kebetulan my family pergi Terengganu melawat adik raya cina lalu maka daku pun minta mereka carikan buah delima ni.. 

jadi minggu lalu ayah siap pos lagi buah delima ni bersama serunding dari semenanjung...
MasyaAllah sedapnya rasa buah delima ni.. manis sangat!

bila dah kupas kulit jadilah begini
::
::
::
v



macam makan koko krunch ngap sekali banyak! gigit biji2nya sekali.. 
peh marveless!!


tq mak ayah! sayang mereka ketat-ketat :(



Monday, February 18, 2013

Bungkusan Dari Ayah Dah Sampai..


Tension dengan perkhidmatan Pos Malaysia kat Kota Kinabalu ni..
bila barang sampai selalu jer tak pernah call beritahu barang dah sampai..
nasib ada nombor emstack dan tengok kat website barang dah sampai... 
kononnya kata tak tahu alamat.. padahal call pon takk!!
ee...geramm je rasa!

sepatutnya sehari je sampai bungkusan ni..
tapi sebab masalah di atas tu dua hari jadinya baru dapat barang...
tu pon kena pergi pejabat besar kat KK tu lah!!

fuh.. tarik nafas panjang-panjang dan lupakan kemarahan tadi.. hhuhuhu




Alhamdulilah sampai sudah bungkusan yang ayah pos dari semenanjung..
actually suruh mereka pos pon sebab nak kain ela untuk buat uniform..
almaklumlah mama bunting ni tak lama lagi perut membesor makanya kena lah tukar uniform nurse mengandung... hehehe :p




kebetulan masa tu my family pergi terengganu maka mereka pun poskan sekali keropok dan serunding dari terengganu...
 sedapp serunding tu woo!! 

dan alang-alang tu suruh la mereka carikan buah tu...
cer teka buah apa tuuuuu.......???


tapi takde hadiah tau... suka suka jer hehehe  :P~~


sesiapa yang rasanya ada pos barang kat daku kat sabah tu sila lah bagi nombor track.. hahaha*macam lah adoo*





Sunday, February 17, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-11


Minggu ke-11



10 februari=11weeks


Berat dan panjang bayi adalah berbeza mengikut bayi dan kehamilan. Anda telah mula merasakan perut anda buncit. Kadang-kadang anda mungkin merasa beremosi walaupun dengan perkara yang remeh. Kadang-kadang mungkin merasa sangat gembira dan kadang-kadang boleh merubah kepada sedih dengan tiba-tiba.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi anda kini berukuran 1¾ - 2½ inci (4.4-6 cm) panjang dengan beratnya kira-kira 8 gram. Bayi anda kini dianggarkan sebesar sebiji buah limau nipis. Pertumbuhan janin pada ketika ini sangat pesat. Kepala terbentuk hampir setengah dari panjang bayi. Kuku-kuku jari juga mula kelihatan. Genitalia luar bayi juga mula terbentuk dan dalam 3 minggu lagi organ seks bayi akan siap. Dan jika keguguran berlaku pada ketika ini, jantina bayi mungkin boleh dilihat.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Saturday, February 16, 2013

Keracunan Makanan Akibat Red Tide


Keracunan makanan akibat Fenomena Laut Merah yang berlaku di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokasi berhampiran menjadi-jadi di Sabah sekarang ni..

Red tide ni berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut. 

Red Tied adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom..




Nasihat supaya berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.



Thursday, February 14, 2013

Doa Semasa Ibu Mengandung




sumber apit

Amalan Surah Al-Quran

  • Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu


Doa Semasa Hamil –

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



Wednesday, February 13, 2013

Lelaki Buncit Itu Seksi





Tahukah anda hampir 92% lelaki yang berkahwin akan boroi dalam 2 tahun perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pax dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh. 

Sesungguhnya buncit itu seksi.....



Monday, February 11, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-10


Minggu ke-10


Sekarang anda telah berjaya ke suku pertama bagi kehamilan anda. Dengan berakhirnya minggu ke sepuluh maka berakhirnya tempoh embrio dan bermulanya tempoh janin pula. Kecacatan kongenital kebanyakan berlaku sebelum hujung minggu 10. Tempoh kritikal bayi adalah bergantung kepada anda. Sepanjang tempoh janin, beberapa kecacatan boleh berlaku. Walaubagaimanapun, kita haruslah mengambil tindakan bagi mengurangkan stress dan sinaran radioaktif.

3 Februari = 10 weeks


Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Tiub-tiub di dalam paru-paru bayi anda sedang lengkap terbentuk manakala usus-ususnya telah berpindah dari tali pusat kepada rongga abdomen bayi. Tunas rasa bayi juga mula terbina dan jika bayi anda seorang perempuan, ovarinya mula turun ke pinggul. Bayi anda masih sangat ringan panjangnya kira-kira 1½ ke 1¾ inci dan beratnya hanya 5 gram.



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Saturday, February 9, 2013

Jejaka Setia Hujung Nyawa Ku Balik Cuti..


hahaha tajuk tak menahan..gara-gara penangan citer Setia Hujung Nyawa la ni.. hehe
Alhamdulilah semalam encik suami selamat sampai dari Labuan ke KK..
patutnya dia naik feri dari Labuan tapi tiket habis..
terpaksa la dia naik bas dari Menumbok..sakit pinggang katanya.. sian... huhuhuhu

paling best encik suami bawa balik banyak coklat dari Labuan..
hehehe


pehh sedapp coklat Daim dan Kisses tu.. nyum nyum :)

seronok bila suami balik cuti ni.. nak luangkan banyak masa dengan dia even daku kerja..huhuhu
tapi isnin/ selasa dia nak balik Labuan balik.. huhuhu
cepat lah sebulan...tak sanggup berjauhan macam dulu.. huuuuuuuuuu T___T




Friday, February 8, 2013

Doa Pemanis Wajah


Doa Pemanis Wajah




Amalkan Surah Yusuf Ayat 4

Maksud Ayat: "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."

Khasiat ayat ini:
1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
2. Wajah menjadi berseri-seri
3. Manis dipandang orang


Jom Kita Amalkan :)


Thursday, February 7, 2013

Check Up 10 Minggu..


Semalam daku cuti..
1. Servis kereta 20000km Major servis.. tapi sekarang dah 30000km.. lambat pulak..huhuhu
2. TCA dengan Klinik Kesihatan Telipok..


Alhamdulilah kandungan dah 10minggu..
semalam cek dengan nurse JM (Jururawat Masyarakat)
hb naik sikit 11-->11.2
berat naik sikit 42.6kg--> 43kg patutnya kenaikkan 0.5kg menjadi 43.1kg.. hehe
so far belum rasai ketulan lagi.. 


checkup 6minggu masa booking..


checkup 10minggu 6/2/13..


kena tegur sikit dengan JM sebab pakai seluar jeans.. hehe 
katanya kesian baby tersepit..

aduhai... sebak pulak rasa hati...
kesian baby mama tersepit yer mama pakai seluar jeans...huhuhu
tunggu papa balik kita shooping baju maternity tau! hahaha :p

moga anak mama sihat di dalam ni.. Amin..



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Wednesday, February 6, 2013

Puding Kelapa Sabah


First time makan kelapa puding ni.. puding dalam kelapa... unik kan..
sedap wei rasanya...sejuk lagi... nyum nyum..


Coconut Pudding
kredit mysabah.com

time panas terik masa tu suami ajak pergi makan sini..peh nikmat! nyaman tekak...


Coconut Pudding
kredit:mysabah.com

Boleh di dapati di sepanjang Jalan Tuaran.. dekat dengan roundabout ke Sepanggar/Politeknik Kota Kinabalu, Sabah memang banyak orang jual kelapa puding.. selain itu ada kelapa bakar dan kerang bakar juga..


puding kelapa ni hanya ada kat Sabah jer.. 
kat Semenanjung takde lagi kan?? 
haaa suami jijah cakap boleh berniaga kat semenanjung ni... 
aci tak kalau jijah berniaga?? hahahaha berangan :p


RM3 satu kelapa bukan kepala ya... hahahaa :)



Monday, February 4, 2013

Orang Mengandung Boleh Ke Minum Air Kelapa??


Baru-baru ni suami bawa pergi makan puding kelapa di Jalan Tuaran, Sabah..
time tu panas terik.. dapat makan puding kelapa...sejuk lagi tu....peh memang nikmat!!

then tetiba hati tergerakk
boleh ke awal-awal pregnant minum air kelapa?
tapi tak de laa air kelapa sangat.. puding je pon...
banyak orang kata awal-awal kandungan tak boleh minum..


nasib baik satu kelapa tu kongsi dengan suami..
tapi setakat ni Alhamdulilah takde masalah..
tapi tak tahu lah kalau kat dalam tu.. 
mudah2an anak mama sempurna,selamat,sihat lah... Amin..huhuhu


 jadi... nak tahu juga daripada kakak-kakak yang berpengalaman..
boleh ke air kelapa ni di minum oleh orang yang baru mengandung???
ada efeknya ke.... huhuhu risau pulak..




CPUV Pertama 2013 Maxis CNY


Hai sayang-sayang semua... sihat ker... jangan mood cuti CNY sampai sudah la yer :P
Tuan blog Alhamdulilah makin sihat.. kuat makan sekarang.. hahaha setiap 2jam cari makanan.. tak kira biskut, susu atau nesvita ker... semua telan asal perut tak lapar.. ngeeeeeeeee~~~

Aktiviti wajib jenguk kekasih kesayangan encik nuffnang...Alhamdulilah dapat rezeki iklan 2013 daripada nuffnang.. tq yer nuffnang!




Maxis Hotlink CNY Hot Ticket


nak simpan duit nuffnang ni.. cashout bila dah banyak untuk beli barang baby.. mudah-mudahan murah la rezeki mama dan baby ni... Amin...


thanks yang support jijah.. miss u all ^___^




Saturday, February 2, 2013

Mr Navy Belayar Ke Labuan... Huhuhu


Hari ni.. suami daku belayar kembali..
Seawal jam 4am daku hantar suami ke base TLDM Sepanggar kira-kira 20minit perjalanan dari rumah sewa..
sedihnya tak terkata sebab perginya dalam masa sebulann!!
selalunya kalau dia belayar pun seminggu saja..

dan kali ni ke Labuan pulak...jauhh.. 

dan sudah pasti bila dia balik nanti tahu-tahu jer perut daku dah semakin membesar dan baby dah boleh gerak.. huhuhuhu 
tak merasa dia nak tengok perkembangan itu... hehehe :)

insyaAllah.. mama dan baby kan kuat demi papa...
ini macik navy lah..kuikuikui
Selamat Belayar suami... semoga selamat sampai ke destinasi..
Amin...


nak coklat banyak-banyak tauu ^___^



Friday, February 1, 2013

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"



klik banner untuk join


Syarat-syaratnya...


-Blogger yang beralamat di Malaysia
-Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
-Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
-Letak link sponsor dalam "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"



dah siap.. hantar ke SINI... 
gudluck semua ^___^