Wordless Wednesday [39] - Impian..

8:30:00 AM 42 Comments A+ a-





teringin nak macam ni lagi..

Semoga doa jijah di makbulkan oleh Allah... Amin...


4 Perkara Dalam 4 Perkara

8:30:00 AM 24 Comments A+ a-


““Sesungguhnya Allah Ta’la, menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara:

-Yang pertama, 
Allah sembunyikan keredhaan-Nya pada suatu ibadat. 
(maka jangan perkecilkan walau satu kebaikan sekalipun hanya mengalihkan batu dan duri ditengah jalan)
-Yang kedua, Allah Ta’ala sembunyikan kemurkaan-Nya pada suatu maksiat. 
(maka jangan ingat maksiat yang besar itu barulah Allah murka, padahal kadang2 kita buat maksiat yang sekecil2 maksiat itulah yang mendatangkan murka yang paling besar drpd Allah).
 
-Yang ketiga, Allah sembunyikan mustajabnya doa pada waktu-waktu tertentu. 
(maka berdoalah setiap masa…)
-Yang keempat, 
Allah sembunyikan para wali-Nya di kalangan para hamba-Nya.
(maka jangan sesekali menghina orang Islam walaupun dia itu seorang pengemis.. Siapa tahu, dia itulah waliullah)
                                                           
-Saidina Umar-


Salam Aidil Adha

8:00:00 AM 24 Comments A+ a-




ALLAH s.w.t. berfirman yang bermaksud:

''Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 
'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!'.. 
Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. InsyaALLAH s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar'' {Ash-Saffat: 102}


p/s: Sungguh besar pengorbanan NABI ISMAIL dan bapanya NABI IBRAHIM dalam melaksanakan suruhan oleh ALLAH tanpa sebarang alasan.


♥ SALAM EIDUL-ADHA |TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM| ♥



Mak dan Ayah balik semenanjung sudah..

8:30:00 AM 38 Comments A+ a-


Sedih sangat hari ni sebab mak ayah nak balik semenanjung!
tinggal la jijah sorang-sorang kat sabah ni...
suami belayar..pandai-pandai la berdikari kata mak..huhuhu


serius rindu giler kat mak ayah!
banyak susahkan mereka.. sampai nak tinggal sabah ni pon masih menyusahkan mereka juga..sedihh -_-"


kiri-mak ayah..jijah kanan-mertua

mak ayah! uda rindu...doakan kebahagiaan uda kat sini yer..
InsyaAllah uda balik semenanjung secepat yang boleh!huhuhuhu

semoga perjalanan makayah sampai semenanjung dengan selamat..Amin ya rob.. 


Selamat Hari Raya Haji.. ingatlah jijah di perantauan ni...T___T huhuhuhu


Situasi Berlainan

8:30:00 AM 34 Comments A+ a-


Kalau dulu masa jijah kat Hospital PD banyak masa untuk jijah berblogging dan berfacebooking.
kalau dulu jijah suka draft entry banyak-banyak kemudian schedule jer..
selalu entry jijah autopublish jam 8.30pagi..
then kalau jijah syif pagi balik 2-3pm, jijah akan publish komen dan jejak entry korang...
kalau jijah syif petang pula sebelum pergi kerja 2pm tu jijah akan usaha komen entry korang dan blogwalking sikit-sikit...
tu cara jijah berblog :)

tapi......

kini situasi dah berlainan... 
situasi jijah kat sini tak tahu bagaimana lagi.. balik jam berapa..
masih adakah masa untuk menulis entry?? buat draft banyak banyak?
mengomen entry kawan-kawan??
 ataukah blogwaking ke blog kawan lain...


jawapannya jijah tidak pastii!!


harap korang paham yer situasi jijah kat sini..
jijah akan cuba jejak korang slow-slow..
walaupon jauh harap persahabatan kita tak pernah putus yer..
jijah masih ada di hati korang... ececeh :p


sehingga bertemu kembali...






Selamat Tinggal Semenanjung...

10:00:00 AM 34 Comments A+ a-





Sob sob sedih sangat nak meninggalkan semenanjung...
lebih-lebih berjauhan dengan mak ayah.. 
pilu rasa hati....T___T

Hari ni jijah akan fly ke Sabah..
yang seronoknya mak dan ayah sanggup teman jijah sekali ke sana.. Alhamdulilah :)

Esok jijah lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah..
sekali dengan bakal jururawat baru lepas belajar..
berdebarnya rasa... kemana lah tempat kerja jijah lepas ni...huhuhu

dah tentu situasi tempat kerja pun berlainan..
korang... doakan urusan jijah di permudahkan yer..
tq korang :))


Tazkirah Jumaat Part 33

8:30:00 AM 20 Comments A+ a-





“Kadang2 Allah sengaja mencipta pertemuan,
supaya kita lebih MENGENAL erti persahabatan ..
Dan kadang2 Allah sengaja memisahkan kita dengan orang yang kita sayang,
supaya dengannya kita lebih MENGHARGAI nikmat sebuah perkenalan..”



Kapal Selam Scorpene mampu beroperasi

3:00:00 PM 35 Comments A+ a-




Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan bahawa kapal selam Scorpene diselenggara dengan baik dan mampu beroperasi dalam mengawal keselamatan negara.

Beliau berkata, sudah banyak operasi menggunakan kapal selam itu dilaksanakan di bawah arahannya.

“Perkara ini mengecewakan saya. Saya seru agar dakwaan yang tidak benar ini dihentikan,” katanya kepada kumpulan media yang dibawa melawat pangkalan TLDM Kota Kinabalu kelmarin.

Kumpulan media itu turut dibawa meninjau kapal selam Scorpene yang dibeli dari Perancis dengan nilai RM3.4 bilion itu.

Kapal selam tersebut menggunakan nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.


siapa la yang mempertikaikan aset pertahanan negara ni..grr!!
tak sabar nak pergi tempat kerja suami.. boleh tengok kapal selam..wehuuuuu~~





I'll be Sabahan Soon....

8:25:00 AM 54 Comments A+ a-





Huhyoooo Ahad ni daku dah nak fly ke Sabah dah..
Tinggal kat Sabah untuk 3 atau 4 tahun maybe... agak lama di situ..
Apa boleh buat kan suami jijah kerja sana.. sebagai isteri kena la jijah ikut even dia belayar setiap minggu..
tu hakikat yang harus jijah terima bila dah dekat.. hohoho

So perginya jijah ke sana nanti di temani oleh mak ayah..
mereka la insan yang paling banyak berkorban untuk jijah... sehinggakan sanggup menghantar jijah lapor diri ke Sabah!
sungguh terharu dengan pengorbanan mereka -_-
doa jijah sepanjang ketiadaan jijah tinggal bersama mereka, mereka akan di kurniakan kesihatan yang baik, Allah panjangkan umur mereka berdua...Amin... 
sedihh T___T


tapi keputusan jijah untuk berhijrah ke Sabah adalah muktamad
apa gunanya kahwin kalau tak dapat hidup bersama..
rasa bersalah sebab jijah jarang jalankan tanggungjawab sebagai isteri..
InsyaAllah lepas ni jijah akan stay bersama suami tersayang...


emm kapal yang bawa kereta terpaksa delay...minggu depan baru bertolak dari sini..
nampaknya dua minggu jijah kat sabah patah kaki la jawabnya..huhuhu takde transport nak pergi kerja.
nak masuk rumah sewa suami pon tak boleh lagi jawabnya... huhuhu
tak tahu la macamaner keadaan jijah nanti.huhuhu
orang sabah tahu tak camner nak sewa kereta o kereta tumpang? hohoho


serius akan rindu keluarga dan kawan-kawan di semenanjung..
maafkan jijah jika susah untuk hadir ke majlis perkahwinan korang.. 
apa-apa pon jangan risau blog dengan facebook kan ada...hehee
keep in touch k


I'll be Sabahan soon... hiksss ;p



Wordless Wednesday [38]- Duhai Isteri

8:30:00 AM 18 Comments A+ a-




InsyaAllah...



Dokumen Perjalanan Terhad

3:31:00 PM 46 Comments A+ a-


Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.
maka di sebabkan jijah nak bekerja di Sabah minggu depan... 
so jijah kena buat DPT (Dokumen Perjalanan Terhad) ni..


macam Pasport tu untuk perjalanan  ke luar negara daripada Malaysia.
tapi DPT ni hanya untuk ke luar ke Sabah dan Sarawak..

nak buat DPT hanya perlukan salinan kad pengenalan dan gambar dua keping ukuran pasport dengan cas sebanyak RM5 jer :)

sah tamat laku hanya 5 tahun dan boleh di lanjutkan 5 tahun lagi...


Alhamdulilah sehari je dah settle.. :)



Elaun Pelatih Jururawat Naik 88 Peratus

8:30:00 AM 21 Comments A+ a-



Untung lah pelatih jururawat sekarang naik elaun 60-88 peratus mulai tahun depan...

Dulu masa jijah belajar elaun hanya RM621.21 sebulan tapi sekarang menjadi RM1,166.58 untuk peringkat diploma. Bagi peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 dulu.

"Kenaikan kadar elaun itu yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan beban kos sara hidup yang ditanggung pelatih," katanya

Kementerian juga akan mewujudkan 12,000 jawatan baharu jururawat bagi tempoh 2012 hingga 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan selain menampung keperluan klinik dan hospital baharu.



teringat jijah semasa menjadi pelatih jururawat :)


semoga lebih ramai adik-adik di luar sana menceburi bidang jururawat.. 
minat tak minat lain cerita.. hehehe :p
ini masa depan anda..semuanya terletak di tangan anda :))



Peralatan Yang Perlu Ada Di Rumah Baru

8:30:00 AM 81 Comments A+ a-


Wah.. tajuk bukan main panjang lagi yer.. peralatan yang perlu ada di rumah baru selepas kahwin? 

google


Since jijah dapat tahu yang jijah dah dapat transfer sabah, so jijah kena buat persiapan untuk kelengkapan rumah..

Berikut adalah list peralatan yang perlu ada dalam rumah itu nanti..

1. Rumah Sewa!
Benda pertama ialah mencari rumah sewa! Alhamdulilah suami jijah dah dapat rumah yang berdekatan dengan tempat kerja dia dan mungkin tempat kerja jijah. 

2. Peti Sejuk [akan beli di Sabah nanti]
3. Mesin Basuh [mesin basuh jijah bawa dari semenanjung sekali dengan pos kereta]
4. Katil [tilam saja pun boleh kan :p]
5. Rak Pinggan Mangkuk
6. Tempat Penyidai Baju
7. Dapur Gas [ibu mertua kasi hadiah]
8. Kabinet Dapur [tempat letak dapur gas]
9. Langsir 
10. Pinggan mangkuk cawan gelas [bawa dari rumah melalui kereta]
11. Kuali,Periuk,Sudip
12. Penyapu,mop,baldi,gayung


Bila tengok list ni banyak juga duit perlu di keluarkan kan. nasib jijah bawa sikit-skit dari semenanjung macam langsir,mesin basuh,pinggan mangkuk, kuali, periuk, penyapu... hahaha pasni berjimat beli peti sejuk pulak...

oh yer...pada pendapat korang apakah peralatan yang perlu ada di rumah selepas kahwin? kira nak duduk rumah sewa ni tapi kosong. takde list barang barang lagi.. tapi jijah duduk Sabah 3-4tahun saja.. so peralatan rumah yang biasa2 jelah.. jom kongsi idea. *blur*.



Rezeki Nuffnang Lagi.. BE Digi Tablet Plan

2:30:00 PM 62 Comments A+ a-




Alhamdulilah syukur pada Allah kerana memberi rezeki melimpah ruah kepada jijah..
ini gara-gara jijah nak transfer ke Sabah mengikut suami setelah 10bulan berjauhan... T___T

lepas Sony Xperia Ion metered 
pihak nuffnang kasi lagi BE DiGi Tablet Friendly Plan untuk bulan oktober..




BE DiGi Tablet Friendly Plan bermula semalam..



nampak iklan ni di Tabung Ke Sabah sila lah jentik yer.. nanti bagitahu jijah :p


lagi satu iklan says pon jijah dah cashout bulan lalu.. 
dah dapat pon RM100 terus masuk dalam akaun bank.. cepat dan pantas.. seronokk!!
klik says untuk mendaftar yer...


rezeki mencurah-curah lebih lebih lagi banyak nak pakai duit pergi Sabah.. 
semalam ibu mertua belikan dapur gas..mak pula dahulukan duit untuk pos kereta..


Alhamdulilah syukur nikmat Ya Allah!




Bergaya dengan Mini Kurung Ruffle Chiffony Roses

12:00:00 PM 33 Comments A+ a-


Dalam entry sini jijah nak grab satu baju mini kurung ni. 
Alhamdulilah dah memang rezeki dapat pula grab :)

so baru-baru jijah dah dapat parcel dari minazboutiquestudio.
serius suka sangat baju ni..
kebetulan ada kenduri kahwin jijah pon sakan la bergaya...
rugi tak bergaya sebab mahallll... wakaka :p


muka tak seberapa tapi saja nak tunjuk baju tu.. hehehe
jangan jeless.....ngeeeee *muntah pink*


nak cari tudung warna torquise.. tak jumpa pulak. last2 pakai pink jugak...kuikuikui
apa-apa pon baju ni bestt! sedap memakainya...hehehe

pasti boleh beli lagi....wehuuuuuuuu~~


yui.. ada tudung warna torquise macam warna kain ni tak? hehehe


Suami Isteri Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh

12:00:00 PM 57 Comments A+ a-




Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.

Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan perhubungan jarak jauh kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.

Si isteri bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra, namun berjauhan pula?

Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara?

Isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga.

Duduk jauh vs duduk sekali

Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka... awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa 'sweet' dan indah.

Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasul SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan , dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.

Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan 'geng' mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..

"Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh..."

Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.

Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.

Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman. Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas... mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha tuhan.

Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.

Ujian bakal menerpa silih berganti. Ujian kewangan, ujian mertua dan ipar duai, ujian hubungan seksual, ujian kerjaya, ujian komunikasi dan lain-lain lagi bentuk ujian kecil dan besar...

Malah betapa banyaknya pasangan yang rasa 'sesak dada' menghadapi pelbagai-bagai perbezaan yang seakan menghapuskan cinta yang pernah mekar di dalam dada. Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan, cara bertindak, dan cara berperasaan..jika tidak berusaha difahami, isteri semakin bosan dengan gelagat suami, suami semakin bosan juga dengan kerenah isteri..

Juga cara berpenampilan, cara makan dan minum, cara tidur, cara mengemas, cara menjaga kebersihan, cara bersosial, cara mendidik anak, cara bershopping... salah satunya atau kebanyakkan perkara ini jika tak ditangani dengan baik menjadikan hati-hati kita kecewa dengan pernikahan.

Malah jika semua bentuk-bentuk ujian ini tidak dihadapi dengan emosi dan pemikiran yang matang, bersedialah anda untuk bercerai selepas dua tiga tahun usia pernikahan..

Perkongsian ini bukan untuk menakutkan, tapi dari pengalaman isteri-isteri /jua suami-suami yang berkongsi permasalahan.

Ayuh belajar berkomunikasi dengan baik dalam hubungan pernikahan yang dijalin ALLAH ini. Ungkapkan terima kasih dan penghargaan atas perkara kecil dan besar yang dilakukan pasangan. Nyatakan ketidakpuasan hati jua teguran dengan hikmah dan bijak. Saling menasihati dengan kesabaran dan kasih sayang..

Oleh itu, andai diri bersedia untuk duduk dekat dan serumah dengan suami, bersedialah mental dan fizikal untuk melaksanakan kewajipan sebagai isteri, sebaiknya dan seikhlasnya.

Berusahalah menjadi hamba yang soleh. Berimanlah pada ketentuan tuhan. Moga pilihan kita hari ini akan memberi makna dan nilai yang besar pada saatnya waktu bertemu Tuhan.





Hari ni 10 bulan usia perkahwinan kami...InsyaAllah jijah bersedia serumah dengan suami :)




Wordless Wednesday [37]- Siapa Si Comel Ni..

8:30:00 AM 29 Comments A+ a-






comel kan kan...hehe
hari ni birthday ayah...happy birthday ayah!!


Suami Dah Balik Sabah

8:30:00 AM 30 Comments A+ a-


Setelah dua minggu MC dan bercuti di semenanjung kerana exciden.. 
tiba masa suami jijah pulang ke tempat tugasnya di Kota Kinabalu..
jadi semalam jijah hantar suami ke transit di Mindef (Kementerian Pertahanan) kat Padang Tembak Kuala Lumpur.




Alhamdulilah keadaannya semakin pulih.
suka tengok perbezaan mukanya dari masa exciden dan sehingga dia pulang semalam..
banyak sangat perbezaan.. hehee :))


Alhamdulilah semuanya selamat.. jijah pon semakin sihat. :p
lepas ni dah makin dekat dengan suami tapi makin jauh dengan makayah.. serius rindu nanti :( huhuhuhu


nanti jijah balas jejak yer..tak sempat blogwalking dan komen entry korang lagi...lagi dua minggu nak posting.. banyak benda nak settle. sory T___T



Syukur Dapat Transfer Ikut Suami

8:00:00 PM 58 Comments A+ a-



Alhamdulilah..


Setelah tiga bulan menghantar borang transfer untuk mengikuti suami di sabah nun jauh. nampaknya usaha jijah untuk bertukar di makbulkan oleh Allah :) berkat kesabaran jijah. doa tak putus putus dari korang semua..dapat juga hidup berdua bersama suami.. tq korang yang mendoakan :))

Korang pun tahu kan jijah merupakan pasangan perkahwinan jarak jauh (PJJ) sebelum ni..sedih. hanya Allah yang tahu :(  Tapi ternyata bila pegang je status seorang isteri. peritnya rasa berjauhan. ada hikmahnya selepas suami exciden dan jijah keguguran..

Dan...

Berkat kesabaran itu juga.. ia menampakkan sinar harapan untuk bersama suami. sehinggalah jijah menerima call dari pejabat memaklumkan bahawa permohonan bertukar jijah sudah di luluskan. happynya rasa tapi takutt sebenarnya! 

Jadi, bila kami nak mulakan hidup bersama ni, jijah akan urus semuanya.. dan tetibe jijah rasa gementar! huuuuuuu~~




22 haribulan ni jijah lapor diri ke sana.. lagi dua minggu..terasa masa begitu pendek untuk buat persiapan ke sana.. rumah,transport belum ada lagi.. takut rasanya... huhuhuhu doakan semua berjalan dengan lancar yer :)


sesungguhnya perancangan Allah sangatlah hebat! Tq Allah ^____^



Jururawat Hospital Kerajaan Bertambah

9:29:00 AM 21 Comments A+ a-


Kementerian Kesihatan akan mengambil seramai 1,681 orang jururawat lepasan kolej perubatan swasta setiap tahun bagi mengatasi masalah kekurangan jururawat di hospital-hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengambilan yang akan dilakukan mulai hujung tahun ini dijangka dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan jururawat lepasan swasta yang semakin meningkat.

"Ketika ini, seramai 66,000 jururawat berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan dan jumlah itu masih belum mencukupi, justeru Kabinet telah bersetuju untuk menambah jawatan jururawat.

"Pertambahan 1,681 jururawat akan dibuat setiap tahun mulai hujung tahun ini dan dalam masa empat tahun kita akan mempunyai seramai 6,726 jururawat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Jururawat Bencana di sini semalam.


Tahniah misi jijah ucapkan kepada bakal bakal staffnurse yang akan lapor diri 22.10.12 ini. jijah pon dapat posting Sabah. Alhamdulilah...


Tekan link di bawah untuk semakan:

Jangan Bersungut Kerana Hidup Susah

8:30:00 AM 25 Comments A+ a-


Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. 


Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.


Rasulullah SAW telah bersabda:

“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”


Marilah bersyukur :)


Wordless Wednesday [36]- Ujian

8:30:00 AM 19 Comments A+ a-


Semakin Sihat... Alhamdulilah :)

8:30:00 AM 37 Comments A+ a-


Lepas je suami balik selasa lalu [klik baca] banyak appoitment dia dengan doktor minggu lalu..
Alhamdulilah dah buka jahitan pon luka dia..
jumaat lalu jumpa doktor pakar bedah mulut kat HTJS Seremban.
retak di tulang pipi dia akan sembuh tapi makan masa lah.. 
mudah-mudahan sihat yer bang :) InsyaAllah..



makin bertambah sihat sudah..
parut-parut je yang tinggal :)
kata bini nurse haruslah daku yang tanggal kudis tu.. hahahahaha :p




katanya "habis la saham abang dah jatuh!"
amboii ada hati nak pergi mengorat eh.. cubit kang... bahahaha~~


siapa tahu ubat atau gel apa yang sesuai untuk hilangkan parut muka tu...
jom kongsi :))


Stamp Cop Jijah Dah Sampai

8:30:00 AM 25 Comments A+ a-


Sebelum ni kan jijah ada post entry pasal pelbagai jenis stamp kan..[klik untuk baca]
baru-baru ni jijah dah dapat cop yang jijah pesan!

seronoknya... bertambah lagi koleksi cop jururawat jijah. bahaha :p



kecik dan comey semesti pilihan jijah!
yang penting pink colour.. ahakkksss :p


mereka email jijah minta details then selang dua hari pastu tu pos laju sampai..
wah cepat betul proses mereka..siap katalog lagi :)
 memang terbaik..!!
tu sebab jijah syorkan untuk korang..
so jom la order kat sini
v
v
v

website
facebook