Saturday, January 30, 2016

2nd Pregnancy Diary: 40 Minggu Yang Indah :)




Hari ni 30.1.2016 Tarikh EDD ikut last period! Kalau tak bersalin juga lepas ni overdue la nampaknya.. Hari-hari kena pergi klinik.. huhuhu

Kalau boleh tak nak overdue sebab daku dah ada risiko 1 parut c-zer dulu, jadi doktor tak galakkan induce dan peluang untuk bersalin secara normal amatlah tipis.. sobb~~ hari-hari berdoa supaya berjaya VBAC nanti..
tapi nak buat macam mana, Allah lebih Maha Mengetahui. jadi terima lah segala kemungkinan yang ada nanti.. kun fa yakun!

Baby seronok duduk dalam perut mama lagi. semalam scan estimated 3.4kg!! fuhhh semangat kaoo~~ betul betul ikut jejak langkah abglong dia 3.59kg masa lahir dulu.. itu pun overdue seminggu..!!

Harap sangat dapat bersalin normal sebelum kena admit wad untuk induce atau doktor decide c-zer.. semoga Allah permudahkan.. Amin...

Doakan daku selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin nanti samaada induce mahupun sebagainya..

"SETIAP ORANG ADA BAHAGIAN DIA MASING-MASING"


~Ya Allah permudahkanlah dan jangan kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala susah adalah mudah bagimu...
Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan dengan rahmatmu ya Arhamarrahimin... ~



Thursday, January 28, 2016

2nd Pregnancy Diary: Persiapan Berpantang Dah Settle!


Dah lama ready pun! hahaha untuk berpantang nanti daku tidur kat ruang tamu je, dulu masa pantangkan hakimi pun kat situ.. memang mak dah siap letak katil bujang kat situ.. musim panas ni tak boleh tidur dalam bilik. panas oii!!




persiapan berpantang pun dah siap! baju-baju baby dah siap letak dalam Stack box ni. satu lagi stack box tu daku letak baju berpantang untuk sendiri macam kain batik, bengkung dll.. dua beg dan bakul tu tinggal nak angkut pergi hospital nanti. tak letak siap-siap dalam kereta. sebab suami pakai kereta pergi kerja di Klang. huhuhu




yeyyy!! dah pasang playpen baby! comel je rasa.. senang letak adikbaby dalam playpen ni bila dia tidur. kalau letak kat katil confirm si abang long hakimi tu kacau! dah la dia geram dengan baby.. hihihi

Persiapan kali ni lebih teliti berbanding masa abglong hakimi.. almaklumlah pengalaman mengajar kan.. hopefully segalanya baik-baik saja.. doakan daku dan baby selamat bersalin dan sihat ye... Amin..


لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."




**sabtu ni due.. keluar la cepat anak mama.. mama tak sabar dah nih..!!


Tuesday, January 26, 2016

2nd Pregnancy Diary: Dah Start Cuti Panjang~~


Start hari isnin daku dah start bercuti panjang.. tapi daku BELUM BERSALIN lagi ye.. ramai kawan-kawan due bulan januari dah bersalin.. jelesnyaaa!!

cuti tahunan tahun ni 30 hari. so kalau sampai due 30hb ni.. 5 hari di tolak. kalau masih tak bersalin juga terpaksa la tolak lagi cuti tahun.. wuaaaa -_-" tinggal la sikit!! plan anak kedua ni memang nak ambil cuti bersalin 3 bulan juga :)

Usia kandungan pun dah nak masuk 40 minggu.. due 30 hb sabtu ni.. memang tunggu hari je ni.. tapi takde tanda-tanda lagi.. minggu lepas check up nurse kata kepala baby belum engaged lagi..

hai la anak mama!! jangan selesa sangat duduk dalam perut mama sayang..??! please dengar cakap mama ni JANGAN OVERDUE!! please JANGAN overdue!! paling mama takut! sebab kalau overdue chances mama nak VBAC tu agak tipis...!! :'(

Tapi apa apa pun mama berserah pada Allah....Allah Lebih Mengetahui.. mama akan usaha yang terbaik!


Sesungguhnya Allah SWT sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan,,
Sebenarnya Allah SWT telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti..



لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ.




Doakan daku ye korang!! muahhh :p



Sunday, January 24, 2016

2nd Pregnancy Diary: 39 Weeks Pregnant


Alahai adikbaby kesayangan mama,papa, abglong hakimi...
bila mahu keluar ni sayang??
mama menanti terus menanti tauu!



masa mama admitted wad hari tu.. estimated berat baby pun dah 3-3.2kg.. ni nak sampai due date mahu 3.5kg ke atas ni... hohoho
tak mo la besar sangat sayang... takut mama nak tak berjaya normal nanti.. huu~~

sampai sekarang masih tiada tanda-tanda bersalin lagi..risau juga mama kalau overdue n induce nanti. dah la mama nak try VBAC! 

kalau tak bersalin juga due date 30 jan ni.. mama ada appointment scan dengan doktor jumaat ni.. tengok doktor kata apa.. mungkin postdate seminggu lagi nampaknya.. emmm -_-"

walau apa apa pun..Moga Allah permudahkan nanti.. Amin..




لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."



***ada tips untuk cepatkan bersalin tak?
puas dah berjalan keliling taman, ketuk ketampi, jalan itik tapi belum ada bukaan lagi.. emm




Wednesday, January 20, 2016

Makanan Wajib Di Makan Ketika Berpantang



Untuk menjaga kesihatan dalaman, badan lebih tahan lama.. Makanan berpantang tak sama seperti menu makanan orang biasa.. 

Makanan Berkhasiat yang wajib di makan ketika berpantang ialah:

Jamu


Rempah Ratus


Kunyit


Bawang Putih


Peria



Sayur dan Ulam 



Ikan Tenggiri dan Haruan


Halia


Asam Jawa




Makanan berkhasiat amat penting supaya ibu berpantang mendapat zat dan tenaga sepanjang tempoh berpantang..baru la bila habis berpantang nampak sihat dan cergas.. 




Tuesday, January 19, 2016

Resepi Semasa Berpantang- Ikan


RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon


Resepi-resepi berpantang yang boleh dicuba semasa mommies berpantang nanti.

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.

Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.
SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.

IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.
IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:

2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.
IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.
IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.
IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
IKAN BILIS DAUN KARI
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.


Macam-macam resepi boleh cuba sebenarnya kan.. cuma macam daku dulu hanya makan apa yang mak sediakan untuk daku.. lepas ni boleh tunjuk resepi ni kat mak untuk pelbagaikan menu berpantang.. hehehehe :p



Monday, January 18, 2016

2nd Pregnancy Diary: Leaking??




38 weeks pregnancy!!

Alahaii... baru nak jenjalan kat pantai konon bagi buka sikit laluan.. alih alih keluar air meleleh dari celah peha.. 

Tak pasti keputihan atau air ketuban.. admit dari hari sabtu tak pasal pasal kena stay 24jam sampai hari isnin ni..

Alhamdulillah setakat ni takde keluar lagi air. Pad pun tak basah. Adikbaby pun gerak aktif. Kadang kadang je mengeras kontraksi!




Setiap pagi buat CTG cek jantung baby..berat adikbaby masa ni 3-3.2kg.. boleh tahan semangat! Huuu Alhamdulillah normal semuanya..

Tapi...

mama masih menanti bila la adikbaby ni nak keluar agaknya... mama sangat tak sabar!! Cepat lah keluar adikbaby...!!! Korang doakan sama ye...



Posted via Blogaway

Friday, January 15, 2016

Fenomena El Nino l Langkah langkah Ketika Cuaca Panas


Menurut kajian bahagian Meteorologi, Malaysia merupakan antara negara yang sedang mengalami fenomena "El Nino" iaitu di mana cuaca yang panas dan kering di seluruh negara. 

Keadaan panas dan kering sememangnya tidak menyelesakan, perkara yang lebih serius dalam situasi ini sehingga boleh mengundang maut ialah keadaan "heat stroke" ( strok haba). 

Antara simptom awal bagi keadaan ini adalah mual dan muntah, pening, lemah dan kekejangan otot, sakit kepala , keletihan seterusnya lemah tumpuan. 




Langkah-langkah menghadapi cuaca panas ini:

  • banyakkan meminum air kosong , 
  • meminum air isotonik (mampu mengantikan air garam yang keluar melalui peluh dengan cepat)
  • kerap mandi untuk menyejukkan tubuh badan. 
  • mengehadkan aktiviti luar rumah, 
  • banyakkan berehat di waktu lapang, 
  • memakai pakaian yang longgar,ringan dan terang 
  • elakkan bersenam di bawah terik matahari.
  • Bagi mereka yang mengunakan kenderaan tertutup (kereta,lori, van dan lain lain) perlu juga mengelakkan diri dan orang lain di dalam keadaan tingkap tertutup.







Cuaca yang panas ni juga meningkatkan kes denggi..
Fenomena ini akan berlanjutan dalam jangkamasa tiga bulan lagi..

Salam sihat...

Posted via Blogaway




Thursday, January 14, 2016

Wednesday, January 13, 2016

Tips Menghilangkan Bau kunyit, Bawang Di Blender


Bila guna blender yang satu.. macam-macam jenis bau kan.. paling bau pun bau kunyit atau bau bawang selepas di blender..

Nah.. macam mana nak hilangkan bau-bau tersebut??





Tipsnya:

Blend serbuk kopi dengan air panas di dalam blender yang berbau itu,
kemudian blend air+ serbuk pencuci pinggan sekejap..
akhirnya bilas dengan air..

inshaaAllah blender akan berbau harum semula..


Tuesday, January 12, 2016

2nd Pregnancy Diary: Mandian Herba Tradisional Untuk Ibu Berpantang


Masa berpantangkan abglong hakimi 2 tahun lepas, hari-hari mak rebuskan uncang herba ini buat mandian daku. 

bila ada uncang camni memudahkan mak. tak payah susah-susah nak kutip daun yang berselerak lepas mandi. hihihi



dulu pakai yang ini


Herba mandian membantu ibu dalam pantang seperti:

• Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin
• Membantu melancarkan peredaran darah
• Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.
• Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.

tu sebab badan rasa lebih segar, bertenaga lepas mandi lebih-lebih lagi mandi dengan air panas!

Cara penggunaan:

biasanya daku mandi sehari sekali waktu pagi, mak rebus satu uncang herba mandian ni sehingga mendidih dan berbau wangi dan campur dengan air biasa sewaktu mandi.

dan bila dah guna, keringkan uncang ni boleh di guna selama dua hari atau sehingga pati/aromanya hilang. amalkan selama seminggu..

memang badan rasa segar lepas tu..




Untuk 2nd pregnancy ni masih amalkan Mandian Herba Tradisional ni untuk mandian hari-hari. ini beli online dekat ButikBengkungModen..




Monday, January 11, 2016

2nd Pregnancy Diary: 37 Weeks Pregnant


Allahu!

Pregnant kali ni cepat betul rasanya.. sedar tak sedar dah 9 bulan lebih pun.. tunggu masa untuk melahirkan si kecik saja ni.. Moga di permudahkan segala urusan! Amin



Masa check up 37 weeks sebelum ni

Berat: 55kg
HB: 11.2gm

Kaki dah mula membengkak, tu sebab berat naik.. mana tak nya bergerak je masa bekerja..
doktor scan baby pun dah berat 2.58kg. mudah-mudahan dapat bersalin normal kali ni.. nak bekerja sampai bersalin..mana tahu cepat sikit beranak! hahaha inshaaAllah..Amin

Sekarang pun dah takde syif malam dah.. boleh relax sikit syif pagi atau petang.. 10 jam tu syif malam.. sakit pinggang, sakit belakang semua ada! ye la ruang yang semakin sempit membuatkan adik baby kadang-kadang bergerak dan mengeras menyebabkan mama rasa sakit..  saaaaaaaaaangatt tak selesa!!


"Adik baby, cepat la keluar sayang... mama, papa dan abglong hakimi tak sabar menanti kehadiran adikbaby.. setiap masa abglong hakimi kiss perut mama.. mama tahu abglong nak kawan bermain dia.. sian abg long main sorang-sorang... huhuhu"


ok lah... Moga urusan mama dan adik baby di permudahkan oleh Allah.. semoga mama selamat melahirkan adikbaby secara normal, selamat, sihat dan cukup segala sifat.. Amin.. ya robbal alamin..



لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ


La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."



Saturday, January 9, 2016

Hadiah Mini GA Dari Blogger Aniesandyou.blogspot.my


Tak sangka pula main teka je Mini GA yang anis anjurkan ni. sekali menang daa... Alhamdulillah rezeki baby dalam perut agaknya..ngehngehngeh

Dapat tudung AJ dan button nuffnang.. comel sangat!!






daku peminat AJ gak tapi lama dah tak beli tudung-tudungnya.. dapat hadiah ni memang rezeki la!

terima kasih anis.. moga di murahkan rezeki lagi..


Jemput singgah blog anis:



Posted via Blogaway



Thursday, January 7, 2016

2nd Pregnancy Diary: Normal Atau Caeserean??


Sekiranya anda baru sekali menjalani proses bersalin melalui pembedahan caesarean, anda boleh mencuba untuk bersalin normal (VBAC- Vaginal Birth After Caeserean) pada kehamilan seterusnya. Tapi ada syaratnya, asalkan bayi tak songsang, hamil kembar, masalah uri, tekanan darah tinggi, kencing manis atau komplikasi lain. 

Baru-baru ni masa usia kandungan 35 minggu++ jumpa dengan doktor O&G hospital untuk menentukan sama ada boleh bersalin normal atau tidak. Ini perlu sebab doktor nak tengok kekuatan parut pembedahan dulu samada mampu bertahan untuk menerima kontraksi yang bakal di alami atau tidak.

Bila scan, air ketuban normal, parut pembedahan takde sakit, bengkak atau masalah lain doktor kaunseling sikit kata takda masalah untuk bersalin normal atau VBAC hanya 0.5% risiko pecah rahim.  

cuma..

biar mengalami kontraksi sendiri tanpa perlu di paksa bersalin (induce)..so bila pertama kali nak try normal selepas c-zer ni, doktor suggest bersalin di hospital besar jika ada komplikasi apa-apa senang untuk di rujuk.

makanya terpaksa la daku ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kira-kira 30minit ikut highway bila sakit nak bersalin nanti.. huhuhu 



walau apa-apa pun daku pilih untuk VBAC!! dan daku sedaya upaya berusaha untuk bersalin normal kali ni.. moga Allah perkenankan.. Amin...


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."


"Hasbunallah Wani'mal Wakîl Alallahi Tawakaltu"

~Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah~


Moga kita berdua dipermudahkan, anakanda mama keluar dengan sihat n selamat ye anakku sayang... 
Amin~




Wednesday, January 6, 2016

Nasi Ayam Penyet Restoran Haji Ihin


Dah hujung-hujung pregnancy ni.. teringin pula nak makan Nasi Ayam Penyet. 
kali terakhir makan kat sabah.. 

nasib la cari kat Port Dickson ni ada juga.. lepas mengidam daku.. hehehe

Restoran Haji Ihin
terletak di PD Sunggala Gateaway


Menu yang di sediakan dari bandung Indonesia!


Inilah Set Ayam Kampung Penyet




Ada nasi, ayam penyet, tauhu, tempe, terung sambal, sup 
ayam dah la banyak isi! sambal tak pedas sangat! memang sedappp!!


kalau korang jalan-jalan ke PD boleh la singgah sini..

PD SUNGGALA GATEWAY 
( No 18-G, Jalan PDS 3, PD Sunggala Gateway, Telok Kemang, Port Dickson )


**** eh korang makan apa lunch ni??



Tuesday, January 5, 2016

2nd Pregnancy Diary: Set Berpantang


Untuk berpantang anak kedua ni masih mengekalkan Jamu Selapan Air Mancur. Kali ni beli untuk pakai luaran saja macam pilis, tapel, param.. dulu beli satu set pun tak makan pil jamu nya.. mak aku jugak yang habiskan..hehehe :p



untuk pil dalaman daku pilih Shaklee sebagai supplemen.. lebih-lebih lagi ESP & Alfafa untuk penyusuan.. 




Vitalea

-mengandungi zat besi untuk membina semula sel darah merah yang hilang ketika proses bersalin
-membekalkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan

B-compleks

-memberi tenaga ketika dalam pantang

Zinc compleks

-membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran

Vitamin C

-untuk penyembuhan luka dan pembinaan tisu-tisu yang koyak ketika bersalin


Jadi semua ni sangat sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan dan boleh di ambil sejurus selepas bersalin. 


**************

Err.. iklan jap.. shaklee boleh juga kalau nak order dengan jijah:

WhatsApp / SMS / Call: 0132378013
PM Facebook : Azizah Green Line

Monday, January 4, 2016

Teratak Az: "Rumahku Syurgaku"


Selamat Tahun Baru 2016 semuaa!!

Alhamdulilah nampak dah siap... bertambah ketidaksabaranku untuk melihat rumah ku siap sepenuhnya dan layak di duduki..



Sebenarnya sudah tidak sabar nak duduk rumah sendiri... Mesti best... Cuma pekerja-pekerja tu kata rumah siap belum tentu boleh duduk lagi sebab kena tunggu CF... dan kebiasaannya kalau nak dapat CF mengambil masa paling lama pun 3 bulan... emm lepas pantang la jawabnya baru boleh duduk rumah sendiri..




Inilah gambar tong sampah & peti surat ku... tapi yang tak bestnya tong sampah ni... tak de pintu dari dalam rumah so kalau nak buang sampah kena buka pagar keluar baru boleh buang sampah...huhuhu

Luar dalam dah cat, dah cuci lantai cuma sekarang pekerja tengah check defect. mana mana tempat yang retak/crack mereka tampal balik. 

Living hall

Hall. Nasib di pisahkan antara living hall dan dining hall.. kalau jenis hall memanjang pening juga memikir nak deko camner..




Inilah gambar ruang tamu daku... Kecil je kan saiz ruang tamu daku... cukup muatla 1 set kerusi. meja dan tv..huhuhu


Dining Hall dan Dapur




Dapur ni besar lebih kurang living hall tadi. Memandangkan dining hall pun sekali jadi nak buat KC pun kena buat L shape/ counter bar kot.. baru nampak perpisahan antara dapur dan meja makan.. malu kalau orang nampak kita masak....muehehee :p


Bilik

Bilik ada 4, bilik air ada 2. 

Master BedRoom

Kecil je, Muatlah nak letak katil, meja solek, dan sebuah almari...Plan nak buat wardrobe built in. tak tahu la muat ke tidak.. 




Bilik air dalam master bedroom... dalam bilik air ni ada shower, sinki dan yang paling penting ada jamban duduk...



Ini gambar bilik kedua dan ketiga... tak besar mana pun... bilik kedua ni untuk bilik tidur/bilik permainan abglong hakimi..



bilik ketiga ni tinggi.. akan datang boleh plan buat loteng.. hehe bilik ni daku nak jadikan bilik tetamu/ bilik solat/ perpustakaan.. hikhikhik




Gambar kat atas ni pula bilik belakang sekali yang ke-4. Kecik sikit berbanding bilik lain. so daku decide untuk dijadikan STOR...




Ini adalah ruang masuk antara bilik master bedroom dan bilik kedua. macam nak letak gambar kat dinding tu...



Ini gambar toilet kedua... Terletak di dapur... Dua-dua tandas gunakan shower dan tandas duduk. 



nampak tak crack tu.. sekarang pekerja pecahkan balik dan tampal simen baru.. harap tak banyak la defect nanti..

Sekarang tengah tunggu CF dan kunci rumah je.. bila dah dapat kunci rumah macam-macam dalam kepala pikir nak buat, nak pasang grill, masuk api air, buat kitchen cabinet, wardrobe, basuh rumah dan buat kenduri housewarming.. kalau dah bersalin time tu boleh la buat kenduri aqiqah sekali kat rumah baru.. hehehhee


Moga di permudahkan segala urusan... Amin








Friday, January 1, 2016

Hari Pertama Di Tahun 2016


Selamat Datang Tahun 2016 :)






Syukur Alhamdulillah kita masih di panjangkan usia untuk ke tahun ni.. Cepatnya masa berlalu kan.. sedar tak sedar pelbagai pengalaman kehidupan terdahulu telah dirasai..

Untuk azam tahun 2016 ini:


Diri Sendiri 

  • Semoga Allah SWT panjangkan usiaku..
  • Ingin lebih taat pada Allah SWT dan Rasul

Rumahtangga & Anak 

-Taat pada suami, ingin menjadi isteri yang solehah
-Menjadi mama yang baik, rajin, penyayang dan banyak bersabar pada anak soleh hakimi dan anak solehah bakal lahir nanti..
-Berusaha menyusukan anak solehah bakal lahir nanti sehingga 2tahun!


Ibubapa 

-Berbuat baik pada ibubapa selagi mereka masih hidup
-Lebih bonding dengan keluarga


[Teratak Az] Rumahku Syurgaku 

-Lebih rajin dalam menghias/mendeko rumah. 
-Buat playroom untuk homeschooling anak2
-Buat mini surau/library


Kerjaya 

-target nak amik kursus Post Basic Paediatrik selama 6 bulan


Holiday 

-menabung untuk cuti-cuti malaysia pada hujung tahun samaada di Sabah atau dalam negara 


Semoga azam ini menjadi kenyataan! Aminn


Selamat Tahun Baru 2016 korang!!
Tahun baru, Azam baru, Cabaran baru, Dugaan baru, 
Berdoalah agar kita mampu hadapinya seperti tahun-tahun yang lalu..
inshaaAllah