Wednesday, August 31, 2016

Tuesday, August 30, 2016

Merdeka Sale 2016



Promosi Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia esok..
Dah gaji kan.. JOm pecahkan tabung..kihkihkih

Antaranya:






Combo set murah dari A&W 59th Merdeka Deal


Kedai Ayamas 2 Whole Roasters only RM31.80!!
NP RM56.20
only on 31 Aug 2016



4 Bowls Percuma di Boatnoodle


At Kenny Rogers Country Style Chicken Soup only 59sen!


Kenny's whole chicken
only RM29


Teh Tarik Place 5sen je babe!


2 for 1 Pizza


2 for RM5.90 at AuntieAnne's
29 Aug-2 September 2016


Baskin Robbins 31% off handpacked ice cream deal 
from 29th- 31st Aug 20016



1 slice of cake Secret Recipe only RM5.90
31 August 2016
12pm-5pm





7 Eleven Pesta Merdeka
2 Aug-12 September





Setahun sekali..sempena merdeka.. bukan selalu promo!
apa lagi Jom serbu outlet-outlet berdekatan 

Selamat Hari Merdeka!



Monday, August 29, 2016

DIY Label Botol Rempah


Botol hadiah dari rumah kahwin dari terbiar begitu saja marilah kita start projek susun atur.. hanya guna bekas tipuware IKEA, mr DIY, kedai Eco RM2 dan botol rumah kahwin.. kihkihkih hentam lah lain-lain bekas pun! janji senang nak ambil bila dah label :p

Memandangkan kabinet dapur pun ada kena la rajin sikit menDIY label-label botol rempah ratus tu.. Label pun campur-campur.. Ada ambil dari blog azhafizah.com, google dan ada yang buat sendiri :)

Untuk rempah ratus guna bekas dari Eco, Mr DIY dan barang terpakai




Storan IKEA ni untuk Milo, Gula, Teh, Nescafe



Ini dalam rak yang di sediakan oleh tukang kabinet..bila masak senang nak capai sebab bawah dapur gas je..
Label Gula, Garam, Kunyit




Setakat ni buat mana yang sempat je..anak-anak kecik lagi nak update blog pun tunggu mereka tidur dulu.. inshaaAllah bila ada masa terluang buat label balik untuk seragamkan bentuk, warna dan tulisan label tu dan botol-botolnya..

sekarang biar camni janji senang nak capai barang apa dalam tu bila dah label kan kan..







Thursday, August 25, 2016

Tips Berpantang Pembedahan (Czer)


Anak pertama daku bersalin secara pembedahan. Alhamdulillah tak la seteruk yang di sangkakan cuma perlukan penjagaan yang rapi. Anak kedua pula bersalin secara normal. Dari sini tahu perbezaan bersalin czer dan normal. dan terus terang katakan bersalin normal lagi mudah di jaga berbanding czer!

Mari daku nak kongsikan Tips Berpantang Secara Czer!
lebih kurang juga macam page ni katakan:


Tidak di nafikan pati ikan haruan sangat baik untuk pembaikan tisu-tisu luka dalaman. Jika boleh ambil ikan haruan yang fresh di buat sebagai lauk pantang.


sebab ada pendapat mengatakan makan pati haruan/ jeli gamat akan menyebabkan luka luaran cepat sembuh tetapi dalaman tidak.  seboleh-bolehnya ambil selepas 2 minggu bersalin.


Luka pembedahan hendaklah sentiasa kering untuk elakkan pembiakan bakteria jika kawasan terlibat lembap seterusnya akan menyebabkan luka pembedahan bernanah dan terjadinya jangkitan. sebaik-baiknya lap kering dengan tuala bersih ke kawasan luka pembedahan atau anginnkan depan kipas/hair dryer




ini paling seksa sekali. bila nak bersin atau batuk. terasa sakit kat luka pembedahan. jadi jika nak terbatuk dan bersin ampu tempat luka pembedahan itu dengan bantal untuk bagi sokongan kat parut czer supaya benang tak tercabut.



Untuk sebulan pertama berpantang tu elakkan makanan yang gatal seperti telur, ayam. Perbanyakkan makan buah sunquick sebagai vitaman C dan minum air masak yang banyak! Teringat lagi masa tu dah 3 bulan bersalinkan anak pertama makan seafood.. nahh habis bisa dan alergik badan gatal-gatal jadi susah nak nafas. 


Elakkan sapu minyak gamat/angin/jeli gamat ke kawasan parut czer. Ini akan melambatkan penyembuhan luka dan parut kekal.


Jangan banyak bergerak bersalin czer ni. sebab ia akan melambatkan proses penyembuhan luka pembedahan. 





Dan paling-paling penting sekali! Jangan angkat barang atau sesuatu yang berat walaupun anak sendiri! Nampak dah sihat dan kuat tapi luka dalaman kita tak tahu.. Percaya atau tidak even anak dah 3tahun pun sakit belakang sebab bius czer masih terasa!!


Luka parut pembedahan luaran memang nampak baik tapi dalaman kita tak tahu. Sebaik-baiknya pantang la betul-betul untuk kesihatan diri sendiri. sekarang mungkin tak rasa.. tunggu umur 40an masa tu dah sakit-sakit badan..






Masih mencari set bersalin terbaik untuk digunakan sewaktu pantang nanti? Tak perlu risau, di sini anda akan temui jawapannya.


Set berpantang shaklee ni punya keistimewaan sendiri.

1. Boleh mempercepatkan proses baik luka samada luka bersalin normal atau luka bersalin czer. Zink complex bertindak memainkan peranan dalam hal ini.

2. Set ini boleh dimakan sampai bila2 walaupun dh habis pantang. Haa best kan. sebab set ini juga bertujuan untuk menyokong penyusuan.Vitalea, bcomplex dan vit c banyak membantu ibu2 menyusu untuk menjadikan badan mereka cergas dan tidak mudah penat sewaktu pantang. Susu pun meriah.

3. Set ini membantu memberi tenaga extra pada ibu2 dan mengelakkan meroyan ketika pantang. Punca meroyan adalah kerana stress dan penat ketika pantang. Fungsi vitalea n bcomplex banyak membantu ibu-ibu untuk kekal bertenaga dan memberi ketenangan kepada ibu berpantang.

4. Bila makan set berpantang shaklee ni, tak perlu dah nak makan jamu, guna pilis bagai. Sebab ia di panggil set berpantang moden. Kalau risau org2 tu bilang peranakan lambat kecut, anda boleh add on alfalfa utk kesihatan dalaman wanita. selain untuk tambah susu badan,

5. Last but not least, set berpantang SHAKLEE ni boleh dibeli dgn harga jimat, harga yang berbaloi jika dibandingkan dengan kuantitinya. 1 botol bcomplex, vitalea dan bcomplex mengandungi 120 biji manakala vit c 180 biji.

Jika mahukan harga yang dalam bajet anda atau lebih rendah dr itu, contact je..


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE.

CARA 1

Klik ke SET BERPANTANG SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Whatsapp: 013-2378013

SID 1200083
Your health & beauty consultant








Monday, August 22, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016 kembali untuk lagi untuk menggantikan bloglist bulan Julai & Ogos. Bagi yang tak sempat sertai bulan Jun hari tu, boleh cuba sertai bulan Ogos ni. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN

TAMAT : 29 OGOS 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016
2. Copy coding yang disediakan dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^



Sunday, August 21, 2016

Resepi Brownies Chocolate Layer Cheese


First time buat kek Brownies Choc Layer Cheese ni masa Open house Dan House Warming bulan lalu.. terus suka nak buat kek ni...

Resepi dari Puan Azlina Ina yang femes di fb dengan koleksi kek dia step by step. memang mudah nak buat lebih-lebih lagi kita yang tak pandai buat kek ni..hihihi


Kali kedua buat sebab ada majlis perpisahan di wad.. kena buat pot luck. ini hasilnyaa



Resepi Resepi Brownies Chocolate Layer Cheese





Rasa sangat sedap!! Cubalah...




Friday, August 19, 2016

Zahwa Solidfood 6 Bulan: Puri Carrot


4 day rules puri epal tak berapa sedap untuk zahwa..
tapi Alhamdulillah zahwa takde alergik cuma makan sesudu dua..
so selepas itu mama bagi puri carrot pula..


yang ini zahwa makan dengan lajunya mungkin sedap la kan :)




Puri Lobak

Lobak
air/susu
pengisar & penapis

1. Sediakan lobak secukupnya (2 batang lobak untuk 3hari)
2. Potong lobak jadi potongan kecil.. mudah stim
3. Stim 10-15 min 
4. Blend & tapis untuk teksture yang sesuai (tambah air/susu jika perlu)
5. Siap


Alhamdulillah makan puri carrot.. poo poo zahwa pun cantik..kikikiki




Thursday, August 18, 2016

Khasiat Chia Seed


10 khasiat penting dan kebaikan yang terkandung di dalam Chia Seed 




1. Dapat Melawan Diabetes

Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubatan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman.

2. Mengandungi Serat yang banyak

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

4. Mempunyai Mangan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.

5. Lebih Banyak Fosforus

Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.

6. Kaya Dengan Protein

Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

7.  Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah

Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang  jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

8. Mudah  Berasa Kenyang

Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

10. Penuh dan kaya dengan Omega-3

Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.



Banyaknya khasiat, manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam Biji Chia Seed ini, bagi yang berdiet bolehlah amalkan pengambilan biji chia seed..

Untuk ibu bf pun di galakkan mengamalkan sesudu biji chia seed ni sebagai penambah susu badan..

Wednesday, August 10, 2016

6 Tahun Aku Seorang Jururawat


Alhamdulillah 9.8.2016 genap 6 tahun daku bekerja sebagai jururawat. Dari bukan minat dah jadi tanggungjawab dan amanah pula sekarang ni.. 

Menjadi seorang jururawat bukan mudah.. banyak cabarannya lebih lebih lagi melibatkan nyawa seseorang.. sebab sekelip mata je sesorang itu boleh berubah condition. 

Sebenarnya banyak kena belajar lagi dalam bidang ini.. masih mencari pengalaman. Dari sabah ke semenanjung.. Semoga di usia 6tahun bekerja ni daku dapat memperolehi lebih banyak lagi pengalaman dan pengetahuan. Mana tahu ada rezeki bekerja di negara arab seperti Jeddah.. Dubai.. Amin

Target daku tahun depan nak sambung belajar posbasik 6bulan untuk bidang pediatrik (kanak-kanak) yang daku bekerja sekarang.. doakan ye..mudah mudahan..

Semoga maju jaya buat staffnurse azizah.. 

♡♡


Tudung soft awning dari butik ig zahwashoppe. 
Atau whatsapp 0132378013 to buy..




Wednesday, August 3, 2016

Zahwa Solidfood 6 Bulan: Puri Epal


Puri epal

Buah epal
Ebm/fm
Sedikit air
Blender



1.kupas epal dan basuh
2.potong epal yang telah dikupas menjadi potongan kecil
3.stimkan epal yang telah dipotong sehingga lembut (5-10min)
4.epal yang lembut di blend bersama sedikit air masak..
4. tapiskan epal yg telah dikisar td untuk mendapatkan tekstur yg lebih halus.
5.boleh dicampurkan dengan beberapa sudu ebm/fm sebelum diberikan kepada bayi untuk mendapatkan rasa yang familiar seperti susu..




p/s: for the first time zahwa makan epal puri 1-2sudu kecil baby.. tak suka atau masam agaknya sebab mama bukan pakai puji epal.. -_-

Tuesday, August 2, 2016

Nur Zahwa 6 Bulan


Menjaga nur zahwa ni sangat mudah..
menagis apabila nak susu atau tidur je.. selain itu dia pandai bawa diri dan berdikari :)
mungkin sebab anak kedua kot lebih independent macam mama dia.. ehh!

Alhamdulillah kejap je nur zahwa dah 6 bulan

perkembangan zahwa:



- berjaya merangkak ketika usia 5bulan lebih!
-pandai pegang botol susu sendiri.. bagi je botol susu pandai la dia pegang cuma nangis bila botol susu jatuh dari tangan dia. hahaha
-seorang yang kecik molek, mudah tersenyum dan ketawa walaupun selalu di buli oleh abangnya..
-suka kejutkan abg dia kalau bangun lebih awal
-jarang bangun malam menyusu
-susah nak pakaikan pampers atau baju lepas mandi sebab suka meniarap



Alhamdulillah..
Semoga membesar jadi anak yang solehah sayang! mama sayangg zahwa dan abg hakimi :D

Monday, August 1, 2016

Doa Selamat dan Jamuan Hari Raya



Ahad 31 Julai 2016

Semalam kami sekeluarga mengadakan  majlis doa selamat untuk masuk rumah baru di samping rumah terbuka.. 2 in 1 gitu.. :) Alhamdulillah majlis berjalan lancar..tak jemput ramai hanya saudara mara,kawan-kawan kerja dan jiran tetangga. tapi sambutan ramai menghadirkan diri..



Makanan order katering. Menu utama ialah nasi tomato, ayam masak merah, dalca sayur, jelatah dan buah oren.

Selain menu tu nasi impit, lemang, rendang daging, sambal kacang, bubur barlijagung dan bihun sup serta kuih muih biskut raya. Sayang tak ambil gambar orang terlampau ramai -_-




Jam 11am Majlis bermula.. Lepas bacaan yassin dan sedikit tahlil ringkas, jemputan di jemput makan.  




Alhamdulillah makanan semua cukup sampai ke petang. Syukur rezeki berkongsi bersama ♡♡

Terima kasih makayah, keluarga mertua tak putus putus membantu dari pagi ke malam.
Terima kasih kawan kawan, saudara mara, jiran tetangga yang hadir.
Apa-apa kekurangan harap dimaafkan :D



satu-satunya gambar yang ada :) bersama kawan baik..
Jumpa lagi tahun depan. InshaaAllah


*** nak beli simkad toneplus roger2 jijah k 0132378013