Tuesday, June 30, 2015

Monday, June 29, 2015

Tema Raya 2015


Memandangkan sekarang dah minggu ke-dua berpuasa. Mood persiapan raya mesti tengah on kan..??

Eh eh korang dah ada baju raya? korang tempah ke beli ready made je?

Macam jijah setiap tahun memang beli ready made je. badan kecik senang nak cari saiz. setakat ni antara saiz xs atau s saja. harap-harap tak "mengembang" dengan jayanya..Hehehe




Tema raya tahun 2015 ni "ROYAL BLUE".
Cari sampai Uptown Dataran Senawang..round the world sampai jam 2 am baru jumpa baju raya yang berkenan di hati..

tadaaa... sepasang baju suami isteri dan anak bujang saya.. memang beli 1 set sekeluarga.. anak perempuan je takde lagi..mane tahu tahun depan pula kan..Amin..




Eh korang tema warna apa raya tahun ni??
jom share!



Saturday, June 27, 2015

Raya Giveaway by Erza


CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

Friday, June 26, 2015

Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Tuesday, June 23, 2015

Monday, June 22, 2015

Sunday, June 21, 2015

Friday, June 19, 2015

Thursday, June 18, 2015

Wednesday, June 17, 2015

Pavlova dan Meatball Bolognese Yang Sedap!



First time makan Pavlova dan Meatball Bolognese ni!
sedap rupanya kan...




pavlova rasa masam maniss..memang sesuai dan kena dengan tekak..nak nak kalau makan sejuk sejuk memang marvelesss!!

meatball pula rasa macam  pizza gitu..banyak meatball dia isi dalam tu..memang sedap la wei...satu bekas makan memang tak cukup!! nasib kawan bagi dua  bekas...hahaha rezekii :)

terima kasih sahabat! moga murah rezeki dalam bidang masakan  ni...Amin..




p/s: update entry makan banyak2  dulu..esok  tak  boleh dah...hehehe



Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam RM250 Pesara Kerajaan




PUTRAJAYA- Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan kadar minimum untuk Imbuhan Tetap Perumahan Naik ke RM 300 dari RM 180 sebelum ini.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali-14 di Pusat Konvensyen Putrajaya(PICC).

Perdana Menteri turut mengumumkan mereka yang duduk di Kuarters turut menerima Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam sebanyak 25% dari kadar kelayakan bermula 1 November nanti.

Bantuan khas raya rm500 dr gred 54 dan ke bawah dan RM250 untuk pesara kerajaan di bayar pada 26 jun ini.


Alhamdulillah rezeki anak2..rezeki ramadhan..



Sudah Bersedia Untuk Ramadhan Tahun Ini??


Jika sebelum ni di Sabah daku berpuasa seorang diri sambil di temani anak soleh tercinta. Time sahur dan buka puasa pandang dinding..kipas..lampu..kadang2 sahur kadang2 tak..makan apa yang ada.. Syahdu betul time tu.. sobbss

Alhamdulillah tahun ni inshaaAllah dapat berpuasa bersama keluarga dan suami tercinta. Itu paling penting.. nikmat Allah apa yang engkau dustakan wahai azizah?
dulu, bila tinggal dengan keluarga, macam biasa ayah akan ketuk pintu untuk makan sahur..lauk sedia di hidang..mungkin kah  kali ini pun begitu? hahaha :p tapi tolong la mak masak oiii!!

Di sebalik kesulitan dulu ada hikmah yang Allah kurniakan. Janji Allah itu pasti..Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan ini.




menanti dengan penuh sabar!

semoga dapat berpeluang untuk berpuasa lagi pada tahun ni..dan berpuasa penuh...inshaaAllah

hari ni bermula syif  malam...makanya bersahurlah  kita dalam wad ye...Thorbaikkk!!

korang bagaimana pula??


Tuesday, June 16, 2015

Home Progress: Progress Jun 2015


Rumah dah 90% siap kot...rasanya tinggal nak siap tar jalan,longkang,tiang lampu jalan. pun tak boleh nak masuk rumah dah sebab pintu dah kunci. mungkin juga takut aksesori dalam rumah kena curi kan.. 




rugi hari tu tak ukur tingkap,pintu untuk buat langsir, tak kira berapa wirering [betul ke ejaan ni?] yang ada. boleh beli lampu, kipas semua.. hari tu pergi Nilai 3 dapat beli dua lampu living hall dan kipas..tapi kipas ada kisahnya dalam entry sini..

sebenarnya sangat tak sabar nak duduk rumah sendiri! nak tinggal berasingan dari keluarga! dulu dah merasa tinggal di sabah dengan suami, jauh dari suami pun ada, jauh dari keluarga..nak la tinggal bersama suami nanti...
cuma sekarang ni tinggal bersama keluarga. paham saja lah  macam mana  keadaannya, rumah mak dah macam tongkang  pecah, penuh perabot daku, nak privasi, nak hakimi main-main dalam biliknya sendiri, nak mak ayah berehat selepas daku ambil hakimi dari kerja.. haihh macam-macam pikir!

biarpun rumah kecik tapi orang cakap rumah sendiri terasa kepuasannya..walaupun gaji kecik pasni janji ada harta untuk diri sendiri dan keluarga. cukup la makan apa yang ada. tapi nasib la tinggal di kampung sendiri jimat sikit. Alhamdulillah..

doaku, 
moga cepatlah proses rumah ini siap, cepat pula dapat CCC/CF.. deko apa yang ada..supaya daku anak beranak dapat tinggal di rumah idaman ini dengan cepat..Amin...



*********************************************************************

Home Progress: Part 1 Booked
Home Progress: Part 6 Januari 2015
Home Progress: Part 7 Februari 2015
Home Progress: Part 8 Mac 2015
Home Progress: Part 9 April 2015
Home Progress: Mei 2015
Home  Progress: Jun 2015



Lirik Lagu ''Hanya NamaMu'' - Caliph Buskers







Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukmu
Ku doa agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukmu
Ku doa agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti


Monday, June 15, 2015

Tinggal Berasingan Dari Keluarga




Alangkah bahagianya jika dapat tinggal di rumah sendiri. Ada privasi. Hanya kita bersama suami dan anak anak. Biar susah macam mana pun hanya kita yang tahu kehidupan kita.. belajar hidup berdikari..

Tapi setakat ni terpaksa la menumpang rumah keluarga sementara rumah nak siap.. bila kah masa itu akan tiba???

bersabarlah azizah~~  huhuhuhu -_-"


Posted via Blogaway



Sunday, June 14, 2015

Menang Tissue Box Hanger Dari Kameq Deanna



Rezeki menang Civeaway dari Kameq Deanna dapat Tissue Box Hanger ni.. Alhamdulillah :)
corak vintage lagi tu... cantik kan...




nanti boleh pakai untuk rumah baru...weee~~ Best!!

terima kasih kak... ada giveaway lagi...jijah sudi joinn...hahahaha :p





Posted via Blogaway



Saturday, June 13, 2015

Thursday, June 11, 2015

Mencari Kipas Silling



Sabtu lalu makayah ajak pergi Nilai 3. Konon nak survey2 kipas lampu untuk rumahkusyurgakuaz nanti..konon la sangat...padahal dah beli pun. Muahaha


Padahal CF dan kunci pun tak dapat dah beli..sayang je waranti kalau beli awal awal kan. Nak buat camner bukan selalu pergi Nilai 3 tu padahal bukan jauh pun.

agak blur bila dah sampai kedai lampu.. rambang mata dibuatnya.
dah alang-alang sampai Nilai 3 terus la beli.. beli 1 kipas jenama DEKA, 2 lampu siling. berhabis gak la RM1k...huhuhuhu





tengok macam laju je. so belilah Kipas jenama DEKA. lagipun dia boleh speed forward, speed reverse dan cooling reverse ventilation. macam menarik! designnya pun smart!

beberapa hari lepas tu ayah sengaja nak try test kipas ni.. sekali tak kuat anginnya padahal dah sampai speed 5!!..LOL!






berbanding kipas KDK kat rumah mak. laju lagi KDK 3 bilah ni! cisss! rugi je beli DEKA.. nampak je cantik tapi slow. huhh!

sekali kat group FB DRKSK ada bincang pasal kipas ni..baca komen ramai suggestkan kipas jenama KDK dan Panasonic! lama dorang pakai hasil semua puas hati.

maka bincang dengan makayah dorang ambil kipas DEKA ni dan daku perlu mencari kipas jenama lain untuk rumah sendiri nanti..Alhamdulillah lega dengar :)

apa yang daku tahu jenama KDK memang specialist dalam kipas sahaja..

cuma nak tanya korang, 
1) jenama kipas apa yang korang pakai sekarang?? ok ke tidak? 
2) berapa tahun pakai? 
3) KDK o Panasonic atau jenama lain yang bagus?

tq korang ^___^






Tuesday, June 9, 2015

BB Cream by SeqyBeauty


Tak lama lagi bulan puasa korang....pastu hari raya menjelma...Siapa tak nak nampak cantik masa bulan ramadhan dan hari raya kan?? semua  orang nak!! termasuk la diri sendiri ni..  kalau kulit cantik tak payah susah-susah nak pakai apa-apa produk kecantikan! tapi masalahnya tak...


ramai yang tanya foundation apa yang best?? kat sini daku nak share satu produk yang daku sendiri pakai dan hasilnya puas hati! testimoni diri sendiri wajiblah di sebar-sebarkan buat semua pembaca blog ni kan?? lagipon ramai juga blogger pakai bb cream ni termasuk namee roslan.. sharing is loving ma~~ 


ok ok.. daku pakai sekarang ni‎ BB Cream‬ keluaran Seqybeauty‬. Kalau korang jenis yang tak pakai mekap macam daku, jenis suka sapu krim sunblock je untuk cover kulit, memang sesuai sangat guna BB Cream ni. Besttttt sangat pakai! sebab bila pakai kulit nampak glowing, flawless padahal bb cream je no bedak! sebab dia melindungi wajah, sebagai make up asas, menutup cela.




Di datangkan dengan botolnya halus, senang nak selit dalam handbag untuk bawa kemana mana. oh ya, daku pakai Code 2 - Natural. sesuai untuk semua jenis kulit

Keistimewaan BB Cream by Seqy Beauty:

-Sesuai untuk semua jenis kulit
-Menutupi cela di muka
-Sebagai bedak asas
-Lebih ringan dari foundation
-Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
-Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF30+)
-Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
-Wajah tidak berminyak sepanjang hari
-Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga kulit menjadi tetap sihat
-Melambatkan penuaan
-Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia
-Mencegah bintik-bintik hitam


eh korang!! 
Memandangkan ada promotion bulan ramadhan ni anda boleh jimat RM15 daripada harga biasa tau....haa banyak tu jimat...so boleh pilih mana yang berkenan di hati. so grab it fast sebab combo ni sampai 30 Ramadhan je... raya dah harga biasa ye sayang-sayang semua...






ada lagi produk yang best dari SeqyBeauty macam Sakuramask SQB sesuai untuk kulit berminyak, berjeragat dan tona kulit tak sekata. luka kena air panas pun boleh pakai! woww kan... skincare pula sesuai untuk kulit berjerawat tapi kulit normal boleh je pakai. takde masalah...nanti daku share sakuramask tu lain entry ye :)




Masih taknak try lagi ke?? kena try juga ni baru tahu keberkesanannya...boleh contact:


WhatsApp : Kak liza +60 17-394 5948
IG : @estrella_onlineshop
Blog : shopperslandz.blogspot

open for drophisp!!


Butik Vendor: 1. Popdonna Bangi, Seksyen 9 ( sebelah Manjaku atas Zoukspa) Bangi
2. Thepopulous, Seksyen 8 (sebaris sendayu tinggi atas tateh) Bangi,
3. Sistersvendeur, PD Waterfront Port Dickson ( sebelah pizza hut)

Area COD : Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Senawang Port Dickson, Nilai



Saturday, June 6, 2015

Indahnya Masa Kecil Dulu Tanpa Gadget


Tersenyum sendiri bila teringat balik permainan masa kecil kecil dulu..
Sapa pernah lalui pengalaman begini ?? 
Rasanya yang lahir tahun 80an 90an semua pernah mungkin.
Nostalgia bukan..




dulu mak jual ais krim malaysia ni 20sen je..petang petang budak2 penat main takraw kat depan rumah dorang datang rumah beli..macam-macam perisa ada..




kat sekolah dulu ada jual katalog name card ni. macam-macam gambar kita boleh order pilih.pastu bagi kat kawan-kawan "this is my card" kononnya. Paling best lagi bagi "name card" ni kat suami. yelah masa tu tingkatan satu. Lucu bila teringat.. sampai sekarang dia ada simpan. satu keping je! memang kenangan!




ini memang daku minat! beli dan potong..pastu tukar2 baju dan aksesori main dengan adik..rindunya!!




banyak lagi lah.. main guli,gasing, congkak, batu seremban..rindu kan kenangan dulu..indahh sangat!
korang bagaimana  pula??

Posted via Blogaway




Thursday, June 4, 2015

Festival Pantai Port Dickson 2015 4-7 Jun 2015





Bermula sekarang tengah berlangsungnya Festival Pantai Port Dickson 2015. Terdapat lebih 30 aktiviti serta pertandingan sedang di jalankan termasuklah:

Pertandingan Azan



Pertandingan Ukiran Pasir: membina istana pasir


Pertandingan Nasyid Terbuka



5 Jun 2015

Pertandingan Pakaian Seragam


Sunset Busking



6 Jun 2015
Konsert Pantai Port Dickson



7 Jun 2015
I Love PD Run


Cabaran Tarik Tali



apa lagi jom riuhkan Festival Pantai 2015 sekarang di Pantai Saujana Port Dickson!