Tips Penjagaan Selepas Pembedahan

8:00:00 AM 4 Comments A+ a-


Bersalin secara pembedahan/Ceaseraen masa bersalin kurang sakit berbanding bersalin normal, tetapi yang tak bestnya bersalin kaedah ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau.





Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Penjagaan bersalin pembedahan memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting. 


 TIPS PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN 

 1. Bergerak lebih awal dan banyak bergerak
 Melancarkan perjalanan darah dan membantu percepatkan penyembuhan luka 

 2. Makan makanan berzat dan seimbang 
Makan makanan yang mengandungi banyak protin,mineral,vitamin,buah- buahan dan sayur- sayuran 

3. Minum air secukupnya 
Buang toksin dalam badan. Mengurangkan sembelit kerana ia memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda bertambah sakit. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 

 4. Mengambil suplement zat besi dan multivitamin 
 Meningkatkan paras hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda. 

 5. Makan pil penahan sakit 
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. 
 Makan ubat tahan sakit (jika tiada kontraindikasi) untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak. 

6. Menyusu badan secara eksklusif
Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.

7. Pastikan luka kering dan bersih 
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman. 

8. Pakai bengkung 
Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. 

Tanda-tanda jangkitan kuman selepas bersalin pembedahan; 

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang: 

Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. 

Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. 

Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme. Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah 

Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari. 

Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan. 

Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut. 

Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. 

Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.




|Berpantang dengan Shaklee|

Pengalaman bersalin dua anak secara caeserean dan normal tetap sama walaupun cara bersalin berbeza.. rahsianya??

Amalkan Set Bersalin Shaklee..bekesan untuk kesihatan dalaman dan luaran



SET BERPANTANG SHAKLEE



ESP
membekalkan tenaga kepada ibu
🌸milkbooster
🌸bantu mnguatkan rahim


Vitalea
🌸sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu
🌸pelengkap nutrisi ibu
🌸bantu penghasilan darah merah setelah proses bersalin

Vitamin C
🌸 memepercepatkan penyembuhan luka
🌸membaiki sel rosak ketika proses bersalin

Alfafa complex
🌸mengecutkan rahim
🌸bantu buang angin dalam badan
🌸bantu banyakkan susu

Ostematrix
🌸elakkan sembelit
🌸melawaskan pembuangan air besar
🌸milkbooster




CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE.

CARA 1

Klik ke SET BERPANTANG SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Whatsapp: 013-2378013

SID 1200083
Your health & beauty consultant



All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

4 insan comel komen

Write insan comel komen
Ilham Sanusi
AUTHOR
2/23/2017 8:32 PM delete

Artikel nya sangat bermanfaat kak, dapat menambah pengetahuan pembaca,

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
2/24/2017 5:33 PM delete

org yg bersalin ceaser ni pantang dia mesti lbh kan... ye laa... kena bedah tu...

Reply
avatar
3/02/2017 7:08 PM delete

boleh rujuk artikel jijah masa mengandung nanti. doakan Fiza ye.

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!