Wednesday, December 31, 2014

Masam Manis 2014


Sempena tahun baru bakal menjelma ni,  azam daku  mahu menjadikan tahun 2015 ni sebagai tahun yang lebih hebat dan tahun lebih sihat dari tahun-tahun sebelumnya! jika di ikutkan tahun 2014 adalah satu tahun paling pahit dalam kamus seorang wanita bernama AZIZAH!! di duga dengan bermacam dugaan.. apa-apa pun segala pahit manis semuanya tercoret dalam tahun 2014 ni!!

mari daku rumuskan serba sedikit mengenai tahun 2014 ni. :)

-bulan 3 daku dimasukkan ke wad kerana mengalami appendiks. 
-bulan 5 baru balik bekerja. MC dua bulan gara-gara ada jangkitan
-Alhamdulillah dapat Hari Raya dan Hari Raya AidilAdha bersama-sama keluarga kecikku tahun ni..
-bulan 9 Encik suami transfer semenanjung! sejak bulan 9 tiap-tiap bulan balik semenanjung..    
-bulan 10 Dapat beli rumah yang di idam-idamkan selama ini. Alhamdulillah.. :)
-bulan 12 Tahun baru lebih bermakna bila dapat transfer balik semenanjung bulan 1 tahun depan! Alhamdulillah..                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Semoga tahun 2014 yang lalu pergi membawa cerita yang lama dan semoga kedatangan 2015 ini memberikan 1001 kehebatan untuk daku, kalian dan kita semua ya!
ayuh kita buka buku baru dan tinggalkan kisah yang basi dulu! ; )


Goodbye 2014.... Welcome 2015 ^____________^





Tuesday, December 30, 2014

Tragedi 2014


2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...


Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...


Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...


Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...


Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...


Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...


Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...


Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...


Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...


Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...


Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...


2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...


Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...


MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...


Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...

Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku :(



kiriman dari whatspp.. sedihh :(  
Allah nak uji kita...Daripada Dia kita datang,Daripada Dia kita kembali.


#staystrongmalaysia
#prayforpantaitimur
#takziahQZ5801




Pesawat Air Asia QZ8501 Terhempas


Tahun 2014 saja dah banyak berita buruk mengenai kehilangan kapal terbang. Belum pun reda kehilangan MH370 & MH17 kini kehilangan lagi satu pesawat Air Asia dari Surabaya Ke Singapura!





Allahukbar! Sudah pasti suasana sedih dan pilu serta tangisan ahli keluarga penerbangan QZ8501 Air Asia Indonesia yang setia menunggu khabar berita mengenai insiden ini. Semoga ada berita baik di temui nanti.. inshaaAllah..



*update : Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ini di sahkan terhempas di Selat Karimata. Takziah buat keluarga mangsa.. Alfatihah untuk mangsa beragama Islam..






p/s: Ibu mertua pun berada di Jakarta sekarang ni.. moga ibu mertua dan kawan2 nya selamat sampai Malaysia tak lama lagi.. Amin..



Monday, December 29, 2014

Cabut Gigi Sakit Tak??


Ini la puncanya berhari-hari tak update blog.. facebook pun lama sudah tak update status atau share post! takde mood langsung nak layan internet gara-gara demam dua hari baru-baru ni.. sakit tekak, pastu timbul bintik-bintik merah di badan beserta gatal-gatal. daku suspek campak.. sekarang Alhamdulillah ok sudah :)





cuma sekarang rasa sakit gigi, gigi geraham sebelum ni berlubang.. bila berus gigi asyik lah berdarah.. actually nak kena cabut. tapi daku ni sebenarnya penakut! sakit kedua yang daku takut selepas bersalin adalah SAKIT GIGI!! jadi bila sakit gigi daku takut nak CABUT GIGI!! kaoo tahu kalau da cabut gigi dah tentususah nak makan.. satu dan pun turut tanggung sakit!

siapa ada pengalaman cabut gigi geraham paling dalam?? sakit ke tak tu.. nanti bius tak??  haihhh pikir nak cabut gigi jadi stress! grrrrr~~ dah lah gigi geraham takde tumbuh-tumbuh lagi dah.... huuu






Thursday, December 25, 2014

Merry Christmas & Happy New Year


Kalau kat Sabah ni meriah. sebab kebanyakan sini agama kristian.
setiap tahun pasti ada hadiah untuk kanak-kanak masuk wad sebab sakit dari badan-badan NGO.
angpau, bear, hamper pasti ada..

untuk Doctor n Nurses pun tidak kurang juga walaupun sekadar kek :)
 tanda penghargaan kepada kami yang bekerja tak kira apa perayaan sekali pun..



apa-apa pun mari bekerja di Hari Raya Krismas..
untuk kawan-kawan yang menyambut


Merry Christmas & Happy New Year..


tahun ni last kita sama-sama sambut.. panjang umur kita jumpa lagi ya~~




Monday, December 22, 2014

Alhamdulillah Syukur Dapat Transfer Balik Semenanjung


Mula-mula di ucapkan syukur Alhamdulillah sangat2 usaha jijah untuk bertukar ke semenanjung di perkenankan oleh Allah SWT. 5bulan menunggu sehingga di luluskan. dan berkat kesabaran, pengorbanan selama ini.. doa tak putus-putus dari semua.. akhirnya impian menjadi kenyataan! Allahuakbar! Janji Allah itu pasti!!



Buka laman web KKM nampak Semakan Pertukaran Jururawat U29 dan bila klik Alhamdulillah nama ada untuk transfer.. ^_______^

19/1/2015 ni jijah lapor diri ke JKNegeri Sembilan.. lagi sebulan.. terasa masa begitu pendek untuk buat persiapan kemas rumah, kosongkan rumah, cari penyewa, dan pos kereta. moga-moga semua berjalan dengan lancar .. Amin :)


sesungguhnya perancangan Allah sangatlah hebat! Terima kasih ya Allah ^____^



Sunday, December 21, 2014

Semakan Pertukaran Jururawat U29 Kuatkuasa 19/1/15


Assalamualaikum..

Kepada jururawat yang telah memohon pertukaran sudah boleh semak nama di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia www.moh.gov.my atau SINI





Tahniah di ucapkan kepada Jururawat U29 yang dapat transfer... =)



p/s: jijah dapat ke tak yer?? entry esok pagi yer.. stay tuned..







Thursday, December 18, 2014

Alive 3D Art Gallery Port Dickson


Maaf kengkawan lama tak update blog. Minggu lepas cuti cuti balik kampung semenanjung. Minggu ni encik suami pula cuti datang sabah. kalau dah suami balik sudah pasti blog pun tak berusik. Huu~~

Oh ye.. masa balik kampung tempoh hari daku berpeluang pergi Alive 3D Art Gallery. Terletak di Dataran Segar Lukut bersebelahan dengan pos laju dan klinik 1 Malaysia. tiket masuk dewasa RM15 dan kanak2 RM10. macam hakimi free hari tu.

Sangat teruja tengok gambar2 3D di situ. Lebih2 lagi orang yg pandai bergambar mmg hidup gambar 3D mereka. Jom kita tengok..












So far best la juga masuk sini. Tapi pastikan bateri kamera dan henpon full sebab boleh ambil gambar banyak2.. hehehe


Saturday, December 13, 2014

Home Progress: Minggu ke 10 Dan Sign Agreement Lawyer


*******************************


Rasanya part dokumen2 semua dah settle. Loan dah lulus. Sign S&P [Sale & Purchase Agreement] pon sudah. kali ni balik kampung Sign Agreement Lawyer pula. staff pemaju kata tak leh pos. takut hilang. sebab melibatkan duit. so nak tak nak terpaksa la daku balik.

sambil tu tengok Home Progress Minggu ke 10 ni. ehh!! dah nak 2 bulan progress rumah ni yer.. hehehe  berkobar-kobar nak tunggu siap nih! 





unit rumah daku dan encik suami :)


Minggu ke 10 ni dinding dah siap simen, atap pon da siap pasang. 
kalau rumah contoh depan rumah daku ni dah siap carposh, ruang tong sampah.. longkang pun tengah buat. jalan pun tengah di ratakan.



rumah contoh hampir siap


haii.. lambatnyaa nak siap rumah ni.. staff pemaju kata bulan 8 dapat kunci. means lepas raya la tu.. alaa... baru nak berangan raya di rumah baru.. hahahhaa 



(~_________________^)v





Thursday, December 11, 2014

11.12.14 Ulangtahun Perkahwinan Ketiga


~11.12.11-11.12.14~ 
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Ke-Tiga Tahun 
^______^




Walaupun daku dan encik suami merupakan pasangan long distance married. sorang di semenanjung sorang di Sabah.. tapi itu bukan alasan untuk tidak bahagia.

Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian,
Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa ujian dan dugaan,
Allah melatih kita dengan kesabaran dan kesakitan.

Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang,
Kecuali dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Percayalah,
Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya,
Dan pasti ada bahagia yang menanti kita di penghujung jalannya nanti..

Suamiku,

Aku ingin mencintaimu kerana agamamu,
Aku ingin menyayangimu kerana akhlakmu,
Aku ingin bersamamu kerana Allah.

Maka,
Terimalah aku seadanya,
Kekuranganku akan menjadi pelengkapmu,
Dengan izinNya....

Suamiku,

Cintailah aku tanpa menduakan...kasihkanlah aku tanpa herdikkan. lindungilah aku tanpa tinggalkan. kerana cinta, kasih dan sayangku tak pernah berkurangan sejak kau lafazkan akad pernikahan...


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke Tiga Suamiku Zulkhairi Syafiq Bin Zulkpli..
Moga Baitul Muslim kita terus berkekalan sampai ke JannahMu Allah Ya Rahman Ya Rahim... 
♡♥♥♡ I love U till Jannah suamiku..




Tuesday, December 9, 2014

Bawa Diri Ke Sabah


Throwback. Dulu tak pernah plan nak tinggal kat sabah even encik suami kerja kat sabah lama. tapi memandangkan masa tu dah setahun berkahwin. duduk jauh-jauh sabah-semenanjung. mulut orang tak usah cakap lah. asyik bertanya "bila nak ada anak?" bila.. n bila... 



dan kebetulan encik suami excident motor kat sabah. sedih tak dapat nak terbang ke sabah jaga encik suami kat wad masa tu.. jauh.. lantas dengan itu daku yang tak tahu daku mengandung terus daku keguguran 5 weeks masa tu. 




dan terus daku nekad nak pindah ke sabah ikut suami. bawa diri dari kata-kata negatif semua tu. mak ayah membantah. tapi nak buat camner anaknya kini di bawah tanggungjawab suami. daku cakap dengan mak. daku nekad walau macam mana sekali pun daku nak berdikari sendiri bila duk jauh. 

sekarang dah dua tahun duk kat sabah. encik suami pula dah pindah semenanjung beberapa bulan yang lalu. dengan berkat daku nekad berdikari dulu..Alhamdulillah daku dapat bertabah dan bersabar membesarkan anak sorang diri walaupun kadang2 daku rasa diri tak kuat. cuma satu je pinta ku.. nak pindah balik semenanjung dekat dengan suami dan keluarga.. semoga Allah permudahkan.. Amin..



Amin...




Monday, December 8, 2014

MR D.I.Y Opening Soon At Sabah!


Excited pula bila outlet MR D.I.Y nak buka di Sabah!
gembira bukan kepalang oii! 

selama ni yang ada Kaison dan Daiso kat 1 Borneo tu... memang dua tempat ni kedai wajib singgah! 
kaison banyak jual wallpaper cantik-cantik.. tapi kalau ada rumah sendiri seronok la kan..boleh deco2.. Daiso pula terkenal dengan kedai RM5 semua barang comel-comel. pasti rambang mata masuk sana. tak pernah bawa balik satu barang. hehehe

sekarang MR D.I.Y nak buka pula.. ini pun best sebab ada department2nya macam Hardware, Electrical, Stationary, Household Car aksesori dll lah.. pastu banyak wallpaper untuk hias rumah, pendek kata segala kelengkapan rumah ada kat sini lah.. lebih-lebih lagi sesuai orang baru dirikan rumahtangga. baru masuk baru. memang MR D.I.Y tempat sesuai beli barang-barang rumah..

tak tahu lagi bila tarikh opening ni. tak sabar nak serbu~~

time time nak pindah la baru buka.. bertambah penuh la bonet kereta daku bila nak balik semenanjung nanti. hohohoho *napsuuuu semua tuh!* huhuhu



p/s: nasib juga la kat Port Dickson pon ada MR D.I.Y. nanti bila pindah rumah baru boleh beli barang2 kat sana. cuma kat PD takde Daiso.. harap-harap ada la nanti..








Resepi Kek Gula Hangus Sarang Semut


Daku suka makan kek gula hangus. dulu mak rajin buat. rindu betul kek mak masak.. huhuhu
kebetulan ada orang jual.. lama dah teringin~~ beli sajoo.. 




kat group RR pun ramai post buat resepi Kek Gula Hangus ni. seronok lak hai tengok. 
jadi sesiapa nak resepi boleh la try buat... 






nanti la kalau balik kampung nak buat dengan mak. sedap kan... nyum nyummm~~



Friday, December 5, 2014

Masalah Kereta Tak Boleh Start Enjin


Ni lah masalah yang berlaku kat myPE daku tu. Baru-baru ni tak boleh nak start enjin. bila start enjin panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ada bunyi "tik tik tik tik". tu dah menandakan bateri lemah. teringat last tukar masa awal-awal mengandungkan hakimi. means dah setahun lebih la tu.. dan tiap kali nak guna kereta kena la jumper. minta tolong orang. huhuhu orang kata kereta tak boleh jumper banyak kali, sebab boleh merosakkan bateri. tapi what can i do... hehehe :)

so balik kerja terus singgah workshop tukar bateri baru. pomen tu kata memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. samada bateri lemah atau dah habis terus.




Bateri ni ada 2 jenis, Free maintenance (Bateri kering) dan bateri dengan air (Bateri basah). Yang guna air ni kena la selalu periksa, Bagi bateri yang dah berusia 2-3 tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pula periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ada cincin hitam tu dah mula lemah, kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru.

Ramai yang suggest bateri kering tak perlu nak tengok. nak-nak kita ni orang perempuan memang takde masa la nak check bateri semua tu cuma perlu ingat dah setahun lebih pasti kena tukar baru. Tapi di sebabkan workshop tu ada bateri basah terpaksa la guna bateri basah ni. terbang RM250 kaoo! mahal kot.. huhuhu





cuma nasihat pomen tu setiap minggu checklah paras air. kalau kurang topup. tapi sebab bateri baru kan mungkin boleh sampai 3 bulan. harap-harap rajin la nak mengecheck setiap minggu. huhuhu serik kot kereta tak boleh start! dah la tinggal sorang kat sabah ni.. sapa nak tolong oiii!! 

tapi... kalau lagi 3 bulan maknanya dah balik semenanjung masa tu.. boleh la ayah tengok hari2.. yeyyy!!! hahahaha

tapi kita sebagai orang pompuan ni kena tahu sikit-sikit pasal kereta. jangan pandai drive je. huhu aku la tuhh....!!!~~ serik oii!!



p/s: ehh kereta korang pakai bateri kering ke bateri basah??



Thursday, December 4, 2014

52 Komen Dari Blogger Sweetlittlemom.blogspot.com :) Terima Kasih yunk!


Gigih kaoo blogger sweetlittlemom komen pukal setiap entry daku dari bulan 10 lagi.. sebanyak 52 entry dia terjah dan komen.. 




betul betul jejak kasih ni walaupun tak dapat nak tinggalkan komen hari-hari. lebih menariknya siap boomark lagi blog picisan ni. patutlah dapat tinggalkan secara pukal.. hehe

apa-apa pun syaz awak memang terbaikk! terima kasih sudi tinggalkan komen yang banyak.. kalau nak tahu syaz ni ada bisness catalyst yang jual VCO (Virgin Coconut Oil). VCO tengah laris sekarang ni... jom kita support bisness beliau...





p/s: kalau ada rezeki lebih nanti nak bagi hadiah top komentator. tengah pikir hadiahnya khas dari sabah :) rajin2 komen yer.. hehehe





Wednesday, December 3, 2014

Hanie Soraya - "Rasa Sayang"






Empat setengah pagi
Jam locengku memekik dan menyanyi
Masanya telah pun tiba
Untukku tinggalkan lagi semua yang tercinta

Berat ku bawa diri
Namun ku janji ku tak akan menangis
Kerana ku akan pergi
Bertemankan bekal hati kekasih dan memori

Harap kau tahu bukan niatku
Meninggalkan dirimu

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Ingatilah diriku
Walaupun terpisah beribu batu
Mainkan laguku selalu
Pasti kau turut merasa hadirku di sampingmu

Bukan ku mahu jauh darimu
Kembali kan bertemu

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Ring ring ring, telefonku berdering
Apa khabar kamu? Kau tanya khabarku
Aku berjanji bintang bersaksi
Takkan pergi mana tiada lain yang ku cari
Jangan kau risau, jangan kau bimbang
Kalau rinduku, beli tiket kapal terbang

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey, lihat Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Hey Hanie, hantar satu selfie
Cukup untuk satu hari
Esok jangan lupa untuk hantar lagi
Baru aku hantar aku punya sendiri

Biarpun Hanie jauh
Rasa sayang sayang hey

Lagu : Rasa
Artis : Hanie Soraya feat. Faizal Tahir



p/s: buat suamiku.. kalau rindu anak n isteri beli tiket kapal terbang.. terbang ke sabah ni yer... hukhukhuk


Review Halford Cosmo DX Stroller


Beli stroller ni masa hakimi 3 bulan. sebab dah tak larat sangat-sangat nak kendung dia pergi mana-mana. terus merata-rata pusing satu Kota Kinabalu cari stroller saja. idaman hati nak brand Sweet cherry SCR tapi kat sabah stroller brand sweetcherry SCR ni takde... huhuhu 

Cari punya cari akhirnya jumpa juga kat One Baby World kat MetroTown KK dan berkenan dengan stroller jenama Halford Cosmo Dx travel system.

Stroller boleh lipat payung.. encik suami terus berkenan. sangat muat dengan bonet myPE daku tu.. beli stroller dengan carrier dapat RM719 daripada RM799.. boleh tahan juga -_-"

Alhamdulillah hakimi biasa duduk dalam stroller.. tak la meragam. so far puas hati guna. hakimi pun selesa duduk dan tidur dalam stroller ni..




Ini cara lipat Halford Cosmo Dx. bab lipat ni encik suami la yang buat selalu kalau keluar pergi mall. jadi bila encik suami dah pindah daku terus patah kaki sebab tak pandai lipat stroller ni.. huhuhu sedih :'( lama-lama terpaksa belajar..



Nasib sekarang hakimi dah setahun 3bulan.. tak pakai stroller dah. stroller pun terbiar dalam bonet kereta. yelah hakimi 11 bulan dah pandai jalan tak nak dah duk dalam stroller. lebih bebas berjalan agaknya...

Tapi... tengah berpikir-pikir nanti pindah semenanjung nak preloved atau bawa balik kampung je.. sayang pula kan preloved tu.. boleh guna untuk adik2 hakimi pula nanti.. emmmm..............




Tuesday, December 2, 2014

Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul


Ramai tak tahu waktu pengambilan ubat yang betul. tu sebab ubat perlu di ambil dengan cara yang betul untuk dapatkan kesan optimum ubatan itu terhadap penyakit. ia juga untuk mengelakkan kesan yang tak di ingini.

anda boleh berpandukan pamplet ini untuk dos ubat anda tu.






Dos sekali sehari :- jam 8.00 pagi selepas sarapan pagi.

Dos 2 kali sehari (setiap 12 jam) :- jam 8.00 pagi selepas sarapan dan jam 8.00 malam selepas makan.

Dos 3 kali sehari (setiap 8 jam) :- jam 6.00 pagi selepas sarapan,jam 2.00 petang selepas minum petang, jam 10.00malam selepas makan malam.

Dos 4 kali sehari (setiap 6 jam) :- jam 6.00 pagi selepas sarapan,jam 12.00 tengah hari selepas makan , jam 6.00 petang selepas makan dan minum petang, jam 12.00 malam selepas makan.


Sebaik-baiknya makanlah ubat, selepas makan, sebab kalau makan perut anda kosong boleh menyebabkan gastrik.

Jika ingin mengambil sebarang ubat, sila pastikan berbincang dengan doktor. Ini penting terutamanya bagi individu yang mengandung, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan.

Jika mempunyai alahan, sila dapatkan kad alahan dan sentiasa membawa kad tersebut apabila berjumpa dengan doktor / ahli farmasi.



Monday, December 1, 2014

Mama, Hujan....


Hari ni off... 
ingat nak keluar servis kereta. sebab hari tu tiba-tiba myPE enjin tak boleh hidup dan bila cuba hidupkan ada bunyi (TAK! TAK!).. lama-lama try start baru boleh sampai sekarang..
tapi risau juga kan.. mungin tu amaran yang mungkin starter rosak atau bateri lemah. korang ada pengalaman begini tak??

ingat nak pergi workshop biasa.. kalau pergi Proton mahal kot. huhuhu

Tapi... 



Mama, Hujan.. 
Jadi macam mana nak keluar ni hakimi? 

harap-harap hujan cepatlah berteduh...boleh keluar servis kereta.. itu yang paling penting! huhuhu



Hello December



November telah berlalu... Selamat Tinggal November.. 
Selamat Datang Disember..
penghujung tahun sudah kita.. betapa masa sangat mencemburui kita semua.




Disember... please be good to me! dan berlalu lah dengan pantas!
Semoga akhir tahun ni di tutupi dengan hasil memuaskan di mana ada sinar transfer daku ke semenanjung tak lama lagi.. Amin...