Jururawat Terlibat Dalam Kemalangan

3:50:00 PM 8 Comments A+ a-




Baru baru ni gempar seorang jururawat yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta viva degan satria yang berlaku di selekoh kg pahang sungai soi berhampiran masjid.


Mangsa merupakan kawan sewad sahabat daku iaitu nurain binti muzer 30 tahun seeorang staffnurse yang bertugas di wad mawar 7B HTAA perubatan wanita.


Dimaklumkan mangsa dalam kemalangan mengandung 39 minggu yang tinggal menunggu hari saja dalam perjalanan untuk datang bekerja shift pagi. Hari kejadian merupakan hari terakhir mangsa bekerja kerana pada keesokkan harinya beliau terpaksa membuat pembedahan ELLSCS memandangkan bayi yang di kandung dalam keadaan songsang.


Allahu.. bayangkan ini merupakan bayi pertama beliau setelah 6 tahun menanti zuriat. Tapi takdir mengatasi semuanya, bayi yang di kandung mangsa sudah meninggal dunia di dalam kandungan dan mangsa kini di rawat di wad icu.


Alhamdulillah beliau dah sedar tapi mula mengigau menanyakan perihal anaknya..


Buat sahabat perjuangan..semoga tabah di bawah lindungi Allah. Anak itu menunggu kamu di syurga nanti.. inshaaAllah..


Ikea Malaysia 20th Anniversary Sale

4:41:00 PM 6 Comments A+ a-


Weekand 14-17july lalu ikea membuat sale besar-besaran sempena 20tahun pembukaan IKEA Malaysia,
banyak item yang ada promosi murah.









Cake Stand Rm49

Daku pun ambil kesempatan rebut promosi murah ni beli variera box, candle dan cake stand. beli dengan personal shopper ikea.

tak sanggup makk nak berebut bersesak kat ikea tu.. mereka yang pergi kata nak beratur bayar pun 3jam!! wuaaaa!!






yeyy paling penting cake stand tuu!! konon nak letak kek masa open house & house warming 31julai nanti..mihmihmih :)

jemput datang ye kalau nak tengok rumah baruuuuu.........

Raya2016- Raya Kedua dan Ketiga

8:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Masih throwback kisah raya2016 daku


**********************


2 dan 3 syawal daku dah mula bekerja tapi kerja malam.. jadi siang hari tu dapat la beraya dekat-dekat rumah mertua. kan daku dah cakap suami orang PD je.. jadi keluarga mertua semua tinggal area-area PD je.. memang tak gaduh time raya. hihihi




2syawal



kali ni tema merah.. sama recycle baju raya tahun tahun lepas.. untuk anak-anak je baju raya baru :)
beraya di rumah mak bapa atoknenek saudara belah suami, 




3 syawal tema sukasuka hati :p 
anak-anak je pakaikan baju cantik cantik.. terutamanya zahwa lah :)

banyak lagi rumak makayah saudara suami belum pergi tapi syawal ke 4 suami pula duty.. so kita duk rumah jelah berehat...hihihihi

mesti meriah kan sambutan hari raya korang... share la sikit .... ngee~~





Raya2016 - Raya Pertama Kami

5:32:00 PM 14 Comments A+ a-


Sekejap je dah seminggu syawal.. macam mana raya anda semua??
throwback kisah raya 2016 kami ni sikit.. boleh??

**************

Alhamdulillah kami suami isteri sekampung.. jadi tak la berebut nak beraya mana dulu..
memandangkan tahun ni pertama kali beraya di rumah baru,
jadi kami gerak pagi raya tu dari rumah sendiri.. 
pagi tu siapkan anak-anak pakai baju raya, then makan.. 
Alhamdulilah pertama kali masak rendang kerang sedapp! puas hati dapat masak :)


baru gerak balik rumah mertua tak jauh 16km (15minit) dari rumah kami.. lepas bersalam salaman dengan mertua tengahari pergi rumah makayah daku pula. dalam 10km (6minit) je.. then #teamrayajohor pula.. gerak balik Tangkak jumpa nenek di kampung pergi rumah saudara mak itu ini dah asar gerak pergi Segamat pula rumah adik beradik ayah (mak &bapa saudara daku).

lepas isyak baru balik PD.. perjalanan 2 jam balik hari PD-Johor -PD agak memenatkan.. tapi puas hati dan enjoy dengan raya kali ini :)

inilah keluarga kecikku :)
tambah meriah dengan kehadiran puteri solehah nur zahwa 5bulan ^___^



abang dan adik 
 


macam mana hari raya korang??



DIY Hilang Kesan Conteng Di Dinding

7:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Mama dah naik stress dah la rumah baru duduk, nak raya pula tu si anak bujang mama hakimi tu boleh pula buat projek lukisan pulaaa...buntu mama nak hilangkan hasil lukisan tu macam mana -_-"

stress sampaikan mama rasa nak cat rumah atau  pasang wallpaper, sampai pergi Kaison kat Melaka nak cari wallpaper!!

nasib baik mama terjumpa petua ni.. Alhamdulillah lega.. mama sukaa!!

DIY Hilang Kesan Conteng Di Dinding

soda bikarbonat
span basuh pinggan
gayung/besen
air paip/biasa


1. Korang ambil sesudu soda bikarbonat campur dengan air paip/air biasa..
2. ambil la span basuh pinggan, sental kat dinding yang comot penuh contengan tu..
3. then ambil kain lap, lap la sikit..dan tengok la hasilnya..

Ni nak raya mesti nak bersih2 rumah kan.. nak beli cat mahal plus takde sapa nak mengecatkan.. so guna laa teknik ni..





Alhamdulillah lega hati mama, dinding dah bersih... yeyyy!!
sila buat cepat sebelum rayaa!!





Tahun Ni Raya Kat Mana Nurse?

12:00:00 AM 8 Comments A+ a-


Tak suka bila menjelang cuti perayaan lebih lebih lagi Hari Raya..
soalan cepu mas ni pasti keluar..




Tahun ni raya kat mana staffnurse??
tanya la mana-mana nurse pasti stress dengan soalan ini..lagi stress kalau tak dapat cuti raya..huhuhu 

tahun ni Alhamdulillah daku dapat cuti dari 3.7.2016 sehingga cuti raya pertama Rabu 6.7.2016.. raya kedua Khamis 7.7.2016 dah syif malam... ok la tu syif malam pun pagi still boleh beraya bersama keluarga juga even mata bengkak tak tidur 10 jam!! hahaha

inilah bila dah namanya cik misi sedia berkorban membantu memberi perawatan di musim perayaan,, mana yang dah dapat cuti raya tahun lepas..redha jela kalau tak dapat cuti raya tu.. tak nak la selfish sebab kita ni kerja berpasukan kena ikut giliran cuti... baru adil dan saksama :)

kepada korang, untunglah anda semua dapat cuti lama..paling untung ada ambil cuti direct seminggu... bestnyaaaa!! harap persiapan raya anda semua dah settle k... 

eh.. jumaat 8.7.2016 tu dapat cuti peristiwa eh??


Salam Lebaran,
Azizah Green Line



Sunat Anak Perempuan Di Usia 4 Bulan

1:07:00 PM 5 Comments A+ a-



Alhamdulillah syukur anak perempuan daku dah selamat bersunat ketika usia 4 bulan lebih.. lega dah tertunai satu tanggungjawab sunatkan si zahwa ni. sedang-sedang elok laa tu..sebab kebanyakan klinik nak sunatkan bayi perempuan pun kena lebih usia 3 bulan.

Asyik tangguh je nak sunatkan zahwa last tekadkan hati terus bawa dia pergi klinik.. kat klinik daftar dan tunggu giliran. zahwa pun masuk bilik doktor. doktor dah standby alas, alat, gunting dan kapas. letak dia atas katil buka seluar dan pampers dan sekejap je doktor gunting kulit dia. menangis kejap je.. keluar klinik dah tak nangis :)

tapi mama dia yang takut.. takut sakit ke..berdarah ke.. tapi lepas tu Alhamdulillah zahwa boleh gelak-gelak..menyusu macam biasa..




Alhamdulillah , selesai satu tugas mama sunatkan awak Nur Zahwa.. Next,, mama nak tindik telinga awak pulak.. ^____^

Bayaran RM20
Klinik Ihsan Port Dickson