Thursday, March 30, 2017

Masalah Keputihan Wanita..Normal Atau Penyakit??





Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka. 








Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.




Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan. Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.



Di senaraikan beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:



* Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia


* Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal



* Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau



* Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah



* Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk




Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:



1. Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen



2. Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen



3. Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/ tidak sengaja ada di dalam vagina.
Antara perkara yang perlu untuk diketahui:

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita.

2. Jangan menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan.

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil.

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan.


InshaaAllah saya akan bantu puan sebaik mungkin untuk mengatasi masalah keputihan ini dengan pengambilan SET KEPUTIHAN SHAKLEE.


SET KEPUTIHAN SHAKLEE terdiri daripada:

Alfalfa Complex

Merupakan vitamin herba untuk kesihatan dalaman wanita
Ia membantu menyingkirkan toksin atau kuman yang menjadi penyebab keputihan
Bersifat anti kulat yang memastikan vagina wanita sentiasa berada dalam keadaan beralkali


Garlic Complex

Berfungsi sebagai anti kulat dan anti bakteria semulajadi
Bawang putih yang terdapat di dalamnya berfungsi sebagai perisai kepada sistem imun badan


Testimoni Atasi Keputihan Dengan Shaklee








Saya sangat rekomen sebab sangat-sangat baik untuk kesihatan wanita tak kira yang dah kawin or belum.. Alfalfa Shaklee TERBAIK!

CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEPUTIHAN SHAKLEE



CARA 1


Klik ke SET KEPUTIHAN SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee.

CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.





Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant

Tuesday, March 28, 2017

Asma Tiada Ubat Tapi Perlu Di Cegah



Assalamualaikum readers kesayangan..




Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.



ini paru-paru orang normal dan pesakit asma


Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.
Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.


Asma pada kanak-kanak


Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.
Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.
Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.
Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.


Perubatan


Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yang kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.
Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami. Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.
Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

Bagi mempunyai alahan sila elakkan dari perkara di bawah :
  1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.
  2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri
  3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
  4. Pewarna makanan.
  5. Asap dan debu.
  6. Debu/kutu rumah (house mite).
  7. Senaman berlebihan.
  8. Tekanan
  9. Jangkitan seperti virus dan selsema.
  10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.
  11. Genetik.

Apa patut di buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.
Jika kalian merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.
Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih. Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, kalian dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.
Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir kalian sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam. 

Selepas mengambil ubat, kalian perlu berkumur-kumur, terutama jika kalian diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak kalian menjadi kering.
Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.


Peringatan mesra:
1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma kalian semakin meningkat.
3. Bawa ubat kalian ke mana-mana kalian pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika kalian tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum kalian jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika kalian sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor kalian.

*******

Antara ubatan yang biasa dicadangkan oleh doktor untuk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tapi kita tahu steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Kandungan omega 3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kepada ibu menyusu kerana kandungan DHA dalam Omega Guard akan disalurkan kepada anak.

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.


Mengapa Omega Guard Shaklee Terbaik Berbanding Minyak Ikan Lain

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.





Kini, anak saya bebas Asma!! 


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET ASMA SHAKLEE


CARA 1

Klik ke SET BAJET ASMA ATAU SET PREMIUM ASMA ini dan membeli terus dengan Shaklee.

CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant



Monday, March 27, 2017

3rd Pregnancy Diary: Anak Dah Sepasang..Jantina Anak ke 3 Tak Jadi Masalah



Setelah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan, soal jantina anak ke tiga tidak menjadi isu besar. Tapi bagi mama rasa excited nak tahu lelaki atau perempuan tu tetap tinggi. Untuk papa, tidak kisah lelaki atau perempuan janji anak sihat, cukup sifat dan selamat.


Jom check out!








1) Bentuk Perut.

-jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat melebar ke tepi dan pinggang anda terasa penuh.

-Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam meruncing ke depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

=Mama rasa perut mama bulat. tak tajam pun =PEREMPUAN


2) Posisi Tidur. 

-Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. 

,-kalau suka mengiring ke kiri atau merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri kemungkinan anak perempuan.

=Tendangan lebih ke bahagian kiri= PEREMPUAN


3) Orang memuji anda. 

-Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik, suka bersolek dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

-Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.

=Muka tak berseri, mama sembap= LELAKI


4) Melihat garisan pada perut ibu.

-kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki

-kalau terputus..kemungkinan perempuan

=LELAKI


5) Mengidam

-setiap kali hamil bayi perempuan mengidam makanan manis, sayur sayuran, buah-buahan

-mengidam makanan berprotein n masin hamil anak lelaki

= Ok. memang suka manis-manis =PEREMPUAN

6) Guna Soda Bikarbonat

-Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.


-Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungannya ialah bayi perempuan.

=Tak try pula.. boleh gitu??



Agak-agak anak jantina apa lah ni kan?? hehehe
kalau lelaki selang bunga.. kalau perempuan boleh jadi kawan main kakak zahwa..
Mama sendiri pun tak pasti.. kepit kepit pula si kecik ni...
Lelaki atau perempuan mama terima seadanya.. janji sempurna, cukup sifat dan sihat!
Semoga Allah permudahkan bersalin nanti.. Amin..



Saturday, March 25, 2017

Fridge Magnet Dari London


Fridge Magnet dari London tuu!
Alhamdulillah rezeki :)



Bestnya baru baru ni blogger anis pergi Kota London..
kebetulan jadi Top Komentator blog beliau.. dapat sourvenier dari LOndon..
sangat sangat bertuah!

Thanks banyak banyak anis! besar penghargaan ni..


Jom ke blog beliau!



Friday, March 24, 2017

Tips dan Petua Untuk Kurangkan Rasa Senggugut



TIPS DAN PETUA UNTUK KURANGKAN RASA SENGGUGUT!



1) Elak minuman yang berkafein seperti kopi, teh dan juga minuman bercoklat..

2) Minum air suam dan air masak secukupnya.. Elakkan ais dan minuman sejuk.. Lebihkan minum air suam..

3) Tuam di bahagian perut.. Cara mudah, gunakan botol air berisi air panas dan balut dengan tuala sebagai alat tuaman..

4) Makan makanan kaya dengan serat seperti avocado, jagung, bijirin oat, sayur-sayuran dan buah-buahan..

5) Amalkan sikap tenang dan positif.. Boleh berzikir, mendengar alunan lagu2 yang tenang dan memasang haruman aromaterapi untuk suasana lebih relaks..

6) Kekal aktif dengan banyak berjalan.. Jadi tidak salah untuk cuba senaman ringan semasa tempoh haid..

7) Pengambilan GLA Complex, B Complex dan Kalsium dapat menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika haid. Boleh cuba amalkan Vitamin SHAKLEE untuk atasi senggugut anda!




CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET SENGGUGUT SHAKLEE



CARA 1


Klik ke SET SENGGUGUT ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2


Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant

Safi Balqis Oxywhite Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna



Siapa lah yang tak kenal dengan produk Safi ni.. bertahun tahun produk ni ada dalam pasaran! Daku merupakan salah seorang yang mengamalkan produk kecantikan Safi ini..Memang best!

Terkini, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna.


Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci.


Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.






Jom, berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)


1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka



Saiz Pek : 50g/ 100g

RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)


Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:


a) Membersih jauh ke dalam liang pori

b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan

c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan

d) Sesuai untuk semua jenis kulit




2) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar




Saiz Pek : 100ml

RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)


Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:


a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan

b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan

c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol




3) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel




Saiz Pek : 45g

RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)


Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:


a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah

b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka

c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan

d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam




Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari:


facebook SAFI:  www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram SAFI: @safimalaysia




Thursday, March 23, 2017

Senggugut Ketika Haid Punca Ketidaksuburan



Tahukah wahai kaum hawa, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.




Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.


Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.


Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


Oleh sebab itu, sebagai wanita, kita memerlukan GLA Complex, B Complex dan Ostematrix yang dapat membantu menstabilkan hormon Prostaglandin kita seterusnya menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika haid. 

Boleh cuba amalkan Vitamin SHAKLEE untuk atasi senggugut anda!







CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET SENGGUGUT SHAKLEE



CARA 1

Klik ke SET SENGGUGUT ini dan membeli terus dengan Shaklee.

CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Boleh follow Instagram Shaklee :-
Whatssap : 013-2378013
www.wasap.my/60132378013
Your Health & Beauty Consultant

Tuesday, March 21, 2017

3rd Pregnancy Diary: 28 Weeks Pregnant


Alhamdulillah dah 7 bulan perjalanan 3rd pregnancy mama jijah ni.. sekejap pula masa berlalu.. agak jarang nak share pengalaman pregnant kali ni.. bukan tak nak share tapi banyak kekangan masa.. anak nak masuk 3 kan. Dah tu anakanak super aktif pula.. nak hadap blog memang tak sempat lah.. hohoho

Okey panjangnya mukadimah kan.. hahaha


Barubaru ini checkup 28 minggu.

Berat: 55.5kg->57kg
Hb: -
Injection ATT sudah

Bila dah 7 bulan jumpa doktor untuk scan. ini tak sabar nak jumpa anakanda tercinta ni :) 
Alhamdulillah Uri atas, Air ketuban 14. Bila nak tahu jantina... anakanda kepit pula.. alahaii! -_-"


Walaupun dah berjaya bersalin normal lepas czer (VBAC) dulu tapi tetap kena jumpa pakar O+G juga bulan 5 nanti.. Semoga di permudahkan bersalin normal gak kali ni.. 


Alhamdulillah adikbaby semakin aktif menendang.. beroller coster dalam perut mama.. 
Boleh dah siapkan barang adikbaby sikit sikit.. dah boleh keluarkan dan basuh baju abg hakimi dan kakak zahwa masa newborn dulu. Excited walaupun sudah anak ke tiga.. kihkihkih




Supplement Ketika Hamil 2nd Trimester



Ibu-ibu mengandung perlulah mengamalkan supplement vitamin yang sihat untuk kesihatan diri serta bayi yang di kandung.. Masa 1st trimester dulu, daku just amalkan B-compleks sebab ia mengandungi asid folik! Asid Folik pula wajib ambil untuk elakkan kecacatan pada bayi, sumbing dll. Korang boleh baca sini Asid Folik Kepentingan Sebelum dan Semasa Hamil.
so mana yang merancang nak kahwin dan hamil dah boleh start makan asid folik ni. biasa doktor syorkan 3 bulan sebelum hamil :)

Jadi bila sudah memasuki 2nd trimester ini, daku add on Omega Guard pula..

Apa yang terkandung dalam Set Kehamilan 2nd trimester shaklee ni??





1. B-Complex 

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 

2. Vitalea

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

3. Vita C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .

4. Ostematrix

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu, ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

5. Omega Guard

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Inilah supplement yang ibu kat luar sana wajib consume bila hamil. Ternyata ramai ibu-ibu hamil berpuas hati selepas menggunakan Set Hamil Shaklee. Badan semakin bertenaga bahkan kulit makin cantik dan gebu.

Nak dapat rezeki anak bukan senang maka berusaha lah untuk memberikan makanan supplement terbaik untuk bayi anda dalam perut anda. Anda makan bayi anda dapat khasiat!


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.

CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant


Sunday, March 19, 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST


Hai readers kesayangann..




Lazada tak asing lagi di kalangan blogger! Bila nampak contest yang Lazada anjurkan.. tak salah untuk join! lebih lebih lagi contest ni khas untuk blogger saja! 

Bagi sesiapa yang kaki online shopping tu macam daku ni, Lazada ada buat Birthday Sale pada 22 Mac hingga 24 Mac 2017 ini, jadi bersiap sedia lah duit akaun dalam bank banyak2.. boleh klik klik shopping tunggu barang sampai rumah!

Jom jawab soalan-soalannya

1. The contest runs from 1st March until 23 March 2017 (11.59pm). 


2. a) What do you love about Lazada Malaysia? Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?



1. Semestinya Lazada mempunyai pelbagai pilihan barangan dari baby stuff sehingga ke barangan dapur, perabot, gadget.. eh banyak lagi!

2. Bila dah buat pilihan untuk membeli, ada jenis barang yang free postage even dari oversea sekali pun! Ini yang suka.. sebab dah jimat kat situ..

3.  Lazada ni memang online shopping yang cepat proses dan penghantarannya. order dan payment hari ni, hari ni juga dia proses dan tunggu masa penghantarannya. kalau dalam negara biasanya 2 hari. kalau dari oversea paling lama pun dua minggu! memang sangat efisyen. 

4. Paling suka, semestinya barangan dari lazada murah! dan kebanyakannya ada diskaun..lagi jimat berganda ganda tu..



b) Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran) Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)



i) Casio Baby-G Women



Dah lama tak pakai jam tangan! Asyik beli jam murah, cepat pula habis bateri. akhirnya tak pakai pakai jam langsung. Bila ada peluang ni, teringin nak jam mahal lebih lebih lagi jam Casio Baby-G ni. Cantiknya kan..


ii) Air Cooler


Cuaca sekejap panas sekejap hujan. Harapkan kipas saja pun tak cukup lebih lebih tengah mengandung ni. tak selesa bila panas berpeluh. Mula gatal satu badan. Nak beli aircond belum ada kemampuan. Dapat air cooler sebiji camni pun dah best.


iii) Apple iPad Mini 32GB Wifi




Memang impian daku nak ada ipad sendiri..lebih lebih blogger macam kita ni, sebab senang nak bawa kemana-mana, nak update blog! tak payah pakai handphone, kecil sangat..selain blogger, as online seller, ipad ni sangat sangat penting! 


c) Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat tingkatkan lagi perkhidmatannya? How do you think Lazada Malaysia can improve?

Lazada dah bagus perkhidmatan setakat ni. feedback pun banyak yang okay. cuma kalau boleh buat perkhidmatan Cash On Delivery. so senang customer nak beli barang, bila dah sampai ke pintu rumah baru bayar! tak perlu susah susah pergi bank in kat ATM lagi. hihihi


d) Apakah ucapan birthday anda untuk Lazada Malaysia? What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 


Happy 5th Birthday Lazada! Semoga Lazada Malaysia sentiasa memberikan perkhidmatan online shopping yang terbaik untuk semua customer, perbanyakkan diskaun, sale dan free postage! Semoga Lazada Malaysia terus menjadi online shopping nombor 1 di Malaysia dan seluruh negara! Yeahh!

Happy 5th Birthday Lazada!!


eh korang blogger, silakan join! 


1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 


Lebih ramai blogger yang join, lagi banyaklah hadiah dapat! lagi besar lah peluang untuk kita menang! Mudah-mudahan rezeki kita bersama :) semoga berjaya!


Saturday, March 18, 2017

Portable Spin Mop


Pelaburan untuk beli mop baru..yang mudah digunakan lebih lebih lagi untuk orang malas macam daku! kihkihkih 

Eh..mop ni bukan calang-calang mop tau. Mop yang akan menjadikan daku jadi rajin mengemop lepas ni.. :p




Inilah Easy Mop. Mengemop dengan lebih mudah.




Basket putih tu tempat untuk keringkan mop.. tak payah nak perah kain mop tu guna tangan lagi!




Dalam baldi tu pun ada fungsinya iaitu boleh membersihkan kain mop, ia berpusing sama seperti kita keringkan kain mop.


So far puas hati dengan mop ni.. mudah di gunakan! Harga pun mampu milik.
Beli kat Lazada. sekejap je dah sampai!

Sekian.

Wednesday, March 15, 2017

Kepentingan Asid Folik Sebelum dan Semasa Hamil


Daku nak kongsikan Kepentingan asid folik sebelum dan semasa mengandung. Harus di ingat ya folik asid bukan ubat ajaib untuk kesuburan tetapi membantu untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.


Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti:
Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)



Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).







daku pernah jumpa kes baby anecephaly ni. 



nak tengok gambar baby malang ni sila klik link ini bagi yang kuat semangat yer.


2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 


Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.




Wanita yang hamil atau yang merancang untuk hamil perlu mengambil multivitamin dengan asid folik setiap hari.

Ia adalah penting bagi wanita yang hamil untuk mendapatkan acid. Cukup folik adalah bukti yang baik bahawa asid folik dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang tertentu, termasuk anencephaly.
Jadi pengambilan vitamin dari shaklee ni sangat penting untuk perkembangan bayi yang bakal anda kandungkan..

Ingin hamil..?? wajib la consume Folic Acid terlebih dahulu..

(Supplement Shaklee yang mengandungi Folic Acid ialah B COMPLEX & VITA-LEA)



1. B-Complex 

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 

2. Vitalea

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


3. Vita C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .

4. Ostematrix

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu, ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.


5. Omega Guard

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.



CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant


Friday, March 10, 2017