Monday, August 31, 2015

Friday, August 28, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Wednesday, August 26, 2015

Giveaway Anak Merdeka 2015!

2015

klik banner untuk join


Hadiah yang ditawarkan:
  • 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang
  • 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang
  • 1 custom sticker x 2 pemenang
  • 1 puzzle x 1 pemenang
  • 1 car stripe sticker x 2 pemenang
10 pemenang bertuah dicari!!!
Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)



Tuesday, August 25, 2015

Ikhtiar Mendapatkan Anak


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.

Antara ikhtiar untuk mendapatkan anak adalah:


Amalkan makanan sunnah



Tekanan perasaan boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Maka tenangkan diri dan dapatkan rehat secukupnya.




Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal biasanya subur. Secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan pengiraan mudah. Andaikan kitaran haid anda adalah selama 30hari. Anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang. Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke-14 (30 tolak 16)




Amalkan Doa Nabi Zakaria dari Surah Ali-Imran ayat 38 dan Zikir Untuk Hamil ini



Amalkan minum susu kambing bersama kurma




Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung dan merawat kesuburan pada lelaki. Boleh baca sini Asid Folik Kepentingan Sebelum dan Semasa Hamil



Jauhi rokok



Yakinlah Allah Maha Dekat dan Maha Memperkenankan Doa, 
dan tiada yang mustahil sekiranya Allah mengkehendakinya..

Berdoalah!
Berdoalah dengan yakin dan penuh harap..



Sampai masa inshaaAllah kita akan di kurniakan rezeki anak! Amin..mudah-mudahan...



untuk dapatkan Set Untuk Hamil Shaklee dengan harga menarik!!
azizah
013-2378013


Before And After Having Children






Bila tengok gambar ni tak di nafikan memang betul. Sebelum punyai anak dan selepas punyai anak.

Tapi atas kita sebagai ibu bapa jugak... 
Kita tunjuk contoh, kita kemas depan anak, ambil letak balik dalam raga nanti lama2 anak akan belajar.. dia ikut apa kita buat.

Biar la anak nak main bersepah pun.. Mereka dengan dunia imaginasi mereka. Itu dikatakan sel sel otak sedang berhubung..Nantu bila mereka dah penat, tido. Kita kemas balik. Jangan pulak dimarah anak tu masa dia tengah main. Kita membantutkan imaginasi dia.. Tengah kreatif..biarkan..



Nasihat tetap nasihat.. biar je mereka buat apa pun janji pantau. Ajar mengemas nanti mereka pun tahu mengemas bila dah habis main.

sekadar peringatan buat diri sendiri..




Monday, August 24, 2015

New Laptop HP!



Yey.. mama dah ada new laptop.. 
boleh la mama berblogging dengan senang hati pasni. Hehe



tak mampu nak pakai Apple.. beli HP pun jadilah..
nak beli ASUS takde stok pula..lagipun harga sama.. rembat jelah HP ni..
sekadar dapat blogging, dengar muzik, tengok movie jadilah ^___^

sila berkhidmat lebih lama ye si blackyHP..muahhh xoxo




Posted via Blogaway

Friday, August 21, 2015

Kami Berhak Di hormati


Makin rancak orang kutuk profession jururawat ni kan..



Kami sebagai Nurse WANITA langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami sendiri. Ko ingat nurse ni suka ke nak ambil kesempatan ke ape. 

Pesakit sendiri tak berdaya nak kencing berak,kekadang mandi pun nurse tolong mandi/lapkan..nak harapkan keluarga, memasing ada tuntutan masa n kerja ..time free je datang melawat....

orang macam ni sombong bodoh! mohon Allah ampun kan dosa che cham ni.. huh!





Kami berhak di hormati!
kami tak minta ucapan terima kasih tapi cukuplah menghormati profession kami..



Wednesday, August 19, 2015

How To Choose The Correct Rug Size


Tips untuk memilih permaidani yang sesuai untuk ruang-ruang di rumah.
















Lepas tengok rajah di atas baru tahu susunan sebenar permaidari..patutlah ruang menjadi sempit bukan??

kadang-kadang permaidani pun memainkan peranan penting dalam menentukan ruang lebih besar dan selesa selain susunan perabot itu sendiri.

so..lepas ni boleh la ubah mana-mana tempat yang rasa perlu diperbaiki..

selamat mendeko :)


Monday, August 17, 2015

Takde Istilah Privasi Dalam Hidup Seorang Ibu





Begini la bila dah jadi ibu. Takde istilah privasi. Kadangkadang nak lepaskan hajat terpaksa bawa si kecik sekali.

Macam hakimi sampai sekarang mandi dengan mama. Asal mama nak mandi sorang dia dah menangis sambil ketuk pintu bilik air. Seorang ibu mana lah boleh tahan kalau anak menangis kan..

Melainkan kalau dia tidur dapat la mama mandi lelama..

So korang bagaimana??
Like if u can related!!

Posted via Blogaway

Thursday, August 13, 2015

Home Progress: Progress Julai 2015


Patutnya dah siap dah..rupanya ada hal tak dapat di elakkan berkaitan dengan pembentungan..terpaksa tangguh kerja sementara waktu untuk settle dengan Majlis Perbandaran.. jadi makin lambat lah siapnya..hukhukhuk :'( 
kawan-kawan lain beli rumah dah dapat kunci.. [nangiss :'(..]

sekarang hal itu dah settle.. baru kerja2 dijalankan seperti biasa.. sekarang ni tengah pasang kabel2 elektrik TNB, tiang elektrik pun dah berdiri megah di sana! 

pembentungan air masalahnya hari tu sebab laluan longkang taman ni akan keluar ke longkang politeknik sebelah. jadi takut tekanan air dari taman ni terlalu laju akan menyebabkan longkang di longkang politeknik tak dapat menampung seterusnya akan berlaku banjir. haihh! tak reti nak explain -_-"





bila elektrik, longkang pembentungan dah siap barulah jalan di tarkan! itu ini hujung tahun lah jugak siapnya..time tu rumah nak siap..time tu juga bersalin memang tak lah..tahun depan nampaknya baru leh  duduk..sobb~~maka bertabahlah..

semalam sign agreement dengan syarikat air (SAINS)! duit air tolak dari deposit rumah nanti..

Wednesday, August 12, 2015

Nak Laptop Baru!!


Kadang-kadang ada..kadang-kadang takda..
kadang2 satu entry..kadang2 dua tiga hari baru ada entry baru...

Mood menulis dan berblogging makin menurun bila laptop buat hal.. bukan rosak apa apa pun cuma nak taip lambat bila sesetengah button huruf hilang. -_-"



Almaklumlah laptop ni nak menjangkau usia 10tahun. Macam macamlah rosak.
1.Takde suara speaker.
2.CD drive rosak.
3. Button huruf tercabut
4. Kadang2 termati sendiri! padahal dah tukar bateri baru..

Banyak kali niat nak beli laptop baru. Tapi harga >RM1k buat makk berpikir 10x!!
Baik beli PC je teruss.. !! nak beli PC tapi rumah baru lom dapat duduk lagi!!
nak update guna  hp  tak puas  pula rasa!!

Any suggestion laptop apa yang paling baru..??
Lama wei tak beli atau survey laptop ni..
Ni pun jenis lama ACER Aspire 4520..hukhukhuk



Tuesday, August 11, 2015

Usiamu 1 tahun 11 bulan


10 ogos@ 1 tahun 11 bulan usiamu..

Kuat merajuk..
Kuat mengamuk..
Kuat membebel..
Kuat bercakap..
Kuat menyanyi..
Kuat mengemas
Semua kuatlah!! Kecuali kuat makan!!

Banyak perkataan dah pandai cakap.. dah pandai mengira 123. ABC.. Aliff Ba Ta..

Alhamdulillah..Pada usia 11 bulan tahun lepas dia dah pandai berjalan..

Terasa cepatnya awak membesar sayang.. !! Tak suka bila org cium dia.. peluk2 dia.. maluu la tu dah besar.. huhu



Rindu mama nak gomol2 awak.. serius mama rindu!!
Membesarlah dengan sihat. Bijak,alim dan beramal ye sayang.. 
mama love u!! nothing can stop it!!

Posted via Blogaway




Friday, August 7, 2015

Idea Colour Scheme Untuk Ruang Rumah


Padanan warna atau Colour Scheme beri kesan yang cantik untuk hiasan dalaman sesebuah rumah. Anda bebas bermain dengan menggunakan berbagai kombinasi warna untuk menciptakan kesan sesuai mengikut citarasa anda. 

Contoh padanan warna mengikut pilihan warna cat dan perabot. cantik combinationnya kan?? idea untuk rumah baru anda!!













simpan buat rujukan nanti. walaupun bukan interior designer bertauliah tapi sedikit sebanyak info ini dapat membantu untuk membuat pilihan padanan warna untuk ruang kediaman sendiri nanti.