Suka Duka 2016

7:53:00 AM 8 Comments A+ a-


Sekejap lagi nak menjelang 2017
Pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu..
tanpa sedar setahun sudah berlalu..

untuk tahun 2016..
yang boleh daku rumuskan:

~ lahirlah permata hati kedua anak perempuan Nur zahwa 2.2.2016 @ 7.11pm




~suami naik pangkat  draft ke Mindef Kuala Lumpur berulang alik tiap-tiap hari :)
~berpindah ke rumah baru Mei 2016


~abg hakimi sudah berusia 3 bulan 3 bulan dan bakal bersekolah tabika tahun depan & nur zahwa sudah berusia 10 bulan++ sudah pandai berjalan!
Alhamdulillah perkembangan anak-anak sangat cepat dan pantas.
last but not least,


~hamil kali ke tiga. kini usia kandungan sudah 18weeks.. syukur Alhamdulillah!!


penutup 2016..
dan ini bererti, 2016 juga secara rasminya menutup tirai dengan selamatnya pada malam ni : )


Terima Kasih 2016 untuk apa yang terjadi dan Selamat Datang 2017!
2017...Kehadiran mu di nanti penuh debaran... Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan... Mengharap sinar, harapan dan senyuman...


Semoga tahun baru ini, menjadi tahun yang lebih indah dan menarik untuk anda, daku dan keluarga ku! 

 
Happy New Year Everyone! ;))

Cabut Gigi Geraham Di Klinik Kerajaan

8:30:00 AM 3 Comments A+ a-


Dari mengandungkan anak pertama 4 tahun lepas asyik tangguh nak cabut gigi. gigi ni berlubang tapi setakat ini belum ada rasa sakit lagi. jadi abaikan saja lah..

Baru baru ni tak boleh di elakkan lagi bila doktor gigi cek gigi ni dan tetapkan tarikh appointment untuk cabut gigi. balik tu bermacam macam pikir.. google sakit ke tidak cabut gigi tu..

Hari di nanti telah tiba. berdebar debar menunggu nombor di panggil untuk cabut gigi macam nak pergi berperang!



Nombor di panggil.. masuk bilik 2 doktor cek gigi geraham yang berlubang dan bagi injection untuk bius di tempat yang hendak di cabut. dan tunggu di luar kira kira 10-15 minit untuk bagi kawasan yang hendak di cabut kebas sebelum nombor di panggil kali kedua untuk cabut gigi..


Masuk je balik bilik untuk cabut gigi hati dah berdebar debar takut sakit punya pasal. doktor minta nganga mulut luas-luas dan mula lah proses mencabut gigi..tarik, cungkil, korek goyang untuk cabutkan gigi geraham yang berlubang. aduhai sakit juga tu walaupun sudah di bius. tak tahu nak gambarkan bagaimana.. cuma Alhamdulillah berkat zikir nabi yunus dalam hati, semuanya di permudahkan dengan sekejap.

Akhir sekali doktor minta kumur kumur. terlihat banyak darah dan doktor letak gauze di tempat yang berlubang itu. 

Setiap setengah jam daku akan kumur dan tukar gauze. 
Keesokkanya makan solid food saja, bila rasa dah sihat dah start makan nasi. kihkihkih

Dua hari dah betul betul sihat. kena rajin berkumur selepas makan sebab kadang kadang sisa makanan ada dalam lubang tu.. hahahahaha

Kos cabut gigi di Klinik Kerajaan hanya lah RM2.. :)




Bukit Tinggi Pahang - Jalan-jalan Cuti Krismas

7:42:00 AM 6 Comments A+ a-



Weekand lalu pergi Kuantan Pahang untuk Majlis Aqiqah & Cukur Jambul anak adik ipar.. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat.

Tidur semalaman di Kuantan dan bergerak balik pada keesokkan hari nya. Alang alang dah sampai Pahang singgah sebentar di Bukit Tinggi Pahang. 




Cuaca tidak begitu baik. Hujan yang agak lebat. Tak dapat nak bergambar sangat dekat bangunan Eropah tu.






Abang hakimi yang excited. Lencun mandi hujan. Huhuhu


Keluarga kecilku.. Alhamdulillah lepas Cameron dapat jejak kaki ke Bukit Tinggi.. 

Cuti krismas korang pergi mana??



Kemudahan Cuti Kuarantin

9:19:00 PM 1 Comments A+ a-


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016

KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Diberi kemudahan untuk menjaga anak yang menghidap penyakit berjangkit (diperakukan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yg menyatakan anak perlu dikuarantin). 




Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.

Syarat anak dikuarantin:
i.  Bawah 18 tahun; dan 
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar.

Senarai Penyakit Berjangkit:
1. HFMD;
2. Demam Denggi & Denggi Berdarah;
3. Campak (Measles);
4. Chickenpox;
5. Difteria;  dan
6. Malaria.

Cara memohon, perlu lengkapkan:
1. Borang Permohonan Cuti Kuarantin (lampiran B dalam pekeliling). 
2. Perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan @ swasta. 

Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2017

Glass Wallpaper Untuk Tingkap Dapur

11:54:00 AM 5 Comments A+ a-




Bajet nak pakai blind kat tingkap dapur tapi bila dah buat kabinet dapur, blind pula tak boleh nak drill sebab sempit.. alahai sedihnya..


Jadi.. jalan terakhirnya guna glass wallpaper. orang luar tak nampak dalam. Dalam rumah pun tak nampak luar. Ruang dapur lebih cerah dan terang. 



Terjumpa kat MR DIY. beli balik terus pasang...mula mula nak pasang agak leceh juga. bila jumpa petua basahkan tingkap dulu baru pasang akhirnya menjadi dan ini hasilnya:






Settle.. tak perlu risau takde langsir kat dapur. Pakai ni pun ok sebab ruang dapur lebih nampak terang..




11.12.16 Ulangtahun Perkahwinan Ke 5 Tahun

9:16:00 PM 7 Comments A+ a-



Alhamdulillah.. dah masuk fasa 5 tahun usia perkahwinan kami ni.. 


Selamat Ulangtahun ke 5 Tahun buat kami suami isteri :)



Pelbagai onak duri ranjau berliku cubaan dugaan pengorbanan telah di lalui.. Semoga kami terus tabah dan sabar menghadapi hari hari yang mendatang nanti..



Ya Allah Ya Tuhan ku,
kurniakanlah RahmatMu kepada kami agar kekal abadi aman damai yang berkekalan di dalam rumahtangga,sihat walafiat, di murahkan rezeki dan di lanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh dan solehah serta sentiasa mendapat rahmat daripada Mu Ya Allah
dan mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Amin Ya Rabbal Alamin ♥♥





Selamat Ulangtahun Perkahwinan 

ke 5 tahun


#MyTravelokaEscapade: Sabah Bah Ni

11:22:00 PM 5 Comments A+ a-


Dalam banyak banyak negeri.. Negeri Sabah la jijah suka pergi. Dua tahun tinggal di Sabah tak puas berjalan. tak puas meneroka alam, pulau dan tempat-tempat menarik di sana! 

Dan bila traveloka tanya jijah nak travel kemana dalam 10 destinasi ini.. sudah pasti jijah pilih Sabah bah! satu destinasi yang menarik, terdapat macam macam tempat menarik, kraftangan serta orang orang sana pun baik baik!




Nak pergi Sabah bukan main pergi je.. kena survey tempat menarik dan hotel kan.. then boleh lah booking tiket fight. 
Tapi.. tapi dengan adanya Traveloka, anda tak perlu survey banyak tempat! semuanya Traveloka ada. boleh survey harga tiket flight dan hotel lagi di Traveloka! WOW!! Menarik kan?? 2 in 1 kan mudah!

Dah ada tiket flight dan hotel di sana. kita mendarat di Lapangan Terbang KKIA. Mula mula dari Kota Kinabalu kita pergi:

Pasar Filipin


sumber: http://kotakinabalutravelguide.com


Pasti ramai pernah dengar nama ni kan.. haa.. ini lah tempat shooping untuk beli pelbagai cenderahati untuk di bawa balik semenanjung. Ada dua pasar, satu pasar basah dan satu pasar kering yang jual cenderahati,mutiara dan baju-baju. di sebelah pasar pilipin ni pula ada bazar/pasar yang jual makanan fresh seafood macam lobster, udang galah dll..



Rumah Terbalik (Upside Down House) 

Bila sudah masuk Tamparuli dan memasuki Tuaran, Jangan lupa singgah salah satu rumah yang dibina secara terbalik yang telah menjadi salah satu tarikan pelancongan untuk datang ke Tamparuli, Sabah. Semuanya terbalik dalam rumah ni. 



sumber: https://500px.com/photo/37913524/the-upside-down-house-rumah-terbalik-in-sabah-by-jensen-chua


Pekan Nabalu 

Sebelum sampai Kundasang jangan lupa singgah Gerai Pekan Nabalu. banyak sayuran dan buahan fresh, cenderamata, kraftangan, baju2-baju ada di jual di sini.. murah2 tau!


sumber: http://www.mysabah.com

Pemandangan Gunung Kinabalu

Dah sampai pun Kundasang, nak menikmati Gunung Kinabalu kena booking Kinabalu Pine Resort dekat Traveloka. Cantik pemandangan gunung di sini.. sejuk pula tu..


sumber: google

Tinggi tinggi gunung kinabalu



Tengok Lembu di Desa Dairy Farm


sumber: http://www.panoramio.com/


Fefeling ala-ala di New Zealand dengan lembu hitam putih. Di sini juga tempat pemprosesan susu lembu. Selain itu kita dapat menikmati susu lembu fresh, yogurt dan aiskrim yang segar sedap! 


Island Hoping : Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi


sumber: http://kotakinabalusabah.com/

Tak sah kalau tak pergi ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi yang terletak dalam kawasan Tunku Abdul Rahman National Park. Keindahan dan lautan yang sangat jernih, boleh nampak ribuan ikan, dan terumbu karang yang cantik, pastinya memukau setiap pelancong yang datang.


Sebenarnya banyak lagi destinasi menarik kat Sabah ni.. nak pergi untuk 4 hari 3 malam memang tak cukup kan.. tapi cukup lah tempat yang di senaraikan ni.. harap dengan contest dari Traveloka ni jijah dapat berpeluang merealisasikan percutian idaman di Sabah Bah nih bersama keluarga tercinta!



Badal Haji 2016 Untuk Arwah Abg

9:12:00 AM 6 Comments A+ a-



Pada musim haji tahun 2016 ni.. makayah daftarkan badal haji untuk arwah abg yang meninggal pada jan 2015 lalu.. Kos Upah Badal haji RM3000 menggunakan duit faraid yang dapat.. sekurangnya ada amalan mulia untuk dia bawa ke alam sana :(




Dalam minggu ni.. dapat surat dari Tabung Haji untuk ambil hadiah..
Hadiah yang di terima :
1. Telekung
2. Sejadah
3. Kopiah
4. Tasbih
5. Sijil

Alhamdulillah dah selesai tabung haji buatkan badal haji untuk arwah abg..
Semoga Allah menerima amalan mulia arwah sepanjang hidupnya.. Amin ya robbal alamin..




Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

2:30:00 PM 6 Comments A+ a-



Dah lama tak join Giveaway.. ada masa terluang ni kita join support kawan-kawan blogger :)


Jemput join Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

klik banner



Tarikh GA 05.12.2016- 15.12.2016 @ 11:59 mlm


wish me luck!


Hokaido Cupcake

9:08:00 AM 6 Comments A+ a-



Pantang betul nampak makanan sedap sedap sekarang nih.. ada je cuba nak makan..




Hari tu kawan wad menjual hokaido cupcake ni.. first time makan. saja nak try rasa..sedap pula tu!
Filling cheese lagi tambah kenikmatan.. sampai 5 biji pun tak cukup nak makan..

1 kotak kecil ni ada 5 pcs RM 5. Kalau dia menjual lagi, nak beli lagi lah.. kesedapan pula... nyumm!


Pengalaman Scaling Gigi

9:53:00 AM 6 Comments A+ a-


Di sebabkan ada temujanji dengan doktor gigi, terpaksa buat rawatan scaling atau cuci gigi ni.. kalau tak mengandung confirm tak buat! pastu tak tahu tebal mana karang gigi tu..hahaha

Scaling adalah kaedah pembersihan karang gigi atau plak dari permukaan gigi atau tempat yang sulit di dalam mulut . Karang gigi ni selalu berada di pangkal gigi, di celahan geraham. 

Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategik seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. 

Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi. Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.

Scaling penting bagi kekalkan kesihatan gusi dan mencegah jangkitan kuman. Sebab itu lah kita perlu berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali sebab kalau berkerak, gusi gigi bengkak, gosok gigi akan berdarah. Ia juga salah satu penyebab mulut berbau. 







Bermula prosedur scaling, scaler dimasukkan ke dalam mulut. Bila doktor letak je pada gigi, terasa getarannya, terasa sakit dan ngilu. Fuhh...tak boleh di ungkapkan dengan kata-kata betapa ngilunya.. dalam hati berzikir banyak kali.. doktor pesan jangan telan air liur sebab takut kuman masuk dalam perut. tapi tak boleh tahan ngilunya secara tak sedar tertelan juga. proses berlaku lama juga sebab banyak karang gigi perlu di bersihkan. tu sebab bila daku gosok gigi asyik la berdarah.. 


Apabila selesai doktor bagi segelas air untuk berkumur. bila kumur keluar darah dan karang gigi.. Alhamdulillah bila gigi dah buat scaling baru rasa selesa dan licin dekat gigi..


Untuk buat rawatan di klinik kerajaan. Hanya perlu bayar RM1 untuk rawatan scaling ni tapi perlu dapatkan temujanji dulu. Nasib dapat doktor perempuan yang baik hari tu.. hihi:)


Next kena cabut gigi geraham yang rosak pula.. alahai.. getar lutut makk!