Wednesday, April 29, 2015

Tamat Kursus Di Lumut


Alhamdulillah setelah empat bulan encik navy kursus naik pangkat di Tldm Lumut.. akhirnya tamat juga kursus dia...

Fuh lega... lega sebab lepas ni tak la duk jauh jauh sangat. Boleh lagi jumpa seminggu sekali. Lau tidak sebulan sekali baru dapat jumpa.. sobsss

Ramai skod dia dapat draft tempat lain lain. Nasib baik encik nebi ku tu baru draft kat Tldm Klang tahun lepas. So lepas habis kursus ni kembali balik kerja kat klang tu. Tak la jauh nak berulang alik ke Port Dickson. Hehe

Alhamdulillah malam semalam encik suami sampai rumah naik motor dari Lumut. ALHAMDULILLAH selamat sampai..

So meraikan encik nebi yang habis kursus.. i sanggup cuti rehat ajak dia p holidayy.. lau tak.. memang berangan2 la nak p bercuti. dah la daku keje syif. Sabtu ahad ofkos keje..



Hari ni pergi Lumut balik ambil barang barang suami. Alhamdulillah dah selamat juga sampai Lumut jam 2pm. Checkin hotel..baru plan nak p mana mana berdekatan..

Tapi plan ku nak p cameron?

Yay oo nay?? Leh cadangkan tak...


Tuesday, April 28, 2015

Monday, April 27, 2015

27 April Hari TLDM Ke-81






Merentas lautan menakluk samudera,
Siang dan malam tak kenal masa,
TLDM gagah memacu negara,
Perjuanganmu sentiasa disanjung mulia.


Selamat Hari Ulangtahun TLDM ke-81 pada 27 April 2015. 
Semoga TLDM terus maju To Become World Class Navy.





p/s: happy navy day  to my beloved husband..^____^



Friday, April 24, 2015

Pakej Internet Murah Apa Yang Terbaik?


Blogger tanpa internet nie macam bernafas tak cukup oksigen.. pergi kemana-mana mesti nak gunakan internet.betul2 internet keperluan zaman sekarang ni..mihmihmih

actually sebenarnya daku pakai Celcom Broadband. Sebelum ni pakej student Rm50 bulanan..then lepas umur 25tahun dah jadi harga biasa RM68 bulanan sampai la 1st april.. tapi....

lepas GST ni.. dapat mesej kat inbox broadband kena bayar Rm72.10 bulan ni.. whattt??? 




pergghhh menyirap! dah lah sampai hujung bulan je line slow..lagi sakit hati...!! pakej U  ni dah lama..lupa bape Gb dia... emm -_-"

henpon pon pakai celcom prepaid.. RM58 4Gb,RM38 2Gb,RM28 1Gb
rasa macam tak jimat.. duit habis topup  je..sebab kadang-kadang pakai lebih dari kouta..internet jadi slow terpaksa kena beli internet tambahan..sobb~~

jadi dalam entry ini nak tanya 
1. kalau guna laptop/pc kat rumah internet apa yang murah dan laju?? 

2. kalau guna henpon better prepaid o postpaid untuk online kat luar macam facebook,instagram???


boleh tolong suggestkan tak?? tq in advance korang!!





Thursday, April 23, 2015

Mykid Baru


Masa hakimi lahir september 2013 dulu JPN hentikan pengeluaran Mykid. tak pasti bila JPN on balik pengeluaran mykid ni..yang pasti daku baru buat mykid hakimi bulan satu lepas.
masa buat hari tu just isi borang kat JPN. then tunggu siap 3bulan.. 3 bulan baru siap mykid dia..la ni baru ambil..




mykid yang baru ni ada tambahan nama ibu kat belakang mykid. sebelum ini takde jadi sapa sapa boleh mengaku anak dia. itu yang bahaya!

senang hakimi ada mykid dah..tak perlu mengusung surat beranak besar gedabak tu..hehehe




Wednesday, April 22, 2015

Jubah Saiz Petite Macam Saya


Siapa kata saiz kecik molek macam daku ni tak boleh pakai jubah? Nak cari jubah kena alter bagai pula sebab labuh..??

dengan jubah ni sis miera boleh custom saiz dari xs sampai xxl.. macam daku sendiri saiz xs dengan ketinggian 149cm jer.. punya la kecik cik jijah ni oii..

sebab puas hati beli. Tu repeat order beli kali kedua jubah hanan military warna torquiose ni. Sama macam yuyu zulaikha yang retiss tu pakai masa cukur jambul anaknya yang masuk astro tu... :)




Best sebab nursing friendly dan wudhuk friendly... kain tak melekat.. tak jarang.. sequin dipergelangan tangan..




Boleh beli kat ig shop cyrus amiera





Tips Kesuburan: DOA


Ramai orang silap faham bahawa doa dan tawakkal hanya perlu dilakukan di akhir usaha. Sedangkan doa perlulah berterusan sama ada sebelum, semasa mahupun selepas berikhtiar.

Dengan doa, 
Nabi Zakaria mendapat zuriat yang diberi nama Yahya,
Biarpun ketika itu baginda sudah tua renta, 
Meski isterinya juga sudah lanjut usia dan mandul pula.


Yakinlah Allah Maha Dekat dan Maha Memperkenankan Doa, 
dan tiada yang mustahil sekiranya Allah mengkehendakinya..

Berdoalah!
Berdoalah dengan yakin dan penuh harap..






Monday, April 20, 2015

Kotak Simpanan Ketika Belajar Kemahiran Hidup Di Tingkatan Satu


Panjang benor tajuk entry tu...mihmihmih.. ini memamg rare! Hasil kemas rumah mak terjumpa kotak simpanan hasil belajar kemahiran hidup masa tingkatan satu dulu 2001. Means sekarang dah 14 tahun usianya!!

Kenangan oiii.. tu la hasil kerja tangan daku masa belajar kemahiran hidup di tingkatan satu.. terbaiklahh...masih baik buatannya. leh simpan elok letak barang-barang ringan..Walaupun dah hilang penutup depan..ngehngehngeh.. 

tapi.. lupa buat dari kayu apa...



Memang simpan baik baik buat simpan brooch,kerongsang, mutiara. Nak buat balik memamg tak ahh...




melainkan DIY balik.. konon buat english style..mesti lagi cantik kan..masalahnya rajin ke tak daku ni?? emmm *tepukk dahi sendiri!!*



p/s: apa barang kenangan korang masa sekolah dulu??







Apa Anda Perlu Tahu Najis Anak Anda


Apa Anda Perlu Tahu Najis Anak Anda




Jenis 1: Sembelit
-kekurangan serat/air
najis sangat keras&kering dan susah dibuangkan

Jenis 2: Sembelit
-kekurangan serat/air
-najis masih kering dan susah dibuangkan

Jenis 3: Keadaan Baik
-mungkin kurang air
-najis lembut lebih senang di buangkan tapi najis retak

Jenis 4: Keadaan Baik
-Tabiat pemakanan yang baik
-najis lembut, mudah di buangkan

Jenis 5: Kemungkinan Cirit Birit
- Mungkin tindakbalas terhadap makanan/ubat
-najis keluar dengan cepat & ketulan lembut

Jenis 6: Kemungkinan Cirit Birit
- Mungkin tindakbalas terhadap makanan/ubat
-pembuangan najis susah di kawal, lembik & berair

Jenis 7: Cirit Birit
- Mungkin tindakbalas terhadap makanan/ubat
-pembuangan najis tidak terkawal, najis seperi kuah



Friday, April 17, 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015


Jemput Join


klik banner di atas

di sponsor oleh



TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015


PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)


gudluck semua!!




18 On Going CPUV Campaigns


Hai la pak encik nuffnang ni... bila bagi CPUV kemain la banyak tapi earning payah benor nak naik RM1 ke.. duk tang tu sen sen.. bila la mokcik nak kayoo ni??? mihmihmih





sampai 18 campaign on going.. tapi setiap iklan ada 2 campaign..  emmm -_-" dulu 2012-2013 best je earning sampai seratus lebih setiap kali cashout.. Alhamdulillah dapat la kumpul RM1340 sepanjang 5 tahun berblog. 

sekarang ni memang payah la..lebih-lebih lagi kurang dah tulis entry dan blogwalking. earning memang tak naiklah..

bertabahlah~~ berblog suka suka jer :)  ada rezeki itu satu bonus ye tak?  tq encik nuffnang!! sila tambahkan lagi earning saya! mihmihmih!!






Kenapa Anak Saya Tak Mahu Makan?


Sekarang anak soleh hakimi berusia 1tahun 7bulan. masalahnya dia susah betul nak makan. kalau makan pon satu atau dua suap. pastu cakap "nanak..nanak". memang sejak dah pandai cakap ni bagi apa-apa yang dia tak suka dia akan cakap taknak.. emmm -_-"

begitu juga kalau bagi roti/biskut.. makan setengah je pastu tak nak. dulu masa umur setahun kat sabah suka tengok hakimi makan..berselera..sekarang bila dah balik kampung susah sangat nak makan! actually hakimi dia tengok dulu makanan tu pastu tak nak..memilih!



minum susu je kuat.. kadang 3jam sekali 6oz habis. kadang sejam sekali kalau langsung dia tak makan apa-apa macam biskut/roti.. parah la  kalau seminggu 1 pek susu.. huuu~~
hakimi memang aktif..lasak.. berat masa 1tahun 3bulan 11.6kg.. maintain gitu la sekarang.. Alhamdulillah tak pernah lagi sakit/demam..

buntu mama nak bagi hakimi makan apa dah.. dah bagi pinggan/cawan comel-comel pun tak nak.. bagi makan kegemaran pun mama tak tau hakimi suka apa.. emm......... tapi takde juga ulser atau nak tumbuh gigi pun..memang dia sendiri taknak makan..
bagi makan sendiri,banyak yang jatuh dari masuk mulut.. acanerr tu..??

korang ada tipss tak?? buntuu la...



Thursday, April 16, 2015

Baju Kurung Kain Pelikat Murah


Korang dah beli baju kurung untuk raya?? Senang je weii beli baju kurung dah siap tinggal sarung je. kalau beli kain ela dah rm70 tambah upah jahit pun dah rm30.. mahu rm100 juga da dapat sepasang baju.

Lau macam daku ni memang senang beli da siap. Cuma cari saiz yang sesuai. Macam baju kurung kain pelikat ni beli dari nurul yui collection atau owner nya blogger yui.. pilihan warna torquiose sebab belum ada baju kurung warna ni lagi. Hehehe



Kain sedap pakai dan tak panas. Elok di pakai untuk majlis keramaian.. majlis kenduri kendara mahupun majlis perkahwinan. Memang ngam la tu nampak la perempuan melayu terakhir.. comel kan.. comel kan.. ngeee~~

So jom usha2 page nurul yui collection. Mahu tau ada produk yang menarik minat anda semua..


Tuesday, April 14, 2015

Home Progress: Minggu ke 27, April 2015


Home Progress: Part 1 Booked
Home Progress: Part 6 Januari 2015
Home Progress: Part 7 Februari 2015
Home Progress: Part 8 Mac 2015
Home Progress: Part 9 April 2015


*******************************


Setiap bulan pergi site melawat kawasan.. padahal bukan banyak perubahan pun progressnya.. tapi eksited punya pasal! layankan la hati ni...muahahha maaf bukan nak menunjuk2 cuma nak share dalam blog ni..



Alhamdulillah Rumahku Syurgaku..cuma ada 42unit  je.. inshaaAllah bakal siap september nanti. harap-harap boleh duduk terus nanti..





nampaknya tembok pagar semua dah cat berbanding bulan lalu, baru la nampak kemas sikit kan.. tapi sayang kan.. tak boleh nak buat garden la.. semua carposh pasang tiles habis...

semua pintu pun da siap pasang dalam rumah.. tinggal tingkap jelah in progress..




ruang tamu pun cukup-cukup letak kerusi, meja tv dah muat. dah la kerusi jati tu makan ruang..LOL!! 


bilik no 3 ni ada tinggi sikit silingnya..boleh buat loteng akan datang.. bilik  no 2 nampak gelap tapi still ada tingkap kat atas..so taklah gelap sangat! plan nak buat bilik si bujang tu..ngehngehngeh




tempat daku berkecah kat dapur..muahaha :p cuma kat singki tu kecik la..tak tahu nak buat kitchen cabinet camner..atau singki tu alih tempat lain.. sebab plan nak buat kitchen kabinet L-shape yang ada counter bar.. so boleh separate ruang masak dan ruang makan.. emmm -_-"

ehh..laundry kat mana? laundry kat mana??

boleh share tak dekorasi rumah anda..sharing is loving maa...


Saturday, April 11, 2015

Menang Hadiah Tshirt, Buku Nota Dan Pen Navy


Satu bungkusan pos laju di terima, alamat Markas TLDM ingatkan suami yang pos bagi hadiah kononkan,rupanya menang Giveaway..

Alhamdulillah  rezeki menang Give Away Syiling Peringatan Jubli Intan TLDM walaupun saguhati.. hadiahnya T'shirt, buku nota & pen navy. 



even suami sendiri navy pun tak pernah nak kasi barang-barang navy camni ni..heee~~boleh la bagi tshirt tu kat dia..tapi besar saiz L..biasa suami saiz M..tapi takpe orang dah bagi..rezeki tu

apa-apa pun terima kasih kak kisahpondokkecil.com. ada giveaway leh join lagi..hehe



Anak Bijak Zulhakimi zaim 1 Tahun 7 Bulan


Zulhakimi zaim bin zulkhairi syafiq.. anak soleh kesayangan mama dan papa :)
Alhamdulillah 10/4/15 genap dirinya 1 tahun 7 bulan. mama happy tengok anak soleh mama ni membesar dengan jayanya depan mata mama... Allah! mama syukur sangat!

2 dan 3 hari sebelum beralih bulan ni hakimi demam.. demam nak pandai cakap lagi.. dah banyak perkataan bermakna hakimi sebut..
baru-baru ni masa mandikan dia.. [video kat IG] hakimi dah pandai berborak dengan mama..becoknyaa dia.. antara perkataannya:

"takde apa-apa pun"
"tak payah"
"tak pe"

lain perkataan "tak nak", "nak", "habis", tak de"

dah pandai tunjuk mana mata,hidung, gigi dan hidung...

Allahu! bijaknya anak soleh mama ni.. sebijak namanya hakimi [bijaksana]. 




badan semakin semangat,walaupun makan kurang..tapi buncitnya itu tetap menawan hati mama :) aset hakimi tu oii!!

kegemaran sekarang suka sarung kasut ke kakinya.. bantai je pakai kasut tinggi atau rendah..

ermmmm... sedih pula bila tengok anak semakin membesar ni...-_-"

Pesanan mama bila hakimi dah besar, dan baca blog ini,

Jika suatu hari nanti mama dan papa takde lagi kat dunia ni.. mama nak hakimi jadi anak yang baik.. soleh yang mendoakan kesejahteraan mama n papa di alam barzakh nanti ye sayang.. mama sangat menyayangi hakimi seluruh jiwa raga mama... moga kita berjumpa di syurga nanti sebagai satu keluarga..

amin...


happy 1 year 7 months sayang~~ muahh  cikedd!!



Doktor Pesan Jangan Bagi Kanak-kanak Minum Vitagen Kerana Menyebabkan Kanser






Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.

Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

Ini termasuk :

1. Pesakit HIV / AIDS

2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.

3. Pesakit diabetes

4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi

5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis

6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE

7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid

8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.

Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser





Friday, April 10, 2015

Suara Serak..Seksi kah?



Start suara hilang hari rabu, dah la syif pagi hari tu bila nak bercakap takde suara.. susah nak berkomunikasi dengan ibubapa pesakit. sampaikan bapa pesakit tegur.."hai nurse, takde suara pula hari ni, semalam ok je.." tu dia perihatin betul bapa pesakit kita..

hari ni hari khamis suara dah ok sikit cuma serak2..rockerss ai tell u~~!! actually takde pun demam or batuk, tetiba je hilang suara..mungkin kekurangan minum air suam ni..

So korang,,, kalau ada sakit tekak sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda menunjukkan tanda-tanda yang berikut:

-Mengalami suara serak lebih dari tiga minggu.
-Hilang suara atau suara serak yang teruk lebih dari seminggu.
-Suara serak beserta rasa sakit. Suara serak akibat sakit tekak dan demam biasa terjadi. Namun, suara serak ketika sihat adalah tidak normal
-Suara serak berserta rasa benjolan didalam tekak.
-Suara serak berserta batuk kronik atau batuk berdarah.
-Suara serak berserta kesukaran bernafas.
-Suara serak berserta masalah menelan.


Tips Penjagaan suara

1- Pastikan minum air kosong yang mencukupi
Pengambilan air yang cukup dapat menghindarkan dihidrasi pada peti suara. Ini dapat mengurangkan hentaman peti suara dan mengurangkan risiko kecederaan pada peti suara. Pakar mencadangkan pengambilan air kosong sebanyak 7- 8 gelas sehari.
2- Kurangkan atau elak pendedahan kepada bahan-bahan penyebab kerengsaan.
Antara makanan yang boleh menambah masalah kepada peti suara adalah seperti berikut:
-Produk tenusu boleh menyebabkan penghasilan kahak. Ini boleh mengganggu kejelasan suara seperti susu, aiskrim, keju

-Makanan pedas boleh menyebabkan tekak menjadi perit. Berpunca daripada asid refluks yang boleh menyebabkan iritasi pada esofagus

-Bahan yang mengandungi kafein boleh mengeringkan tekak. Ini boleh menyebabkan suara menjadi serak
3- Elak berdehem

Berdehem akan menyebabkan kerosakan disebabkan pergerakan geseran di antara tisu-tisu peti suara. Minum air apabila berasa tidak selesa pada tekak.
4- Elakkan menjerit

Menjerit akan meningkatkan hentaman pada kedua belah peti suara. Ini akan meningkatkan risiko kecederaan atau kerosakkan pada peti suara.
5- Elakkan bercakap ditempat yang bising
Elakkan dari bercakap di tempat yang bising seperti pasar dan stadium. Ini akan menyebabkan kita terdorong untuk menjerit bagi mengatasi bunyi bising serta memastikan mesej dapat disampaikan kepada pendengar.
6. Elakkan bercakap dalam tempoh yang lama
Berhenti bercakap apabila tekak mula berasa perit atau letih. Keadaan ini adalah petanda suara telah digunakan secara maksima. Penggunaan peti suara yang berlebihan boleh mendatangkan kecederaan atau kerosakan pada otot peti suara yang nipis.

Petua lain:

1- Minum air asam jawa. Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

2- Kemam strepsils/ Fishersman Friends dan yang seangkatan dengannya.



so korang, ada petua lain tak... jom sharing is loving :)


Thursday, April 9, 2015

Dah 92 hari. Alfatihah Abg


Sekejapnya masa meninggalkan kita..
sekejap juga abg meninggalkan kami sekeluarga.. meninggalkan ibubapa tercinta, isteri dan 4 orang anak, dan adik beradik..

tak sangka..
sungguh tak sangka..
tapi qada dan qadar Allah lebih mengetahui segalanya..



kami redha.. redha pemergianmu wahai abg tercinta..
damailah engkau di sana..menemui Tuhanmu
inshaaAllah kami akan menyusul juga nanti..

Alfatihah abg.. Mohd Rizal Bin Yahaya



Tuesday, April 7, 2015

Kepentingan Cuti Bersalin Lebih 60 hari


Untungnya perempuan bekerja di sektor awam kan..dapat cuti bersalin 3 bulan bersamaan 90 hari.
sepanjang tempoh perkhidmatan dalam sektor awam, seseorang wanita layak cuti bersalin selama 300hari. so pandai pandai la bajet nak anak berapa orang dan cuti bersalin berapa lama.

kalau dulu 60 hari je. tak praktikal sebab bayi umur 2 bulan terlalu kecil untuk di hantar ke rumah pengasuh atau taska.




banyak kepentingannya kan.. jadi manfaatkan cuti yang lama tu untuk menjaga kesihatan memulihara diri selepas berpantang selain dapat mengeratkan hubungan bonding ibu dan anak..




p/s: sekarang umur dah 27tahun anak baru sorang..apa leh buat rezeki anak lambat. dapat dua orang lagi ambil cuti bersalin 90 hari lagi..hehehe





Monday, April 6, 2015

Tips Kesuburan: Waktu Subur



Bersama pada waktu subur boleh meningkatkan peluang kehamilan. Waktu subur adalah hari-hari di dalam kitaran menstruasi di mana seorang wanita boleh hamil jika telur/ovumnya disenyawakan. Menurut banyak kajian klinikal, kebarangkalian untuk hamil adalah paling tinggi jika hubungan kelamin dilakukan 2-3 hari sebelum dan pada hari ovulasi berlaku. Rujuk entry sebelum ini Pengiraan Waktu Subur

Malangnya, tiada siapa boleh menentukan dengan tepat bila proses ovulasi sedang berlaku dalam tubuh seorang wanita. Bagi yang mempunyai kitaran haid teratur, banyak cara kiraan dan ovulation calendar tool yang terdapat di internet, tetapi ada beberapa tanda ketika proses ovulasi yang menandakan waktu subur seperti;

1. Cecair serviks akan menjadi cair seperti putih telur yang belum dimasak dan jumlahnya juga semakin banyak –wanita akan rasa ‘basah’ sepanjang hari. Lendir serviks yang cair ini boleh bertindak sebagai ‘pelincir’ yang memudahkan proses hubungan kelamin, dan juga merupakan sebahagian dari perubahan fizikal yang akan memudahkan sperma untuk berenang ke arah ovum bagi membantu persenyawaan




2. Peningkatan libido – kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi semasa ovulasi

3. Senak di sebelah bahagian perut (biasanya sebelah kiri/kanan) – kira-kira 20% wanita mengalami rasa senak/sakit di bahagian perut ketika proses ovulasi, ia dinamakan ‘mittelschmerz’ (painful ovulation)

4. Suhu badan – suhu badan meningkat sedikit ketika proses ovulasi dan akan terus meningkat sehingga haid seterusnya (kaedah ini memerlukan thermometer dan anda harus mengukur suhu badan setiap hari – tetapi ia dipengaruhi factor cuaca sekeliling, dan kurang reliable)





Sunday, April 5, 2015

Saturday, April 4, 2015

Alfatihah..Kanak-kanak Jatuh di Kenanga Wholesale City Mall


Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di Kuala Lumpur

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.

sumber: Suara Tv


Scroll new feed baru-baru ni cerita pasal kanak-kanak yang jatuh dari tingkat dua dan maut.
bila tengok video, Allahuakbar tak sanggup nak teruskan.. terbayang-bayang macam mana la budak tu jatuh..keadaan panik ketika itu..

bila ramai yang share gambar dan video budak tu, ramai juga laa yang marah dan maki ibunya. kadang-kadang tanpa sedar benda ini boleh terjadi walaupun satu saat!!

sedangkan anak sendiri pun terlebih aktif, memang boleh jadi tarzan mama suruh anak behave. terpaksa tebalkan muka marah anak depan orang ramai.

cukuplah jadi keyboard warrior.. semua orang ada anak. takde ibu yang tak sayangkan anaknya. dah lah kehilangan anak, orang sekeliling pula duk hentam. tak kena batang hidung boleh la cakap itu ini.

jadikan pengajaran. moga Allah sentiasa melindungi kita dan keluarga kita .,inshaaAllah..

alfatihah nak~







Thursday, April 2, 2015

MY PRECIOUS MOMENT HAKIMI PART 3


Allah! mama seakan-akan melupakan perkembangan hakimi setiap bulan dalam blog ni.  lempang untuk diri sendiri!!

Alhamdulillah pejam celik pejam celik anak soleh zulhakimi zaim nak masuk 1 tahun 7 bulan tak lama lagi.. rindu pula keletah hakimi masa kecik-kecik dulu :) tu sebab mama nak catit semua perkembangan hakimi dalam blog ni supaya mama tak lupa macam mana mama membesarkan hakimi..hehe

1 tahun 1bulan @ 13 bulan



masih ada gigi 7 batang 4 batang atas, 3 batang gigi bawah..
ketika ini hakimi pandai sebut perkataan mudah macam "hai.. bye.. nak"



1tahun 2 bulan

1 tahun 3 bulan @ 15 bulan
berat 11kg
tinggi 80cm


lukisan pertama hakimi apabila sel-sel otak sedang berhubung :) tapi menconteng dengan tangan kiri pula.. 




1 tahun 4bulan



1 tahun 5 bulan

bercita-cita nak jadi pomen sebab rajin sangat main tayar motor.. baiki sana sini..hehe habis comot muka..ngehngehngeh



1 tahun 6 bulan
berat 11.6kg
tinggi 83cm


Alhamdulillah dah pandai  meniru mama solat, sebut Allahuakbar walau dalam bahasanya, pandai tadah tangan berdoa dan mengaminkan.. moga menjadi anak soleh sayang~~


makin besar makin cerdik makin aktif makin lasak.. makin rancak bercakap! bila kita bercakap dia paham tapi bahas balik bahasa jerman dia..

bila dia nak sesuatu dia akan cakap "nak" dan menunjuk ke arah sesuatu yang menarik minatnya. bila ada sesuatu benda yang takda atau habis contohnya dia akan buat "isyarat tangan takda dan cakap habis". kalau tak nak dia cakap "nanak"

satu hal lagi kalau dulu bila mama pergi kerja dia menangis nak ikut tapi sekarang dia dah paham mama work bila pakai uniform jadi dia akan salam,cium tangan mama dan kiss pipi mama.. comel kan ^__^ .. nak tidur pun begitu dia akan salam cium tangan sesiapa yang ada di situ...

minum pandai menggunakan cawan, makan menggunakan sudu tapi biasalah tumpah tumpah tu perkara biasakan.

gigi masih mengekalkan 8 batang, 4 batang atas,4 batang gigi bawah. tah bila nak tumbuh geraham tu..hikhikhik





Membesarlah nak jadi orang yang cemerlang dunia akhirat! 
Lil'lahita'ala mama n papa love u so much!! Allah, thanks for granted me ‪anaksolehzulhakimizaim‬..

Please always give him a good health and your bless. Amin


Wednesday, April 1, 2015

Topup Cimbclicks & Maybank2u GST 6%!!


Ehh!! bukan ke topup tak di kenakan GST??
tetiba buka Cimbclicks & maybank2u topup di kenakan GST 6%!!




agak melampau gak la.. dari 
RM10--> RM10.60
RM30-->RM31.80
RM50-->RM53.00

dengar citer kat kedai topup pun kena GST 6% ni..
dah la daku jenis topup banyak kali dalam sebulan!! parahlahh gini... hurrmmmm!!




baca note kat cimbclicks ni "The Reload amount is inclusive of GST!!

jadi apa maksud surat dari Kastam ni eh..
kata mengekalkan harga jualan topup sama seperti sebelum ni..




apa boleh buat GST dah di kuatkuasa hari ni. peniaga pun ambil kesempatan dari GST ni..
terpaksa  la kurangkan berONLINE.. kalau mobile internet limit habis nak topup satu hal pula...
haihhh GST ohh GST!!


any komen??





Salam 1 April..Salam 1 GST


Hai April! 
Hari GST mula di laksanakan.. rupanya GST bukan April Fool..sobb~~
maka sila lah bertabah dengan harga harga barang yang makin meningkat..

walau apa pun cabaran hari ni,
Jangan sesekali lupakan SENYUM!!
walaupun sekadar untuk diri sendiri :)





smile above all other things ^_______^