Doa Anak Cerdik

8:10:00 PM 10 Comments A+ a-


Letakkan tangan di ubun-ubun anak dan baca:



Anak lelaki :
ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL 
Anak Perempuan :
ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL 

Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran."


Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau jadi genius. Beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat.


Mari kita amalkan untuk anak-anak kita.. :)



p/s: Semoga zulhakimi zaim membesar menjadi anak yang soleh,cerdik dan genius! Amin...


Bila Ada Anak Kecik Ni Termometer Wajib Ada

8:00:00 AM 14 Comments A+ a-


Bila dah ada anak kecik ni wajib kat rumah ada standby termometer kan..
yela boleh pantau suhu anak bila rasa demam atau tidak.



termometer ni bagus. letak kat ketiak anak/baby nanti dia akan berbunyi bila dah ada bacaan. dan termometer ni juga la digunakan untuk pesakit di wad untuk cek suhu baby :)

setakat hakimi 8bulan ++ ni belum pernah demam lagi. Alhamdulillah.. moga Allah beri zulhakimi zaim kesihatan yang baik.. Amin...


p/s: eh bukan baby je boleh guna tau.. semua usia boleh.. hihihi


The Liebster Award From Ciksu

8:00:00 AM 8 Comments A+ a-



Baru nak jawab The Liebster Award ni. di tag oleh Ciksu's blog


11 soalan yang perlu dijawab;

1) Nama penuh anda?

Nur Azizah Binti Yahaya
2) Nama yang digunakan dalam blog, kenapa?

Masa pakai blogspot guna nama penuh nurazizahyahaya.blogspot.com.. baru blogging katakan tak tahu nama glamer2 ni.. sekarang domain guna nama ziezah.com saja.. senang sebut. hehe
3) Kenapa buat blog?

Suka nak share pengalaman.. pengetahuan dan tips-tips yang ada
4) Suka baca majalah Pa&Ma, kenapa?

suka sangat sampai tiap2 bulan beli.. walaupon kat sabah ni harga 2x ganda tapi tetap beli. sebab banyak info dan ilmu tentang kekeluargaan. anak2.. tips menjaga anak. almaklum ibu baru masih cetek ilmu tentang keibubapaan..
5) Suka ais batu, kenapa?

kurang gemar.. sebab bersalin caeser jadi kena pantang minum sejuk2.. nak jaga badan lama.. takut sakit urat nanti..
6) Suka bersolek, kenapa?

tak jugak.. biasa kalau keluar pakai bedak compact dan lipstick/lipice. hehehe
7) Koleksi tudung paling banyak, kenapa?

sekarang minat tudung sarung ala2 fareeda tu. senang sarung je. yela ada anak kecik takut pula nak pakai tudung lilit2 tu..
8) Bila tarikh perkahwinan anda?

11//12/11  ingat tau! :)
9) Set Bersalin/ Set Berpantang yang pernah anda guna, kenapa pilih set itu?

Masa bersalin dulu guna set berpantang Shaklee.. memang bagus. badan sihat dan bertenaga.
10) 2 tips/ amalan untuk LUKA EPISIOTOMI cepat sembuh..

tak de rezeki bersalin normal :(
11) Usia kandungan berapa bulan sebaiknya membeli pakaian bayi..

masa hakimi dulu beli barang2 bayi masa usia kandungan 6bulan lebih atau 30minggu camtu :)



ok siap! tq ciksu tag jijah ^___^





Petua Tangan Terkena Minyak Panas

12:46:00 PM 15 Comments A+ a-


Baru-baru ni masa tengah masak.. alihkan minyak ke dalam mangkuk. sekali hakimi pula meragam dalam buai.. sebab takut dia terjun buai je... 

dengan kelam kabut daku tak perasan yang masa tu pegang mangkuk minyak panas tu.. sekali tercurah kat tangan. Allahuakbar! panasnya rasa.. sakit.. pedih.. merah...

masa tu lupa segala first aid.. call encik suami dia suruh rendam tangan dalam air sejuk lama-lama.  search google lumur dengan telur.. bila buat kurang sikit la panas tu..




tapi sampai keesokkannya masih pedih sakit. lama-lama blister/gelembong air naik sampai sekarang. belum pecahkan lagi sebab takut..huhuhu i memang takut sakit..serikk~~

korang... apa petua eh bila terkena air panas/minyak panas??

ada kata letak colgate tapi colgate kan alkali bila tembus ke membrane jadi makin besar parut..
dan ada kata letak kicap... bagi sejuk...

so korang pengalaman tak handle ni??




Happy Birthday Mama Hakimi!

12:56:00 PM 14 Comments A+ a-



Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT kerana memberikan nikmat usia sehingga ke hari ni 26 tahun untuk jijah terus bernafas di dunia ini. Alhamdulilah ^^

hadiah besday paling manis bila kali ni di sambut dengan si comel zulhakimi zaim 8bulan++ :)



Walau awal-awal lagi jijah dah di duga dengan pelbagai dugaan dalam hidup. 
tetapi Alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua sokongan. jijah dapat teruskan liku-liku kehidupan dengan jayanya.. 

dan sempena ulang tahun kelahiran jijah ni.  jijah memohon semoga

Allah kurniakan lagi nikmat umur pada tahun2 akan datang...
tabah dan kuat untuk meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran ni..
jadi anak yang solehah kepada ibubapa.. ibubapa mertua.. isteri yang taat dan soleh kepada encik suami dan mama yang mithali kepada anak2..
paling penting untuk tahun ni..
semoga daku dan encik navy dapat posting ke semenanjung dalam tahun ni
impianku selepas transfer semenanjung..
untuk membeli sebuah rumah untuk kehidupan yang lebih selesa.
dan semoga redha Allah meredhai diriku selalu..

Amin ya robbal alamin...


buat kawan2 terima kasih atas doa dan ucapan anda semua.. hanya Allah mampu membalasnya.. :)



Wanita Penghulu Syurga dan Jugalah Penghulu Neraka

10:47:00 AM 8 Comments A+ a-






Secara umumnya ketaatan dan khidmat seorang isteri yang ikhlas buat suami dan anak-anaknya adalah punca keredhaan suami dan adalah kunci syurga rumah tangga.

^___^


Amboi...Hakimi Berdiri Tanpa Berpaut Pula...

9:00:00 AM 16 Comments A+ a-


Bila mama duduk dia suka berpaut berdiri kat badan/bahu mama..
pastu suka suka je lepaskan tangan sendiri bila berdiri.. lama pula tu sampai boleh mama snap gambar! muahahaha :p




budak tak tau takut camni lah.. dah jatuh terhantuk pun nak berdiri lagi...
tapi bila mama tinggalkan kejap melalak kemain lagi!! huhuhu

inshaaAllah hakimi cepat berjalan ni.. Amin..




Cinta Seorang Pelaut

8:14:00 PM 7 Comments A+ a-


Apabila seorang pelaut itu jatuh cinta, maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa kerana dia seorang yang tabah dan setia di tinggalkan di daratan..



bukan mudah berkahwin dengan seorang pelaut. 
teringat dulu mula-mula encik navy masuk rekrut tahun 2008, 6bulan tanpa khabar berita. hanya surat di utus ke alamat ibunya. kemudian lepas rekrut encik navy berkhidmat di TLDM Lumut kemudian ke Klang sekejap sebelum draft ke Sabah tahun 2010. bermula lagi cinta jarak jauh masa tu Sabah-Negeri Sembilan.

hati gembira bila encik navy mengambil diploma di Lumut selama setahun tahun 2011 dan masa ini la kami mengambil keputusan secara mendadak untuk bertunang dan berkahwin hujung 2011:) bila berkahwin masih lagi PJJ, sekali sekala je encik navy balik kampung N9.

Perpisahan terjadi lagi bila tamat diploma setahun di Lumut encik navy kembali draft ke Sabah pada bulan may 2012. bila draft ke sabah kali ini encik navy bertugas di kapal. bermakna encik navy akan belayar selalu.. mungkin ada hikmahnya masa tu jijah belum di kurniakan rezeki anak sebab berjauhan seberang laut. 

first time raya suami isteri bulan 8/2012 dan lepas raya bulan 9/2012 dugaan paling besar bila encik navy kemalangan di sabah dan jijah keguguran di semenanjung. dan hikmahnya bulan 10/2012 jijah dapat transfer ke sabah dekat sikit dengan encik navy dan hujung bulan 12/2012 jijah di sahkan pregnant :). setahun menunggu kehadiran zuriat. yela masing2 jauh kan...

tapi hidup bukan selalu cerah sebab walaupon duk dekat encik navy bukan selalu ada di rumah. dia belayar seminggu pastu duk darat seminggu pastu belayar balik. selang seli selama sebulan tu. 

menjalani hidup tanpa suami di sisi dengan membawa perut checkup ke sana sini sampai lah 9bulan. maka jijah ambil keputusan bersalin di semenanjung dekat dengan keluarga. bila dah habis cuti bersalin kembali ke sabah membesarkan anak sendiri, encik suami pula bekerja di labuan. sebulan sekali baru balik kotakinabalu sehingga sekarang ni..

bukan senang memikul tanggungjawab seorang diri. berdua bersama anak.. ragam anak menangis.. sampaikan diri sendiri pon tak terurus. tapi itulah, bersuamikan dengan tentera ni ni bukan saja berkahwin dengan orangnya sahaja, kita mesti berkahwin dengan tugasnya sekali. itu hakikat yang perlu kita terima bila bersuami tentera ni..

pada sesiapa yang nak berpasangan seorang tentera. lebih lebih lagi tentera laut.. harap tabah dan kuat terima tugas mereka. kalau belayar berbulan bulan kena tabah mengharungi kehidupan seorang diri. tapi percaya lah.. secara automatik kita akan jadi kuat dan tabah bila di beri ujian atau dugaan begini...


i'm so proud of u mr navy ^___^



Kerongsang Sabah Untuk Top Komentator

2:00:00 PM 10 Comments A+ a-


Seperti di janjikan jijah akan beri kerongsang untuk 15 top komentator dari bulan Jan-April 2014..



jijah akan beri salah satu kerongsang ni. kerongsang jenis kristal ball tu.. fesyen terbaru sekarang ni.. untuk top 10 teratas.. masih ada mutiara juga.. :)

harap dapat terima kerongsang ni sebagai tanda penghargaan korang tak jemu2 komen blog jijah..
terima kasih banyak2...
jangan lupa komen lagi yer... winkwinkwink ^___^




Hari Ni Masuk Keje Setelah 2 Bulan Cuti sakit

8:00:00 AM 11 Comments A+ a-


Setelah hampir dua bulan cuti sakit sebab sakit appendiks [klik baca] dan buat incision&drainage [klik baca] tempoh hari.. hari ni start keja wad balik. dua bulan tinggalkan keje wad. rasa macam kekok.. yela ibarat macam cuti bersalin kaoo~ 

Alhamdulillah dah sihat dan kuat untuk memulakan keja. inshaaAllah.. 
cuma apa yang merisaukan sekarang hakimi ni tak boleh jauh dari mama.. pantang mama hilang dari mata dia mula lah dia menangis macam kena pukul! dua bulan kan berkepit gan mama. lagipon dia dah 8bulan dah kenal sape mama dia.. lainlah masa 6bulan sebelum mama sakit dia tak kisah bila mama tinggalkan..




dua bulan juga duk kampung takde carseat. jadi bila sampai sabah ni nak biasakan dia dengan carseat sangat lah payah. meraung2 menangis taknak duduk last2 bergolek2 selit bawah kerusi. kesian memang kesian tapi mama lagi kesian sebab nak bawa hakimi kemana-mana guna carseat. huhuhu :'(

harap-harap hakimi anak soleh mama paham yang mama keje. paham yang hakimi duduk rumah pengasuh. jangan meragam dan nangis cari mama.. mama doakan hakimi behave bila mama takde. Amin..



Cubaan Hakimi Berdiri

5:04:00 PM 13 Comments A+ a-


Hakimi 8bulan cubaan untuk berdiri. sekarang kegemaran dia suka berpaut kat kaki kita dan berdiri. jadi tak boleh la kita nak gerak ke mana-mana. 

kalau kita duduk pon camtu gak. dia berdiri kat badan kita pula. so sweet la kamoo ni hakimi :)


tapi yang bahaya nya dia berdiri kat meja tv. dengan muka tak bersalah lepaskan satu tangan..  kadang-kadang dia pandai lepaskan tangan dua2 belah dalam beberapa saat.. tu membuatkan mama kena perhatikan selalu. takut apa-apa jadi. Nauzubillah min zalik~





kat rumah mak angkat hakimi pun dia nak duduk depan2 tv sambil berdiri.. tahu la tv rumah mama ria tu besar.. suka la tengok gambar dengan jelas. hehehe :p

seronoknya mama tengok perkembangan kamoo depan mata mama nak.. tak pernah mama lepaskan setiap masa tengok perkembangan hakimi. Alhamdulillah hakimi membesar dengan sihatnya...

moga2 hakimi cepat berjalan sebelum 1tahun. tak larat sebenarnya mama nak dukung turun naik tangga ke rumah pengasuh.. Amin.. inshaaAllah kata-kata tu kan satu doa..




Top Komentar Bulan Januari Hingga April

4:41:00 PM 17 Comments A+ a-



Bulan lima bulan kegemaran jijah sebab banyak tarikh istimewa lebih lebih lagi hujung minggu ni birthday jijah..hihihihi

maka dengan itu jijah nak beri sedikit hadiah untuk top komentar bulan januari hingga april tahun ni. hadiah berupa keronsang dari sabah. walaupon hadiah tak seberapa,, tu tanda penghargaan jijah kepada kaki komen blog ini..





untuk top komentar ini sila tinggalkan alamat,nama untuk pengeposan dalam ruangan komen ini *jijah tak publish komen*  kalau boleh secepat mungkin la.. :)

terima kasih untuk kaki komen ini dan kawan2 yang berkunjung ke blog jijah.. jangan serik datang komen lagi yer.. hehee :)


Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com

2:10:00 AM 10 Comments A+ a-


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

7:42:00 PM 12 Comments A+ a-




klik banner untuk join 
Hari Guru 2014 Giveaway RM100

dengan ucapan:

Wahai guruku yang tercinta 
Kan ku ingat segala jasamu 
Harapanmu pasti ku kotakan 
Agar menjadi insan gemilang

Terima kasih guru
Tulus suci kasihmu 
Mendidik tanpa jemu
Moga Tuhan Rahmati guru...


Tarikh tutup 21/5/2014



Cepat Tumbuh Gigi Atau Lambat Berjalan

12:14:00 PM 13 Comments A+ a-


Orang tua-tua cakap kalau anak tumbuh gigi cepat dia akan lambat jalan.. begitu la sebaliknya..
tapi ada juga anak lambat berjalan.. lambat tumbuh gigi tapi bila bercakap kemain petah dan cepat pick up..

Anak-anak kawan daku 6bulan dah tumbuh gigi... 
hakimi 8bulan masih tak tumbuh2 gigi lagi.. bayang2 pon tak nampak! ermm
tapi hakimi 8bulan ni suka berpaut kat orang untuk berdiri. kadang2 boleh berdiri tanpa sokongan dalam beberapa saat je.. duduk, merangkak memang laju lah.. orang kata perkembangan hakimi cepat :) dan satu lagi hakimi pon cepat pickup apa yang kita ajar... 




kalau bagi mama, biar hakimi cepat jalan dan cepat bercakap. senang sikit mama sebab mama tak larat nak dukung.. hihihi.. inshaaAllah kata2 itu kan satu doa ^__^

Setiap anak perkembangannya berbeza2 kan.. 
lambat jalan cepat tumbuh gigi atau cepat cakap.. lambat cakap cepat jalan... 
ibu2 setuju tak dengan tajuk ini? kot mane tau korang ada pengalaman dengan anak..
cepat tumbuh gigi atau lambat berjalan..
jom share!


Papa Dah Balik Labuan

2:28:00 PM 13 Comments A+ a-


Tadi pagi baru hantar encik suami balik labuan.
ingatkan nak naik feri dari Jeselton KK tu tapi feri pula rosak. sekali dia naik bas ke Menumbok baru ke Labuan..

pepagi dah sarapan kat oldtown. nasi lemak bungkus+air baru rm4.. nyum2.. kenyang~~



Bermula lah kehidupan supermama macam biasa.. jauh dari keluarga.. jauh dari suami..
Moga Allah permudahkan segala urusan jijah lepas ni...
MOga hakimi anak soleh tak banyak ragamnya... Amin...




Blog Berwajah Baru.. Tukar Tema Biru Dan Hijau.. Wee~~

12:00:00 PM 22 Comments A+ a-


Hai korang... korang bukan salah masuk blog yer.. ni masih blog cik jijah kita ni... hehehe :)
tukar angin untuk memperbaharui blog.. amacam cantik tak tema blog baru ni??? warna hijau+biru cukup segar mata jijah ni melihat..
lari dari tema pink sebelum ni. almaklumlah sekarang dah jadi mama budak kepada anak lelaki.. so takkan nak warna pink ye tak...??





masih menggunakan khidmat azhafizah.com semestinya hasil yang menarik. superb,, dabomb! sumpah puas hati :) bayangkan satu hari je fiza boleh tukar design blog ni dan tukar domain sekali.

selain itu blog jijah juga bertukar domain.. url blogspot jijah dulu kemain panjang nurazizahyahaya.blogspot.com jadi bila domain ni www.ziezah.com saja ^___^

serius puas hati sangat! terima kasih fiza menghasilkan design yang smart ni!

harap-harap iklan nuffnang bertambah banyak lepas ni.. harap2 juga rajin2 jijah buat entry..... hohoho terima kasih banyak2 korang yang sudi singgah blog jijah... luv ketat2 :)

blog under construction lagi.. nak masukkan bloglist baru~~






Cara Beli Tiket Flight Online Secara Debit Card Selain Maybank2u

8:00:00 AM 12 Comments A+ a-



Hari tu last minit beli tiket flight encik suami balik semenanjung. sekali bila nak buat payment takde thru maybank2u. ahh sudah! macam mana nak beli tiket ni...??

bila update status kat facebook nasib baik ada akak ni ajar guna debit card!
serius pertama kali tahu boleh guna debit card.. ingatkan debit card tu kad kredit.. so, apa salahnya daku pula kongsi ilmu tu ye tak... 

meh nak ajar sikit cara beli tiket flight guna debit card.

1- Booking flight yang kita nak beli tu.. dah siap.. klik search

2- Select masa jam berapa korang nak balik.. dah siap..klik continue

3- Isi maklumat traveler, lugage, meal kalau nak.. klik continue

4- Pilih seat yang korang nak duduk then confirm

5- Payment. jika korang booking flight last minit.. direct debit macam maybank2u, cimbclicks dia tak akan keluar macam ni..



jadi cara lain nak beli online kena guna debit card kalau takde kad kredit.

klik kat credit card/debit card warna merah tu.. 



akan keluar camni.. 
ok sila ambil kad maybank korang tu.. 

a) Card type: jika kad maybank korang tulis master card. korang key in master card
b) Card Number: Nombor yang panjang di hadapan kad anda
c) Card Holder Name: Nama penuh anda
d) Expiration Date: key in exp date kad korang
e) CVV: Kat signature ada 3 nombor kan.. key in yang 3 nombor tu
f) Card Issue: Maybankard
g) Card Issuring Country: Malaysia

ok dah siap isi.. scroll bawah.. isi semua tu.




submit payment dah siap..

dah tahu ni senang sikit la nak beli tiket flight kalau tak dapat guna maybank2u.. yela nak beli kat kaunter tu mahal ooo... hehe

tapi kalau kad bank hilang agak bahaya guna cara ni kan..sebab semua details ada kat kad maybank tu.. hohoho




Selamat Bercuti Hari Ini..

12:52:00 PM 10 Comments A+ a-


Cuti masih berbaki 6hari sebelum mula kerja kembali setelah 2 bulan cuti sakit. encik suami pun cuti sampai khamis ni..

memandangkan dah ada kat sabah..ini masanya meluangkan masa bersama orang tersayang...
baru baru ni sempat pergi kota belud. jalan jalan pergi pasar tamu mingguan kat kota belud. beli kerongsang lagi..

dalam perjalanan balik..rupanya ada sawah padi terbentang luas.. cantik! 





ku lihat hijau je la.. kebetulan pakai baju hijau.. hehehe ^____^



*eh hari ni cuti am ek... selamat bercuti semua.. 
apa plan korang hari ni?? jom jalan2... hehehe




Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia

3:07:00 PM 8 Comments A+ a-





kepada semua jururawat..
Selamat Menyambut Hari Jururawat :)



i'm proud to be one of NURSES out there..

Buku Resepi Masakan Untuk Anak anak Anda

8:30:00 AM 7 Comments A+ a-


Sebelum ni download dan fotostat je resepi ni. Tapi rasa macam takde kepuasan nak guna.. kertas je kot.. hahaha



Maka rewardkan diri beli buku resepi masakan baby ni. Semangat wei nak masak makanan hakimi sampai besar nanti.. moga mama awak ni makin rajin masak la yer hakimi.. hehehe


Selain buku.. daku juga join group2 homemade solidfood kat facebook. Banyak resepi yang ada. Menarik! So kalau korang nak join search la group 
1. solid & semisolid foor for your baby
2. My baby homemade solid food
3. MASAK (Masak sendiri anak anak kagum)

Yang tu jelah daku tau... hehehe


Happy Mothers and Nurses Day

8:30:00 AM 6 Comments A+ a-



I'm a mother..
I'm a nurse..
I'm a wife..
And i'm proud to be..

Happy Nurses & Mother's Day
 to all nurses & mother in the world..





8 Bulan Sudah Hakimi

4:29:00 PM 9 Comments A+ a-


Hari ni hakimi 8bulan.. anak mama dah besar lah!! Lagi 4bulan hakimi nak setahun.. hehehe

Dua bulan mama cuti sakit kat semenanjung macam2 perkembangan hakimi. Dari meniarap-merangkak-duduk- dan sekarang berdiri pula.

Hakimi pula sekarang pantang mama hilang dari pandangan mata dia mula lah meraung sambil merangkak mencari mama. Kesian yer anak mama ni =_=

Memang sejak dah pandai merangkak dan memaut untuk berdiri ni kemain jauh dia merayau sampai ke dapur. Penat tapi seronok tengok gelagat anak soleh ni. Semuanya mencuit hati mama.

Moga zulhakimizaim ni menjadi anak yang soleh dan baik untuk mama dan papa.. amin..


#sekarang ondaway balik sabah.. doakn perjalanan kami selamat yer..

Pesan MAMA Tentang PAPA

8:00:00 AM 8 Comments A+ a-


PESAN MAMA TENTANG PAPA:

Anakku zulhakimi zaim…
Memang papa tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. 
Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang papa tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang papa tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Papa memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam doanya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan papa mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.
Pelukan papamu mungkin tak sehangat dan seerat mama...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Papamu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Mama hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta papa kepadamu sama besarnya seperti cinta mama.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi papamu.
Kerana,
Mama adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka..



Mama dan papa sayang kamu anakku zulhakimi zaim..

Sumber : facebook




Appointment Susulan Luka Berlubang

9:00:00 AM 9 Comments A+ a-


Tak reti nak buat ayat tajuk tu.. hahaha bantai la..


Pagi ni ada appoitment untuk luka berlubang hari tu. Alhamdulillah luka yang berlubang tu dah tutup dan bercantum kembali. dah tentu tak kena jahit dah ni.. inshaaAllah!

So hari ni doktor nak tengok balik luka tu. Harap2 semuanya baik2 je..

Nak minta doktor tambah mc lagi seminggu sebab nak balik sabah sabtu ni. Harap2 dapat mc tu. Amin..


*Petang ni papa balik nak bawa mama n hakimi balik sabah.. yeyy. Rindu sabah dah ni...*




Softbook Atau Clothbook Untuk Hakimi

8:00:00 AM 15 Comments A+ a-


Stress daku dengan shopping online.. ada je benda nak beli.. tahu2 kurang dah duit dlm maybank2u.. hahahaha





Baru2 ni beli softbook/clothbook untuk anak soleh hakimi tu. Nak ajar hakimi membaca dari sekarang. Memang la dia tak tau apa2.. tu sebab nak galakkan dia pegang,selak2 halaman buku dan gigit buku tu. Sambil tu bacakan dan tunjukkan dia sekali. Lama2 nanti pandailah.. 



Ada 3 tajuk softbook iaitu huruf alifbata, huruf ABC,dan mengira nombor

Daku beli softbook ni rm99. Beli kat https://www.facebook.com/messages/adikpandai




Kegemaran Hakimi Suka Berdiri

2:28:00 PM 9 Comments A+ a-


Bila merangkak semakin laju mula lah cari akal nak buat aktiviti baru.. 


7bulan hakimi dah mula berdiri dan berpaut.  Tak kenal erti jatuh.. nangis.. pasti dia akan ulang balik memaut dan berdiri.

Mama tegur kalau jatuh terhantuk sikit nangis mama tak kasi panjat berdiri lagi...

terus bila jatuh dia tak nangis.. hahaha





Bijak sungguh anak soleh mama ni. Ini 10bulan dah pandai berjalan ni.. inshaaAllah..


Jubah dari Mekah

8:30:00 AM 13 Comments A+ a-


Daku dapat jubah dari Mekah masa makayah pergi menunaikan umrah pada 17/4/14-28/4/14 lalu..

Tahu jela orang2 arab besar dan tinggi..jadi jubah ni mungkin agak besar bagi daku yang kurus kerinting ni.. heee tapi excited nak pakai!



First time kot pakai jubah tapi sebab kerja pakai uniform entah bila masa nak pakai walaupun hati ni excited nak pakai. Hehehe

Takpe ada aktiviti keagamaan boleh pakai.. tak lama lagi kan nak puasa.. wee~~ inshaaAllah..





Sepetang Pada Hujung Minggu

8:00:00 AM 13 Comments A+ a-



Weekand baru baru ni daku balik kampung kat tangkak johor (Kg belah mak). Selalu balik kampung tak pernah pergi hutan lipur air terjun gunung ledang tu. Tapi sebab pergi dengan abang memang wajib singgah sebab anakanak abang suka mandi air terjun.


So buat pertama kali zulhakimizaim mandi air terjun.. Allah! Best betul air gunung.. sejuknyaaa nyaman rasa! Hakimi tak nangis pula tu.. kemain suka berendam..



Macam biasa ramai dayang2 rajin melayan hakimi mandi.. hehehe




Pasni susah la nak mandi air terjun lagi.. dah nak balik sabah sabtu ni.. ekk macam kat sabah takde air terjun pula kan... hehehe