Bakal pengantin dicekup kes dadah

JEMPOL - Sepasang bakal pengantin yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan adalah antara 41 orang suspek kes dadah yang ditahan d...

JEMPOL - Sepasang bakal pengantin yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan adalah antara 41 orang suspek kes dadah yang ditahan dalam Ops Tapis Khas di sini kelmarin

Suspek lelaki berusia 20-an itu ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) 1987 kerana disyaki positif dadah jenis heroin manakala tunangnya yang berusia 18 tahun pula ditahan di bawah Seksyen 15 (1) ADB 1952 kerana dipercayai memasukkan dadah ke dalam badan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, operasi yang dijalankan selama 12 jam itu turut menahan dua orang suspek kerana memiliki dadah.
"Kedua orang suspek lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 kerana memiliki syabu seberat dua gram dan Seksyen 39 (a) akta yang sama kerana memiliki heroin seberat 5.2 gram dan mereka juga dipercayai pengedar.
"Daripada 41 orang, empat suspek ditahan di bawah Seksyen 15 (1) ADB 1952 iaitu dua lelaki dan dua wanita manakala 35 orang suspek ditahan di bawah Seksyen 3 (1) APD kerana disyaki positif dadah jenis heroin," katanya di sini semalam.
sumber: kosmo

You Might Also Like

0 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!