Tuesday, November 29, 2016

Antibiotik Perlu Ke?


Antibiotik Perlu ke?

Antibiotik tidak berkesan untuk merawat selsema.
Antibiotik juga tidak dapat mengurangkan tempoh jangkitan selsema
Malah antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan berbanding ubat lain..





Tetapi,
hampir 60% penduduk Malaysia mengharapkan antibiotik ketika demam dan selsema..

Maka Antibiotik tak perlu untuk sesetengah penyakit biasa.. dan perlulah di rujuk oleh doktor terdahulu..




Monday, November 28, 2016

Derita Ibu Hamil Kejang Kaki Pada Waktu Malam


Dari mengandungkan anak pertama hingga sekarang,  dah biasa alami kaki cramp/ kejang/ simpul biawak pada waktu malam. betapa seksanya sakit bila bangun.. terpaksa urut sendiri bagi kurang..

Mengandung kali ni tekad amalkan Set Ibu Hamil sebab tahu kepentingan ubat ubat ini..

Salah satu faktor kurangnya kalsium, magnesium dalam badan. mana tak nya ibu perlu berkongsi nutrisi dengan bayi yang di kandung!



Penting pengambilan suplemen yang bagus seperti Ostematrix! 
Mengapa Ostematrix Shaklee?
Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

❤ 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk tablet yang mudah untuk ditelan.
.
❤ Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
.
❤ Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.


Kalsium penting untuk:
☘ Sakit belakang
☘ Kebas-kebas / kekejangan
☘ Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu dan ibu berpantang
☘ Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan
☘ Penting untuk kuatkan tulang
☘ Penting untuk kuatkan gigi
☘ Boleh elak kejang ketika hamil
☘ Bebas dari bengkak dan sembab ketika hamil



1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu kalsium tinggi tau = 80 biji badam


Ingin mencuba produk shaklee? boleh hubungi saya seperti di bawah :)



CARA MEMBUAT PEMBELIAN OSTEMATRIX


CARA 1

Klik ke OSTEMATRIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2


Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant


Sunday, November 27, 2016

Radio MP3 30 Juzuk Bacaan Alquran


Puas survey seller dengan harga yang berpatutan..tekad mesti kena beli juga! akhirnya jumpa :)
Radio MP3 30 juzuk Bacaan suci Al-Quran ni...sangat sangat bermanfaat untuk seisi keluarga...tambah yang ada anak kecil ni..





Sangat mudah pilih surah mana yang nak di dengar kat Index then tekan je dah boleh dengar.

Ada 909 Pengisian
Lengkap 114 Surah...Bacaan Dari 3 Imam Terkenal Dunia
1) Imam Mishari
2) Imam Suud 
3) Imam Ghamidi
Termasuk Tafsir Lengkap 114 Surah

-Ceramah Dari Tokoh Popular Seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ahmad Dusuki & Ramai Lagi

-Himpunan Nasyid Popular Seperti Dari Kumpulan Raihan, Hijjaz, Rabbani dll

-Ayat Ruqyah, Azan & Doa Setelah Azan

-Zikir2 & Doa2 Amalan Harian

-Bacaan Dalam Tatacara Solat

-7 Maqam Tilawah Seni Bacaan Al-Quran


Macam macam lagi la kelebihan radio mp3 ni! tak rugi beli.. sangat sangat berguna :)




Thursday, November 24, 2016

Herba Untuk Penyakit Senggugut



Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Senggugut yang dialami di zaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekal dan menjadi lebih serius.Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan.


Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?

Pengeluaran sejenis bahan prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat. Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini? Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa lebih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.


BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?

1. Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut. Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.


2. Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.


3. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.


4. Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.


5. Selain daripada itu daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar dikawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang.Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara dan ros pantai selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna, ungu dan putih. untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua kedalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.


6. Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ia daun mas cotek diminum dua kali sehari.


7. Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh dijadikan ubat untuk senggugut.


8. Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam disekeliling rumah juga boleh membantu merawat senggugut . Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air, Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.


9. Madu memang banyak khasiat dan kegunaannya. Madu yang dicampur bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat dicairkan ke dalam segelas air panas diminum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.


10. Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah,seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.


11. Halia ialah herba yang paling mudah ditemui. Halia juga berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. 5 cawan air direbus bersama 20 gm halia,10 gm kayu puti, 10 gm jintan manis ,10 gm kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan.Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.


12. Secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama direbus dengan 3 cawan air dan biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


13. Pengambilan GLA Complex, B Complex dan Kalsium dapat menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika haid. Boleh cuba amalkan Vitamin SHAKLEE untuk atasi senggugut anda!.




Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant




Friday, November 18, 2016

Resepi Pizza Homemade


Susah betul kalau dah viral ni.. mesti terliur nak makan.. haihh! Nasib bahannya mudah.. terus cari dan buat! Kini semua orang boleh sediakan pizza sendiri.. sesedap rasa Dominos..




6 Bahan utama

1. Roti Paratha segera (tak kisah apa brand)
2. Sos Spagheti Kimball
3. Sosej brand Ramly hiris nipis
4. Keju mozarella atau cheddar
5. Bawang holand potong dadu
6. Capsicum potong dadu



Cara-cara

1. Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa di bakar
2. Keluarkan plastik lapik Roti Paratha ketika masih beku
3. Sapu sos spagethi di atas roti paratha ( sementara tu panaskan oven suhu 170 darjah. api atas bawah



4. Letakkan mozarella cheese atau cheddar cheese
5. Susun sosej di atas lapisan mozarella
6. Kemudian letakkan potongan capsicum, bawang holland. (kalau ada nenas atau cendawan butang boleh letak juga)
7. Taburkan mozarella cheese lagi. ( suka mozarella sebab effect tarik tu)


8. Masukkan dalam oven letak di tengah menggunakan api atas bawah masak selama 20minit suhu 170 darjah
9. Siap dah pizza kita.
`

10. Tu yang best effect tarik tu

`


Sesuai untuk sarapan atau minum petang! nyummm!! weekand ni boleh la sediakan untu keluarga!





Wednesday, November 16, 2016

Caj Rawatan Hospital Kerajaan





Ringkasan dan penerangan dari KKM ni lebih mudah di fahami tentang caj rawatan terbaru hospital kerajaan 

KKM hanya naikkan caj bagi pengguna kelas 1 dan 2.. Kelas ke-3 yang cajnya langsung tidak berubah. 



So, Jika anda datang ke klinik kerajaan anda masih bayar rm 1 sahaja. 

Bersyukur dengan apa yang ada.. semoga di beri kesihatan yang baik. 

Monday, November 14, 2016

Fenomena Supermoon 14 November 2016





SATU LAGI FENOMENA CIPTAAN ALLAH AKAN BERLAKU... IANYA DIPANGGIL FENOMENA SUPERMOON PADA MALAM INI 7.24-9.54 MALAM.

✔SUPERMOON BERLAKU APABILA KEDUDUKAN BULAN BERADA PALING HAMPIR DENGAN BUMI...MEMBUAT KAN BULAN KELIHATAN BERKALI GANDA LEBIH BESAR DARI KEBIASAANNYA,JUGA LEBIH CERAH!!

✔FENOMENA SUPERMOON DIJANGKA AKAN BERLAKU LAGI ,18 TAHUN AKAN DATANG



JADI JANGAN KETINGGALAN!!


Isu Nama DAMIA



Pasti ada ramai berikan nama anak Damia kan?? Nama pun best.. tentu menjadi pilihan.. tetapi baru baru ni menjadi viral pula bila seorang ibu membuat permohonan pertukaran nama kerana nama DAMIA tersebut dikatakan mempunyai maksud yang tidak elok iaitu "tempat keluar darah"



Berikut penjelasan Mufti  Pulau Pinang


GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.


Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.


“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.


“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.


Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.


Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.


“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.


Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.


“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

sumber : Sinar Harian


Mengikut Dr MAZA,
Nama Damia boleh digunakan cuma tukar sahaja dengan sebutan yang betul dan ejaan arabnya iaitu دامياء / Damia' / Damiyak maknanya baik dan berkat.

Sebutan yang sebenarnya perlu diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain. bahasa Arab, Cina atau Jepun, tidakkah berlainan tafsirannya..

Untuk isu ini..Terpulang pada diri individu itu sendiri sama ada nak kekalkan nama tersebut atau tidak. 

Lepas ni kena rujuk kepada yang lebih arif dalam pemilihan nama anak ni.. jangan percaya buku nama semata mata. Pesanan buat diri sendiri.

Tuesday, November 8, 2016

Tips Merawat Sedu


Tahukah anda, selain disebabkan oleh kegagalan untuk menelan makanan dengan teratur, sedu juga boleh berpunca daripada terkejut, pengambilan minuman yang terlampau sejuk, pengambilan minuman berkarbonat dan pengambilan alkohol. 



Sedu berlaku apabila diafram (otot yang memisahkan antara dada anda dengan abdomen anda) bergerak secara 'involuntary' ataupun 'bergerak dengan sendiri'.

Bagaimana cara untuk merawat sedu?

Banyak pendapat menyatakan bahawa anda boleh cuba menelan nasi yang telah digumpal bagi merawat sedu. Ada juga yang berpendapat bahawa meminum air dengan jumlah yang banyak juga mampu merawat sedu. Tidak lupa juga ada yang berpendapat bahawa anda perlu ke Jabatan Kecemasan dan Trauma seandainya anda mengalami sedu.

Namun yang sebenarnya, anda boleh merawat sedu dengan sangat mudah, iaitu dengan menahan nafas. Anda hanya perlu tarik nafas dalam-dalam dan tahan untuk beberapa saat. Melalui cara ini, anda telah mengembangkan dada anda, sekaligus merenggang otot diafram tersebut dan menghalangnya daripada bergerak dengan sendiri. Berikan sepenuh tenaga bagi menghalang dada anda daripada mengecut dan mengembang kembali. Cara ini tidak akan berkesan sekiranya dada anda masih mampu mengecut sewaktu anda menahan nafas.

Setelah beberapa ketika, pergerakan diafram anda seolah-olah telah di'reset' kembali kepada asal dan ini akan menghentikan sedu yang anda alami.



Monday, November 7, 2016

Sembelit Ketika Hamil


Sembelit dan kehamilan adalah sangat sinonim.
Kenapa kita sembelit semasa mengandung?

Antara sebabnya:

1) Banyak muntah menyebabkan kita kurang air
2) Hormon perempuan mengandung menyebabkan sisa makanan dalam usus lambat bergerak
3) Iron supplement
4) Pemakanan yang tinggi gula atau kurang serat.


Kenapa nak elakkan sembelit?

Selain dari sebab yang obvious iaitu sakit, sembelit juga boleh menyebabkan buasir ataupun luka di sekitar dubur. 

9 tips untuk ibu-ibu amalkan:

1) Minum air suam satu gelas sebaik sahaja bangun pagi.
2) Telan minyak sihat seperti olive oil dan minyak kelapa dara (VCO) satu sudu besar sebelum sarapan.
3) Makan satu sudu besar madu selepas telan minyak di atas.
4) Banyakkan makan buah-buahan segar, tanpa buang kulit.
5) Makan probiotic seperti yogurt. Yogurt asli yang tidak ditambah gula.
6) Sebaik sahaja rasa perlu membuang, terus pergi ke tandas. Jangan tangguh atau tahan.
7) Banyakkan berjalan dan exercise.
8) Elakkan caffeine seperti kopi kerana caffeine mengurangkan air dalam badan.
9) Jika najis agak keras, JANGAN TERAN. Lakukan pernafasan. Bertenang dan bersabar dan terus bernafas. Puan akan berada lama sedikit dalam tandas. Tapi tak mengapa. Jangan hiraukan ketukan di pintu tandas. Terus bernafas. InsyaAllah selepas beberapa minit akan keluar dengan mudah.


Kalau dah sembelit nak buat apa? 
Buat semua tips di atas dan makan banyak betik, prunes dan kiwi, serta minum air kosong 2L sehari.

Terseksaa dengan masalah ini? Ingin atasinya?





Ostematrix Shaklee adalah jawapannya..


  • Tiada lagi DERITA SEMBELIT ketika mengandung dan berpantang..
  • Melengkapkan keperluan KALSIUM ibu mengandung/berpantang/menyusu



CARA MEMBUAT PEMBELIAN OSTEMATRIX


CARA 1

Klik ke OSTEMATRIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2


Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant







Sunday, November 6, 2016

Ke Ikea Cheras Semata Nak Makan Meatball


Datang dari jauh semalam sampai ke Ikea Cheras semata mata melayan perut nak makan meatball ikea..pehhh sanggup kauu! hahahaa


Meatball Ikea 15 ketul RM15.00


Konon 15 ketul habis setiap sorang.. kesudahnya tapau bawa balik.. mihmihmih
Untuk hakimi belikan dia chicken nugget RM4.50.


Tapi.. tapi.. bukan makan meatball semata je.. haruslah cuci cuci mata sekali.. tergrab la beberapa item ikea..



Nafsu tu nafsu! benda tah apa apa beli.. sebab dah alang alang ke ikea. Nak pergi jauh.. alasan kann!




Beli bookcase ni isi buku..majalah dan fail fail.. murah je RM69


Pasni gigih menabung lagi nak beli yang berkenan di hati.. kihkihkih