Tol Elektronik PLUS Seremban Port Dickson Rebat 20% Bermula 1 Jun Hingga 30 September

8:30:00 AM 5 Comments A+ a-




Orang ramai yang membayar tol secara elektronik di Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) boleh menikmati penjimatan bayaran tol melebihi RM48.00 setiap bulan bermula 1 Jun hingga 30 September akan datang.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Penjimatan tersebut diperolehi melalui tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus yang diberikan oleh PLUS untuk pengguna Kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di Plaza Tol Mambau dan Lukut.”





Orang ramai berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga istimewa RM96.00 (termasuk 6% GST) mulai sekarang di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang (selagi stok masih ada).

Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai pra bayar RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) mulai sekarang di lorong di Plaza Tol Mambau dan Lukut (Kedua-dua Arah) dan Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang.

Insentif yang diberikan ini merupakan langkah PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik yang lebih pantas dan mudah. Transaksi tol di Plaza Tol Mambau dan Lukut di SPDH akan dikendalikan 100 peratus secara elektronik mulai 1 Jun 2015 yang akan datang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800-88-0000.




All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

5 insan comel komen

Write insan comel komen
5/25/2015 8:47 AM delete

untunglah yg guna tu..hihi

Reply
avatar
Hamelia Hamid
AUTHOR
5/25/2015 4:23 PM delete

ade tol xpe la sbb jalan pun cantik...kat sini x de tol tapi jalan raya dia...fuhh

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
5/25/2015 6:07 PM delete

Menarik tawaran tu..

Reply
avatar
5/26/2015 1:00 PM delete

Thanks Jiejah share.kad plusmiles dah ada..nak beli smart tag pulak

Reply
avatar
5/26/2015 5:35 PM delete

murah sgt da tu rugi kalu x grab

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!