Bajet 2012-Umur Persaraan 60 Tahun,Naik Gaji dan Bonus

"DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jum...



Transkrip Penuh Ucapan PM: Belanjawan 2012

"DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan tiga berita gembira untuk penjawat awam iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata penjawat awam berumur antara 55 hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

“Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

“Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember, katanya.

“Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,” katanya.

Beliau berkata di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

Dengan itu katanya, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Najib berkata di bawah SBPA mengikut kaedah ‘time-based’, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat.

Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

Beliau berkata tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

“Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama.

Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

Kebajikan anggota tentera sentiasa menjadi perhatian Kerajaan bagi mempastikan anggota tentera fokus dalam menjalankan tugas. Tempat tinggal dan suasana kem yang selesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja yang positif di kalangan anggota. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 500 juta ringgit di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

Kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk 175 ribu anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan.

Sebagai mengenang jasa bakti wirawan dan wirawati lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang.

Demi keselesaan warga kota, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berusia 141 tahun dan merupakan hospital tertua di Malaysia ini akan dinaiktaraf supaya menjadi sebuah hospital primer negara dilengkapi dengan peralatan terkini dan canggih dengan peruntukan 300 juta ringgit. Dari peruntukan ini, 50 juta ringgit akan digunakan untuk membina sebuah sayap baru HKL khusus untuk rawatan pesakit luar

Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagi menggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011. Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun on-call semalaman antara 30 hingga 80 ringgit berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Bagi membolehkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan kemudahan imunisasi, Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancang Keluarga Negara di seluruh negara. Kos imunisasi ini adalah 150 ringgit bagi tiga suntikan. Untuk tujuan ini, peruntukan 50 juta ringgit akan disediakan pada tahun 2012.

Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:
Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. 
Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. 
Ketiga: Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Akhir kata, tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit.

Rumusan buat sendiri.
-bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, 
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful ini akan dimansuhkan.
-SBPA gantikan SSM ( sistem gaji sebaris)
-Kenaikan tahunan RM80-320 setahun
-pelarasan pencen pesara(kenaikan 2% setahun )
-persaraan wajib umur 60 tahun
-yuran pengajian ditanggung kerajaan ( separuh masa )
ATM
-Naiktaraf kem dan perumahan
-kursus kepada bekas anggota tidak berpencen dan peluang pekerjaan
-RM 3000 untuk wirawan dan wirawati 
Perubatan
-HKL naik taraf hospital primer
-Pakar atau Pegawai Perubatan naik elaun oncall RM30-80
-suntikan percuma imunisasi HPV
Oneoff
-RM500 isirumah bawah 3k
-RM 100 Semua pelajar sekolah menengah dan rendah
-RM200 Baucer buku (IPTA dan IPTS )
Bonos lagi 1/2 bulan dan minimum rm500 (dec) termasuk pesara

sumber: mynewshub


You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. mansuh yuran tuh amat la setuju!

    ReplyDelete
  2. fiza baru nak membudget entry..hehe..btw,budget 2012 so far ok

    ReplyDelete
  3. hahaha..mcm best jee blnjwan thn depan..

    ReplyDelete
  4. rasanya Bajet2012 ni lebih la kepada rakyat di dahulukan kan...hehe :D

    ReplyDelete
  5. ntah laa.. smkin sesak nafas pihak yg satu lagi nk trus idup, huh...

    ReplyDelete
  6. pihak swasta pon tak kurang hebatnya..siapa mula keje. basic gaji rm1500.. :)

    ReplyDelete
  7. Kenapa yang berpencen 25 tahun sahaja layak menerima pencen maksimum RM 850. Kalau kerajaan betul-betul dan ikhlas nak bantu rakyat selaraskan semua bayaran pencen kerajaan yang telah berkhidmat 25 tahun kebawah. Tentu ramai yang pesara kerajaan yang milih pancen muda ketika berusia 40 tahun.

    ReplyDelete
  8. Kenapa yang berpencen 25 tahun sahaja layak menerima pencen maksimum RM 850. Kalau kerajaan betul-betul dan ikhlas nak bantu rakyat selaraskan semua bayaran pencen kerajaan yang telah berkhidmat 25 tahun kebawah. Tentu ramai yang pesara kerajaan yang milih pancen muda ketika berusia 40 tahun.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!