Pilih Untuk Bersalin Normal/ VBAC

8:00:00 AM 3 Comments A+ a-


Pejam celik pejam celik dah 38 minggu dah. Alhamdulillah.. membesar dengan jayanya!
fuhh!! berdebar nya menanti saat bersalin walaupun dah anak ke 3. 
Czer dah pernah rasa, bersalin normal pun pernah rasa. so untuk kali ke 3 mestilah nak bersalin normal lagi! inshaaAllah Moga Allah permudahkan.. Amin..


Baru-baru ni jumpa lagi Doktor O&G untuk tengok parut czer terdahulu. walaupun dah berjaya VBAC still kena refer O&G juga. Ini perlu sebab doktor nak tengok kekuatan parut pembedahan dulu samada mampu bertahan untuk menerima kontraksi yang bakal di alami atau tidak.







Dari perbincangan, doktor akan bagi dua kaedah sama ada nak operate atau cuba bersalin Normal atau VBAC! bila tanya daku, mestilah daku nak bersalin secara NORMAL..
doktor juga ada terangkan risiko-risiko jika pilih operate atau normal. 


Alhamdulillah bila doktor scan, semuanya normal, parut pembedahan pun ok. takda masalah untuk bersalin normal atau VBAC. Hanya 1/200 risiko pecah rahim jika VBAC. Alhamdulillah leganya dengar! Cuma berat baby kecik la pula 2.4kg. 


Jadi daku dah bersedia untuk bersalin bila bila masa. Daku pilih untuk VBAC!! dan daku sedaya upaya berusaha untuk bersalin normal lagi kali ni.. moga Allah perkenankan.. Amin...



لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ


La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."


"Hasbunallah Wani'mal Wakîl Alallahi Tawakaltu"

~Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah~


Moga kita berdua dipermudahkan, anakanda mama keluar dengan sihat n selamat ye anakku sayang... 
Amin~


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

3 insan comel komen

Write insan comel komen
aryan azra
AUTHOR
5/18/2017 8:55 AM delete

InshaAllah semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin normal ya..

Reply
avatar
Mizz ErMa
AUTHOR
5/18/2017 11:04 AM delete

wah, dah nak masuk anak ketiga? rasanya masa anak 1st ritu kita sama2 pregnant rasanya..hihihi sy pulak, insyaallah tahun depan la kot usaha utk anak ke3 hihihi

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
5/22/2017 10:57 AM delete

semoga jijah selamat deliver... tak kira la bersalin normal atau ceaser...

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!