Thursday, March 31, 2011

Awas, jangan salah pilih orang!

kalian.....

Seringkali kita mendengar masalah percintaan berlaku di sebabkan kecurangan dan juga salah paham. Mengapa eh semua ni berlaku?? Ada kemungkinan kalian sebenarnya bercinta dengan orang tak sepatutnya.. Bukannya kita boleh tahu siapa jodoh kita kan..tetapi kita boleh agak adakah pasangan yang dipilih itu sesuai untuk kalian??
Jangan sesekali kalian terlibat dalam konflik bercinta dengan orang yang salah kerana di akhir cerita, kalian juga yang akan merana kerana cinta tidak kesampaian..


Simpati

Jangan sesekali kalian melibatkan diri dengan tabiat ini kerana bersimpati dengan orang yang sepatutnya memang di galakkan tetapi apabila kalian berasa kesian dengan orang yang salah kalian akan mendapat padah.
Mulanya kalian tak suka pada si jejaka/gadis tetapi disebabkan kesian dan tidak tak sampai hati melihat kesusahan keadaan diriny,kalian terpaksa menerimanya juga

Atas Dasar Kawan

Elakkan bercinta dengan pasangan kalian kerana termakan pujukan rakan. Jika si jejaka/gadis orang yang elok dan bertanggungjawab maka tidak mustahil untuk kalian memilihnya. Tetapi jika si teruna/gadis jenis orang yang bermasalah sedangkan pada waktu itu kalian sudah berpasangan dengannya maka kalian akan menyesal kelak.

Masa yang Singkat

Perkenalan untuk tempoh jangka masa yang lama amat penting untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing kerana ada kalanya perangai manusia tidak dapat di tafsirkan dan di lihat dalam masa yang singkat. Ada juga kemungkinan perhubungan yang di jalinkan sepanjang tempoh itu belum lagi matang dan terdapat lagi kekurangan yang belum di tunjukkan oleh pasangan kalian..

Percubaan

Perkara ini memang tak sepatutnya berlaku kerana bercinta bukannya perkara mainan yang boleh di cuba-cuba. Kadangkala tabiat ni akan membuatkan kalian jatuh cinta kepadanya tanpa disangka-sangka sedangkan dari mula perkenalan kalian memang tak mahu menjalin apa-apa hubungan dengannya.

Kesan Negatif

Kalian akan berada di dalam dilema dan kemungkinan mendapat tekanan kerana kecelaruan perasaan antara suka dan simpati serta merosakkan hubungan antara kalian dengan lelaki berkenaan yang sebelum ini merupakan kenalan baik tanpa sebarang masalah serius.

Toturial masukkan URL blog display dalam profile


seringkali daku agak susah nak follow kembali blog yang dah follow blog daku ni...kerana 1 sebab saja!
1 sebab ni saja dah sangat meyusahkan blogger lain bukan daku saja untuk menjejaki kembali blog kalian tu...
ini lah masalahnya apabila kalian tak de pon letak URL BlOG kalian kat Profile

jadi seriusly susah sangat nak follow blog kalian tu!
kalau kalian letak link kat shoutbox atau mastery gajet boleh la lagi daku terjah balik..huhuhu [opss tapi sekarang mastery dah delete atas alasan yang munasabab]
TAPI kalau ade letak kat shoutbox pon url yang salah. bile nak buka link tu takde blog dijumpai!!
sila pastikan kalian masuk url blog kalian yang betul ok..senang daku nak menjejaki blog comey kalian tu...


ini contoh takde url blog...jadi susah nak terjah balik

Berikut adalah cara-cara untuk memasukkan url blog kalian untuk display dalam profile 

1) Klik Edit Profile kat Dashboard tu


2) Kalian tick pada 'share my profile', kemudian klik pada 'select blogs to display'.. kalau kalian nak display blog yang kalian follow itu tick kat 'show sites i follow'


3) Kemudian keluar nama blog kalian. Tick kalau mahu display pada profile kalian


4) Klik lah 'save settings'... Selesai dah..


5) Dan ini hasilnya....mudah kan... berbeza kan setelah letak url macam kat bawah ni dan tak letak url macam kat atas tu..



macam ni mudah lah...blogger lain nak follow blog kalian...jadi lepas ni jangan kata tak follow blog kalian pulak yer..tutor terang-terangan dah di ajar..harap semua paham dan bagi kerjasama kalau nak kami follow blog kalian balik...

sekian terima kasih ^_^

Toturial autopost bila kita takde....



Daku terasa pula nak buat toturial untuk kemudahan diri sendiri...bukan ape senang daku nak tahu, tak payah lah nak tengok kat blog orang lain jer kan...ye dak..
jadi toturial ni daku tunjukkan bagaimana nak buat autopost atau autopublish bagi entry kita.
ala post yang 'scheduled'  tu..tapi ramai kan yang dah tahu macamane nak buat..hentam la labu...ini tutor untuk diri sendiri jer..yang dah tahu diam-diam ok!

Macam daku nak post entry pada pukul 6.30 am la katakan...tapi masa tu mungkin daku tak bangun pagi..jadi masa inilah daku menggunakan autopost untuk post entry daku ni..


bagaimana?


Berikut adalah langkah² yang sungguh mudah.:)

1) Mula-mula login blog macam biasa...klik kat new post




2) Kalian taip lah sesuka hati kalian entry yang kalian hendak tulis, kemudian sila lihat pula pada post options di bawah belah kiri yang post kalian taip tu..


i) klik kat post options
ii) kalian hendak ubah masa,tarikh [sebagai contoh...daku ubah tarikh 1.4.2011 jam 6.30 AM]
iii) selepas siap kalian tekan publish post dan kalian akan lihat paparan seperti ini




ini makna nya kerja daku dah selesai untuk buat scheduled post...
Dah siap!
sekian terima kasih :D

Demam Panas dan Sawan


Mungkin ramai yang tak tahu apakah yang di katakan demam sawan..
kalian boleh rujuk entry ni untuk maklumat lebih lanjut berkaitan demam sawan atau febrile fit .

Tanda-Tanda Demam Panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital ok..)

4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.)  Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai >37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut,  masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.

Apa Perlu Buat Kalau Anak Kena Sawan Tarik di Rumah?


1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntut di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat!! waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring.  Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.




Teringat zaman paktikal time student dulu....


tadi pagi habis daku keje malam 3 hari . so harini dah off day lah. seronok lah dah dapat cuti..ngeeee..
mengantuk tu 10 jam 3 hari tak tidur. so pagi-pagi tadi masa nak pass report kat staff syif pagi ade ramai pulak student kolej MAHSA buat paktikal kat wad kanak-kanak ni..

oh kalian. asalnya daku pon student kolej MAHSA. tapi saja je buat-buat tak tahu..hahaha [ko jijah dah berlagak eh sejak jadi staffnurse...ececeh kata-kata setan baik dalam hati...] lagipun masa tu dah mengantuk sangat..tak sempat nak bercengkerama! eh silap...tak dan la nak berkenalan dengan adik-adik student ni. sape lah daku nak berlagak kan. keje pon baru 6 bulan lebih je. daku pun pernah jadi student gak dulu. masa tu bodoh-bodoh belaka. serius! tapi bila adik2 student ada ni maknanya daku kena mantapkan lagi lah ilmu pengetahuan...yelah! mesti dorang tak tahu akan tanya staffnurse yang terlibat...kang daku tak dapat jawab..buat malu jer...hahaha[sila gelak guling-guling yer]

jadi nak bukak balik kitab masa student dulu. zaman paktikal lah paling best. tak caya?? meh layan ni gambar zaman dulu kala...ekekee
masa ni zaman student sem 4 kat jitra Kedah.. komuniti best! pergi sekolah bagi imunisasi...TERBAIK la jijah!


bagi oral polio 2 drop untuk mengelakkan penyakit polio


bahu kiri ni nak bagi ubat MMR[ Mump,Measles,Rubella]


beralih bahu kanan pula ubat untuk cegah penyakit Diptheria Tetanus[DT]


adik ni tak nangis pon bila daku inject..bagus kan... i likeeeee..


ok muka pasrah giler...suka..suka lau budak tak nangis...hikhik


da siap...ngah pressure kat dua2 tempat injection..


muka puas giler dapat inject budak-budak..hahaha

amacam??
kalian berani ke nak kena inject macam adik kat atas tu...

emm macam takut jer tu...hahaha

itulah serba sedikit pengalaman yang daku dapat masa paktikal dulu..pergi sekolah dan inject kanak-kanak ni. bukan ape..kami datang memberikan rawatan untuk mengelakkan penyakit berjangkit bagi kalangan kanak-kanak..jadi bila ada sesuatu wabak..kanak-kanak ni sudah ada pelalian dan antibodi yang kuat untuk menyerang wabak tersebut..

^Terima Kasih sebab sudi baca kitab lama daku ni^




Petua Melegakan Batuk Berkahak




Pilihan 1: Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.
Pilihan 2: Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
Pilihan 3: Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.
Pilihan 4: Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.
Pilihan 5: Ambil 2 sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
Pilihan 6: Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.
Pilihan 7: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.
NOTA:
Minum banyak air suam
Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan banyak lendir seperti:
-  bahan tenusu
-  makanan yang diproses beberapa kali
-  daging
-  gula pasir
-  buah-buahan yang  manis
-  makanan diperbuat dari tepung seperti roti putih
Kurangkan makanan yang menghasilkan angin (kentut) seperti:
-         kacang-kacang
-         kobis
-         kobis bunga
Kurangkan atau berhenti merokok



eMEDIK: Info mengenai BATUK



Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.


Sebab-sebab batuk
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan kalian berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila kalian perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya kalian menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Celoteh pagi...


bangun pagi gosok gigi...
guna codomo lion..
gigi sihat wajah seri...
lalalalala

hahahaha
sape yang agak-agak tak gosok gigi tu cepat-cepat gosok!!
hish......habis berbau dah mulut tu...hahaha
kalau orang mejauhkan diri dari kalian tu..
inilah petanda yang nafas kalian tu berbau...hikhik
nak tahu tips untuk menghilangkan nafas berbau..leh baca kat sini...
sekiranya gigi kalian sihat tapi nafas berbau jugak boleh amalkan petuanya di sini..

Alhamdulilah dah tamat dah berlalu syif malam...letihnya...malam yang amat panjang...
mengantuk betul lah..Syukur la sepanjang malam minggu terakhir bulan 3 ni tak de ape2 yang berlaku..semua berjalan dengan lancar.. tak lupa juga kanak-kanak yang menangis tengah malam...oppppppppss...bukan nampak tuttttttt tapi tak nak makan ubat sebenarnya....hehe biasalah kan..budak-budak...

emm lagi tu ape lah sebab kita malas kan...mungkin kita dah selesa kot dengan cara kita..jadi kita bergantung pada seseorang untuk melakukan sesuatu untuk kita..kalian boleh baca di sini juga tau..
Oleh itu, ubahlah sikap kita..mulakan bersikap kepada sikap yang membina....

Selamat Beramal


p/s : daku nak tdoo...mengantuk giler-giler ni... bubye...

3 Hari Malam 3 Hari Cuti


Hari ni...minggu ni...minggu ke 4 bulan 3
Start malam ni daku keje syif malam sehingga 2 hari seterusnya...
tugas misi sentiasa untuk bersedia bila-bila masa
bahkan Oncall sekalipon..
huhuhu

9pm-7am
syif malam waktu yang agak panjang 10 jam bersengkang mata..
menjaga,merawat dan mengubati pesakit
tanpa mengira umur,jantina,penyakit...
emm tak lupa juga kenangan hantu di hospital..
almaklumlah nama pon hospital katakan..
setakat ni Alhamdulilah daku tak pernah lagi mengalaminya..
harap-harap tak mengalaminya langsung..

dengar nama hospital masuk wad semua gerun kan...
semua tak nak masuk hospital kan..ke ade yang nak??
emm kalau bukan sebab sakit tak ingin langsung nak jejak kaki kat hospital..
macam-macam tanggapan ada...
tak nak cakap ape lah..rata-rata semua cam tu...
bau ubat busuk lah..takut darah lah..
ah..!! 
daku dah lali lah dengan perkataan kalian semua! huhuhu

ops...ape daku membebel ni...

cukup!!

dan 3 hari malam di beri 3 hari cuti..
tersangat lah ok
dapat berehat puas-puas...hehehe

sebelum daku nak pergi bertugas..
haruslah mengamalkan
agar segala perjalanan hidupku dipermudahkan..


ape-ape pun,hanya jururawat saja faham perasaan seorang jururawat.


peace no war ya :D

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa kita MALAS kan...



Tahukah kalian mengapa kita selalu bersikap malas?
  1. Kita sudah selesa dengan cara kita
  2. Tidak ada sebab mengapa kita perlu berubah
  3. Terlalu bergantung kepada seseorang untuk melakukan sesuatu untuk kita, ini mungkin pembantu rumah atau ibubapa kita
  4. Tiada ancaman atau kehilangan yang nyata jika kita tidak melakukan sesuatu atau berubah
  5. Hanya pasrah terhadap nasib
Oleh itu ubahlah sikap kita, mula bersikap kepada sikap yang membina.


~Selamat Mencuba~



Program Latihan Separa Perubatan Sesi Kemasukan Julai 2011 semakin menarik minat


kalian....

keyword daku hari ni...banyak dalam pencarian 
yang ada daku updatekan dalam ENTRY ini...

bagus lah...nampaknya ramai juga yang menerima kerjaya perubatan sebagai profesion kalian..
tapi haruslah di ingat apabila kalian memasuki bidang perubatan minat mendalam harus lah ada...
daku yakin kalian mampu melaksanakan tugas dan cabaran dalam bidang perubatan nanti..


kepada sesiapa ingin memohon sila layari http://www.spa.gov.my/

dan tak lupa juga ada yang mencari  

WARNA REBEN JURURAWAT..

ok bagi JURURAWAT TERLATIH aka Staffnurse u29 warna reben mereka berwarna BIRU

manakala JURURAWAT MASYARAKAT berwarna PURPLE

tak lupa juga JURURAWAT PERGIGIAN berwarna OREN

dan 

BAGAIMANA NYAMUK AEDES MEREBAK 

yang akan meyebabkan penyakit DEMAM DENGGI ada di sediakan dalam ENTRY ini..

ok bubye..

Terima Kasih Sis Ayunar


entry ni bukan bodek...malah bukan mintak shawl atau inner free pon...hehee [tapi lau nak bagi alangkah bertuahnya]...ngeeee :P ade udang disebalik mee lagi tu....sila lempang laju-laju muka comey ni....

ceeeeettt..bukanlah...jijah buka blog sis Ayunar...lama gak sis ayun tak update blognya...sebab nak tengok la shawl terbaru dari sis ayun ni....tapi entry hari ni sis ayun mengupdatekan post masa sis ayun buka booth kat Politeknik Port Dickson dulu...

ha.........kalian ingat lagi tak yang daku ni excited giler nak pergi booth sis ayun ni?? tak ingat?? hisshh.....penat tau daku celoteh panjang-panjang masa tu...gi je lah kat ENTRY ni....jijah join booth sis ayun sebab masa tu adik jijah konvokesyen..so sis ayun pon buka lah booth kat sana selama 3 hari...hari 1st lagi jijah dah serbu booth sis ayun...best giler tau serbu booth dia!! lama giler jijah lepaking kat sana..sebab pilih inner dan shawl yang cantik-cantik sangat..hehhe


hari konvokesyen adik jijah pon jijah g lagi booth beliau....maknanya 2 hari lah daku menyemak kat sana...haha..silalah jangan jeles ok!


dan hari ni sis ayunar baru mengupdatekan entry beliau masa buka booth kat Poli PD dulu....nah pergi kat SINI...tengok la betapa popularnya jijah kat blog beliau!! ceeeeeeetttt!! perasan ko jijah..sila jangan muntah yer...hahaha

ok bubye

Tips Mengatasi Nafas Berbau


Pagi tadi daku dah citerkan bagaimana nafas kalian boleh berbau kan...entry yang ini pulak...tips untuk mengatasi nafas berbau itu... 


Langkah pertama yang perlu kalian buat adalah berjumpalah doktor untuk pemeriksaan gigi kalian. Sebab gigi yang berlubang atau rosak boleh menjadi penyebab mulut berbau. Sekiranya gigi kalian sihat, namun mulut masih gak berbau; kalian boleh cuba 3 pilihan petua yang berlainan di bawah ini:

1. Mengunyah setangkai bunga cengkih tiap-tiap hari.

2. Jika kalian ingin berkumur, gunakan air garam. Biasanya selepas makan, bolehlah kalian berkumur dengan air garam.

3. Kalian boleh kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan dahulu.



Nafas berbau?? ni tips nya...


Nafas berbau agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya orang menjauhkan diri dari kalian semasa bercakap, ia mungkin menandakan nafas kalian berbau.

Apa yang menyebabkan nafas berbau?
Lebih 90% kes nafas berbau berpunca dari mulut. Terdapat banyak bakteria walaupun di dalam mulut yang bersih. Bakteria ini boleh meleraikan sisa makanan dalam mulut dan menghasilkan gas yang berbau.

Bagaimanakah untuk menjadikan nafas kalian berbau segar?

1. Berus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.

2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3. Jangan merokok

4. Berus lidah semasa memberus gigi

5. Amalkan diet yang seimbang

6. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

7. Rawatan asas seperti “scaling” dan tampalan gigi boleh mengurangkan nafas berbau


Tuesday, March 29, 2011

Suka duka pelatih lepasan separa perubatan SPA8


Disebabkan SPA8 sekarang sedang memaklumkan pengambilan pelatih baru untuk Program Latihan Separa Perubatan untuk sesi kemasukan Julai 2011 ni...daku pon nak berkongsi pengalaman daku kerana daku juga adalah pelatih lepasan dari tajaan SPA8 Kementerian Kesihatan Malaysia..

Alhamdulilah daku adalah pelatih lepasan daripada SPA8 intake julai 2007..daku pada awalnya memang mengisi borang SPA8 ni sejurus lepas SPM tahun 2005..tak lah berminat sangat dalam bidang perubatan cuma mengisi nya pon secara suka-suka..lagipun keluarga pula mendorong menceburi bidang ini kerana peluang pekerjaan yang cerah..ya memang betul!
lama juga menunggu keputusan sebelum dipanggil untuk di temuduga...sempat juga lah daku belajar setahun di Politeknik dalam bidang Akauntansi...daku memang minat akaun ok!

dan kemudian,

surat sampai dari SPA untuk di interview pada bulan 1 2007...interview untuk menduduki peperiksaan sebelum masuk latihan separa perubatan 2007..peperiksaan ini ada 3 bahagian..Bahagian 1 =seksyen A sahsiah diri,seksyen B minat, Bahagian 2 berkaitan pengetahuan am dan Bahagian 3 matematik..kesemua soalan adalah soalan objektif...



setelah selesai peperiksaan bertulis,
Surat Panggilan Temu duga pula menyusul pada bulan 4 2007
ini baru betul-betul interview berkaitan kerjaya yang kita pohon...
jujur daku kata...daku tak tahu langsung dulu pasal kerjaya nurse
keje nurse syif pon daku main hentam je masanya...
tak minat la katakan! jawapan interview pon entah ape2...


emm...tah camner pulak boleh sangkut...
ingatkan jawapan merapu,merepek masa interview dulu dah kena reject rupa-rupanya pada bulan 7 keputusan temuduga interview hari tu telah melayakkan daku di pilih sebagai CALON SIMPANAN.. ok Calon Simpanan jer kan..niat dihati harap-harap tak dapat lah...hehehe..so tak berharap ape-ape pon..sebab dia kata kalau tak terima apa-apa surat maknanya terbatal lah...


dan..dan... je berharap sangat tak dapat...last-last selang beberapa hari kemudian surat panggilan masuk pulak menyusul! adeh....


akhirnya berjaya diterima memulakan latihan pada Julai 2007

itu cerita 4 tahun yang lalu...sepanjang belajar daku di taja sepenuhnya oleh SPA..

biasiswa bulanan rm621.21
elaun buku rm250 setahun
elaun alat perkakas rm25.00 sekali jer
elaun kertas kerja rm90 setahun
penginapan dan uniform disediakan

daku hanya belajar je...semua perkara sudah disediakan..apa nak lagi kan...sehingga lah tamat 3 tahun belajar dan Lulus dengan cemerlang peperiksaaan LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA dan harus berbangga dengan kejayaan diri yang meletakkan daku sebagai seorang nurse.....dan Alhamdulilah setelah tamat belajar.. selang sebulan kemudian kerja sudah menanti untuk diserap...inilah dikatakan rezeki...memang asalnya daku tak minat dan tak sangka akan terlibat dalam kerjaya ni...rezeki Allah nak bagi siapa yang tahu bukan..

pesanan...dunia sekarang kita jangan memilih pekerjaan..tak semestinya apa yang ada di hadapan mata itulah pekerjaan kalian..tidak!! rezeki Allah nak bagi antara cepat atau tidak aje..tapi tetapkan lah hati sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki..

tak minat jadi nurse...kalian boleh memohon pelbagai jawatan lain..bukan anggap nurse je dalam bidang perubatan..banyak lagi...ada Farmasi,Inspektor Kesihatan,Teknologi Makmal Perubatan,mungkin juga Juru Xray dan sebagainya...semuanya dalam bidang yang sama dan saling berkaitan...

kepada adik-adik lepasan SPM yang menanti ke mana hala tuju sebenar..mohon lah SPA8 dalam bidang separa perubatan...nescaya kalian tak akan rugi...InsyaAllah..






Tanda-tanda kalian di Lamun Ombak Cinta





1. Kalian tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja atau pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu.Prestasi kerja atau pelajaran juga terjejas.Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya.Bagi yang masih belajar, banyak assignment yang tidak atau lambat siap kerana asyik melayan perasaan.
2. Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai.Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat kalian mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
3. Kalian memberi handphone kalian kepada teman lelaki supaya dia boleh memakainya dan kalian membayar bilnya.
4. Kalian mengantuk, letih dan penat, tetapi kalian gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun tidak mengapa.
5. Kalian dan si dia menjadi bayang-bayang – kalian mengikutnya atau si dia mengikut kalian, ke mana saja.
6. Jika dia melayan kalian dengan teruk, dan kalian masih gembira keluar denganya siang dan malam.
7. Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi kalian kata dia akan berubah.
8. Kalian berhutang piutang kerananya dan kalian berhabis-habisan wang kerananya.
9. Kalau dulu kalian gembira mendampingi kawan-kawan, kini kalian tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi kalian keluar dengan si dia lebih bahagia.


Program Latihan Separa Perubatan Sesi Kemasukan Julai 2011




Bagi Calon lepasan SPM dan kepada sesiapa yang berminat dalam bidang perubatan
dipelawa mengikuti Program Latihan Diploma ini

Iklan Latihan Separa Perubatan

Tempoh latihan 3 tahun oleh KKM

biasiswa disediakan oleh KKM semasa latihan

biasiswa bulanan rm621.21
elaun buku rm250 setahun
elaun alat perkakas rm25.00 sekali jer
elaun kertas kerja rm90 setahun
penginapan dan uniform disediakan


Kalian pasti di serap terus berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia
apabila tamat belajar kelak...

sila mendaftarkan diri di www.spa.gov.my

dan tak lupa juga pada 4 April-12  April 2011
Sesi Temu Duga Latihan Jururawat Masyarakat untuk Calon Sarawak




Deman Sawan / Febrile Fit


Pengenalan
2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan demam dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.

  • Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
  • Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
  • Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
  • Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.

Diagnosa
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Tanda-Tanda dan Gejala
  • Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
  • Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
  • Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
  • Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
  • Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
  • Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
  • Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam
Faktor-faktor risiko untuk sawan demam berulang
  • Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
  • Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
  • Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
  • Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.

Kesan jangkamasa panjang sawan demam
  • Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
  • Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.
Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam).
Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya. Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi. Ini termasuk kanak-kanak dengan:
  • Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
  • Perkembangan yang lambat.
  • Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.
Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

 Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.

Mengawal Sawan
  • Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
  • Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur [supp valium] perlu diberi.

Kemasukan ke hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:
  • Takut sawan akan berulang
  • Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
  • Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
  • Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.
Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.

Mencegah Demam Sawan
Mengawal demam
  • Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
  • Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
  • Beri anak kalian minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Pencegahan Sawan dari Berulang
  • Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
  • Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.