Tips Berpuasa: Cara Minum Air Masak Di Bulan Ramadhan

9:00:00 AM 18 Comments A+ a-


Meminum air masak/kosong adalah sangat-sangat baik untuk kesihatan sebab ia membantu kita melancarkan sistem perkumuhan & membuang toksin di dalam badan. Apabila toksin sudah dibuang, barulah badan kita boleh menyerap segala nutrien dari makanan & supplemen yang kita ambil setiap hari!

Tapi bila bulan Ramadhan ni agak sukar rasanya untuk minum air kosong banyak-banyak kan.. Ye lah, sebab waktu siang yang panjang tu kita berpuasa kan..

Jom kita share beberapa tips mudah utk habiskan 2/3/4 liter air masak semasa berpuasa di bulan Ramadhan. lebih-lebih lagi untuk ibu menyusu badan..


1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam.
2. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
3. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam / dua rakaat.
4. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda...teguklah apabila terjaga malam.
5. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih. Letakkan botol air di sisi anda.
6. Minumlah air kosong dengan tertib. Iaitu dengan cara, teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula..


Mari kita amalkan.. dapatlah kita minum air masak banyak di bulan ramadhan.. lebih cergas melalukan aktiviti harian..


Ramadhan Di Bumi Borneo

4:35:00 PM 20 Comments A+ a-


Buat pertama kali berpuasa di bumi borneo.. yang pasti dalam suasana dan waktu yang berlainan berbanding di semenanjung :)

kalau tahun lepas berpuasa ketika sarat mengandungkan hakimi.. tak silap 8bulan masa tu.. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh bersama mak dan ayah di kampung.. selalu ayah yang rajin kejutkan bangun sahur.. masak nasi.. panaskan lauk.. daku tahu bangun semua dah terhidang! rindunya ke ayah n mak.. kalau mak malas nak bangun kesian ayah sahur sorang2.. sobsob  :'(


berbeza tahun ni.. berpuasa bersama anakanda tercinta zulhakimi zaim.. dan sudah pasti hakimi akan menemani mama bersahur dan berbuka puasa nanti.. bagaimana la agaknya yer... heeee~~

apa-apa pun itu semua dugaan....:) yang pasti niat kita untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.. ramadhan datang bukan mengubah jadual hidup kita tetapi ia datang untuk mengubah hati kita.. inshaaAllah...




Salam Ramadhan Al Mubarak dari Ziezah.com di bumi borneo..
^___^ 


p/s: puasa tahun ni tak dapat nak balik semenanjung berpuasa dengan makayah.. inshaaAllah mudah2an dapat cuti raya nanti.. Amin...



Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

3:53:00 PM 11 Comments A+ a-



Setahun sekali ramadhan menjelma.. ada yang dah lupa niat berpuasa?? 
haaa...malam ni dah start sahur.. boleh la sekarang niat untuk berpuasa esok. nak niat berpuasa sebulan pun boleh :)





malam ni dah start terawih kan.. selamat berterawih yer semua :) 
selamat bersahur dan berpuasa... semoga di permudahkan segala urusan di bulan baik ini.. inshaaAllah..



Design Kad Raya Ziezah.com

8:44:00 PM 18 Comments A+ a-


Tak pandai nak design kad raya?? tapi teringin nak buat kad raya sendiri untuk bagi kawan2.. jangan risau.. designer jijah sedia membantu :) 

begitu la yang jijah alami.. almaklumlah ai ni tak pandai design maka kena la order. dah semestinya designer pilihan ialah Azhafizah.com. 100% blog ni hasil kreativiti azhafizah.com ye :)

hasilnya...



haruslah kad raya ikut tema blog :) menarik bukan?? sila lah order cepat-cepat sebelum fiza close order!! klik Azhafizah.com ini

ok..itu baru design.. seterusnya kalau nak print kad raya ni.. sila ke duniashida.com. murah je RM38 untuk 30pcs free sampul kad raya. janji korang ada design kad raya sendiri yer..

tak sabarnya nak tunggu kad raya ni sampai! siapa nak?? sila komen blog ni selalu untuk jadi top komentator.. yeahhh~~




Dua Cara Mengetahui Masa Suci Dari Haid

8:00:00 AM 9 Comments A+ a-


Kita sebagai wanita ni kadang kadang sendiri tak tau bila suci dari haid. bila dah habis haid mandi wajib tetiba bila nak solat keluar lagi cecair kecoklatan tu. ye tak??

kena tunggu betul2 suci. takde keluar lagi cecair kecoklatan tu baru boleh mandi wajib dan solat..

2 cara mengetahui masa suci dari haid:





dapat info dari facebook. harap2 bermanfaat memandangkan tak lama lagi nak puasa... semoga kita dapat berpeluang berpuasa penuh di bulan ramadhan al mubarak nanti.. inshaaAllah





Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

2:00:00 PM 13 Comments A+ a-




klik banner untuk join

Buka akaun nuffnang

Mula-mula berblog tak pernah terpikir nak beriklan. dah setahun berblog baru mula bukan akaun nuffnang pada tahun 2011.. jadi baru 3 tahun la blog ni bersama encik nuffnang :)

First Buffered Earning [BE] 

lepas je hantar tiket soalan kat nuffnang baru encik nuffnang hadiahkan berderet-deret BE. maknanya encik nuffnang dah nampak blog daku. masa tu trafik tak sampai pun 100 sehari. punya la sikit. 

Cashout Nuffnang dan Cek

3 tahun ni Alhamdulillah dapat la merasa cashout nuffnang sebanyak 5x. total earning adalah RM1300. Alhamdulillah..

Nuffnang kena pandai bodek

satu je nuffnang ni.. kena pandai bodek baru la encik nuffnang kasi BE banyak2.. bila update dapat CPUV baru jangan lupa mention nuffnang banyak-banyak. confirm nuffnang bagi CPUV baru. hihihi


sehingga takat ni masih setia dengan nuffnang.. sebab ini jelah pendapatan sampingan yang ada dalam berblog. cuma sekarang agak susah nak update entry memandangkan komitmen pada anak..

semoga dapat terus setia dengan nuffnang n nuffnang maju jaya.. boleh la dapat CPUV banyak hikhikhik

so.. korang jangan lupa join segmen ni.. tamat sabtu ni.. ^___^


Cara Atasi Singki Tersumbat

8:00:00 AM 11 Comments A+ a-


Sangat stress bila ada masalah singki tersumbat. Dah la tak tahu tukang paip kat sini untuk baiki, nasiblah jumpa tips ini.. akhirnya selesai masalah daku...

Caranya nak atasi singki tersumbat:


1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.
3. Diikuti dengan secawan garam halus.
4. Kemudian curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
5.Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.
6. Setelah segala kekotoran tersumbat terhapus. Anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa. 

pastikan semua bahan2 ada la ye.. selamat mencuba~




Not Registered On Network?

4:57:00 PM 11 Comments A+ a-


Lately kat kawasan rumah daku ni susah betul nak dapat line. encik suami la paling bengang sekali bila call tak dapat. punya dia risau anak isteri dia. dah la jauh call tak dapat bila emergency sendiri yang susah..




stress weiii~~ dah restart phone pon masih tak dapat contact. bila line ada.. punya la banyak mesej notifikasi dari celcom.. jadi setiap 4 jam kena call encik suami yang jauh di labuan tu. sekurang kurangnya dia tahu, mama dan hakimi baik2 je di sini.. takde la dia risau lagi~ hukhukhuk

pleasee la celcom.. be nice for me!! grrr!







GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

2:04:00 PM 13 Comments A+ a-




klik banner untuk join

Saya nak Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui kerana...


Popia Ikan Bilis warisan keluarga,
di buka tempahan untuk hari raya,
ranggup dan sedap tak terkira,
boleh di makan begitu saja.

sekali makan pasti nak lagi,
ada rezeki menang giveaway ni,
berbaki dua hari untuk di menangi,
cepat-cepat join nanti rugi..



Terima kasih yui ^___^



With Kids Vs Without Kids

1:26:00 PM 11 Comments A+ a-


Bila ada anak secara automatik kehidupan seorang ibu itu berubah. dulu sebelum mengandung, mengandung pantang ada masa terluang mesti nak tidur je. memang daku ni kaki tidur! serius tak tipu!

sekarang sejak ada anak.. walaupun malam-malam hakimi bangun menyusu, kadang kala meragam.. mama tidur tak cukup, keesokan nak pergi keje lagi. tapi boleh gagah lagi bangun layan hakimi. sebab kita tahu itu tanggungjawab seorang ibu..




macam pergi mall gak. walaupon hakimi baik duduk dalam stroller tapi bila datang moody dia memang kelam kabut mama nak beli barang. hahaha selalu jadi kat daiso lah. daiso kan banyak barang menarik. mesti setiap pelusuk sudut dia nak terjah.. tengah sibuk nak pilih2 barang.. sekali hakimi mengamuk terus tak jadi beli barang.. dah lah papa balik 2minggu sekali baru pergi jalan jalan. sabar jelah. hihihi

tapi sebenarnya seronok. layan anak terhibur rasa hati lebih-lebih lagi bila berjauhan dengan suami. ada tempat bermain, tempat bermanja.. Alhamdulillah ^____^




Download Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014

8:27:00 PM 10 Comments A+ a-


Download Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 1435H Malaysia disini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan tahun 2014 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan mahupun rujukan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa

Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik judul pautan url mengikut negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada lampiran dibawah

PERLIS : 

KEDAH : 

PULAU PINANG

PERAK

KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

SELANGOR :

NEGERI SEMBILAN

MELAKA

JOHOR

PAHANG

TERENGGANU

KELANTAN

SABAH

SARAWAK

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN



InshaaAllah lebih kurang minggu depan kita akan menunaikan ibadah puasa... 
Semoga kita berpeluang menyambut lagi Ramadhan tahun ni.. ^___^



Step By Step Perkenalkan Telur Dalam Solidfood Bayi

4:35:00 PM 14 Comments A+ a-





Nak intro telur bermula dari umur bayi 8 bulan dan ianya di lakukan secara berperingkat sebelum inject MMR( Measles, Mumps n Rubella) umur 1 tahun nanti. 

Beri anak makan telur step by step:

1》Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja sepenuh masak

2》Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

3》Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja

4》Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

5》Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur

6》Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

7》Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya

8》Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

9》Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu..


Bayi boleh makan kuning telur sahaja tetapi ibu perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

sekiranya didapati keluar tanda alahan seperti kemerahan di dalam mulut atau badan stop dulu makan telur selama seminggu.

jika tiada alahan, bayi sudah sedia untuk menerima suntikan MMR.. 

mari kita praktikkan dulu test telur untuk bayi kita sebelum usia dia setahun nanti. kita sebagai ibubapa kena ada pengetahuan untuk kesihatan anak kita sebab alahan ni boleh bawa maut kepada bayi kita.



p/s: mama baru kenalkan hakimi dengan telur dalam minggu ni.. harap-harap hakimi takde alahan dengan telur.. inshaaAllah ^___^



Solidfood: Bubur Nasi+Kentang+Carrot+Sup Telur Untuk Hakimi

12:00:00 PM 10 Comments A+ a-


Hakimi dah 9 bulan ++ baru perkenalkan dengan telur..

Resepi ringkas dari airtangan mama hakimi :)

Minggu pertama telur: 1 Sudu Besar Telur Kuning Sahaja 




Bubur nasi+kentang+lobak+sup telur

1. Tanak nasi sampai kembang
2. Kentang+lobak stimkan
3. Tumis telur n bawang putih dengan sesudu minyak zaitun (palestin extra olive oil)
4. Mix dan blend halus sebab hakimi takde gigi
5. Siap



p/s: taklah pakar tapi nak hakimi makan dari airtangan mama dia :)



Koleksi Tudung Sarung Ala-ala Fareeda Konon

3:59:00 PM 17 Comments A+ a-


Dari dulu memang minat pakai tudung sarung.. mudah, pantas, tak perlu di gosok.. senang sarung terus. malas punya pasal.. hehehe tapi takde la sampai nak buat koleksi. balik2 pakai tudung yang sama juga. hihihihi




lately kawan pula jual tudung ala-ala fareeda ni.. murah.. tak terlalu pendek.. tu buat ai rambang mata.. lama-lama jadi banyak pula koleksi tudung sarung ala-ala fareeda ni.. kohkohkoh



koleksi terbaru..yang merah,kuning n hitam je selalu pakai.. yang empat lagi tu belom pernah pakai lagi,, yelaa bukan selalu keluar jalan-jalan pun.. encik suami balik kk dua minggu sekali baru dapat jalan. hohh

nak-nak bila ada anak ni memang senang sarung je. nak pakai shawl memang tak pandai lilit2.. nak pakai bawal menggosok dan pin bagai pulak.. ehhhh! dasar pemalasss mama hakimi ni tau~~ huuuhh!



p/s: nak raya dah.. harusslahh beli tudung bebanyak.. 
nanti senang cari baju raya ja.. ehh dah pikir raya?? ayokkk~~ hohoho


Selamat Hari Bapa, Ayah...

10:44:00 AM 14 Comments A+ a-




Ya Allah, aku bersyukur atas anugerah seorang insan yang bernama.... 
AYAH!

Segalanya untuk mu ayah,
Kau kekuatanku..
Kau lah pelindungku..

Doa ku semoga daku dapat menjadi anak yang solehah yang membawa mu ayah ke Jannah.. Amin..

Selamat Hari Bapa Ayah Yahya Saidon ^___^





9 Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak

11:22:00 AM 16 Comments A+ a-


Bila dah anak ni kita mesti nak yang terbaik untuk anak-anak2. bukan mudah nak jadi seorang ibu lebih-lebih lagi di zaman serba canggih ni..

oleh itu sebagai seorang ibu, doa dan nasihat paling penting dalam membentuk peribadi dan tingkah laku anak untuk menjadi anak yang soleh solehah, anak yang mendengar kata..

9 waktu mustajab yang sesuai untuk menasihati anak-anak:




bila anak selepas mandi, anak tengah main2.. elok lah ibu ibu bacakan Doa Untuk Anak Cerdik.. letak tangan di ubun anak2 dan baca doa tersebut. sambil tu beri nasihat untuk anak juga..

begitu juga bila anak sedang tidur, ibu-ibu boleh berzikir Ya Latiff ke ubun-ubun anak sebanyak 100kali beri nasihat, pujian kerana ia sangat berkesan jiwa dan rohnya supaya menjadi anak yang pintar!

doa ibu kan mujarab. kita mencuba, dengan izin Allah anak itu akan menjadi anak yang baik, mendengar kata, anak yang soleh dan soleh. inshaaAllah Amin ^___^







Perkembangan Hakimi 9 Bulan

3:23:00 PM 16 Comments A+ a-


Owahhh... lagi 3 bulan je hakimi nak menjangkau usia satu tahun. cepatnya anak soleh mama ni membesar ye.. rindu waktu hakimi kecik-kecik dulu.. hehehe :)

so far perkembangan hakimi sekarang




-suka menjelajah seluruh rumah.. mengemas.. membuka laci2..
-dah pandai berdiri lama sendiri dan kadang2 pegang kerusi/meja untuk berpaut
-suka sangat mengutip dan memasukkan benda ke dalam mulut
-pandai pegang erat pensil/pen.. makan biskut sendiri walaupun bersepah..
-pandai mengajuk bunyi yang kita sebut
-suka di ajak bermain tepuk tangan
-sudah pandai sebut "mama".. "ma".. "mam".. "papa"
-mula kenal orang.. jadi dia takut pada orang yang belum di kenali


setakat ni memang mama masak makanan solid food hakimi untuk ke rumah pengasuh. cuma kurma, pisang hakimi reject dia tak suka makan.. masih blended sebab hakimi belum tumbuh gigi apa-apa pun lagi. hehehe :p 




inilah penyeri hidup mama setiap masa.. walaupun papa jauh.. ada hakimi cukup buat mama bahagia :) telatah,kerenah,ragamnya buat mama geram dan tentunya terhibur. Alhamdulillah.. 

moga mama dapat membesarkan hakimi menjadi anak yang soleh, bijak yang taat pada Allah dan Rasulnya.. Amin...




Nestle Talk Di Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu

6:29:00 PM 11 Comments A+ a-


Kemarin pagi-pagi hantar hakimi kat rumah pengasuh sebab nak hantar papa hakimi balik kerja labuan dan daku pun ada taklimat. seminggu je encik suami ada kat KK sebab ada kawad hari tu. seminggu pun cukup membahagiakan diri yang PJJ ni. huhu -_-"



hantar papa hakimi kat jeti jeselton KK untuk balik labuan. jumpa lagi 2 minggu lagi yer papa :)
pastu daku terus gerak pergi tanjung aru ada taklimat Nestle..




ada booth susu Lactogen 3 (1-3tahun ke atas) dan Cerelac Bijirin 1-3tahun juga. dapat la merasa sample yang dorang bagi.. sedapp!! :)

topik menarik..
1. My First Solid Food
2. Digestive Discomfort  In Early Childhood
3. Pengurusan Tingkahlaku Kanak-kanak

tajuk sangat sesuai untuk daku yang sudah bergelar mama ni.. banyak input yang menarik. tak rugi la pergi.. makanan pun sedap :) hihihi

paling best dapat free gift susu. si comel mama jadi model susu produk Nestle gitu~~



susu lactogen 3, Cerelac ni untuk 1tahun ke atas. boleh simpan untuk hakimi 1tahun nanti :) Alhamdulillah ^___^ rezeki anak soleh mama :)


p/s: hakimi tak makan cerelac. dia makan solid food mama buat. hehe



Handbag Baru GF (Gio Fiore)

8:05:00 PM 17 Comments A+ a-


Sekarang kat OneBorneo KK tengah ada Warehouse Sale Parkson.
harga kemain lagi murah. lagi-lagi handbag! terus jadi rambang mata..
bayangkan dari harga RM300++ terus jadi RM70! geramm mak nok~~

salah satu jenama Gio Fiore! daku tak tahu jenama ni mahal ke apa tapi sebab murah daku pun beli la.. banyak design Gio Fiore yang menawan tapi ini suami yang pilihkan.. cantik kan... hihihihi




sejak jadi mak mak ni.. kena cari handbag baru yang BESAR untuk sumbat pampers, baju, botol susu anak..  senang nak bawa jalan.. malas nak angkut beg diapers anak. hihihi


p/s: kalau takde sale memang takde lah nak beli.. kohkohkoh


Roseola Infantum

9:30:00 AM 22 Comments A+ a-



Alhamdulillah kesihatan hakimi semakin baik. ruam2 merah di tubuhnya pon dah kurang.. ada kata campak. tapi hati jijah kata bukan campak. naluri seorang ibu kan sentiasa betul :) sebab jijah teringat yang dulu pernah handle baby demam tinggi pastu bila demam turun timbul bintik-bintik merah. search2 jijah dapat penyakit hakimi ni Roseola Infantum. 



ROSEOLA INFANTUM??

Roseola infantum adalah penyakit demam tinggi sekitar 39-40' celsius yang biasanya menimpa pada anak usia 6 hingga 2 tahun. Majoriti kanak-kanak 1 tahun kebawah. Penyakit ini akibat virus herpes tipe 6 dan 7. Sang anak biasanya akan demam tinggi selama kurang lebih 3 hingga 7 hari dan setelah panasnya turun akan diikuti dengan timbulnya bintik-bintik merah pada seluruh tubuhnya. Dan bintik-bintik merah ini akan hilang dengan sendirinya selama lebih kurang dua hari.



Gejala:

1. Demam antara 39'c-40'c. lemah tak bertenaga
2. Ruam kemerahan muncul setelah demam turun. Ruam biasa muncul di seluruh badan atau bahagian tertentu macam sekitar wajah, leher dan dada. Ruam ni tak berubah menjadi nanah atau ada cairan dan tak gatal.

*Bukan campak sebab ruam roseola infant ni timbul bila demam anak turun tetapi campak muncul saat demam sedang tinggi. *

Cara atasi:

1. Turunkan demamnya. Beri ubat demam
2. Spongging/lap-lap dengan air hangat. bukan air sejuk.
3. Beri banyak cairan. kerapkan minum susu, minum air masak
4. Bawa ke hospital. 



p/s: jika anak demam jangan panik dulu. 
kalau bawa ke doktor mesti doktor kata campak, chicken pox, demam denggi la. tak pasal-pasal anak di bagi ubat. kan susah tu. kalau boleh biar kita rawat anak dulu hingga tiga hari tengok perkembangannya.. bila lebih tiga hari masih tak kurang baru bawa jumpa doktor :)


fuh legaa~~


Papa Hakimi Balik Kawad :)

8:20:00 PM 21 Comments A+ a-


Alhamdulillah ada hikmahnya hakimi demam panas hari tu.. rupanya rindu dia kat papa!
syukur Alhamdulillah papa hakimi balik kawad untuk seminggu ni :)
kemain suka hakimi papa rajin layan dia..



mama pun suka sebab ada yang tolong jaga hakimi.... 
senang hati mama nak buat keje :) hihihihi

begini la bila anak n bapa duk jauh2.. sedih je rasa bila papa nak tinggalkan kami bila balik labuan nanti... huuu



Tiba Masa Untuk Transfer Semenanjung

3:10:00 PM 24 Comments A+ a-


Berbagai ujian.. dugaan jijah semasa tinggal di sabah ni.. dah la jauh dari keluarga.. jauh pula dari suami. hidup berdua dengan anakanda tercinta..menguruskan anak dan berdikari sendiri.. 

2014 ni saja jijah di beri ujian dengan kesihatan kurang baik di mana jijah kena appendik dan operate. terpaksa balik kampung berehat.. sekembali dari cuti sakit dua bulan di semenanjung jijah dah pikir masak-masak untuk transfer ke semenanjung kembali..

setahun 8bulan sudah jijah kerja di sabah :) seronok sangat tinggal sini.. tapi itulah jauh...sakit susah takde sape nak tolong.. 




ya.. mesti akan cakap macam mane dengan suami jijah?? dulu beriya2 nak duduk sabah ikut suami. sekarang balik ke keluarga pula... 
inshaaAllah lepas jijah transfer semenanjung dia akan draft semenanjung juga. lagipon dia duk sabah pon dah 5tahun. tiba masa untuk balik juga.

biar jijah balik semenanjung dulu sebab encik suami akan uruskan kontena untuk bawa barang-barang rumah macam perabot, peti ais dll.. tapi bila dia transfer semenanjung pun bukan dapat tinggal sama2.. jijah dan suami akan menjadi PJJ balik.. alaa takpe la kan.. jijah sudah biasa tu jauh2... lagipon dia tentera laut mesti akan berpindah randah.. jadi better jijah balik kampung :) kami kan satu kampung.. hihihi

semoga Allah permudahkan urusan proses transfer tu. dan transfer secepat yang boleh. Amin...



p/s: minit mesyuarat kkm bulan 6.. kalau cepat bulan 8.. paling lewat bulan 10 atau 1.. mudah2 transfer secepat yang boleh..Amin ya rob!


Bintik Merah Lepas Demam Turun.. Campak Keladi Ke NI?

9:40:00 PM 22 Comments A+ a-


Buat pertama kali 8bulan 20hari hakimi demam juga.. huhuhu

Rabu 28/5/14- mulanya masa hantar hakimi ke rumah pengasuh badan dia suam2 je..
sekali pengasuh call kata suhu hakimi 38'c. jijah suruh dia lap-lap dari kepala sampai kaki. sejam pastu turun sudah suhu hakimi 37.1'c. walaupon demam hakimi masih aktif main, makan n minum susu

malamnya suhu hakimi naik lagi 38.9'c-38'c-37.8'c puas spongging/lap-lap.. basahkan kepala dengan air asam jawa, buat lemon sock pun demam tak kebah-kebah. minum susu pun kurang. malam tu memang tak lena jijah tidur. lap-lap hakimi kesejukkan sampai tidur dalam menggigil.. kesiann anak mama :'(




Khamis 29/5/14 - jijah off day.. pagi tu suhu masih sama 38'c. terpaksa jijah bagi hakimi supp/ubat bontot. jijah suruh kawan temankan bawa hakimi pergi hospital. tengahari pergi kecemasan cek suhu pon tinggi 38.5'c. jumpa doktor, doktor kata demam biasa. tekak merah sikit bagi ubat demam -_- doktor kata kalau lebih 3hari masih demam bawa pergi hospital bagi antibiotik. 

Jumaat 30/5/14- hantar hakimi ke rumah pengasuh. 
7.30am tu dia sms kata hakimi masih demam 38.7'c. dia tanya ada bagi ubat ke. last jijah bagi ubat demam jam 3am masuk dalam susu. tu pun dia taknak minum.
10.30am sms pengasuh dia kata suhu masih sama dah bagi mandi dan lap-lap pun macam tu.. menyusu n makan langsung tak lalu
11.05am naik lagi panas hakimi 39.3'c jadi terus jijah suruh pengasuh bagi ubat bontot. baru turun demam dia
3pm-6pm jijah ambil hakimi. hakimi menangis saja sampai magrib. tidur taknak. dukung pon kejap2 nangis. jijah buntu -_- rasa stress! buka ayat2 alquran, azankan, sapu minyak angin takut kembung pun sama nangis..sms pengasuh dia kata hakimi pun macam tu. dia suruh niat, baca alfatihah 3x dan ayat kursi 3x tiup kat ubun2 dia. baru hakimi tidur. pastu pengasuh datang rumah sapukan minyak penawar kat pelipat2/sendi2 hakimi. Alhamdulillah sampai malam hakimi tak meragam/merengek. tido pun lena..

Jijah masih menunggu kalau lepas 3-4hari hakimi masih demam memang serahkan diri dia pada doktor. Alhamdulillah lepas bagi ubat masuk bontot tu hakimi tak demam dah.. cuma pengasuh kata banyak timbul bintik-bintik merah kat badan dan muka dia. 




kawan jijah kata hakimi kena campak keladi.. first time dengar campak keladi ni.. patut masa hakimi demam dia merengek je rupanya nak keluar campak keladi ni..  tadi pagi makin besar keluar merah tu kat perut dia. kat muka macam dot-dot merah. tapi hakimi masih aktif. tak nampak yang dia mengaru gatal..

apa petua ya nak hilangkan merah2 campak keladi ni?? kesian hakimi... :'(

huhuhu cepat la baik wahai anak mama..


"Jangan engkau mengecam demam karena itu bisa menghapuskan dosa-dosa manusia seperti api hilangkan noda pada besi" (HR Muslim)
“Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah Swt akan mengaruniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang sakit” (Abu Hurairah)



Button Badge Dari Blogger Shida

5:28:00 PM 8 Comments A+ a-


Minggu lalu dapat button badge dan penanda buku dari blogger shidaR..



comel je button bagde ni.. buat lekat kat beg dan semestinya biru :)

banyak sudah hadiah dari shida untuk jijah.. terima kasih banyak-banyak yer dear.. moga di murahkan rezeki shida selalu.. Aminn~~







Cashout Nuffnang Bulan Mei 2014

7:30:00 AM 13 Comments A+ a-


Alhamdulillah tiba masa untuk cashout duit nuffnang.. cashout pertama untuk tahun 2014 dan yang keenam selama berblog.. :)




walaupon tak banyak rezeki juga tu.. siapa nak bagi kan.. ^__^ 
hanya blog picisan siapa lah sudi singgah.. hehe




makanya tinggal satu je CPUV. moga bertambah tambah la earningnya.. Amin...