Friday, July 31, 2015

Wednesday, July 29, 2015

Maybank Yippie-i Untuk Anak


Duit raya hakimi untuk tahun ni kira banyak juga. Alhamdulillah..  cukup la untuk buka akaun simpanan Maybank Yippie ni.

nak buka buku akaun Maybank Yippie ni minima deposit RM250 untuk dapat tabung harimau..

untuk buka buku akaun Maybank Yippie ni perlu bawa:

1. Mykad (asal dan salinan)
2. Mykid dan Sijil kelahiran (asal dan salinan)
3. Borang di isi di bank nanti

Alhamdulillah hakimi dah ada akaun Maybank Yippie Islamic! maka dapat lah tabung duit syiling patung harimau ni.

lepas ni senang nak deposit duit guna buku dan mesin ATM..



Lengkap sudah akaun simpanan untuk anaksoleh hakimi iaitu Tabung  Haji, SSPN dan  Maybank Yippie! 

semoga zulhakimizaim rajin menabung dan dimurahkan rezeki untuk buat simpanan duit dalam akaun-akaun bank ni. Amin..

SSPN akan  di update next entry! stay tuned tauu~~


Tuesday, July 28, 2015

Senarai Penuh Kabinet 2015


Senarai Rombakan Kabinet 2015




Senarai Penuh Kabinet 2015

PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Najib Razak 

TIMBALAN PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

MENTERI KEWANGAN: 
Datuk Seri Najib Razak 

MENTERI KEWANGAN II: 
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Chua Tee Yong 
2. Datuk Johari Abdul Ghani 

MENTERI PERTAHANAN 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mohd Johari Baharum 

MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 
2. Masir Anak Kujat 

MENTERI LUAR NEGERI 
Datuk Seri Anifah Aman 

Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
Datuk Seri Mustapa Mohamed 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 
Datuk Seri Ong Ka Chuan 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ahmad Maslan 
2. Senator Datuk Lee Chee Leong 

MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr S.Subramanian 

Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 

MENTERI PENDIDIKAN: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid 

Timbalan Menteri: 
1. P.Kamalanathan 
2. Chong Sin Woon (Senator)\ 

MENTERI PENGAJIAN TINGGI 
Datuk Seri Idris Jusoh 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mary Yap Ken Jin 

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin 

MENTERI PENGANGKUTAN 
Datuk Seri Liow Tiong Lai 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi 

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas 

Timbalan Menteri: 
Datuk Noriah Kasnon 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Jailani Johari 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: 
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Alexander Nanta Linggi 
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: 
Datuk Wilfred Madius Tangau 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ir Hamim Samuri 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: 
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman 

MENTERI KERJA RAYA: 
Datuk Seri Fadillah Yusof 

Timbalan Menteri: 
Datuk Rosnah Rashid Shirlin 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 
Datuk Hamzah Zainuddin 

Timbalan Menteri: 
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim 

Timbalan Menteri 
1. Datuk Azizah Mohd Dun 
2. Senator Datuk Chew Mei Fun 

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem 

Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 

Timbalan Menteri 
1. Datuk loga Bala Mohan 

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin 

Timbalan Menteri 
1. Datuk M Saravanan 

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 
2. Nancy Shukri 
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 
4. Datuk Wee Ka Siong 
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
6. Senator Datuk Seri Idris Jala 
7. Tan Sri Joseph Kurup 
8. Datuk Joseph Entulu Belaun 
9. Datuk Seri Shahidan Kassim 
10. Senator Paul Low Seng Kuan 
11. Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri 
1. Datuk Razali Ibrahim 
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki




Lepas ni kena ingat nama Menteri dan Timbalan Menteri yang baru ni. penting untuk temuduga apa-apa jawatan dalam perkhidmatan awam!


sumber: Berita Harian Online



Survey Akaun Simpanan Untuk Anak


Duit raya anaksoleh zulhakimi zaim untuk tahun ni kira Alhamdulillah banyak juga..rezeki rayoo~~
maka mama pun berpikir-pikir untuk bukakan lagi akaun simpanan untuk hakimi..

lepas buka Akaun Tabung Haji dan daftar  haji, rasa nak saving ke akaun lain..dalam pikiran ni antara SSPN dan maybank yippie..
SSPN memudahkan bila hakimi nak melanjutkan pelajaran nanti..maybank pula untuk simpanan keluar masuk..

korang ada pengalaman tak? 
ke ada akaun simpanan lain selain daripada 3 di atas..sharing is loving ma...

Kadar Kelayakan Pinjaman Perumahan 2015



Kadar Kelayakan Baru Pinjaman Perumahan Mulai Januari 2015


Seperti mana sedia maklum, semasa perbentangan Bajet 2015, Kerajaan,melalui Kementerian Kewangan dibawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia telah mengumumkan bahawa had kelayakan minimun pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,00 dan bagi kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Syarat untuk permohonan pinjaman perumahan 2015 bagaimanapun adalah tertakluk dengan tangga gaji pemohon.

Kadar Kelayakan Baru Pinjaman Perumahan Malaysia dan Pemansuhan Wang Proses- Berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Para kakitangan awam yang ingin membuat pinjaman rumah bolehlah rujuk jadual :






Walaupun kelayakan pinjaman perumahan makin tinggi untuk melayakkan rumah yang besar tapi bulanan pun turut tinggi. Beli rumah mengikut kemampuan. Biar kecil janji rumah sendiri yang selesa.

Monday, July 20, 2015

Raya ketiga Dan Pertunangan Sepupu


Raya ketiga balik kampung belahmak di tangkak johor. Sepupu bertunang.
Di samping beraya kita buat majlis pertunangan sekali. Baru lah meriah raya dengan kehadiran sedara mara sepupu sepakat.




Sepupu bertunang dengan orang melaka. Tentera udara kaoo.. lengkap la keluarga. Ada polis..tentera darat..tentera laut dan tentera udara. Hehehe

Selamat bertunang sepupu.. semoga selamat mendirikan rumahtangga nanti. Bahagia ke akhir hayat..

Ohh..Indahnya beraya di desa.. sanak saudara sama meraikan..




Saturday, July 18, 2015

Satu Syawal 2015




Alhamdulillah selesai sudah 1 syawal yang penuh meriah. Seronoknya tengok orang upload profile pic raya baru. Cantik cantik semuanya..

Amacam dengan 1 syawal anda? Meriah? Dapat bergambar dengan sanak saudara semua? Mestilah ada kan...

Inilah gambar 1 syawal keluarga kecikku..



2015 bertiga..inshaaAllah 2016 berempat :)


pagi tu lepas kami suami isteri balik kerja siap2 pergi kubur arwah abg daku kemudian pergi rumah mertua 10minit dari rumah mak. Lepas solat jumaat gerak balik kampung belah suami di seremban sampai lewat malam.

Alhamdulillah satu hari raya pun dah banyak koleksi duit raya anaksoleh zulhakimi zaim tu. 
Hari ni suami pula duty. Daku pula amik kesempatan berehat2 di rumah tunggu kedatangan orang beraya.. InshaaAllah raya ketiga esok balik kampung tangkak pula belah mak daku..

Eh korang..!! ramaikan tema biru tahun ni.. sedondon la kita ye tahun ni. Hahahaha takpe sharing is loving. Lalalala





Wednesday, July 15, 2015

Tips Balik Kampung Dengan Selamat


Hari ni pasti ramai dah balik kampung masing-masing kan..seronoknya korang ada kampung. macam daku kerja kat kampung sendiri, rumah keluarga dan mertua pun sini. so memang tak lari kemana- mana lah...

pada yang pulang ke kampung berhari raya, yang duk jauh-jauh tu sebelum pulang pastikan buat tips berikut:




Patuhi undang-undang demi keselamatan anda dan keluarga tersayang..
pandu cermat jiwa selamat!

Salam Aidilfitri korang!
Maaf zahir batin :)





Keputusan Giliran Cuti Raya 2015


Kalau ikutkan tahun ni raya syif malam.. siang dapat lah beraya tapi dah kata rezeki.. junior bagi cuti raya dia..dia nak balik kelantan raya ke tiga..hehehe rejekii!!

hari ini (rabu) dan (esok) khamis syif malam, jumaat raya tu baru balik syif malam jam 8am. adehhh orang lain sibuk dah siap-siap pakai baju raya, makan ketupat,lemang daku baru balik kerja..huhuhu mata panda la haku time raya nanti! sobb~~

tahun ni juga dapat cuti sampai raya ke tiga.. suami pun sama..nasib baik nikah dekat-dekat, satu kampung, mudah! so keputusan giliran raya:

1. Malam raya masing-masing kerja.

2. Pagi raya pertama tu balik kerja, suami pun balik dari kerja di Klang.. selesai bersalam-salaman beraya dengan mak ayah daku, menziarahi kubur arwah abg, giliran ke rumah mertua tak jauh 10minit dari rumah mak dan beraya di sana. petang tu kalau ada plan nak balik kampung keluarga suami kat Seremban.

2. Raya kedua, Suami duty. so rasanya daku pun tak berjalan kot! berehat..melainkan mertua nak bawa hakimi beraya..huhuhu

3. Raya ketiga, Suami balik dari kerja, rehat..siap-siap balik kampung mak di Tangkak Johor sebab sepupu daku bertunang. biasa balik Tangkak pun balik hari..


fuhhh~~ nasib baik la kerja di kampung sendiri..keluarga mertua pun sini.. walaupun dekat kadang-kadang berebut gak..biasalah tu kan..hahaha lebih-lebih lagi kita ni kerja nurse bukan dapat cuti raya tiap-tiap tahun..maka terpaksa plan baik-baik..so macam ni lah cara gilirannya tahun ni...hehehe

Semoga yang ada kampung banyak dan jauh-jauh tu tabah menghadapi perjalanan balik kampung anda..jangan berebut-rebut tau!!



Berhati hati di jalan raya..Selamat Hari Raya! 
^_____^



Tuesday, July 14, 2015

Kad Raya Dari KisahEmasPutih.com





Kad raya ke empat ini datangnya dari duta produk kecantikan dan blogger terkenal uzu.
Suka gambar uzu yang cantik manis dalam kad raya tu. Cantik kan...

Terima kasih uzu sudi bagi akak kad raya ni.. 
Salam Lebaran buat uzu dan keluarga yang beraya di sabah..


Blog:



Persiapan Raya 2015


Bagaimana persiapan raya korang tahun 2015 ni??

Alhamdulillah baju raya kami sekeluarga dah settle..tema royal blue! beli sepasang di Uptown Senawang.. baju jalan hakimi cukuplah dua pasang seluar jeans dan kemeja, untuk mama dan papa cukuplah sepasang baju raya tu..lain-lain pakai baju lama.. yang penting persiapan si kacak tu..ekeke :p

Baju sudah.. 
bab kasut anaksoleh ni pula jenuh mencari sebab jari jemari kembang sangat! last-last dapat la ala-ala crog jenama Adidas..satu lagi kasut sarung saiz 27! harap-harap selesa dengan dia..mama punya biasalah jenama Verns di hati..weee~~ :)




kasi mama melaram raya tahun ni..hakimi papa yang pegang/dukung.. mama memang tak larat dah.. perut makin membesar -_-"

haaaa bab biskut raya memang sah daku tak buat! ini ayah beli dah siap je.. yang daku beli kerepek,kekacang raya..sebab tahu kerepek,kekacang ni lebih laku dari biskut raya... mihmihmih




duit raya dah siap tukar RM1 dan RM5 untuk anak-anak sedara..dan anakanak yang datang beraya rumah ayah dapat lah nanti..hehehe

so... kita tunggu je raya nanti macam maner.. harap-harap meriah la.. kebetulan tahun ni dapat cuti raya lagi! yeyyy!!

eh! bagaimana persiapan korang pula..jom share!



Kerepek dan Kekacang Raya


Kalau rumah orang lain time raya penuh dengan berbagai biskut raya. Lain pula rumah daku.. kerepek kekacang memenuhi balang raya. hehe

Apa tak nya biskut raya ni tak laku di makan kecuali kalau biskut raya tu almond london,tart nenas itu memang habis. 
Hahaha setuju??

Kekacang kerepek raya ni order dari member wad.. dia beli dari kilang di KL..tu je dapat sponsor untuk keluarga..




Sambil borak2 sambil mengunyah tak perasan habis sebalang. Hehehe

Korang bagaimana pula? Suka biskut raya ke kekacang raya??



Posted via Blogaway

Monday, July 13, 2015

Yeyy Hakimi Ada Rambut Raya!



Setiap kali tiba musim perayaan mula la panjang rambut anaksoleh ni. Time ni juga la bercinta nak gunting rambut beliau.


Masuk je kedai gunting rambut da seriau. Nangis macam kena dera. Stress mama nak!! kalau nampak india yang gunting lagi nangis..dengan amoi kurang sikit.huhuhu



Nak tak nak rambut kena gunting gak. Dah menutupi mata dan telinga. Nampak dia pun rimas.



Akhirnya tobek kiri.. tobek kanan.. belakang tinggalkan jambul kat depan. Hehehe
amacam?? hensem kan hakimi sekarang...mihmihmih

Friday, July 10, 2015

Kad Raya Dari Azhafizah.com


Suka design kad raya fiza tahun ni. Smart! 
Fiza design sendiri.. dia print sendiri. Untungnya bila berbakat besar dalam bab design2 ni kan..

inshaaAllah tak lama lagi fiza buka bidang printing pula..leh la kita order design apa juga kad dan printing dengan beliau!

Apa2 pun jijah beruntung gak sebab dapat sebahagiaan daripada kad raya fiza ni. Hahaha
Terima kasih fiza.. muahh :p


jom singgah blog sifu jijah ni:




Posted via Blogaway


Tips Kasut Ibu Mengandung Atau Beranak Kecil


Raya ni mesti mummy semua sibuk nak beli kasut baru kan? 
Opss...!! bagi yang tengah hamil atau beranak kecil tak usah lah feeling2 beli kasut tumit tinggi ye!

Tips Kasut Ibu Mengandung Atau Beranak Kecil


-gambar hiasan-


1) Flat shoes/tapak rata - no tumit2 takut nanti terpelecok jadi hal lain pulak. biarlah pakai yang flat senang nak bergerak lebih-lebih lagi anak yang lasak ke sana ke mari..

2) Kasut jenis mudah disarung - tak payah nak design yang bertali2 bagai, maklumlah dengan perut makin besar tentu susah nak tunduk ikat tali. Yang ada baby pulak, mesti tak sempat nak ikat2 tali sebab anak dah nangis dulu.

3) Tetap Stylish - Sapa kata mengandung @ ada anak kecik mummy tak boleh bergaya. Sekarang ada macam2 pattern kasut flat yg stylo tau. So jangan lupa juga pilih kasut yang cantik dan bergaya.


sumber: Pa&Ma



Thursday, July 9, 2015

Kad dan Duit Raya Dari DuniaShida.Com



Kad raya dari blogger shida paling di nanti-nanti sebab dia pos dah lama. Sampai la semalam baru sampai. jenuh menunggu takut tak sampai je.. bukan salah alamat pun...

Risau lagi sebab ada duit raya untuk anaksoleh zulhakimi zaim sekali..*motif sangat* hehee rezeki anak soleh tu awal-awal da dapat duit raya. Alhamdulillah)


Terima kasih banyak-banyak auntie shida..moga di murahkan rezeki selalu ^^,





Posted via Blogaway

Wednesday, July 8, 2015

Gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa


Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

#Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
  1. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
  2. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
  3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
  4. Kurangkan kadar makanan dari biasa
  5. JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
  6. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.


Cara berpuasa yang tidak berkesan:

  1. Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka) (ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
  2. Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
  3. Mengulangi makan sepanjang malam.
  4. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
  5. Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
  1. Kopi dan teh.
  2. Air paip masak yang tidak ditapis.
  3. Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
  4. Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
  5. Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga (14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.
Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 

"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."



Tuesday, July 7, 2015

Do's And Don'ts Untuk Ibu Mengandung


Fasa awal kehamilan merupakan saat paling penting bagi pertumbuhan janin, 
Oleh itu sangat penting untuk kita ketahui apa yang MESTI di lakukan (DO) dan apakah yang MESTI ELAK (DON'T) semasa mengandung agar pertumbuhan janin berada di tahap maksimum..






salam sihat :)
:
v


1. B-Complex 

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 

2. Vitalea

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


3. Vita C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .

4. Ostematrix

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu, ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.


5. Omega Guard

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Inilah supplement yang ibu kat luar sana wajib consume bila hamil.


Nak dapat rezeki anak bukan senang maka berusaha lah untuk memberikan makanan supplement terbaik untuk bayi anda dalam perut anda. Anda makan bayi anda dapat khasiat!




CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant




Monday, July 6, 2015

6 Tanda-tanda Tubuh Terhidrat


Dehidrasi berlaku apabila tubuh kita kekurangan air & bendalir lain untuk berfungsi dengan baik yang mana boleh menjurus kepada darah beku, sawan dan beberapa komplikasi lain yang boleh membawa maut.

6 Tanda-tanda Tubuh Terhidrat/ Kekurangan air







Adakah pengambilan air seharian anda mencukupi??


Posted via Blogaway

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
 [ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan. 

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah 
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat. 

3. Penghantaran Yang Fleksible 
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan. 

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :) 
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50. 

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 012-296 1085. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi PritingrServices dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Sufi Printing Services , Emas Putih , Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum :)