Checklist Keperluan Bayi Ke Hospital

Dah tiba masanya mama buat checklist barangan bayi dan keperluan bayi ke hospital. anak nak masuk 3 pun masih excited nak packing barang b...


Dah tiba masanya mama buat checklist barangan bayi dan keperluan bayi ke hospital. anak nak masuk 3 pun masih excited nak packing barang baby.. hihi.
Bermula 32 minggu, mama dah boleh kemas dan sediakan beg sepatutnya untuk di bawa ke hospital. So mama asingkan 3 beg untuk:






1. Beg untuk ibu


  • 2 pasang baju ibu terutamanya baju berbutang depan
  • kain batik
  • seluar dalam pakai buang
  • tuala
  • tudung
  • maternity pad/ pad biasa overnight
  • selipar
  • toileteries
  • stokin tebal
  • sweeter

2. Beg untuk bayi



  • baju lengan pendek dan seluar
  • baju lengan panjang dan seluar
  • pampers
  • topi, mitten dan booties
  • bedung/ napkin
  • barut
  • tuala baby
  • wet tissue
  • minyak baby

3. Bakul

  • Thermos
  • Botol air masak
  • makanan biskut, minuman 3 in 1 (horlick, milo,kopi)
  • cawan
  • sudu atau garfu
Paling penting ibu kena sediakan..!!

1. Kad pengenalan
2. Buku merah ibu mengandung
3. Handphone dan charger
4. Guarantee letter (GL)


Beg baby settle! Beg mama in progress... Cuma barang makanan je belom beli untuk simpan dalam bakul lagi..

Lebih kurang beberapa minggu lagi.. Semoga Allah permudahkan urusan mama bersalin nanti.. Amin...




You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. dah nk dkt2 nnt dah boleh bw msk dalam kereta kan jijah ;-)

    ReplyDelete
  2. anak nak masuk 10 pun still excited juga kan jijah..siapalah yang tak suka moment indah macam ni..semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!