Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran

Ayu sedang bahagia dengan suaminya, Zaquan Adha. Keguguran anak pada usia 6 minggu pada 26 Oktober lalu meninggalkan pengalama...


Ayu sedang bahagia dengan suaminya, Zaquan Adha.



Keguguran anak pada usia 6 minggu pada 26 Oktober lalu meninggalkan pengalaman pahit kepada pelakon Ayu Raudhah, 26, namun dia tetap tabahkan hati untuk meneruskan kehidupannya.

Ayu yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun baru menerima berita buruk itu, Ayu tetap menguatkan semangatnya untuk kembali bekerja.

“Selepas dua hari pulih dari keguguran, saya terus memasuki penggambaran drama Gemersik Kalbu yang diterbitkan untuk slot Akasia di TV3.

“Saya terpaksa meneruskan penggambaran drama tersebut sehingga pertengahan Disember depan kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selepas itu, baru saya akan berehat,” katanya yang memegang watak Raihana di samping pelakon Aqasha dalam Gemersik Kalbu.

Malah, Ayu berkata suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mengikut keputusan Ayu dan memahami kerjaya isterinya itu.

“Saya nak buat bagaimana…walaupun baru sembuh, saya terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan penggambaran ini.

“Alhamdulillah kerana saya mendapat suami yang memahami dan rumah tangga kami sangat-sangat bahagia,” kata Ayu lagi.

kita doakan semoga Ayu Raudhah ada rezeki anak lagi lepas ni. InsyaAllah

You Might Also Like

15 insan comel komen

  1. dah kahwin pun seksi lagi..huhu..rambut kaler bukan main lagi..

    ReplyDelete
  2. tabahnya dia..semoga Allah s.w.t kurniakan lagi cahaya mata untuk penyeri rumahtangga mereka

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah ade rezeki mereka..

    ReplyDelete
  4. @nuyui a.k.a miss YUI mereka muda lagi.insyaAllah ada tu :)

    ReplyDelete
  5. @Wanie haha macam anak dara gitu..hehe

    ReplyDelete
  6. @Syuxer insyaAllah ada nnti cahaya mata buat mereka.

    ReplyDelete
  7. nanti dapat lagi tu..uish,encem tul suami dia..kalah suami sis..:)

    ReplyDelete
  8. @Azzah hahaha zaquan tu boleh tahan la..hehe

    ReplyDelete
  9. ensem nye laki die. tapi karatnye rambut die.

    HAHA

    ReplyDelete
  10. dugaan tu.. nanti adlah rezeki mereka tu..

    ReplyDelete
  11. @IntaNBerliaN baru setahun. insyaAllah ade rezeki mereka.

    ReplyDelete
  12. @mysara tu la belum sampai rezeki mereka lagi :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!