Monday, September 28, 2015

2nd Pregnancy Diary: Alahan


Mama risau tau sepanjang pregnantkan adikbaby ni mama takda alahan.

mama terpikir dalam hati:

"ye ke tidak mengandung ni? upt positif tapi takde tanda-tanda mengandung!"
orang cakap jangan minta..
btw syukur mama takde alahan...seksa juga tengok kawan2 yang mabuk teruk tu kan..lembik je..kesiann...

Mengandung kali kedua ni kalau mual mual biasa tu ada la sikit. lepas gosok gigi je mesti loya nak muntah..trauma betul mama nak gosok gigi tau! 

Sifat pemalas nak buat kerja. Nak baring je masih sama macam dulu.. hahahaha membosarkan perut je..mihmihmih

selera makan pun banyak..tapi tak terasa nak mengidam macam-macam.. awal-awal dulu suka makan asam. suami pun sama :)

Harap harap adikbaby ni perempuan walaupun mama takde alahan. Biar dapat sepasang pastu mama nak berehat sekejap. Hahaha

InshaaAllah mudah2an lah perempuan dan mama berjaya VBAC! AMIN..


err~~ betul ke ni??





Saturday, September 26, 2015

My Weekand Husband


Lama tak citer encik navy kesayangan dalam blog ni.. :)
sebenarnya dah setahun dia draft di Pulau Indah Klang, sebelum ni 5 tahun di Sabah.
jadi bila dia di Klang ni mudah sikit nak berulang alik dari Klang-Port Dickson.
cuma bawa motor dari Klang agak berbahaya. jadi dia ambil keputusan jumpa time weekand je.. jadilah my weekand husband! muahahaha :p

beginilah bila anak beranak videocall setiap hari! papa rajin melayan si anak soleh tu bercakap. si anak soleh tu pula memang suka membebel sekarang ni..letih mama nak jawab satu satu pertanyaannya.. hahaha




walaupun jumpa time weekand jadi lah dari susah nak jumpa kan..
ni dah setahun draft kat darat. dah dua tahun nanti kena draft tempat lain pula takut kena belayar lagi.. itu yang makk tak gemor tuu! huhuhuhu


apa-apa pun happy with u darling!
janji kita bahagia kan kan.. hakhak...




Thursday, September 24, 2015

Wednesday, September 23, 2015

Daun Bayam Untuk Wanita Hamil


Image result for bayam
MANFAAT DAUN BAYAM UNTUK WANITA HAMIL


Bayam terkenal sebagai makanan yang berkualiti dan dianggap sebagai sayur-sayuran yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk memulihkan tenaga, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan kualiti darah.

Tidak hairanlah jika bayam selalu dikaitkan dengan popeye untuk mendapat tenaga.



Bayam sangat bermanfaat untuk wanita hamil dan individu yang mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Ini disebabkan daun bayam kaya dengan zat besi.

Zat besi memainkan peranan penting dalam pembentukan sel-sel darah merah yang membantu dalam mengangkut oksigen ke seluruh badan, dalam pengeluaran tenaga dan sintesis DNA.

Bayam juga merupakan sumber terbaik vitamin K, vitamin A, vitamin C dan asid folik dan juga sebagai sumber yang baik mineral seperti mangan, magnesium, besi dan vitamin B2.

Bayam adalah salah satunya sayuran yang membekalkan Vitamin K. Satu hidangan 100g menyediakan 23 kalori, 3g protein, tiada lemak, 4g karbohidrat 2g serat.

Warna hijau gelap daun bayam menunjukkan ia mengandungi tahap klorofil dan karotenoid (beta karotena, lutein dan zeaxanthin) yang tinggi.

Bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser dan sangat penting untuk sihat mata penglihatan, membantu mencegah degenerasi macular (kerosakan mata) dan katarak.







Tuesday, September 22, 2015

Mak SuperWomen Yang Hebat!


Usia mak dah 62 tahun pun tapi muka memang tak nampak tua! mana tak nya semua ubat dia telan. sampaikan jamu yang daku tak habis masa pantang dulu pun dia makan. hahahaha

kadang kadang daku terpikir macam mana mak uruskan rumahtangga, kemas rumah, masak, mandikan dan jaga hakimi. sebab bangun tidur mak akan siap-siap pergi mengaji, ayah akan hantar mak dan ayah bawa hakimi pergi stesyen taxi (ayah driver taxi) sementara mak mengaji. mak akan balik jalan kaki dari rumah mengaji. balik nak mandikan hakimi pula, basuh baju, masak pula sambil jaga hakimi. sampai masa hakimi tidur, mak tidurkan pula.

daku?? 
balik kerja  dalam kul 3pm tahu makanan dah siap bawah tudung saji dan makan! kalau hakimi dah bangun memang tak boleh nak buat apa. mula la perangai mengada-ngadanya, berkepit setiap saat sampaikan nak kencing dan mandi pun dia melalak! kadang2 stressnya rasa! tu baru berapa jam jumpa hakimi..

pelik macam mana mak boleh tahan dengan perangai hakimi yang suka merengek, mengamuk, nak ikut kehendak dia saja! itu baru hakimi sorang.. kalau adik lahir nanti.. tak tahu la macam mana keadaan mak!

kesian dengan mak tak dapat nak pergi surau, kenduri dan sesekali nak campur dengan orang luar sebab jaga hakimi. kesian memang kesian tapi mak tak kisah semua tu.. dia kata dari dia tinggal sorang ada juga kawan bawa teman.. itu lah pengorbanan seorang ibu!

tu daku berpikir kalau pindah rumah baru nanti daku nak cari pengasuh. biar lah mak dapat uruskan dirinya sendiri! mudah-mudahan niatku tercapai. tapi..tak tahu macam mana nak cakap dengan mak nanti bila mak tak mengasuh anak2 daku lagi.. emmm --_--""


mak! mak memang superwomen yang hebat! uda sayangkan mak!





Monday, September 21, 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES



klik banner untuk join



Pengalaman dengan pelbagai tudung..


Tudung bawal
Masa bergelar pelajar dulu berminat pakai tudung bawal. asal nak keluar jalan jalan tak kisah nak gosok tudung. amik masa untuk bersiap


Tudung ala-ala fareda
Bila dah berumahtangga ada anak sorang beralih ke tudung sarung. senang capai terus sarung. tak payah nak gosok. 

Tudung shawl
Ni muka memang tak sesuai.. lebih-lebih lagi ada anak kecik yang suka tarik tarik tudung. lagipun rasa susah nak lilit2 pula pastu menggunakan pin yang banyak. 

Tudung aidijuma
Terjebak juga dengan AJ mula-mula dulu sebab white label tak payah gosok, bidang yang besar boleh jadikan shawl juga. lebih lebih lagi ada white label semurah RM10.  then AJ ada dua corak dalam satu design. jadi boleh tukar-tukar corak. cuma sekarang setiap minggu Datin Juma keluarkan design baru sampai tak menyempat nak beli. ada je yang baru.. mihmihmih


aidijumalover katanya


itu la sejarah tudung saya!


Bagaimana dengan cerita menarik tentang tudung anda?? boleh join Giveaway ni...
Gudluck semua!


Tarikh tutup 24/9/2015






Perlukah Ubat Cacing Untuk Anak-anak?


Di sebabkan hakimi dah 2 tahun, masa checkup hari tu nurse bekalkan ubat cacing! itu yang mudahnya bila buat rutin checkup di klinik kesihatan.. tak payah nak pening fikir bila anak kita perlu ambil ubat cacing, sebab memang nurse akan pantau jadual pengambilan setiap 6 bulan sekali. 

macam hakimi 2 tahun minum 1 botol ni. nanti 6bulan lagi datang checkup nurse bagi lagi ubat cacing.




Jangkitan cacing ni adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus, atau organ badan termasuklah cacing gelang (round worm), cacing cangkuk (hook worm), cacing kerawit, cacing benang (thread worm), dan cacing pita (tape worm). 

Jangkitan cacing berlaku apabila kita termakan telur cacing melalui makanan. Telur ini akan menetas dalam usus kecil. Cacing yang bunting akan bergerak ke kolon dan rektum untuk bertelur. Telur tersebut akan dikeluarkan bersama najis dan memulakan kitaran hidup yang baru. 


Tanda-tanda dan simptom-simptom

  • Pucat akibat anemia (kurang darah merah)
  • Keletihan
  • Kurang selera makan
  • Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur

Jangan abaikan kebersihan tangan sebelum makan! Berhati-hati memakan makanan yang tidak di masak dengan sempurna.

Oleh sebab itu, sewajarnya ubat cacing diambil setiap 6 bulan atau 1 tahun sekali terutamanya kanak-kanak. Walaubagaimanapun, ubat cacing tidak sesuai untuk ibu mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.




***Harap selepas makan ubat cacing ni,hakimi akan bertambah selera makan terutamanya nasi dan lauk.. dah beberapa bulan minum susu semata-mata.. huuu**






Thursday, September 17, 2015

Set Berpantang Shaklee (Normal/ Pembedahan)


Ubat-ubatan menjadi pilihan moden untuk ibu berpantang selepas bersalin sekarang ni. 
Ini termasuk diri sendiri yang mengamalkan set berpantang jenis ubat-ubatan moden untuk dalaman dua tahun yang lepas ketika bersalinkan anak sulung hakimi. 

Set berpantang moden pilihan ialah Set Bersalin Shaklee







Set Bersalin Shaklee
-Set Asas adalah satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia iaitu:


Vitalea
-mengandungi zat besi untuk membina semula sel darah merah yang hilang ketika proses bersalin
-membekalkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan

B-compleks
-memberi tenaga ketika dalam pantang

Zinc compleks
-membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran

Vitamin C
-untuk penyembuhan luka dan pembinaan tisu-tisu yang koyak ketika bersalin

**Sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan mahupun apa-apa jenis pembedahan. 
**Di ambil sejurus selepas bersalin
**Selamat untuk ibu dan bayi menyusu






SET BERPANTANG SHAKLEE



ESP
membekalkan tenaga kepada ibu
๐ŸŒธmilkbooster
๐ŸŒธbantu mnguatkan rahim


Vitalea
๐ŸŒธsangat penting untuk memulihkan tenaga ibu
๐ŸŒธpelengkap nutrisi ibu
๐ŸŒธbantu penghasilan darah merah setelah proses bersalin

Vitamin C
๐ŸŒธ memepercepatkan penyembuhan luka
๐ŸŒธmembaiki sel rosak ketika proses bersalin

Alfafa complex
๐ŸŒธmengecutkan rahim
๐ŸŒธbantu buang angin dalam badan
๐ŸŒธbantu banyakkan susu

Ostematrix
๐ŸŒธelakkan sembelit
๐ŸŒธmelawaskan pembuangan air besar
๐ŸŒธmilkbooster


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE.

CARA 1

Klik ke SET BERPANTANG SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant






Wednesday, September 16, 2015

Tuesday, September 15, 2015

Kitaran Haid Wanita


KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting.

JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA





Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.


Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.


*****




Untuk mendapatkan Set kesuburan Shaklee?
Hubungi Azizah

WhatsApp / SMS / Call: 0132378013
PM Facebook : Azizah Green Line


Monday, September 14, 2015

Jam IKEA Hadiah Menang Top Komentator


Alhamdulillah rezeki berjaya menjadi Top 3 Komentator blog Azhafizah.com!
Jam dari IKEA!





Bukan mudah nak jadi pembaca dan pengomen setia lebih-lebih blog yang sentiasa update entry! tapi itu tak membuatkan diri tak komen secara pukal ke blognya.. hahahaha!

Terima kasih fiza! jam dah sampai dengan selamat dan selamat di gunakan!


Jom singgah blog


Tindakan Semasa Jerebu


Port Dickson masih mencatatkan IPU yang tertinggi..
sampaikan laut pun dah tak nampak!

apa yang harus kita lakukan untuk menghadapi JEREBU ni ialah...





Paling penting perbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk menghindarkan dehidrasi!

Sekiranya ada anak yang mempunyai masalah kesihatan di nasihatkan tidak menyertai aktiviti kokurikulum! Kurangkan aktiviti luar kerana ia akan menyebabkan anak mudah mendapat penyakit! 



Posted via Blogaway




Sunday, September 13, 2015

Hikmah Di sebalik Runtuhan Kren Di Masjidil Haram


HIKMAH DISEBALIK RUNTUHAN KREN TERTIMPA JEMAAH HAJI



Ada beberapa keutamaan Jemaah Haji yang menjadi korban tertimpa kren di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui hikmah dalam masalah ini.Wallahu a'lam. Diantaranya :


1. Meninggal di hari yang mulia, yaitu Jumaat.

ุนَู†ْ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุจْู†ِ ุนَู…ْุฑٍูˆ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ : « ู…َุง ู…ِู†ْ ู…ُุณْู„ِู…ٍ ูŠَู…ُูˆุชُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْุฌُู…ُุนَุฉِ ุฃَูˆْ ู„َูŠْู„َุฉَ ุงู„ْุฌُู…ُุนَุฉِ ุฅِู„َّุง ูˆَู‚َุงู‡ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ูِุชْู†َุฉَ ุงู„ْู‚َุจْุฑِ »

Ertinya: "Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi).

2. Meninggal kerana tertimpa runtuhan.

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:

ุงู„ุดُّู‡َุฏَุงุกُ ุฎَู…ْุณَุฉٌ: ุงู„ْู…َุทْุนُูˆْู†ُ ูˆَุงู„ْู…َุจْุทُูˆْู†ُ ูˆَุงู„ْุบَุฑِู‚ُ ูˆَุตุงَุญِุจُ ุงู„ْู‡َุฏْู…ِ ูˆَุงู„ุดَّู‡ِูŠْุฏُ ูِูŠ ุณَุจِูŠْู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ

“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).

3. Meninggal di jalan Allah, yaitu sedang atau akan beribadah haji.

Abu Hurairah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam :

ู…َุง ุชَุนُุฏُّูˆْู†َ ุงู„ุดَّู‡ِูŠْุฏَ ูِูŠْูƒُู…ْ؟ ู‚َุงู„ُูˆْุง: ูŠَุง ุฑَุณُูˆْู„َ ุงู„ู„ู‡ِ، ู…َู†ْ ู‚ُุชِู„َ ูِูŠ ุณَุจِูŠْู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ ูَู‡ُูˆَ ุดَู‡ِูŠْุฏٌ. ู‚َุงู„َ: ุฅِู†َّ ุดُู‡َุฏَุงุกَ ุฃُู…َّุชِูŠ ุฅِุฐًุง ู„َู‚َู„ِูŠْู„ٌ. ู‚َุงู„ُูˆْุง: ูَู…َู†ْ ู‡ُู…ْ ูŠَุง ุฑَุณُูˆْู„َ ุงู„ู„ู‡ِ؟ ู‚َุงู„َ: ู…َู†ْ ู‚ُุชِู„َ ูِูŠ ุณَุจِูŠْู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ ูَู‡ُูˆَ ุดَู‡ِูŠْุฏٌ, ูˆَู…َู†ْ ู…َุงุชَ ูِูŠ ุณَุจِูŠْู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ ูَู‡ُูˆَ ุดَู‡ِูŠْุฏٌ، ูˆَู…َู†ْ ู…َุงุชَ ููŠِ ุงู„ุทَّุงุนُูˆْู†َ ูَู‡ُูˆَ ุดَู‡ِูŠْุฏٌ، ูˆَู…َู†ْ ู…َุงุชَ ูِูŠ ุงู„ْุจَุทْู†ِ ูَู‡ُูˆَ ุดَู‡ِูŠْุฏٌ، ูˆَุงู„ْุบَุฑِูŠْู‚ُ ุดَู‡ِูŠْุฏٌ

“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)

4. Meninggal ketika sedang beramal solih.

Hudzaifah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam:

ู…َู†ْ ู‚َุงู„َ: ู„ุงَ ุฅِู„ู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„ู‡ ุงุจْุชِุบَุงุกَ ูˆَุฌْู‡ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุฎُุชِู…َ ู„َู‡ُ ุจِู‡َุง ุฏَุฎَู„َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ. ูˆَู…َู†ْ ุตَุงู…َ ูŠَูˆْู…ًุง ุงุจْุชِุบَุงุกَ ูˆَุฌْู‡ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุฎُุชِู…َ ู„َู‡ُ ุจِู‡َุง ุฏَุฎَู„َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ. ูˆَู…َู†ْ ุชَุตَุฏَّู‚َ ุจِุตَุฏَู‚َุฉٍ ุงุจْุชِุบَุงุกَ ูˆَุฌْู‡ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุฎُุชِู…َ ู„َู‡ُ ุจِู‡َุง ุฏَุฎَู„َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ

“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk syurga.” (HR. Ahmad, sanadnya sahih).
Semoga Allah menerima amalan para korban jatuhnya crane di Masjidil Haram dan menjadikan mereka sbg para syuhada.

Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun Taqobbalahumullah minas syuhadaa..

Innalillah Wa inna laihi Rooji'un
AL FATIHAH...

Moga Allah merahmati jemaah yang di uji oleh Allah..
Bersama2 kita mengirimkan doa supaya kesemua mereka selamat dan dapat dikesan, doakan mereka yang tercedera cepat sembuh dan semua jemaah haji di tanah suci sentiasa dilindungiNya, dapat menunaikan haji yang Mabrur dan selamat pulang ke tanah air masing2. Amin..



Friday, September 11, 2015

2 Years Old Zulhakimi Zaim


10 September..

Pejam celik pejam celik 2 tahun sudah anak soleh ni...
Teringat saat mama mengandungkan dan melahirkan kamu sayang.. masih segar di ingatan.. saat mama bertarung melawan contraction, hakimi hampir lemas tapi akhirnya doktor decide Emergency c-zer..!! sob~




Walau apa cara sekali pun mama lahirkan kamu..Mama berdoa, Semoga hakimi menjadi anak yang baik,soleh.. taat perintah Allah,taat pada Rasul, jaga solat, jaga puasa, pencinta agama, penegak agama Islam.. moga hakimi membesar menjadi mujahid yang soleh lagi beriman.. Amin..

"Hai anakku Zulhakimi Zaim,
ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam dalamnya.
Bila engkau ingin selamat agar jangan karam,
layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA,
isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKAL kepada Allah. "


Doa mama buat anaksoleh zulhakimi zaim ni,

Ya Allah tumbuhkan hakimi dengan sebaik2 pertumbuhan dan jadikanlah dia orang2 yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk.
Ya Allah selamatkanlah dia.. berilah kesihatan dan maafkan dia.. panjangkan umur dia dalam ketaatan dan keredhaanMu.. terimalah amal dia.. sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan Engkaulah yang patut mengabulkan doa. Amin..



Alhamdulillah hakimi 2tahun.. adikbaby pun dah 5bulan dalam perut mama.. moga hakimi menjadi anak yang baik yang sayang adik2nya.. amin...


Wednesday, September 9, 2015

Merah-merah Si Buah Delima




“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99


KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat 
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan 
  • Menyingkirkan lemak berlebihan 
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri 
  • Mencegah rasa mual 
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid 
  • Mencantikkan kulit muka 
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis 
  • Berupaya menghapuskan kahak 
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan 
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas 
  • Meningkatkan peredaran darah 
  • Mencegah dan merawat kanser 
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah 
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan 
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus 
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung 
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu 
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan 
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik 
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah 
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah 
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa 
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing 
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous 



Sepanjang hamilkan hakimi dulu daku selalu amalkan buah delima ni. Tak kira pati minuman mahupun buah. alhamdulillah hakimi kulit bersih :)

Sekarang turun ke adik abglong hakimi pula. setiap bulan mama nak makan buah delima..

Err...
Petua orang tua-tua yang mengatakan dalam sebiji buah delima ada satu butir yang menjadi penawar. butir yang mana satu wallahualam



Monday, September 7, 2015

2nd Pregnancy Diary: Buku Pink Yang Kedua!



24 Mei 2015@ 4weeks
G3 Para1+1 Alhamdulillah dapat merasa lagi pengalaman mengandung buat kali ke-tiga.. eh kedua sebab yang first dulu gugur.. 

10 Jun 2015 @ 6weeks
kebetulan nak checkup anaksoleh abglong hakimi tu terus mama nak buat buku pink sekali..tapi nurse suruh buat appointment kalau nak booking..so balik sajalah... emm -_-"

1 Julai 2015 @ 10weeks
pagi-pagi da terpacak kat KKIA nak buat booking. jangan lupa bawa buku pink yang lama. nanti nurse interview serba sedikit, cek BP/berat,tinggi dan BMI. ambil darah bloodgroup,HIV test dengan urine.





tengok sticker warna hijau.. kantoi jarak kelahiran < 2tahun dan c-section 2013.. mihmihmih
nurse kira-kira kandungan mama masa ni 10minggu..  inshaaAllah due 30.1.2016 :) 

sebab pertama kali buka buku, mesti ada scan pertama dengan doktor! ini yang mama suka sebab mama dapat jumpa buah hati kesayangan mama ni..

err... tunggu sambungan mama ye..

bye!!


PM/email/ whatsapp
Set Untuk Hamil/ Set Ibu Mengandung dll
Azizah 0132378013
Your Trusted SID 1200083
FB Azizah Green Line



Saturday, September 5, 2015

Koleksi Kerongsang Sabah


Kemas kotak pindah dari Sabah dulu terjumpa pula beberapa kotak kerongsang nih! MasyaAllah banyak rupanya!!

dah macam tauke jual kerongsang la pulak!





ada macam-macam jenis.. berjuntai ada, channel ada, butang baju melayu, kerongsang besar dan gelang kristal sabah..

kenangan tinggal 2 tahun di Kota kinabalu.. syurga mutiara!! nak jual sayang.. nak pergi sabah tah bila tahun agaknya... simpan la buat kenangan!

sabah best! rindu suasana kat sana!! -_-"


Friday, September 4, 2015

Didik Anak Untuk Solat



Anda pernah rasai pengalaman sebegini??





Mula-mula anaksoleh begini juga. tak boleh tengok mama solat, dia terlentang depan sejadah! terpaksa mama beralih sedikit..



lama-lama selalu tengok mama,atoknenek solat dia dah boleh terima..
mudah-mudahan anaksoleh hakimi menjadi imam dan mendoakan kesejahteraan mama n papa nanti..


ุฑَุจِّ ุงุฌْุนَู„ْู†ِูŠ ู…ُู‚ِูŠู…َ ุงู„ุตَّู„ุงَุฉِ ูˆَู…ِู† ุฐُุฑِّูŠَّุชِูŠ ุฑَุจَّู†َุง ูˆَุชَู‚َุจَّู„ْ ุฏُุนَุงุก


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim: 40)

Amin..





Thursday, September 3, 2015

Blogspot Dot Com Bertukar Ke Blogspot Dot My


Masa blogwalking baru perasan perubahan URL blog bagi blogger yang guna blogspot.com ni termasuk blog sendiri!! 

mana taknya dari blogspot.com bertukar ke blogspot.my !!





Nampaknya Google mula asingkan penggunaan blogspot mengikut negara jadi mana-mana blogger dari Malaysia tu bertukar lah ke Blogspot.my!! 

so far blogwalking ke mana-mana blog yang guna blogspot.com ni masih boleh buka link dan bila klik terus ke blogspot.my..

Agak-agak perubahan ni menjejaskan SEO blog ke tak yer?? iklan bagaimana pula nak ke tukar ke... bagi yang guna domain untunglah kan..tak jejaskan apa-apa..

tapi comel juga nurazizahyahaya.blogspot.my.. mihmihmih :p




SSPN l Cara Buka Akaun SSPN


SSPN-i merupakan satu skim atau simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.


Cara untuk membuka akaun SSPN-i :

1. Dapatkan Borang Permohonan melalui ejen PTPTN atau muat turun Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i.

2. MyKad asal dan salinan

3. Mykid dan Sijil Kelahiran asal dan salinan (anak)

4. Duit deposit minima RM20


Ejen PTPTN adalah seperti berikut :-
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank Berhad
  • Agro Bank
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
  • Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
  • Maybank.

Keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i :

  • Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
  • Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00
  • Manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian diberi secara PERCUMA (tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan)
  • Pemberian Geran Sepadan (RM ke RM) sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak (tertakluk kepada syarat dan peraturan)
  • Kadar dividen yang kompetetif
  • Dividen dikecualikan daripada cukai pendapatan
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan
  • Simpanan serendah RM20.00 

Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman web SSPN-i PTPTN.


Alhamdulillah duit raya hakimi yang lepas di gunakan untuk membuka akaun SSPN-i sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. inshaaAllah..



Lepas buka akaun SSPN-i ni tunggu kad SSPN sampai rumah. kira nak sampai sebulan juga lah..pendeposit diberi resit dari bank dengan nombor rujukan sebagai rujukan untuk simpanan  duit nanti.

settle!




Wednesday, September 2, 2015

Sut Putih


Gara-gara tengok drama Sut Putih kat tv9 masa malam merdeka ari tu.. nak gak kongsi tentang sut putih daku ni. Mihmihmih

Kalau dulu pakai sut putih slim mlim.. 




sekarang??
selamat datang sut putih gaun pregnant..!!
selamat berkhidmat sampai 9bulan pregnancy.. :p




adikbaby kali ni 4 bulan mama dah pakai gaun.. cepat sangat perut mama membesar kali ni.. mungkin anak kedua dah kot :p kalau hakimi dulu 5bulan+ muat lagi uniform lama..

buat baju pregnant ni pun dua pasang dah RM360!! sebab kain tailor tu sendiri.. bila lah kain uniform nak dapat ni?? elaun uniform pun tak dapat lagi... hampir hujung tahun dah... 

mengandung kali kedua ni mama belum pikir nak ambil maternity leave berapa lama.. kalau boleh nak ambil 3 bulan juga. tapi dapat anak 3orang jelah.. mudah-mudahan dapat bersalin normal kali ni.. boleh ambil 2bulan.. dapat 4orang anak cukup lah :p 
mudah-mudahan mama berjaya bersalin normal atau VBAC!! Amin ya Allah!

korang doakan yer.. kalau ada tipss bersalin normal lepas czer share la sikit.. tenQ :)


Tuesday, September 1, 2015

2nd Pregnancy Diary: Alhamdulillah Second Pregnancy!


24 Mei 2015~ 4 minggu~

Alhamdulillah...Hadiah hari jadi ke-27 yang lalu dapat tahu pregnant anak kedua :) Alhamdulillah Alhamdulillah..wa syukurillah!



Masa birthday 24 mei tu dah sebulan @ 4 weeks adik abglonghakimi dalam rahim mama... maaf jika awal-awal hari tu tak berkongsi berita gembira ni. untuk menjaga hati ramai pihak yang masih menunggu zuriat dan juga sebab masih awal lagi macam-macam boleh jadi jika terlalu excited!

Macam mana tahu pregnant??

Seorang wanita dia dapat merasai yang dia mengandung! begitu la daku..lagipun yang ini memang di rancang..jadi naluri kata "jadi".. maka jadilah :)
pagi pagi sebelum subuh buat UPT..Alhamdulillah 2 line! Positif :) kejutkan encik suami..dia blur blur.. sama macam hakimi dulu :p

patutlah selera makan masa tu membuak-buak. nafsu makan punyala besar! asyik rasa lapar..lapar dan lapar..nak makan  macam-macam...

sekarang dah 19weeks.. inshaaAllah due nanti hujung bulan 1/2016..
doakan daku dan kandungan sihat, sempurna dan selamat bersalin nanti ye :) muahhh


***********p/s***********

3-6bulan sebelum hamil amalkan Vit B-compleks+folic asid Shaklee

PM/email/ whatsapp
Azizah 0132378013
Your Trusted SID 1200083
FB Azizah Green Line