Wednesday, December 30, 2015

Tarikh Pembayaran Pencen Dan Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2016


Untuk kemudahan semua, berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji 2016 Kakitangan Awam/ Kerajaan untuk rujukan semua. 



Ini pula Jadual Dan Tarikh Pembayaran Pencen tahun 2016 untuk Pesara Kerajaan seluruh negeri Di Malaysia yang dikeluarkan oleh Portal Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)





Nota

  • Surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) mengenai pembayaran gaji tahun 2016 boleh dimuat turun di ANM
  • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa
  • Tarikh pembayaran bantuan khas kakitangan awam 2016 adalah pada 4 Januari 2016


Monday, December 28, 2015

Luahan Hati.. BreastFeeding Journey~


Throwback kisah lama~~


Zulhakimi zaim dah fully Formula Milk sejak usia 3 bulan.. mesti ada yang judge daku ni mama yang tak guna! yang tak nak fully BF anaknya... 
hoii.. jangan cakap ikut sedap mulut dulu yer.. daku tahu susu ibu tu memang susu terbaik di dunia.. even daku nurse sekali pun.. but i have my own reason...it's my baby.. not yours!

rezeki susu daku tak sehebat anda.. anda dan anda kat luar sana.. anda tak pernah tahu bagaimana keadaan daku.. pam/perah/pumping  1oz pun susah nak dapat! pelbagai usaha dah di lakukan tapi kalau bukan di izinkan Allah memang takkan ada rezeki susu..
siapa tak sedih bagi anak susu lembu.. sedih.. rugi sangat tak fully BF anak.. tapi tak kan daku nak biarkan anak daku kelaparan? susu FM pon rezeki buat dia cuma dalam bentuk berlainan..

walau apa pun daku bersyukur.. hakimi membesar dengan jayanya.. tak semestinya anak yang minum susu ibu tak sakit?? konon antibodi kuat?? dan tak semestinya anak yang minum susu FM itu sakit??

daku memang sokong penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun! beruntung pada ibu yang dapat menyusukan anaknya.. seronoknya tengok susu melimpah ruah!

mungkin dah bukan rezeki daku untuk fully BF hakimi.. daku harap anak kedua ni dan seterusnya daku dapat berikan titisan emas itu kepada mereka.. dan berharap even hakimi tak meyusu badan dia akan sihat,kuat menjadi anak yang soleh, bijak serta pandai nanti.. Amin..



pendidikan awal daripada ibubapa tu penting dalam mencorakkan anak-anak menjadi anak yang soleh.. in shaa Allah..

dan Alhamdulillah anak soleh hakimi sekarang sudah usia 2 tahun 3 bulan sangat bijak berkata-kata! sesuai dengan namanya pemimpin bijaksana.. Alhamdulillah ^____^





Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul



ماري کيت برصلوات

❤اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ❤
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
❤اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ❤
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul 

Wednesday, December 23, 2015

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

Tips Mengelakkan Beras Berkutu


Setiap kali basuh beras pasti ada kutu beras tersembunyi. jadi hendaklah di buang terlebih dahulu sebelum memasak nasi.

Tips ini dapat membantu mengelakkan beras berkutu.

Masukkan beberapa helai daun limau purut/ cili kering di dalam tempat simpanan beras






inshaaAllah kutu beras akan keluar dari tempat simpanan beras itu..

Tuesday, December 22, 2015

Kedudukan Singki Di Dapur


Tahukah anda..?

Kenapa pentingnya memilih lokasi yang strategik untuk menempatkan singki anda..?
Ini kerana, kedudukan singki yang biasa terletak berhadapan tingkap dapur mampu mengelakkan kelembapan dalam dapur..




Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat membantu mengeringkan singki yang basah dengan lebih cepat.

dan tahukah anda,
ramai beranggapan tandas adalah ruang paling kotor di dalam rumah. sebenarnya anda SALAH! SINGKI DAPUR merupakan bahagian  yang paling BERMASALAH  dengan 100,000 kali kuman dari bilik air dan tandas!


Jadi jika hendak buat kabinet dapur pastikan lokasi yang strategik untuk menempatkan ruang singki ni. Lepas ni ubah persepsi dan bersihkan bahagian rumah dengan sebaik-baiknya demi keselesaan dan kesihatan satu keluarga kita.

Thursday, December 17, 2015

Aktifkan Balik Ahli AVON



Bertahun tak aktif AVON.. !!
sebab bukan nak beli produk tiap bulan kan..
last-last terkubur begitu saja...
Tetiba tergerak hati nak jadi ahli avon balik memandangkan bedak compact dah habis..mihmihmih

So, 
RM5 ahli dan beli barangan lebih rm20..
Register balik jadi ahli... 



ehh! bukannya pakai maskara, eyeliner pun! tapi terasa nak beli.. pengaruh adik baby kot.. hehehe
bulan disember ni kempen menarik! paling suka beg avon tu..! 
Beg avon ni besarr tau.. banyak poket lagi.. so boleh bawa baju ibu ke hospital nanti..!
sukaaaa sangat!!


Wednesday, December 16, 2015

Petua Taugeh Tahan Lama


Tahu tak kenapa kalau taugeh di jual di pasar lebih tahan lama?
Petuanya rendam taugeh di dalam air sejuk/ berais..





selain itu, jika hendak menyimpan taugeh dalam peti sejuk, rendam taugeh dalam bekas berisi air dan sedikit perahan jus limau nipis.. inshaaAllah taugeh lebih tahan lama 

cubalah..


Monday, December 14, 2015

Petua Lobak Tahan Lama


Lobak merah segar memang enak di masak dengan pelbagai cara. Jika tak kena cara penyimpanannya, ia tidak mampu bertahan lama. 
Bagi mengelakkan masalah ini ada petua yang boleh anda cuba,




Caranya,
Bersihkan lobak merah menggunakan tisu dan elak lobak daripada terkena air. kemudian ambil aluminium foil dan balut lobak merah yang di bersihkan dengan kemas.
akhir sekali simpan di bahagian rak sayur dalam peti ais anda. lobak merah akan tahan lama dan rasanya kekal enak apabila di gunakan semula..


Selamat mencuba :)


sumber: MamaGFoodIndustries



Friday, December 11, 2015

11.12.15 Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke Empat


~11.12.11-11.12.15~ 
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Ke-Empat Tahun 
^______^


Ya Allah Ya Tuhan ku, 
kurniakanlah RahmatMu kepada kami agar kekal abadi aman damai 
yang berkekalan di dalam rumahtangga,sihat walafiat, 
di murahkan rezeki dan di lanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh dan solehah 
serta sentiasa mendapat rahmat daripada Mu Ya Allah 
dan mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 
Amin...



Ya Allah,
Aku tak meminta seseorang yang sempurna  dari sisiMu,
kerana Engkau pun Maha Mengetahui sesungguhnya keadaan ku,
Aku meminta padaMu seorang yang tidak sempurna ya Rabb,
supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu...




Thursday, December 10, 2015

2nd Pregnancy Diary: 32 Weeks Pregnant


2nd pregnancy ni cepatnya masa berlalu.. sedar-sedar dah 8 bulan pregnant!
syukur Alhamdulillah kandungan sihat, aktif dan lasak sampai nampak berbonjol bonjol perut mama.. hikhikhik



checkup 32/52+ 5/7 hari ni..
Berat : 52kg
HB: 11.8gm!!

yeyyy..!! macam tak caya je darah naik sampai 11.8gm berbanding 10.7gm sebelum ni... nurse pun terkejut... mihmihmih

nak maintainkan HB ni bukan mudah...lupa makan apa sebelum amik darah ni.. 
Iberet memang makan hari hari.. rasanya sebelum tu makan epal, epal hijau dan buah oren sunquick kot.. harap-harap next amik darah HB naik lagi...

adikbaby ni, bila nurse cek perut kemain dia bergerak-gerak sampai berbonjol bonjol.. tak duk diam! susah nurse nak cari denyutan jantung dia...nasib baik lilitan perut sama dengan kandungan sekarang 31cm dan kepala pun kat bawah..  


cuma.. cuma, 

referral doktor untuk jumpa Doktor Pakar O+G belum dapat lagi untuk status 1 previous scar sebab czer dulu.. harapan mama kali ni berjaya VBAC dan dapat bersalin normal.. Amin...






Home Progress: Progress Disember 2015


Alhamdulillah progress rumah hampir ke penghujungnya...
ehh ke dah siap sebenarnya ni.... tinggal nak dapat kunci je lagi.. ??
janji pada bulan 12 ni.. kita tunggu je la nanti..huuhu


ehh..!! tetiba dah ada pokok pula depan rumah..
terus nampak berseri seri kawasan perumahan ni kaoo!!
sejuk sikit mata memandang... hihihi

papan tanda jalan taman perumahan ni pun dah ada
terus makin excited nak duduk rumah sendiri nih.... mihmihmih

Semoga tak lama lagi dapat la kunci rumah!
tak sabar nak duduk rumah baru dengan baby baru..
Amin.... ngeee~~




Wednesday, December 9, 2015

Petua Mengelak Biskut Lemau


Sering kali biskut menjadi lemau walaupun di simpan di dalam bekas kedap udara bukan..
nah... di sini ada petua nya:





Untuk mengelakkan biskut menjadi lemau,
Masukkan sedikit gula pasir di dalam bekas kedap udara yang di gunakan untuk menyimpan biskut.
inshaaAllah biskut tahan lama dan tidak menjadi lemau...

cubalah... :)

Tuesday, December 8, 2015

Giveaway Disember 2015 Cash RM500


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Cara Kira Due Date Bersalin


Lepas hakimi lahir daku memang catat setiap bulan datang period. senang nak rujuk, nak rancang kehamilan sebab daku tak amalkan apa-apa perancang kehamilan walaupun czer! hahaha

so bila hamil kali kedua ni ni memang daku rancang, tahu bila last period,waktu subur baru teruskan :) jadi bila cek upt positif, ingat bila hari pertama datang period terakhir tu senang dah nak kira due date sendiri sebelum pergi klinik untuk booking buku merah.


Cara kira due date sendiri: 
1. Tahu bila  hari  pertama period terakhir anda

2. Tambah tujuh hari

3. Tolak tiga bulan

4. Tambah setahun

Cth:
1. Last period: 24 April 2015
2. Tambah 7 hari: 31 April 2015
3. Tolak 3 bulan: 31 Jan 2015
4. Tambah setahun: 31 Jan 2016

Dan bila buat buku merah sama seperti yang nurse dan doktor kira.. tapi harus di ingat kadang-kadang kita boleh bersalin awal dan kadang-kadang lewat. 

apa-apa pun kuasa Allah..kita merancang Allah menentukan..




Monday, December 7, 2015

Pirate Coffee Port Dickson


Sana sini viralkan kesedapan Pirate Coffee ni..
terasa teringin juga nak merasainya..
lebih lebih lagi ada seseorang itu mengidam.. mihmihmih


Pirate Coffee orang kata rasanya ala Starbuck! tapi Starbuck pun haku tak pernah rasa.. wakaka :p
suami beli Pirate Coffee perisa Mocha! 



sedap juga hanya RM4 secawan.. murahh kan..




warga Port Dickson boleh dapati di 

Butik Arissa Ariana
PD Sunggala Gateaway
Port Dickson


Habiskan Annual Leave


Dua minggu lepas,
4 hari cuti adik ipar kahwin, syif malam dua hari sambung balik cuti lima hari majlis bertandang belah lelaki di Kuantan, Pahang.

Hari ini dan esok cuti  lagi dua hari.
Nikmatnya banyak sangat cuti..!!
hahaha

Sekarang ni tinggal 15 hari lagi annual leave..
banyak ke sikit eh...??
balance annual leave bawa ke tahun depan... masukkan 5 hari je dalam GCR untuk pencen nanti.. inshaaAllah :)

Thursday, December 3, 2015

Senarai Keperluan Bayi dan Ibu Ke Hospital


Kelengkapan barang baby mesti cukup supaya tidak kelam kabut. Bermula 32 minggu hamil boleh kemas dan sediakan beg sepatutnya. asing 3 beg untuk:





1. Beg untuk ibu
  • 2 pasang baju ibu terutamanya baju berbutang depan
  • kain batik
  • seluar dalam pakai buang
  • tuala
  • tudung
  • maternity pad/ pad biasa
  • selipar
  • toileteries
  • stokin tebal

2. Beg untuk bayi

  • baju lengan pendek dan seluar
  • baju lengan panjang dan seluar
  • pampers
  • topi, mitten dan booties
  • bedung/ napkin
  • barut
  • tuala baby
  • wet tissue

3. Bakul

  • Thermos
  • Botol air
  • makanan biskut, minuman 3 in 1 (horlick, milo,kopi)
  • cawan

Paling penting ibu kena sediakan..!!

1. Kad pengenalan
2. Buku merah ibu mengandung
3. Handphone dan charger
4. Guarantee letter (GL)



** nak berjalan ke Pahang ni untuk majlis bertandang adik ipar... kena standby barang2 ibu dan baby..!! harap-harap tak bersalin awal.. Amin...



Tuesday, December 1, 2015

Majlis Perkahwinan Adik Ipar


Hari sabtu lepas dengan sekali lafaz, adik ipar selamat menjadi isteri kepada kekasih hati beliau.. masing masing berusia 23 tahun bekerja sebagai guru di pedalaman sarawak :)

Sabtu 28.11.15
Malam nikah


Inilah keluarga mertuaku.. 

actually 3 beradik.. suami yang sulung.. adik last dah meninggal.. tinggal la dua beradik ni..



Ahad 29.11.15
Majlis Resepsi


Terima kasih adik ipar dan mertua sponsor baju kahwin kami sekeluarga.. :)
daku buat baju peplum sesuai dengan perut tengah memboyot 8bulan :p cantik dan suka sangat!! harap boleh pakai lagi lepas bersalin.. mihmihmih


Keluarga kecikku.. sayang ketat ketat ^___^


Baju peplum: Hijau mint
Sponsor by Mertua

Mua by | NinaPutra DecoWedding ( Makeup Only )
CallWasap | 0182239252



Alhamdulillah walaupun pelbagai rintangan majlis berjalan dengan lancar..
Terima kasih pada yang terlibat.. terima kasih pada kawan-kawan yang hadir..

Minggu ni majlis bertandang ke Pahang pula... 
pergi Pahang pulaa kita ni....