Tazkirah Jumaat Part 37

8:30:00 AM 21 Comments A+ a-





Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, 
Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka..




Renew Roadtax di Sabah

3:30:00 PM 37 Comments A+ a-




Kereta sampai je Sabah. roadtax pon nak expired.
roadtax dengan insurans sekali pulak tu..kopakkk den.. hahaha
jijah renew insurans kat bangunan Etiqa Asia City kat Kota Kinabalu tu...

wahh murahnya kadar insurans kat sini RM800 berbanding RM1200 kat semenanjung!! [my PE baru 2tahun]
wakil insurans kata sebab kat sabah takde highway.. ooooo patutlah orang sabah ramai pakai kereta. huhuhu



untuk roadtax pulak harga pon murah juga RM72 berbanding RM90 di semenanjung :)
dan kini roadtax jijah tertulis la perkataan Sabah di pelekat tu... kuikuikuikui




Alhamdulilah settle keduanya tunggu tahun depan pulak..hehehe



Bekas Abu Rokok Sabah Borneo

3:30:00 PM 57 Comments A+ a-


Ahad lepas kami suami isteri jalan-jalan ke Gaya Street KK sebelum suami belayar petang tu...
suami jijah kata situ ada pasar setiap pagi ahad jer.. banyak jual barang-barang.. 
pergi sana sure parking takde.. ramai sungguh orang..
rupanya ada Malaysia Bug Fest pula...

berjalan kat Gaya Street memang rambang mata.. 
especially banyak barang hiasan rumah.
so sempat jijah rembat bekas abu rokok ni.. menarik!


see ada tulis Sabah Borneo...kenangan ni bila jijah balik semenanjung kelak..


nak bawa balik semenanjung nanti.. mak jijah pasti suka barang-barang klasik gini...
 nampak juga pasu hiasan tapi tak dapat nak beli.. lain kali lah boleh pergi lagi...sebab banyak benda yang jijah nampak nak beli..hahahaha~~




Header Ada Sudah :)

8:36:00 PM 49 Comments A+ a-


oyeahhhh header ada sudahh :)
senyum tanpa berkata apa-apa.. hahaha

terima kasih beloved blogger ecadwinkyasha yang bagi koding..
fuh... selesai satu masalah..

satu masalah lagi bila upload gambar limit kuota makanya atas nasihat eca dalam entry baru dia ni link.. jijah resize semua gambar nak di upload.. legaaaaaaaaa ok sudahh :)

baiklah nak sambung delete gambar yang tak berguna.. takut limit lagi wooo~~



sambil tu makan durian crepe... nyumnyum...


tadi keluar dengan eca seronok!!.. balik pastu dia kasi koding header! tq laling :)



Hahaha Blogku Takde Header

8:30:00 AM 32 Comments A+ a-


Tah macamner tah tetiba je header jijah hilang...
tengoklah jadi lopong gitu... menci tauu!

sebelum ni dia tak detect url image asyik invalid je bila copy...
ni hilang terus....
pasti gara-gara kuota gambar limit ni... 
sekarang gambar dah takleh nak upload kat blog lagi.... eeee gerammm tol..
banyak entry terbengkalai... grrr!!

jijah dah buat macam tutor yang yui postkan tu tapi tak menjadi gak.. 
last-last biarkan jer..huhuhu
slow-slow padam gambar lama.. so jangan pelik pulak blog jijah takde header yer...

header takde.. masih ada orang nak masuk blog ni tak? teheeeeeeee~~



Belayar Sudah :(

4:20:00 PM 41 Comments A+ a-


Semalam... suami jijah mula belayar balik..
sebelum ni tiga minggu dia duduk di darat...
syurgaaaaa tau!

hanya sekadar satu ayat jer...dan emosi sedihhh

Alaaa... : (

kenapa belayar? pasti rindu ni....huhuhu

bila dia sampai Pulau LIMA baru ada line tu pon selepas satu hari sebab atas laut kan..
walau apa-apa pun...

SELAMAT BELAYAR, SAYANG! : )


PROMISE me to take care yourself, ya?


SEMOGA SELAMAT SEMUANYA SAYANG! : )


Abang, cepat balik oke? daku akan tunggu kamu pulang untuk bergembira dan berjalan2 seperti selalu! teeheee.. : D


Tahniah Nabil Ahmad dan Zira

4:14:00 PM 26 Comments A+ a-


Seronoknya dengar ramai artis yang dah preggy dan bersalin kan..
jeles ai tau! hikhik

 Ni dapat tahu yang Nabil Ahmad sudah menjadi bapa dengan kehadiran cahaya mata perempuan..
isterinya Zira selamat melahirkan secara pembedahan 8.40pagi tadi seberat 2.67kg.. Alhamdulilah...



Tahniah Nabil dan Zira! 
comeynya baby... :)





Tips Melatih Diri Rajin Bersyukur

8:30:00 AM 34 Comments A+ a-


1. Ikhlaskan hati mensyukuri setiap pemberian Tuhan pada diri kita contohnya tubuh badan, keluarga yang menyayangi kita, pasangan hidup kita, nafas kita, duit dalam poket kita walau cuma ada RM100 sahaja.
2. Panjatkan kesyukuran 3 minit setiap pagi selepas bangun tidur, dan 3 minit sebelum kita tidur. Pada saat tu, emosi di minda berada pada tahap yang sungguh tenang, menjadikan minda mudah menyerap untuk masuk apa yang kita fikirkan ketika itu. Minda akan ‘rakam’ segala apa yang ada di hati kita. Gunakan masa singkat ini untuk mengucap syukur pada Tuhan atas nikmat yang kita ada.
3. Bersyukurlah dengan ikhlas. Pejamkan mata, ucapkan syukur dan rasai kesannya di dalam hati. Jika air mata kita mengalir, itu adalah petanda kita benar-benar bersyukur.




Marilah kita bersyukur masih bekesempatan hidup di dunia ini :)



Wordless Wednesday [42]- Pray For Gaza

8:30:00 AM 24 Comments A+ a-



facebook


Amin...



Info Mengenai Cirit Birit

8:30:00 AM 30 Comments A+ a-


Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
• jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
• alahan makanan
• ubat-ubatan
• pengawet makanan
• pemakanan kimia

Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar.

Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :

• Sakit dan kekejangan perut
• Loya dan muntah
• Keletihan
• Demam

Komplikasi - Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Rawatan- Kebanyakan kes cirit-¬birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit-birit, lakukan seperti berikut :

• Minum banyak air.
• Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
• Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
• Elakkan kafein dan alkohol.

Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.

Tanda-tanda dehidrasi adalah :
• Haus yang berlebihan
• Mulut dan kulit kering
• Kurang atau tiada air kencing
• Keletihan yang teruk
• Pitam
• Kulit menjadi gelap

Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :

• Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
• Demam panas
• Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
• Mulut kering atau menangis tanpa air mata
• Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
• Perut, mata atau pipi yang cengkung
• Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.

Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya. Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan - 
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:

• Cuci tangan sebelum makan.
• Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
• Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
• Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit¬birit.
• Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-¬birit boleh bertambah teruk.
• Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit¬-birit.





1 Malaysia Privellege Card

8:30:00 AM 34 Comments A+ a-





Dah lama suami jijah dapat kad ini tapi belum pernah di gunakan..  kalau nak guna pun untuk KFC. yang lain susah sikit nak pergi kot.. huhuhuhu

1 Malaysia Privellege Card ini merupakan inisiatif untuk menghargai pengorbanan anggota tentera dan polis  untuk mengurangkan perbelanjaan anggota. 

Melalui inisiatif ini, anggota ATM dan PDRM akan menikmati potongan harga dalam pelbagai perbelanjaan barangan seperti keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan serta beberapa kategori barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang terlibat.





Seee banyak kemudahan ada.. tapi semua tempat yang susah jijah nak pergi.. huhuhu tapi takpe janji dah ada kemudahan bila-bila boleh digunakan.. ngeee~~




Gardenia Roti Semenanjung... Hahaha

9:00:00 AM 59 Comments A+ a-




Masa balik semenanjung lalu sempat tau jijah beli roti Gardenia ni...
stok seminggu punya. bahaha~~

memang Delicia lah dengan twiggies la.. paling penting mesti ada Butterscotch tuuu..
my favourite n hubby!!


ini namanya roti semenanjung sebabnya di sabah tiada jual bah...huhuhu 
jenuh cari memang tiada.. yang ada pon roti gardenia tapi lain macam plastiknya... kuikuikui

patutlah masa tunggu flight nak balik Sabah lalu ramai orang sabah beli roti gardenia ni.. memang dorang borong sakan lah.... hahahaha~~


Gardenia enak di makan begitu sajaaaaaaa :p



Cheese Kek.. Nyum nyum...

2:00:00 PM 41 Comments A+ a-


Thanks suami sebab belikan cheese kek ni... sedappp woo~~





suami jijah suka makan tapi jijah kurang gemar cheese sebab masam-masam sikit kan..hehe 
tapi tetap lah makan..makan yang span dia tu..nyum nyum...




marveless tauu!! nyum nyum.....


di sebabkan kami makan berdua tak la banyak mana so suami jijah tapaukan untuk kawan kapal dia..so kami pon pergi la base sepanggar tu :)

lagi satu jiran sebelah rumah jijah ni rajin kasi makanan... hari tu dia kasi bihun goreng dan nasi ayam..
malu pulak rasa bila dia bagi makanan..huhu -_-"
so untuk membalasnya jijah kasi cheese kek ni.. dia suka anak dia pon suka... hehee ^____^



BE 26 Maxis Broadband

9:00:00 AM 24 Comments A+ a-



Alhamdulilah rezeki jijah bersama nuffnang lagi :)
BE ke 26 Maxis Hotlink Broadband..



rezeki permulaan tahun baru.. Alhamdulilah..
rezeki orang lain-lain kan..semoga kita terus di limpahi rezeki dan rahmat dari Allah..
moga-moga rezeki cahayamata pulak muncul selepas ni.. InsyaAllah :)


tq encik nuffnang! i lap u~~ hahaha




Shopping Barang Rumah...

2:00:00 PM 38 Comments A+ a-


Cuti Awal Muharram semalam jijah dan suami cuti.. 
ada duit lebih sikit...kami pon pakat pergi beli barang-barang keperluan rumah.
almaklumlah rumah kosong. kena beli sikit-sikit...

Di sebabkan kettle elektrik jijah baru rosak [time tu la nak rosak..haihh] terpaksa lah beli baru..
tapi kali nak beli kettle masak pakai api jer. 
murah..mudah dan paling penting bunyii bising wa cakap lu... bahahaa~~


seeee... whistling kettle.. RM25



ada blender sudah... RM90
Untuk kat dapur masih takde meja untuk letak barang makanan, periuk belanga bagai...
so jijah pon beli la rak ini dengan harga RM90.. .
multi purpose dan mudah saja nak pasang :)
so jadinya begini....
seee,




abaikan pemandangan tak comey tu.. masih bersepah.. wakaka :p
kak zana kata dalam entry ini..beli barang rumah 1 barang setiap bulan... so setiap bulan set nak beli apa..kurang sikit bebanan kewangan.. iya nasihat itu jijah pegang! tq kak zana ^___^
maka bulan depan mudah-mudahan dapat beli peti sejuk pulak.. bonus kan.. hehe InsyaAllah :)


oh ya.. jijah beli barang-barang ni kat Giant Kolombong KK sabah :)
sikit-sikit lama-lama jadi bukit... wehuuu~~


malam ni first time keje malam di sini.. nervess! harap2 sangat wad cool..taknak la admision ramai sampai 60pesakit! huhuhu

Tazkirah Jumaat Part 36

8:30:00 AM 13 Comments A+ a-





"Semua lelaki dan perempuan mengharapkan pasangan yang sempurna untuk dijadikan suami/isteri, tetapi kadang-kadang mereka lupa bahawa Tuhan jadikan mereka tidak sempurna supaya dapat melengkapi antara satu sama lain..."




Salam Maal Hijrah 1434H

8:30:00 AM 19 Comments A+ a-




Bersempena dengan kedatangan tahun baru hijrah ini marilah kita bermuhasabah atas apa yang telah kita lakukan pada tahun tahun lalu... 
Semoga tahun baru ini semulia-mulia tahun yang Allah berkati dengan di beri kegembiraan, kebahagiaan dan kelapangan dalam hidup.. 


"Ya Allah... terimalah amalan-amalan kami,
perkenankan doa-doa kami,
bukakanlah pintu kebaikan untuk kami,
sepertimana engkau berikan kepada para Anbiya' dan Auliya' Mu dan hamba-hambaMu yang soleh"..

Salam Tahun Baru Islam
Awal Muharram 1434H


Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Muharam

12:00:00 PM 13 Comments A+ a-



Pada tahun ini, akhir tahun hijriah jatuh pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT.. Insya Allah….Amin

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya. 

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuaian dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami. 

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati. 

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433.

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami. 

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. 

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. 

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. 

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. 

Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. 

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.


Korang pasanglah azam untuk berhijrah ke arah kebaikan. Once kita ada niat, InsyaAllah akan dimudahkan. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum sebelumnya... sama-sama kita berusaha..


Salam Maal Hijrah :)



Wordless Wednesday [41]- Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

8:30:00 AM 16 Comments A+ a-




Jangan lupa petang lepas Asar baca Doa Penutup Akhir Tahun dan lepas Maghrib baca Doa Awal Tahun ye  :)
Salam Maal Hijrah~~







Kenapa Menguap?

9:30:00 AM 22 Comments A+ a-


Apabila terasa mengantuk, anda pasti akan menguap bukan?

Kenapa agaknya anda menguap?




Ini kerana paru-paru anda kurang mendapat oksigen... Malah ada juga yang menguap kerana badan atau otak terlalu penat dan oksigen tidak cukup untuk menjalankan proses dengan sempurna..

Apa yang menarik sekali ialah menguap juga boleh berjangkit...

Namun keadaan ini masih lagi menjadi tanda tanya....


Saya join GA 2012 Nurul Yui

8:11:00 PM 15 Comments A+ a-


Saya join GA 2012 Nurul Yui



klik banner untuk join :)



Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana saya nak support yui dalam berblog serta blogshop dia Nurul Yui collection :)


tamat
23.11.12





BE Digi Tablet Metered!

8:30:00 AM 21 Comments A+ a-




BE lama Digi Tablet dah metered dah..
nak dekat sebulan dia menari-nari dalam blog ini... 




tapi yang tak sangka ada pula BE Printer tu.. bila masa muncul pon tak pasti....
dapat la 58 sen.. jadi la dari takde.. kihkihkih


dah ada RM200+.tapi belum masanya nak cashout earning nuffnang ni...tunggu duit beranak pinak lagi.. 
aci tak..muahaha~~


moga korang pon di murahkan rezeki bersama dengan nuffnang.. Amin..



Tazkirah Jumaat Part 35

3:00:00 PM 22 Comments A+ a-




" Andai sudah berdoa, bermohon pada Dia, mana mungkin Dia mengecewakan. 
Kalaupun ada terasa lukanya, itulah kifarah dosa, juga ujian Dia, 
sekadar menguji keimananan kita kepadaNya. 
InsyaAllah…”

Surat Cinta..Cinta Monyet Kami

8:30:00 AM 59 Comments A+ a-


Ada suatu masa tu tengah kemas kemas fail tiba-tiba jijah nampak satu fail suami. ada banyak sampul di dalam nya.. wah perasaan ingin tahu membuak buak.. bila jijah buka, banyaknya surat cinta/ kad yang jijah bagi pada suami dulu sejak tahun 2002. tak sangka suami jijah yang tak pandai nak ucapkan kata cinta dulu rupa2 nya bersifat romantik. kuikuikui

masa jijah bercinta dulu takde handset.. surat je penghubung kami.. tu pon bagi kat kawan pass pada suami di kelas sebelah. nak jumpa apa tah lagi even satu sekolah tapi tak pernah nak dating. masing-masing malu kot lebih2 lagi takde pengalaman..hehe

jijah hantar surat.. suami balas.. tapi nak harap dia mula hantar memang tak lah. sampai jijah rasa yang suami jijah ni tak sensitif dan tak menghargai bab-bab camni..tapi meleset sama sekali sebab semua surat yang jijah bagi dia simpan even koyak rabak pon tapi jijah? tak tahu letak mana..huhuhuhu

bila jijah baca balik surat surat ni. Ya Allah kelakarnya aku dulu... macam muka tak malu pon ada..hehehe tapi inilah di katakan kenangan.. yang tak pernah terpadam dek zaman. terima kasih suami kerana mengingatkan kembali nostalgia lama kita....hehehehe



sebahagian surat-surat yang jijah bagi..
bila baca balik senyum sorang-sorang..childish sungguh time tu! hehehe


ni pulak kad yang jijah bagi,
kad raya,kad birthday semuanya dia simpan baik2.. sweet sungguh suami jijah ni :))



nostalgia ni.. masa sekolah femes kad nama ni.
ni jijah bagi suami... 
see dia masih simpan.. terharunyaaaaaa..


yang kat atas ni suami jijah bagi..
masa ni kami tingkatan 4 kot. dia hantar surat sebab masa tu dia sekolah teknik kat perak.
romantik kan kan.... hehehe


now... dia dah jadi suami jijah pon. Alhamdulilah 
jijah bersyukur dapat lalui semua ni.
tetiba rindu sangat moment-moment indah dulu..indahnya perasaan ketika itu... 
Andai dapat ku undurkan putaran duniaaa..... emmm T____T


10 tahun! Alhamdulilah...




Wordless Wednesday [40]- Three Celebration

8:30:00 AM 34 Comments A+ a-




contact


sedappp!! nyumnyum...



10 Tahun Usia Percintaan Kami

4:00:00 PM 40 Comments A+ a-



6 november 2012
10 Tahun bersamaan Satu Abad!
Alhamdulilah...  Hari ni genap sudah 10 tahun kami menyulam kasih..Tq Allah!

10 tahun jangka masa yang panjang bagi pasangan bercinta. 
dengan tempoh ini kami sudah banyak berkongsi segala pahit manis dalam kehidupan seharian.
siapa sangka bermula dari persahabatan semasa di tingkatan satu akhirnya menimbulkan rasa cinta di hati kami..

kami tak seperti pasangan kekasih yang lain! 
kami jauh.. sehingga lah kami sudah berkahwin pun kami tetap berjauhan..
tapi cinta kami tak pernah hilang!

10 tahun percintaan ini, susah senang kami hadapi bersama.
jika ditanya bagaimana hidup sebagai seorang kekasih dan isteri kepada seorang yang bergelar tentera laut, 
yang mana sentiasa perlu berjauhan dan perlu hidup seorang diri jawapannya hanya satu..
iaitu..

BERSABAR!!

dengan kesabaran masing masing perlukan kepercayaan dan pengorbanan! jika tidak bila bila masa hubungan akan tertewas di tengah jalan! *mintak simpang!*


06.11.2002 :)


kepada anda yang membaca,

korang doakan kebahagiaan milik kami selamanya ya? 
jika ada rezeki cepat pula kami beranak pinak.. InsyaAllah :)

Happy 10th Anniversary To Us!


baca lagi



Oh Tidak! Balik Sabah Sudahh...

12:00:00 PM 31 Comments A+ a-



alahai... nape kejap sangat cuti ni.. tak puas lah..
gedik kan.. dulu gatal sangat nak duduk sabah.. ngeee~~

saja bah tu.. selagi tak settle masalah kat sini tu yang rasa payah dan susah..
tapi InsyaAllah semuanya akan di permudahkan..
kang suami jijah kata jijah tak suka duduk dengan dia pulak. hehehe




niat jijah satu je berkhidmat untuk suami..
moga Allah permudahkan semua urusan jijah di sini.. InsyaAllah :)

korang, jaga diri baik-baik k..
cuma lambat je jijah nak balas jejak korang...
ada masa jijah akan teruskan berblog sebab inilah diari jijah.. weee~~
sayang semuanya >___<



Konvokesyen Suamiku...

8:30:00 AM 36 Comments A+ a-


Tahniah buat suami tercinta kerana selamat menjadi graduan! hahaha
bangga bucuk dengan abang tau.. hikhikhik~~

anggota navy yang smart woo...



daku pulak rasa excited dengan konvo beliau. hahaha


keluarga mertua :)

dan lebih istimewa sepanjang konvo ini ialah
:
:
:
v


jijah jumpa blogger ayut hidayah!
seriusly ayut ni comey.. kecik je orangnya tau.. lebih kurang jijah jer [jijah pakai wedges nampak tinggi]
tapi ayut ni peramah!

macamner boleh berjumpa yer... sebabnya suami jijah satu course diploma ni dalam navy dengan tunang cik ayut...hahaha
so korang jangan pelik pulak yer.. jijah jumpa geng "makcik" navy... bahahaha~~


apa-apa pun Tahniah buat suami tercinta!
merasa la juga naik stage pakai jubah konvo kan.. hehehe~~


p/s: "makcik" dalam navy bermaksud isteri~




Majlis Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle

9:00:00 AM 16 Comments A+ a-


Tahniah! Tahniah...

Diana Danielle Danny Beeson (21) dan Farid Kamil bin Dato’ Dr. Zahari (31) sah menjadi pasangan suami isteri yang berlangsung di Hotel Flamingo By The Lake Ampang tepat jam 9.15 pagi. Mas kahwin berjumlah RM 10,000 tunai.




Diana Daniella anggun mengenakan busana tradisional moden berona putih dan pink manakala Farid Kamil  segak tatkala mengenakan sut lengkap rona putih.

Tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan ialah set perfum Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah Polo, Diana’s Mini Bike, sirih junjung, manisan dan foto album. Manakala pihak lelaki membalas lima dulang hantaran berupa helmet dan motorsikal,wang hantaran berjumlah RM 20,000 tunai, cincin Tiffany & Co, buku akaun pelaburan Maybank Gold, serta set telekung dan sejadah.



Majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada 30 November ini manakala untuk lelaki pula akan berlangsung pada 12 Disember 2012.



Tahniah buat pasangan ni.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat~~


kredit: ohbulan


Pos Kereta Ke Sabah

2:30:00 PM 56 Comments A+ a-


Sebelum jijah nak posting ke Sabah hari tu...jijah dah pos kereta dari semenanjung..
kereta gerak 24.10.12 melalui kapal kontena..
susah kalau takde transport kat sabah ni.. sementara nak tunggu kereta sampai kena la menyewa kereta orang.. mahal pulak tu.. sobsobb~~

dalam my PE, jijah siap letak mesin basuh, beg lugage, baldi, penyapu, dapur gas..
semuanya barang-barang kelengkapan untuk rumah..
jimatnya kan...hehe

harganya RM1900 hantar ke Port Klang..
apa yang di perlukan hanyalah geran kereta dan ic pemilik kereta..dan semuanya dia uruskan..



Alhamdulilah..barang-barang dalam kereta semuanya ada selamat! calar pon tak.. :)
syukur lah seminggu je dah dapat my PE jijah tu..rinduu wooo >__<
baru bebas bergerak ke mana-mana di Sabah ni... hehehe

kalau korang nak pos kereta dari semenanjung ke sabah/sarawak dan sebaliknya boleh contact Encik Rizal senang berurusan dengan dia...
:
:
v

Riztwo Trading n Services
0123312565



yehuuu~~ kereta plat Negeri Sembilan di Sabah bha...banggaaa!! hahaha~



Tazkirah Jumaat Part 34

8:30:00 AM 13 Comments A+ a-





" Tetaplah teguh dalam tekad untuk bahagia...
Jangan anggap musibah yang mendatang sebagai takdir yang buruk. 
Sebaliknya anggaplah ia sebagai jalan menuju kesempurnaan..."


Yeyy Balik Semenanjung Konvo Suami!

3:30:00 PM 31 Comments A+ a-


Baru je lapor diri isnin lepas dah balik kampung!
nampak sangat tak suka duduk sabah.. bahahaha~~ 
hishh hish idok la sampai gitu pon.. balik cuti ni kebetulan ada majlis konvokesyen suami... konvo dia 2 dan 3 nov ni...
nasib dapat balik kampung lagi. hehehe :)

ala cuti tak lama pun 5 hari je. huhuhu

tapi cukup lah untuk meluangkan masa sepadat padatnya dengan keluarga tersayang.. -_-"

first time naik satu flight dengan suami.. excited sungguh! ngehngehngeh :p
moga selamat sampai semenanjung... InsyaAllah :)


Selamat Hari Lahir Suamiku...

8:30:00 AM 26 Comments A+ a-




Hari ni birthday boy jejaka di atas tu...
tengok tu senyum simpul je dia... hahaha
1.11.12 genap usia dia 24 tahun :))

pertama kali sambut birthday sebagai suami yer...
maaf  sayang...ingat nak hadiahkan "baby" tapi belum ada rezeki kita lagi....huhuhu

eh eh emo pulak... -_-
soo sebagai isteri jijah nak ucapkan..

Selamat Hari Lahir Abang!!




Moga Allah rahmati kamu Zulkhairi Syafiq Bin Zulkpli..
 imamku dunia akhirat.. Amin Amin ya rob!


moga ada rezeki baby kita pula lepas ni.. InsyaAllah :)