Wednesday, July 31, 2013

35 Weeks And Braxton Hicks


Sekejap jer dah masuk 35 minggu. Makin dekat makin berdebar-debar pula rasa. Lebih kurang 5minggu lagi je..

Syukur alhamdulillah setakat ni jijah masih berpuasa penuh lagi walaupun kadang kala rasa macam tak larat. Tapi apa yang jijah perasan sejak puasa ni perut asyik mengeras jer, kulit jadi tegang tak kira masa. Adakah ini yang di namakan Braxton Hicks ?

Bila jijah search braxton hicks ni jadi betul lah apa yang jijah alami, ia kontraksi yang tidak teratur biasanya kurang dari 1minit dan berhenti bila jijah bergerak atau buat aktiviti. 

Kontraksi Braxton Hicks:

-biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari

-lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya

-tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja

-tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit

-terus tidak boleh diduga dan tidak beritma

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
-tahan lama
-lebih teratur
-lebih kerap
-lebih menyakitkan
-lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit

mungkin ini persediaan cara serviks di latih untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. anakanda pun hari-hari aktif tendang dan berombak-ombak dalam perut mama. syukur mama tahu anakanda mama sihat...


ketika kandungan 32minggu


janji anakanda keluar ikut due yer sayang... mama papa sayang kamuu ^____^


Perkembangan Bayi Minggu ke 35




35 minggu= 31/7/13


Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 

Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air, bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 




Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..




Tuesday, July 30, 2013

Snow Bear Breast Pump


Macam entry jijah sebelum ni [link] masih blur nak cari breast pump yang sesuai dengan harga berpatutan.. 

jadi search punya search terjumpa lah brand Snow Bear Advanced Single Breast Pump yang baru ni. nak beli breastpump berjenama macam dalam entry jijah sebelum ni memang tak mampu lah. ada yang manual pun mencecah RM300. elektrik apatah lagi.. jadi untuk Snow Bear harganya sangat berbaloi untuk elektrik dan bateri.




Kenapa Breast Pump ni laris sangat? 
Jawapannya: Murah, Ringan, Senang Bawa, Kecil, Senang Basuh, Efektif & Sangat Berbaloi-Baloi!

- 589 Mommies telah Memiliki Pam ini Sejak Februari 2013
- 99.1% Mommies yang guna berpuas hati!
- Waranti 1 Tahun (kad waranti di sertakan)
- Boleh pakai elektrik & bateri
- Mimik bayi (membantu ibu yang ada inverted nipples)
- Tak sakit & Tak bising
- Praktikal & Tersangat Ringan 300g sahaja!
- Kecil, diameter 12 cm sahaja & senang bawa, masuk handbag
- Made in Korea (Ada servis center / customer support)
- 2 Jenis Sedutan mimik bayi - pump & urutan lepasan
- 3 Level sedutan untuk keselesaan Mommies
- Anti Back Flow
- Corong pam yang lembut & rekabentuk utk keselesaan
- Senang di pasang & di cuci. (Hanya 4 parts utama)
- Selamat & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
- US FDA approved material for safe storage




Orang kata kalau pump dah bagus dan mahal tapi kita tak ada usaha untuk banyakkan susu tak bagus gak kan.. jadi beli yang murah dan tengok lah hasilnya macamana nanti...

Bagaimana nak mengekalkan ketahanan Breast Pump Snow Bear?

1. Jika Mommies gunakan Bateri.. Sila keluarkan bateri lepas guna..
2. Cuci - lepas guna harian basuh & bilas dengan air biasa atau pencuci sahaja.. 
JANGAN & JANGAN BASUH GUNA AIR PANAS!! cuma boleh pakai sterilizer atau rendam dalam AIR SUAM seminggu sekali.
3. Pastikan sambungan tiub & parts RAPAT ketika sesi pumping dijalankan.




Breast pump Snow Bear ni jijah beli dekat FB BreastPumpsMurah dengan harga diskaun Rm199. 
- FREE woven bag
-1 botol extra 
-5 paket plastic storage bag. 
-Poslaju pun Free. 


Moga-moga impian jijah menyusukan anakanda secara berperingkat 3bulan, 6bulan sehingga 2tahun terlaksana. Amin...


Kad Raya Datangnya Dari Jauh



Kali ni datangnya dari jauh kad raya ni.. tu ha fly from sabah bah.. hehe :)
jijah dapat kad raya ni dari blogger ecadwinkyasha...
kad raya special sebab homemade dari eca.. tq dear! 
kalau jijah ada kat sabah ni dah lama berkunjung raya ke rumah eca... ngeee~~ 
sape nak order design template boleh ke blog ecadwinkyasha... 



yang ini pula terbang dari sarawak bumi kenyalang..
blogger aisya tuannya.. orangnya kecik je tapi bijak pandai :)
sekali dia blogwalking semua entry di komennya.. 
tq adik comel :)


btw.. tq pada eca dan aisya..
akak mohon maaf jika ada salah silap selama kita kenal ini..
ampun maaf di pinta..

Selamat Hari Raya :)


jijah juga nak mohon maaf kepada semua.. takut tak berkesempatan nak minta ampun dah bersalin pula jijah :)
moga korang doakan jijah di permudahkan bersalin yer..
^___^

hug ketat ketat -_-"



Monday, July 29, 2013

Tq Nuffnang! Digi Prepaid Rider dan Marigold Peel Fresh




Setiap isnin pasti akan tengok akaun nuffnang.. syukur Alhamdulilah ada dua CPUV baru iaitu Digi Prepaid Rider dan Marigold Peel Fresh setelah tiga CPUV KL Sogo, Coke Ramadan dan Kanebo Kate metered!

earning ni baru je nak naik. harap-harap makin meningkat lah. jadi ini bermakna ada empat CPUV tengah on going.. syukur Alhamdulilah :)

setakat ni earning dah RM150. tak pasti nak cashout ke tak memandangkan empat CPUV tengah running.. nanti dulu kot.. hehee

Alhamdulilah rezeki anakanda bakal lahir bulan depan :)



10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Dalam Kandungan


Khas untuk mama-mama yang sedang preggy ya....betapa unik dan indahnya ciptaan Allah itu....

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda :

1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.



Subhanallah.. hebatnya kuasa Allah kan...

seronoknya... mama tak sabar nak tunggu anakanda lahir... ^___^


Saturday, July 27, 2013

Persoalan Wanita Kepada Pasangannya..



* Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang..Mendekatimu saja sudah cukup mengundang loya..Entahkan berapa lama,,mungkin sebulan dua, mungkin empat atau lima bulan..Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga....Sabarkah engkau dengan karenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu..?? 

* Semasa mengandung, aku tidak lalu makan..mulutku asyik mengeluh sakit sini, sakit sana...Tidur sering tak lena..aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka...Bukan aku sengaja, tetapi segala yang ku rasa di setiap inci tubuhku menimbulkan resah dan tidak selesa..Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini..??

* Semasa mengandung..upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa..Aku lemah..sering juga hambar tiada penariknya..Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu..Masihkah aku buah hatimu..??

* Semasa kita mula berumahtangga....pasti hidup kita indah bagai di syurga..Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama..Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang..Pendapatan bertambah..tanggungan dan beban juga bertambah..Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria?? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia...??

* Selepas beberapa tahun berumahtangga...aku belum merahimkan cahaya mata impian kita..saudara mara dan teman-teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan..Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat...Dikala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu..??

* Andai selepas beberapa tahun berumahtangga.aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita......Apakah aku masih kekasih hatimu...??

* Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payudara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya...kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu..tubuh lemahku menumpang kasih dalam dakapan pelukanmu...berak kencingku dalam kain batik yang pernah kau hadiahkan suatu ketika dulu kepadaku....Masihkau engkau mencintaiku..????

## Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati. Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta..apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian hingga kaki tak jejak bumi, tangan menggapai awan....Sebelum anda dibius cinta, soallah diri sejauh mana anda bersedia?? Jangan nanti mudah terlupa, isi dan kulit lafaz keramat AKU TERIMA NIKAHNYA...................


:: Dipetik dari buku "Bercinta Sampai Syurga"...





Friday, July 26, 2013

Mama Stuff: Keperluan Ibu Berpantang


Fuhhh neves... sekarang kandungan dah 34minggu... Baby stuff setakat ni rasanya dah complete.. harap- harap begitu la.. kalau ada pun yang tertinggal masa pantang boleh beli.. heee jadi sekarang kita teruskan keperluan berpantang untuk mama pulak.. checklist barangan mama ke hospital pon dah siap!

1. Set lepas bersalin/ jamu
2. Tungku besar
3. Sweater
4. Kain batik - 5helai
5. Stokin panjang dan tebal - 5pasang
6. Baju dan seluar dalam maternity/Nursing bra
7. Maternity Pad 1 pek
8. Breast Pad washable/disposable
9. Bengkung/ barut
10. Selimut tebal
11. Baju cotton berlubang
12. Selipar dalam rumah
13. Tukang urut

Set pilihan jijah semasa berpantang secara tradisional adalah Pil Jamu Selapan Air Mancur. [link]




lagipun produk jamu ni boleh pakai luaran macam pilis, param.. pil jamu ni kalau baby kuning jijah tak makan.. jadi jijah gantikan dengan Set Shaklee sebagai supplemen. beli lepas bersalin.. tapi kalau anakanda tak kuning jadi pil jamu tu kena makan la.. heee




tungku besi pun beli lepas bersalin sebab takut kalau bersalin c-zer/ operation. harap-harap bersalin normal. Amin..



kain batik haruslah banyak. minta ihsan mak guna dia punya. hahaha


stokin
time berpantang wajib la pakai stokin kan. kalau tak masuk angin..


nursing bra, seluar dalam
panties bawa yang disposable untuk ke hospital. senang boleh pakai buang..


maternity pad
pakai MADAME punya dan Stayfree standby kalau darah nifas tak banyak.. lagipon masa period dulu selesa dengan stayfree.. hee


breast pad beli washable dan disposable
disposable beli 1kotak jenama Pureen dan washable baru ada dua pad.. ahh cukuplah kan..


bengkung orang kata elok beli yang bertali tali tu..


selimut tebal, selipar dalam rumah


haa... rasanya dah lengkap kan keperluan ibu semasa berpantang.. ikutkan memang tak banyak berbanding barangan baby tapi itulah yang lambat nak buat. hehehe

6minggu lagi.. harap-harap di permudahkan la nanti. insyaAllah :)



Thursday, July 25, 2013

George Alexander Louis Nama Anak Putera William dan Kate Middleton


Setelah 14 jam di dalam bilik bersalin, Kate telah pun melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital St. Mary London. 



Duke and Duchess of Cambridge iaitu Prince William dan Kate Middleton telah mempamerkan anak sulung mereka kepada rakyat jelata dalam perjalanan keluar dari hospital.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana, William dan Kate dikatakan telah menamakan anak mereka George Alexander Louis, atau nama gelarannya Prince George of Cambridge.





comel kan putera di raja ni..

Jutaan tahniah di ucapkan.. semoga putera George sihat dan membesar dengan jayanya...


p/s: putera jijah hujung bulan depan lahirnya.. InsyaAllah..



Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan


Seperti yang diketahui ramai, kelapa sememangnya mempunyai seribu satu kegunaan. Keseluruhan pokok kelapa termasuk airnya turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia





Antara khasiat air kelapa muda untuk kesihatan anda ialah : 

Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit.

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.

Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda. 

Berguna untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mencantikkan kulit bayi dan mudah bersalin. Ia juga dikatakan dapat memperbanyakkan air ketuban bayi.

Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.

Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.

Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.

Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit.

Dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.

Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.

Ia dapat mengeluarkan toksik di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda. 
Mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Bagi yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan.

Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat. 

Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.

Salah satu bahan rahsia menyedapkan masakan seperti kari, gulai dan rendang.


p/s: sekarang ni gian hari-hari minum air kelapa.. sedap woo~~


Mama Stuff: Set Bersalin Selapan Air Mancur


Citer pasal mengandung ni tak pernah habis.. mesti korang jemu pulak baca asyik benda yang sama je. huhu
macam korang tahu jijah dah decide nak gunakan Set Bersalin Selapan Air Mancur sebagai set berpantang nanti..




segala jamu-jamu dan pil.. harganya murah RM65. jadi kalau tak makan pil tu tak la rugi sangat berbanding set bersalin lain yang agak mahal tu.. huhuhu


ok inilah Pil Jamu Bersalin.. ada 3 jenis.. 
kalau anakanda tak kuning InsyaAllah akan makan pil-pil ni..

Pil jamu bersalin 1 [kotak pink]
makan hari ke-4 - hari ke-8 selepas bersalin. 
~untuk membersihkan sisa darah dalam rahim dan menghilangkan rasa mulas bagi ibu 

Pil jamu bersalin 2 [kotak kuning]
mula hari ke-9 - hari ke-28 selepas bersalin
~memulihkan rahim serta kesegaran ibu lepas bersalin

Pil jamu bersalin 3 [kotak biru]
digunakan hari ke-29 - hari ke-38 sehabis bersalin
~untuk memperbanyakkan susu



Param Mancur - lumur ke seluruh badan untuk menghilangkan rasa lesu, melancarkan peredaran darah


Tapel Wangi - sapu kat perut lepas mandi untuk mencegah kembung perut, mengembalikan otot-otot yang kendur


Pilis - sapu dekat dahi untuk mengubati kepala pening-pening.. jijah suka bau dia.. baru la rasa orang berpantang.. hehe



Bedak Sari Inti Sari - merawat kecantikan wajah ibu lepas bersalin


Minyak Telon Bebiku - mencegah kembung perut.masuk angin pada bayi


Param Beras Kencur - sapu seluruh tubuh untuk memberi rasa sejuk pada ibu bersalin


ini semua yang terkandung dalam produk ni. kebanyakan pakai secara luaran kan. macamaner la agaknya bila pakai nanti kan.. satu rumah bau jamu.. tapi best baunya tau! hehehe  harap-harap anakanda tak kena kuning dan boleh la daku habiskan semua pil dan benda yang tempek-tempek ni.. hehe rajin dengan tak je nak memakainya.. hahahaha :p


Wednesday, July 24, 2013

Bonus Penjawat Awam dan Pesara




Baru tadi kat berita tv3 dah di umumkan bonus untuk kakitangan awam dan pesara. Alhamdulilah even tak banyak macam tahun lepas yang dapat bonus setengah bulan gaji  tapi kira bersyukur la kerajaan nak bagi. Bonus ni akan masuk 31/7 nanti. tq PM!


Alhamdulillah kami suami isteri kerja kerajaan dapat bonus.. bonus ni pun simpan untuk buat majlis aqiqah anakanda yang bakal lahir nanti. bayangkan anak lelaki 2ekor kambing tu... sekor kambing pun dah mencecah RM1k.. takpe rezeki anakanda InsyaAllah sentiasa ada.. Amin...


tq PM! tq kerajaan Malaysia... 


Set Bersalin Semasa Berpantang.. Tradisional dan Moden


Buntu betul nak memikirkan set berpantang apa yang perlu di pakai time bersalin nanti.. 
Lepas google sana google sini maka jijah tekad nak gunakan set bersalin dua jenis iaitu secara tradisional dan moden.

Set pilihan jijah semasa berpantang secara tradisional adalah Pil Jamu Selapan Air Mancur. jamu ni dari zaman dulu sudah ada dari indonesia punya.. memang terbukti berkesan untuk ibu bersalin..  ehh di luluskan oleh KKM tau!





jijah nak guna jamu ni pon sebab boleh pakai luaran macam pilis, tapel, param, bedak dingin... kalau pil ni takut nak makan.. takut baby kuning.. harganya pun murah RM65 beli kat Alpro Pharmacy.. beli mahal2 takut tak habis je nanti... jadi untuk pil jijah pilih Set Bersalin Shaklee set bersalin moden sebagai supplemen.. 




shaklee sebagai supplemen.. 

Set yang mengandungi Vita-Lea, Zinc-Complex, B-Complex, Vita-C dan tambahan ESP & Alfafa untuk penyusuan.. 


maka ini lah dua produk yang akan jijah gunakan masa berpantang nanti. untuk shaklee jijah belum beli lagi.. lepa bersalin nanti baru tahu macamner... nanti jijah review satu persatu set bersalin ni.. harap-harap badan dapat gunakan kesemuanya sebaik-baiknya.. nak badan pakai lama kan.. wajib lah pantang baik-baik. hehehe




SET BERPANTANG SHAKLEE



ESP
membekalkan tenaga kepada ibu
🌸milkbooster
🌸bantu mnguatkan rahim


Vitalea
🌸sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu
🌸pelengkap nutrisi ibu
🌸bantu penghasilan darah merah setelah proses bersalin

Vitamin C
🌸 memepercepatkan penyembuhan luka
🌸membaiki sel rosak ketika proses bersalin

Alfafa complex
🌸mengecutkan rahim
🌸bantu buang angin dalam badan
🌸bantu banyakkan susu

Ostematrix
🌸elakkan sembelit
🌸melawaskan pembuangan air besar
🌸milkbooster


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE.

CARA 1

Klik ke SET BERPANTANG SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant





Perkembangan Bayi Minggu ke 34



34weeks= 23/7/13


Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. 


Doa Ibu Mengandung

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Aminn..


Tuesday, July 23, 2013

Checklist Barang Keperluan IBU Ke Hospital


Fuhhh!! Punya la lama baru nak update checklist ibu ke hospital.. nasib baik tak bersalin lagi.. hehe actually baru je siap prepare semua keperluan berpantang. la ni baru settle.. jom packing siap dalam beg untuk di bawa ke hospital.. checklist barang baby pon dah settle sebelum balik semenanjung dulu..

Apa yang sudah jijah sediakan... :-




1. Buku merah
2. Kad pengenalan
3. Telefon & charger
4. Baju blouse x2
5. stokin x2
6. Kain batik x2
7. Bra/ seluar dalam (disposable panties)
8. tuala mandi
9. peralatan mandi (sabun,berus gigi, ubat gigi)
10. maternity pad & pad biasa x 1pek
11. selipar
12. minyak selusuh - not done
13. air zam zam - not done
14. makanan/minuman (horlick,kopi,biskut,milo,kurma) - not done
15. plastik (simpan baju kotor)
16. breast pad
17. tuala
18. sweater x1
19. termos
20. Surat jaminan kerja/ GL




siap! untuk di bawa ke hospital. cuma makanan macam biskut, milo 3 in 1,horlick je tak beli lagi..


soo mommy! rasa rasa ada barang tak lengkap ke dalam checklist ni?? sharing yer... tq mommy!



Monday, July 22, 2013

Tips Kehamilan Trimester Ketiga




* Jangan terlalu banyak makan makanan berkadar garam tinggi kerana dapat menyebabkan kejang-kejang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di kawasan kaki.

* Jika tidur, sebaiknya ambilah posisi mengiring, terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil

* Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari krem-krem.

* Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastis. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat lelah.

* Jika terasa ingin selalu buang air kecil, jangan pernah menahannya, kerana hal ini dapat menyebabkan infeksi pada saluran pundi kencing.

* Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi persalinan

* Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan energi menjelang persalinan.

* Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di seputar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.




Sesi Mendobi Barangan Baby


Basuh baju anakanda lewat bila kandungan dah nak masuk 34weeks.. akhirnya berjaya juga daku mendobi kesemua barangan anakanda.....

ambil masa dua hari nak basuh semuanya.. hehe semuanya rendam je dalam besen bersama sabun detergent pureen A-B-D. takde lah nak berus sangat pun. sental sikit sikit pastu bilas... orang tua-tua cakap tak leh basuh pakai mesin. pasal apa.. wallahualam.. ehh! memang wangi guna detergent ni tau.. bau baby! besttt :) 
dah settle!!

1st round hari pertama

hari pertama jijah start basuh kain napkin.. tuala.. barut.. sapu tangan.. basuh kaler putih dulu.. penuh kesabaran membasuh pakai tangan.. huhuhu lenguh gak pinggang mak nak duduk lama-lama.. hohoho


napkin,tuala,barut, sapu tangan..


masa untuk menyidai.. huhuhu

2nd round hari kedua

hari kedua membasuh baju dan seluar serta sarung tangan kaki baby.





Sidai jangan tak sidai..jangan lupa terbalikkan semasa menjemur!


dah kering.. masa untuk melipat baju pulak..




mitten.. bootees.. bonnet comel comel belaka.. hee..



rasa macam tak banyak je baju anakanda.. hehe tapi takpe lah.. baby cepat besar kan.. tak cukup nanti suruh atok ayah/nenek dia pergi beli. muahahaha :P

setakat ni baju newborn ada 2pasang lengan pendek 1 lengan panjang. 0-3m ada 6pasang lengan pendek 2 lengan panjang. 3-6m 3pasang lengan pendek 2 lengan panjang dan 6-12m 2pasang.. rompers ada la dalam 7helai kot. hehehe


part baby stuff rasanya dah complete 90% kecuali infant carrier, car seat n stroller. sebab tu boleh beli kemudian dan bila dah balik sabah nanti. so.. harap-harap takde yang tertinggal la yer. hehehe

fuhhh! selesaii...


Sunday, July 21, 2013

Saturday, July 20, 2013

Volkswagen - Think Blue....





Pewwitt... muncul lagi satu CPUV baru dalam blog ini.. CPUV ke 9 untuk 2013 iaitu Volkswagen - Think Blue.... Alhamdulilah tq nuffnang! Korang jangan lupa jentik-jentik yer.. heee

Eh!! Kan betul jijah cakap CPUV Mitsubishi tu pelik.. tetiba muncul pula.. last last dia metered tak sampai satu hari pon. tengok 41sen je. jadi la kan.. sape nak bagi.. ngeee~~

Alhamdulilah 5 CPUV tengah on going.. mudah-mudahan earning makin meningkat. dapat la menyimpan untuk duit raya. hehehe :)  tq encik nuffnang!!