Settle! Barang2 Dah Masuk Dalam Kontena

10:24:00 PM 25 Comments A+ a-


Alhamdulillah hari jumaat dan sabtu lepas settle sudah barang2 pindah masuk dalam lori dan kontena.
sedihnya bila tengok barang2 tu dah bawa balik semenanjung..
tapi puan isteri masih ada kat sabah lagi... sobsobsob -_-"


punya teliti di balut dengan kotak dan plastik wraping supaya tak pecah dan rosak. mana mana barang yang ada cermin siap buble wrap lagi. 

dalam masa sebulan sampai port klang dan seterusnya sampai pintu ke pintu rumah keluarga daku..
semoga barang barang ni selamat sampai semenanjung dalam keadaan baik dan selamat. inshaaAllah





tinggal la kosong rumah ni. yang tinggal barang-barang untuk daku dan hakimi. serta barang2 untuk memasak. senang nanti bila daku transfer balik semenanjung angkut semua barang2 ni masuk dalam kereta dan pos!

ya Allah semoga Engkau percepatkan lah urusan perpindahan daku ke semenanjung. Amin ya robbal alamin..




Selamat Hari Merdeka 57 Tahun

8:00:00 AM 4 Comments A+ a-





Selamat Hari Merdeka 57 Tahun!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!



Mohon Masukkan Kembali Url www.ziezah.com/ Dalam Bloglist Anda

12:00:00 AM 17 Comments A+ a-


-sticky post-
entry baru di bawah


Sejak bertukar ke domain dot com rasa terkesan sedikit lebih-lebih lagi dalam bloglist.

itu memang daku perasan, sebab kalau daku post entry terbaru, link blog daku kat bloglist korang lambat update. jadi kepada rakan-rakan blogger yang ada masukkan blog daku dalam bloglist anda, mohon anda masukkan kembali url www.ziezah.com . sebab kalau guna url lama tu entri terbaru daku tak akan update di blog list anda. Terima kasih yer >____<

dashboard pon kadang-kadang bengong sikit. punya la lama dah update entry baru nak keluar kat dashboard. pastu bila update dua entry. entry pertama je yang keluar kat bloglist korang.. entry terbaru tidak.. kurang asam betul... huhuhuu

takpe.. bermula dari zero balik.
slow-slow la yer... terima kasih semua!



Risiko Tak Jaga Pembedahan Caeserean

1:23:00 PM 11 Comments A+ a-





Ramai ibu bersalin tak mengambil berat penjagaan pantang selepas bersalin pembedahan. Walaupun bayi di lahirkan bukan melalui faraj, keadaan rahim tetap bengkak sebab luka-luka pembedahan di lakukan di atasnya. luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi lapisan demi lapisan kulit yang di belah. 




Ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar dan nampak seperti gambar di atas memang mengerikan dan mengilukan. 

Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting. itu sebab penjagaan ibu bersalin ambil masa yang lama untuk betul-betul sihat. Nak tips sila baca dalam entri ni Tips Penjagaan Selepas Bersalin Pembedahan.




lagi satu jika seorang wanita hamil lagi selepas pembedahan cesarean kali pertama actually peluang untuk bersalin normal sangat besar. cuma bila anak jarak rapat parut yang lama tu mungkin terbelah/ carik (uterine rupture) mungkin boleh jadi seperti gambar di atas. Ia berlaku terutama ketika sakit bersalin kerana masa inilah bahagian ini mula meregang untuk membolehkan bayi menurun. Kemungkinan risiko ini ialah 1:200, bermakna antara 200 wanita yang bersalin melalui pembedahan, hanya seorang akan mengalami komplikasi ini pada kandungan seterusnya. Jadi risiko ini tidak begitu tinggi.

Tu sebab paling sesuai untuk mengandung semula selepas pembedahan caesarean ialah 18 bulan. Ini memberi cukup masa untuk luka pulih kepada keadaan asal, ibu juga sudah kembali kepada keadaan sebelum mengandung dan bayi sudah tidak terlalu bergantung kepada susu ibu untuk pemakanannya.




CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET BERPANTANG ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant



p/s: Kita tak mintak bersalin czer melainkan Allah dah tetapkan ni bahagian yang kita kena lalui.. mohon la pada Allah di permudahkan segala urusan :)


Mini Merdeka Giveaway

10:03:00 PM 14 Comments A+ a-


nak join Mini Merdeka Giveaway klik banner di atas

3 orang di tag:



gudluck!




Pengeluaran KWSP Untuk Kakitangan Awam Berpencen

9:08:00 AM 95 Comments A+ a-


Setelah 4 tahun berkhidmat dalam kakitangan kerajaan , akhirnya daku layak mendapat taraf pencen. yang paling best bila dah dapat taraf pencen boleh buat pengeluaran KWSP.

Melalui pengalaman sendiri, untuk kawan-kawan yang ingin mengeluarkan KWSP paling penting sudah berkhidmat lebih 3 tahun, sudah di sahkan jawatan tetap kerajaan dan sudah dapat surat taraf berpencen perkara-perkara yang perlu anda lakukan ialah:

A) Dua borang perlu di isi (mesti ada!)

1) Ambil borang pengeluaran di mana-mana pejabat KWSP atau download print di sini =>DOWNLOAD kalau isi manual. kalau online di sini=> ONLINE. (tidak perlu pengesahan)
2) Lampiran A download sini=> DOWNLOAD. (ini perlu pengesahan ketua jabatan)



B) Salinan-salinan yang perlu:
  1. Kad Pengenalan
  2. Surat Tawaran Lantikan Tetap (surat ni yang mula-mula kita lapor diri masuk kerja) cth: jijah lapor diri 9/8/2010
  3. Surat Pengesahan Jawatan (surat lepas 1 tahun di sahkan jawatan) cth: 9/8/2011 di sahkan jawatan
  4. Surat Pemberian Taraf Berpencen (cth: 1 februari 2014 dapat surat taraf pencen. dah start tak potong kwsp dah)
  5. Penyata Akaun Bank yang kita nak duit KWSP masuk 
C) Dah selesai isi dua borang A dan Salinan B pergi ke pejabat KWSP, ambil nombor giliran tunggu nombor di panggil..

D) Nanti pegawai KWSP kemas kini akaun kita dan bagi Surat Penerimaan Permohonan. tak sampai 10 minit siap sudah.



E) Tempoh wang yang akan di kreditkan ke dalam akaun kita dalam masa 14 hari bekerja. (macam daku hari tu 8/8/14 apply pengeluaran. 20/8/14 dah masuk duit.,)


Majikan akan meyumbang sebanyak 13% daripada gaji kasar anda ke akaun KWSP. tapi kita hanya tolak 11% daripada gaji kasar ke akaun kwsp. dari jumlah itu 70% akan masuk dalam akaun 1 manakala 30% dalam akaun 2.

contoh: akaun 1+ akaun 2 = RM 32000
70% ke akaun 1
30% ke akaun 2

jadi
70/32000x100= RM22400
30/32000x100= RM 9600


Dan Setahu daku, anda bukan saja dapat sumbangan dari akaun 2 tetapi gabungan kedua dua akaun. pada kakitangan awam kita cuma dapat 45% je dari jumlah keseluruhan dalam akaun KWSP tu dan baki 55% untuk caruman majikan, kerajaan ambil balik. 

jadi:

RM32000x45% = RM14400 =( ini jumlah yang akan anda dapat)



paham tak?? kalau tak paham tanya ye... ^___^


p/s: Alhamdulillah rezeki :) dah keluarkan beli perabot kayu jati dan simpanan untuk beli rumah. hehehe Alhamdulillah ^___^ macik kayo! macik kayo~~ lalalala :p




Pindah Pindah..Sana Sini Kotak

6:46:00 PM 26 Comments A+ a-




Hujung bulan ni encik navy nak draft semenanjung.. dalam rumah ni sana sini dengan kotak saja!
pening betul.. tak tau nak kemas apa dah.. huhuhuhu

pengasuh hakimi (kak ina) cakap tak payah kemas barang-barang sebab nanti semua orang kontena yang buat packing sebab dorang ada insurans jadi dorang kena cek semua ok time packing tu.. ini berdasarkan pengalaman pengasuh sebab sebelum ni kak ina pernah jaga ramai anak2 navy. bila bapa mereka pindah semenanjung..semua orang kontena yang uruskan..

lepas dari kak ina cakap terus tak packing barang apa pon.. cuma baju letak dalam plastik nanti biar mereka masukkan dalam kotak. barang yang akan bawa naik kontena ke semenanjung macam:

1. Set kerusi perabut jati 
2. Meja tv jati
3. Peti ais 
4. Almari baju 
5. Drawer baju hakimi 
6. Motor encik suami
7. 2 katil+tilam
8. Televisyen
9. Dll perkakas rumah

fuhyooo~~ baru 2 tahun duk sini ikut suami..dah penuh 1 kontena. selama encik suami duk kat sabah ni 5 tahun mane de semua tu.. hakhakhak :p

kan bagus kalau dapat pindah semenanjung sekali dengan encik navy. angkut semua barang sekali gus.. tapi ni tak pasal-pasal tinggal sebatang kara dengan hakimi.. cuma ada baju sendiri dan hakimi, mesin basuh, kereta, n alat2 masak.. plan nak beli peti sejuk kecik. senang nak bawa balik guna kereta nanti.. adui ba... sabar jelah kan.. hati ku kosong.. kosong.. kosong.. huu~~


ya Allah..semoga Engkau murahkan rezeki daku pindah semenenanjung mengikuti suami ku secepat yang mungkin. Amin..





Dinner Chicken Chop With Papa :)

4:20:00 PM 10 Comments A+ a-


Bila encik suami/papa balik weekand pasti kami dinner sama2 kat luar.. bukan malas masak tetapi nak menghabiskan masa terluang berjalan2 dengan keluarga kecikku ni.. yela... kami kan berjumpa dua minggu/sebulan sekali tu pon weekand je.. sudah pasti bila weekand tu kami nikmati masa bersama. hakimi bila papa balik je baru dapat keluar jalan-jalan. kalau duduk dengan mama memang tak dapat lah... huuuu~~

Lama sudah tak makan chicken chop! last 2011 kat Jaya Jusco Seremban~~ serius memang teringin sangat-sangat. huhuhu
nasib kat One Borneo KK ada satu restoran chicken chop ni.. iaitu Pancake House
kebetulan encik suami balik weekand lalu dapat la makan sini..




chicken chop nya boleh la tahan sedap walaupun tak sesedap kat JJ. hahaha
belakang kira lah.. janji lepas mengidam.. perut kenyang!! Alhamdulillah huhuhuhu

macam mana la agaknya bila encik suami dah posting semenanjung minggu depan... mesti tak dapat jalan-jalan lagi cam gini...dan sudah pasti berbulan2 tak jumpa.. sobsob -_-" tabahkanlah hati ku ya Allah!



Istiadat Berkabung MH17

8:09:00 PM 7 Comments A+ a-











Al-fatihah.... 
semoga roh arwah di tempatkan di tempat2 orang yang beriman dan takziah untuk yang bukan beragama islam.

semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan..




Doa Untuk Melembutkan Hati Anak Yang Degil

10:20:00 AM 8 Comments A+ a-







Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya.
 
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur. 
Baca 19 kali dan tiup pada ubun-ubun anak.

Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.




Perabot Jati Sabah

11:06:00 PM 13 Comments A+ a-


Perabot idaman haruslah perabot kayu jati. lebih tahan lama. ukiran halus! memandangkan dah tinggal kat sabah ni.. Ramai kata perabot kayu jati kat sabah ni murah. buatan dari indonesia. 

minggu depan kan encik navy nak posting semenanjung. si isteri sengaja nak penuhkan kargo kontena dia dengan perabot2 jati. hikhikhik

daku memang minat kayu jati.. antik dan klasik! cer teka pilihanku?? hahaha :P bestnyaa kalau ada rumah sendiri kan.. ada perabot ni tinggal nak hias je rumah.

emm macam daku kena la transit kat rumah keluarga dulu. dah ada rumah sendiri nanti. baru boleh bawa pindah rumah sendiri, huhuhuhu habis lah rumah mak penuh barang2 daku sajo..hehe

harap-harap cepat la transfer semenanjung.. dan cepat2 la dapat beli rumah sendiri. Amin..


Bila Hakimi Dah Pandai Berjalan Di Usia 11 Bulan

3:05:00 PM 19 Comments A+ a-


Allah Allah Allah! Makin pantas masa berlalu.. hakimi makin membesar dan mama makin matang menhadapi hari-hari mendatang. Betullah kata orang kan.. anak ni anugerah Allah. walau apa juga dugaan mendatang seorang ibu pasti lebih tabah untuk tempuhi dugaan dengan adanya anak di sisi. 





Syukur Alhamdulillah pada usia zulhakimi zaim 11bulan dia dah pandai berjalan. pantas sangat hakimi ni berjalan. tak perasan pun bila masa dia bertatih. yang tahu dia suka kita pimpin tangannya untuk berjalan. yang itu mama n papa rajin pimpin hakimi berjalan. kita sebagai ibubapa ni kena rajin latih anak berjalan. kalau tak rajin. anak pon takut nak start berjalan. 

Awal-awal dulu hakimi mula terhuyung hayang berjalan dalam 10 step dan jatuh. sekarang ni lagi lah dah pandai sepak bola bila berjalan. jadi sekarang kurang dah merangkak. bila dah pandai jalan ni. susah pula mama nak gerak dalam rumah tu. dia pun mengikut sekali kemana-mana.. paling geram dah mula mengemas. ayoyo~ 

alahaii.. mesti lepas ni mama rindu nak tengok hakimi merangkak ke arah mama sambil mama depakan tangan. rindunya telatah hakimi kecik-kecik dulu... -_-

Ohh.. ok! enjoy this moment! Selamat berjalan-jalan dengan babyyyyy! yeyy!















Virus Ebola (EVD)

2:53:00 PM 9 Comments A+ a-






Info Virus Ebola:
  • Virus Ebola ini di pindahkan dari haiwan liar ke manusia dan merebak dalam kalangan manusia.
  • Jangkitan Ebola di pindahkan ke manusia melalui darah, najis,organ serta cecair lain haiwan. haiwan yang membawa virus Ebola ini kelawar,gorila, cimpanzi serta landak yang sakit atau mati di kawasan hutan hujan.
  • Simptom jangkitan Ebola ialah demam panas secara tiba-tiba, sakit otot, pening dan sakit tekak dan seterusnya mengakibatkan muntah-muntah, cirit birit, ruam , masalah buah pinggang dan hati.



Setakat ni Kementerian Kesihatan Malaysia terus memantau penyakit Ebola daripada menular di Malaysia.. 


11 Bulan Sudah Anak Bujang Mama

9:12:00 PM 14 Comments A+ a-


Alhamdulillah 10hb lalu hakimi sudah 11bulan. Allah.. Allah Allah... semakin besar dah anak bujang mama dan papa ni :)

Dulu, masa hakimi kecil lagi mama nak hakimi cepat besar supaya mama boleh main2 dengan hakimi.. sekarang mama takut pula nak tengok hakimi membesar. setiap saat terakam memori indah mama dengan hakimi.. rindunyaa ke hakimi :'(

11 bulan ni hakimi sudah pandai berjalan walaupon tak tegap sangat. Alhamdulillah! dia semakin enjoy bila dapat jalan.. :) seronoknyaa mama tengok... hehe gigi maintain dua batang di bawah dan gigi taring baru nak tumbuh. dah pandai melambai dan tepuk tangan. paling penting pandai dah sebut mama dan papa.. yeyy!




hai la anak.. cepat sangat membesar.. bulan depan dah setahun. mama tak plan pun apa-apa untuk hakimi.. yelah... papa dah balik semenanjung.. keluarga semua di semenanjung.. tinggal mama dan hakimi serta harapkan pengasuh saja di sini.

moga Allah permudahkan urusan kita yer nak.. percepatkanlah urusan perpindahan mama ke semenanjung juga. Amin...



Replika Kapal Terbang Malaysia Air Lines

8:00:00 AM 9 Comments A+ a-


Balik raya hari tu pertama kali naik kapal terbang MAS [Malaysia Air Lines]. serius puas hati naik MAS. best! krew yang friendly! makanan pun sedap!

baru baru ni jalan-jalan pergi mall jumpa replika kapal terbang MAS ni. berkenan terus beli buat kenangan!



rasa sayang sangat pula kat replika ni. hakimi buat main pun kena marah. wakakaa :P sebab kapal terbang ni boleh bergerak..

ehh mane lah tahu bila besar nanti hakimi jadi pilot?? inshaaAllah Amin..



Serunding Ayam Dan Daging

1:39:00 PM 9 Comments A+ a-


Masa balik raya hari tu merata mencari serunding ni. tapi tak ketemu. 
kebetulan kakak angkat datang rumah mak untuk beraya, masa tu jijah dah balik sabah pun..
dia bawa serunding dari kelantan.

nak dikatakan rezeki kan. mak pun cakap ada serunding kalau nak mak pos. 
itu la mak kan.. pasti kehendak anak-anak di penuhi even anak2 dah kahwin pun..

so, jijah dah terima serunding yang mak pos!



serunding ayam dan daging! sedapp ooh.. makan gitu saja dengan nasi panas2.. nyum2!
separuh pos untuk encik suami kat labuan...


terima kasih mak! i luv u mom!

4 Tahun Aku Sebagai Nurse

12:25:00 PM 10 Comments A+ a-


4 tahun sudah daku sebagai nurse.. Berbaju putih. berline biru, berkasut putih masih gagah untuk meneruskan khidmat bakti pada masyarakat dan negara!

Kesabaran yang tinggi melayan pesakit menjadikan jururawat sebagai kerjaya mulia. bukan saja melayan karenah pesakit tetapi doktor juga. itu dari pengalaman sendiri. huhuhu


Photo: Welcome to your shift. :)
Like ~> Jururawat U29


macam-macam pengalaman dan dugaan dalam bidang ni. biar di caci dan di hina tapi inshaaAllah daku akan teruskan kerjaya ini sehingga akhirnyaa :)

Alhamdulillah daku sudah terima taraf berpencen dan sudah boleh keluarkan duit kwsp! yey!! dan sekarang masih menunggu panggilan untuk tukar ke semenanjung. doakan jijah cepat-cepat transfer yer... Amin...



Mini GA : Teka Dunkin's Donut

6:38:00 PM 7 Comments A+ a-



klik banner untuk join

Jawapan 3 biji Dunkin's Donut yang di makan kak mimi ialah

=1,4 dan 6

tarikh tutup 
20 ogos 2014


wish me luck!!


Fobia Tayar Kereta Pecah!! Tangki Minyak Hitam Bocor!

1:03:00 PM 15 Comments A+ a-


Dugaan demi dugaan bila daku tinggal jauh di seberang laut ni. suami jauh. keluarga jauh. malang punya nasib. emm -_-

hari rabu lalu balik dari kerja syif pagi tayar pecah. parking kereta dan jalan kaki balik rumah. call pengasuh minta husben dia tolong tukar tayar spare.


lepas magrib jam 6.30pm kak ina & husben ambil daku bawa ke kereta.sampai sana tengok minyak hitam tumpah dan kering. husben kak ina cakap tangki minyak hitam pecah/bocor. malam tu juga call towing dan tarik kereta pergi workshop dekat Kpg Bakut Jalan Tuaran.

Alhamdulillah satu hari dah siap. mekanik whatsupp dia check tangki minyak hitam bocor kecil dan dia just tampal dengan gam. katanya lagi kalau tukar baru macam tak berbaloi sebab bocor kecil je. syukur la takde kerosakan lain.. balik dari workshop singgah kedai tayar pulak. tukar tayar sebiji di hadapan tu. Alhamdulillah dah settle.

syukur pada Allah kerana mengurniakan orang-orang yang baik di sekeliling daku bila di timpa kesusahan ni. ada hikmahnya bila semua ni terjadi. menjadikan daku lebih berhati-hati. lebih berdikari bila bersendirian ni.

bila dah duk jauh-jauh ni standby duit dalam tangan kena ada. bila kecemasan tak la kalut. huuuu~~ camner la agaknyaa hujung bulan ni encik posting semenanjung! ya Allah permudahkan la urusan perpindahan daku juga!



Tips Bawa Baby Naik Flight

7:11:00 PM 16 Comments A+ a-


Dari berkahwin, mengandung dan ada anak memang daku ni selalu naik turun kapal terbang kL-kk, kL-kk. so far dah 3 kali bawa hakimi naik kapal terbang dalam masa 10 bulan. nak bagi tips tak la berapa pandai tapi boleh la juga share untuk kegunaan anda anda untuk masa hadapan. 

1. TIKET

Untuk baby tetap kena beli tiket flight dengan nama boarding pass mereka sendiri. tapi kalau baby bawah 1 tahun (infant) ibu/bapa akan pangku. takkan dapat seat sendiri. so far daku dah pernah naik Air asia RM50 manakala MAS RM30. Malindo tak silap RM50

2. CHECK IN.

Kalau kita orang dewasa pun kena tunjuk kad pengenalan. begitu juga baby anda. jangan lupa bawak mykid/ surat beranak baby masa nak check in/boarding. Macam hakimi masa lahir takde keluar my kid so terpaksa usung surat beranak tu ke mane mane.

3. STROLLER

Masa naik MAS baru baru ni nampak ramai bawa stroller. Apa yang daku lihat, kalau MAS kan ada terowong nak ke flight kan. bila sampai pintu flight, lipat stroller and letak tepi pintu/tangga flight. Nanti akan ada *Flight attendant* yang akan angkut bawak masuk dalam. Bila dah sampai destinasi pun sama, amik stroller kat pintu/tangga flight.

4. BASSINET

Ini kan. pramugari yang offer bassinet sebab masa tu hakimi tidur. Kebetulan masa tu duduk kat seat 5. depan tu ada tempat untuk letak bassinet tu. Ala... Bassinet tu macam bakul tidur untuk baby. Tak payah pangku anak. Tapi macam untuk newborn atau 3 bulan ke bawah sesuai lah. itu kalau naik MAS. free je. kalau naik Air Asia, kena request (berbayar) awal-awal bassinet tu masa beli tiket. 

5. TEKANAN UDARA

Memang baby akan rasa ketidakselesaan akibat tekanan udara ni masa boarding dan landing. Ramai yang cadangkan supaya sumbat kapas dalam telinga baby, pakaikan topi yang menutup telinga. tapi hakimi refuse juga. cara lain bagi susu. Kalau menyusu badan jangan lupa pakai baju yang selesa dan mudah diselak untuk menyusu. 

Kalau baby menyusu botol, ready susu dalam milk container. Air panas kita boleh bawak dalam termos kecik. Tak pun mintak kat FA. Susukan anak seeloknya masa flight nak naik dan masa flight nak turun sebab masa tu lah tekanan udara tinggi

6. TIDURKAN BABY

Sangat bertuah kalau baby boleh tidur lena dalam flight. Eloknya masa kita susukan anak time flight nak boarding tu, dodoi-dodoikan dia sampai tertidur. Baby biasanya mudah tertidur kalau dia penat. Jadi sebelum naik flight tu jangan bagi dia tidur seharian. Biar dia main main. hehehe

Kalau baby dah boleh makan, get ready dengan baby food siap-siap. 

7. TOYS

Penting kalau kau ada anak yang cepat bosan dan tak reti duduk diam. Kena lah bawak toys kegemaran dia bersama.



Setakat ini itu sahaja yang daku boleh share dari pengalaman sendiri. sesiapa yang ada pandangan lain. boleh di alu-alukan dalam komen ni.. harap-harap berguna lah untuk anda :)

so far dalam banyak-banyak kapal terbang. MAS (Malaysia Air Lines) juga terbaik! staff yang friendly, selesa, makanan free dan sedap! 

prayformh17 dan prayformh370.




#SupportGAZA

6:14:00 PM 8 Comments A+ a-


Photo: #supportgaza #prayforgaza #prayforpalestine


Korang... Jom download dan isikan nama anda dan viralkan di FB, hiaskan DP kita dengan bendera Palestine tanda sokongan kepada Palestine.

1- Copy Gambar
2- Edit and Letak nama sendiri
3- Change your Profile Picture





Biarlah FB penuh dengan bendera palestine. 

Together we #SupportGaza