Monday, April 29, 2013

Perkembangan Bayi Minggu Ke 22


Minggu ke-22



22weeks= 28/4/13


Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta. Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair amnion tersebut sebagai ‘air mandiannya’ dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.

Apa yang berlaku pada anda?

Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atau meniarap semasa hamil.

Pengambilan nutrisi anda – Minum Air

Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan lebih banyak air.Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain selain air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafein di dalam kandungan minuman tersebut bersifat diuratik.Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda. Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.




Dah Balik Sabah...


Semalam petang flight jijah ke Sabah..
Alhamdulilah selamat sampai....

cabaran dengan keseorangannya membawa 2 beg.. satu beg galas.. satu beg jinjang..berat tu...
awal-awal dah pesan dengan baby supaya baby sihat dan aktif sepanjang perjalanan..
risau juga kan..sepanjang perjalanan nak naik flight..jauh berjalan kaki nak ke kapal terbang dan bila kapal berlepas dan landing tu takut tekanan dan hentakan..
tapi Alhamdulilah dalam kapal terbang baby aktif bergerak...

ingatkan perut kecik 5bulan ni orang tak perasan jijah mengandung..
last-last masa nak tunjuk boarding pass kena tahan jugak..padah pakai baju pregnant! huhuhu
kena la sign borang Limited Liability Statement..maknanya kalau terjadi apa-apa kita tak saman pihak flight..
dan krew tu siap pesan nanti kandungan >28week kena tunjuk surat doktor.. boleh naik flight sehingga 34week jer..hohoho

di sebabkan suami belayar makanya kena lah naik teksi dari airport KKIA 2 ke rumah jijah.. cas rm55..
jadilah dari takde sape nak ambil kan...huhuhuhu :(
yang malangnya sebab seminggu jijah balik kampung dan suami belayar..
kereta pula tak boleh start.. bateri plat la tu kan.. start-start tak leh...huhuhu

hari ni baru nak minta tolong sape-sape jumpkan kereta dia dengan jijah..
harap-harap berjaya lah...sebab nak keje malam nanti..
bila dah start enjin nanti nak terus pergi kedai kereta beli bateri baru...
rasanya dah nak 3tahun tak tukar bateri..huuuu

dah dah..panjang sangat citer ni....
cabaran kan bila kesorangan kat tempat orang... suami pulak takde..mak ayah jauh...huuuu :(
sabar la wahai hati...
moga jijah terus kuat dan tabah di sini.... -_-"



Saturday, April 27, 2013

Selamat Hari TLDM ke-79




Selamat Hari TLDM ke 79 bagi warga tentera laut seluruh Malaysia..

Tak lupa ucapan buat suami tercinta :)
Semoga dapat terus berkhidmat sebagai anggota tentera yang penuh semangat kental dan jiwa..

sesiapa yang berdekatan dengan pangkalan tentera laut boleh lah ke sana..
ada aktiviti sempena navy day ini...





Friday, April 26, 2013

Buku Nama-nama Islam Untuk My Baby


Tahun lalu suami jijah ada dapat baucer buku RM200 masa study kat UNITAR dulu..
dengan baucer tu dia belikan jijah pelbagai buku macam dalam entry sini...

yang paling menarik sebenarnya nak cerita kat sini... 
dia ada belikan jijah buku Nama-nama Islam..
perancangan yang hebat sebenarnya my hubby ni tau!
kalau dulu takde rezeki anak lagi.. jadi memang tersimpan la buku tu....
tapi kini buku tu jadi bahan bacaan jijah saban hari.... hehee




Actually... kami sejak bercinta lagi dah siap list nama-nama anak lelaki dan perempuan..
sangat ekspress rakyat!
almaklumlah hampir 11 tahun bercinta you oulss...semua perancangan dah ada :)

Tapi once dah ada buku ni.. mana lah tau jumpa nama yang lagi best ker.. hahahaha
tapi tak mungkin kot sebab nama baby tu suami jijah dari duluu lagi dah sebut-sebut... 
tinggal baby keluar dari perut mamanya jer untuk di realisasikan....hehehe


Alhamdulilah syukur pada Allah atas zuriat yang Engkau berikan ini.. tq Allah!




Thursday, April 25, 2013

Jom Bertindak Kit Tindakan


Buka laman web 1 Malaysia...
berkenan dengan Kit Tindakan ni..



dalam kit ni ada buku panduan mengundi, pen, pin kolar,pelekat dan pelekat kereta.




benda free wei... mohon jelah... satu keluarga jijah buatkan...hahaha bukan bermaksud sokong mane-mane pon kan...

orang memberi kita merasa... tak gitu?? hehehe



nak juga kit tindakan ni??
klik bawah ni





Bila Masa Sesuai Beli Barang Bayi?



Perut dah mula membesar...
Kandungan pun sudah 5 bulan lebih.. ada 4 bulan lagi untuk bersalin..
tapi satu barang lagi jijah belum beli...

tilam kak ipar kasi...bantal baby mak buat... tapi ayah jijah pula TERbeli corak gangnam style.. adehhhh
mak pun jahit jelah... hahahaha :p




napkin ada yang lama punya...tinggal barut je mak tak buat lagi... aiseyy baru ingat nak beli barut comel2 kat online..
tapi ok gak.. jimat duit mama :)

Agak-agak bila masanya yang sesuai jijah boleh start beli? 
Ke kandungan 5 bulan ni masih terlalu awal untuk beli khuatir perkara tak di ingini berlaku?? Nauzubillah~~

Kalau kat semenanjung ni boleh la pergi ekspo barangan bayi dan banyak tempat menarik...
tapi kat Sabah mane lah ada ekspo2 bagai tu...
lagipon suami jijah kan selalu belayar.. bila masa lah nak pergi shooping..
kalau beli kat sabah kena pula angkut banyak barang baby bawa balik naik flight pula nanti..
kalau beli kat semenanjung tunggu 8bulan baru dapat balik cuti bersalin..
time tu baru nak shooping barang baby rasanya dah tak larat kot...

Jadi bila eh jijah boleh start beli barang baby ni...
memandangkan sekarang jijah ada kat semenanjung boleh la beli sikit-sikit kot...tapi nak beli apa dulu??
apa pendapat korang??


Wednesday, April 24, 2013

Peplum Sesuai Untuk Ibu Mengandung


Sekarang ni jijah terjebak dengan baju peplum pula...
bila pakai sesuai pulak dengan perut jijah yang makin membesar ni... muahahaha :p

asalnya masa jijah pergi terengganu weekand lalu adik bagi jijah baju peplum warna merah ni..
bila pakai dengan kain ehh cantik pulak... ngeee~~




sekarang ketagih nak beli peplum.. hehee
baru ada dua jenis... sebelum balik Sabah kena beli banyak-banyak ni....hehehe




sesuai kan jijah pakai peplum?? 
hehehe ^____^






Keychain Bear Dari Blogger Shida


Balik semenanjung baru sedar banyak rupanya hadiah dari blogger jijah terima...
semuanya jijah bagi alamat kampung.. hahaha :p
yelaaa jijah takut kasi alamat kat sabah nanti barang tu tak sampai...

jadi baru sekarang dapat up entry..
maaf yer :)




untuk entry ni tq pada shida sebab sudi berikan keychain bear comel ni...
ni mesti hadiah pertama yang shida pos untuk jijah sebelum hadiah bookmark dan voucher KFC yang beralamat di Sabah..




see... jijah gantung kat nset cikai jijah.. comel je rasa... hehehe :)
kali ketiga dalam tahun ni shida berikan jijah hadiah.. terharu sangat tau!
moga shida di murahkan rezeki yang berlipat kali ganda.. Amin Amin..


mari kenali blogger shida




Tuesday, April 23, 2013

Terima Sudah Cek Nuffnang Ke Empat


Actually dah lama terima cek ni sebenarnya..
tapi di sebabkan jijah baru balik semenanjung..
jadi baru dapat publish entry dan tunaikan cek tersebut...
Syukur Alhamdulilah dengan rezeki ini... :)




simpan lama-lama jadi bukit.. hasilnya seperti di atas :)
tq nuffnang kerana memberikan kepercayaan ini... 
sudi lah bagi CPUV/ BE lagi... hehee ^____^





Khasiat Dan Kebaikan Buah Delima




“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous


Jom amalkan makan buah delima... :)
jus buah delima pon dah ada di pasaran...




Monday, April 22, 2013

My Baby Bump Hingga 5 Bulan :)


Mesti ramai nak tengok baby bump jijah kan selama 5 bulan ni..
Lately memang jarang ambil gambar.. bukan apa kamera takde... handphone pon cikai jer. hahaha
dapat hadiah giveaway pon banyak tertangguh gara-gara takde kamera..hohoho



masa ni kandungan 4weeks.. 
balik semenanjung Majlis Pertunangan adik jijah :)


11 weeks
Menyaksikan Air Panjut Berirama di Perdana Park Sabah dengan suami :)



14 weeks
One Borneo Sabah dengan suami :)


17weeks
Rumah Terbalik Tamparuli dengan suami tercinta ^___^



amacam?? comel kan jijah 5bulan dengan berat 45kg.. muahaha :p
orang kata perut jijah kecik tapi jijah yang rasa ni begitu padat sekali.. ngeee~~

walau apa-apa pun korang doakan jijah dan baby sihat dan sempurna yer
Amin ya robbal alamin...




Perkembangan Bayi Minggu ke 21



Minggu ke-21


Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran 7½ inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang nanti tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran. Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang. Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan disalurkan kepada bayi.

Apa yang berlaku pada anda?

Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula seharusnya dalam lingkungan 4.5kg – 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan ’perut’ anda dari orang lain. Kadang-kadang anda mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.

Pengambilan nutrisi anda – Mengidam

Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan – mengidam. Mengidam ini telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan itu satu makanan yang berkhasiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan. Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut. Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.





Friday, April 19, 2013

Naluri Kuat Mengatakan Kita Hamil


Dulu hampir setahun daku berusaha untuk hamil..
kalau ikutkan dah banyak upt daku kumpul... yelah nak sangat hamil kan..
setiap kali lewat beberapa hari cik p dalam setiap bulan tu
daku buat UPT tapi hasilnya -ve.. hampa!

Teringat masa sebelum hamil...
kita ni ada naluri...
naluri seorang ibu sangat kuat sebab dapat merasakan kehadiran si kecil dalam rahim kita..
naluri yang mengatakan kamu mengandung..

ikut seperti yang naluri anda cakap.. jika naluri anda kuat mengatakan anda hamil.. sila test! InsyaAllah dengan izin Allah anda hamil.. tapi jika was-was tunggu dulu...

anda jangan risau kalau Allah izinkan bila-bila masa saja anda akan hamil sama ada kita bersedia atau tidak..
percayalah setiap orang ada rezeki masing-masing.. hanya Allah yang tahu segalanya...




Thursday, April 18, 2013

Nak Makan Semua Ni!!


InsyaAllah tengahari ni jijah terbang ke semenanjung...
balik sorang-sorang jer korang.. suami jijah hampir dua minggu masih belayar dan tak dapat cuti... hukhukhuk :(
jadi jijah harus berdikari sendiri bersama anak dalam kandungan ni....

Bila balik cuti kat semenanjung nanti...
tak sabar nak makan macam-macam..
susah nak cari makanan semenanjung yang ada kat sini.. ada pon tak sesedap dan sepedas kat sana...
teringinn sangat..huhuhu

Setiap hari sabtu ada pasar malam kat kampung jijah...
makanan yang jijah nak sangat makan ialah....



yong tau fu!
nak sangat makan.. nak-nak kuahnya yang sedapp tu...


char kuey teow kerang pehh marveless!



yang ini memang favourite jijah... nak-nak bulan puasa..  
tapi nak cari juga murtabak ni!!

kebab! 
sebelum datang sabah jijah dah makan dah kebab.. tapi nak makan lagi ni balik ni.. favourite!!

nanti nak suruh mak masak laksa dengan mee kari!
mak masak sedappp..

Laksa Penang


banyak lagi sebenarnya.. tak larat nak google..
tapi yang pastinya bila balik cuti nanti apa yang jijah nampak nak makan jijah akan makan jer.. hahaha :p
kebulur wei.. kebulur...huuuuuuuuu -_-"



Wednesday, April 17, 2013

Checkup 5 Bulan..


Alhamdulilah minggu ni genap dah usia kandungan daku 5 bulan..
perut pun makin membesar dengan jayanya.. :)

Semalam.. kali kedua checkup dengan doktor lepas scan tiga bulan..
sampai dah 5 bulan ni masih melalui checkup seorang diri.. tanpa suami menemani...
doktor juga ada buat scan.. Alhamdulilah baby sihat sempurna..makin membesar.. tapi masih tak nampak jantina baby..
tapi sedih tau.. suami tak dapat nak tengok our little one inside my tummy ni..
tapi nak buat camner kena paham tugas dia.. huhuhu

sekarang ni pun pergerakan baby dalam perut jijah ni semakin aktif.. berombak-ombak..meletup-letup bagai.. hehe
tak pe anak.. letup la lagi.. mama suka :) i love my baby so much... hehe

selain jumpa doktor, jijah pun jumpa nurse..

hasil checkup:
berat badan: 45kg
urine: normal
hb: 10.2
tinggi rahim: 19cm
kedudukan: songsang


nurse kata mungkin cara pemakanan jijah gan ubat tu salah.. tu pasal hb tak naik2..
ntah la jijah rasa ok je kot..huhuhu
tapi doktor cakap better makan ubat sebelum makan nasi.. sebab nanti dah makan nasi makan ubat pulak.. ubat keluar dengan najis..
ok lepas ni leh la buat camtu.. sebelum ni makan ubat lepas makan nasi.. hukhuk

macam biasa la kalau scan kat klinik goverment memang takkan dapat printed scan.. 
InsyaAllah bila suami balik nanti nak scan di luar lah.. biar suami dapat tengok our junior ni.. hehee

moga membesar dengan sihat dan sempurna yer nak! mama sayang kamuu ^____^






Tuesday, April 16, 2013

Anak Lelaki ke Anak Perempuan??


Di sebabkan usia kandungan sudah memasuki 20 minggu bersamaan 5 bulan.. Saja nak google jantina anak dalam kandungan ni.. kebiasaanya 5 bulan scan dah nampak kan.. excited jijah nak tahu jantina anak dalam my tummy ni :)

Mommies yang tengah pregnant tue betul kee???

TANDA HAMIL BAYI LELAKI

• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung. ( memang takde langsung morning sickness)
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit ( yang ni xtahu pulak)
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh (yer.. memang betul.. )
• perut anda kelihatan bulat sempurna ( memang bulat ke depan.. hohoho)
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap ( biarlah rahsia)
• bentuk perut condong ke arah bawah (haah la kat arah bawah)
sukakan makanan yang masam dan masin ( tak makan masam/masin pun)
suka makan daging dan keju ( tak makan jugak!)
tapak kaki selalu berasa sejuk  (tak perasan pula..hehe)
tangan selalu kekeringan (takde)
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya. (suami jijah kurang makan sekarang ni)
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil (ntah la.. tak tahu berseri ke tak..hahaha)
hidung tampak lebih mekar  (hidung jijah memang kemek)
selalu sakit kepala 


TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan (mungkin la.. haha)
rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya (sama je kot)
bentuk perut condong ke arah atas
perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis (yer..suka manis-manis)
• sukakan buah-buahan ( boleh tahan la makan buahan)
• suka minum air atau jus yang bersifat masam (suka jus tapi taklah masam sangat)
anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang 
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

***************************************************************************************

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (setakat ni jijah tengok perut jijah tajam ke depan)

2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan 
(suka tidur menghadap sebelah kanan)

3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan 
(tak pasti pulak.. padat ke rasa dua-dua tempat ni..heee)

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 
( jijah suka simple.. tak bersolek mana pun)

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan 
(macam garisan tegak tak putus-putus jer)

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. 
(alamak.. sapa yang tengok jijah dia tahu la berseri ke tak.. tapi macam maintain muka sebelum mengandung jer..hahaha)




masa 17weeks :)

jadi dengan list-list di atas ni macam dah agak kebanyakkan lebih kepada lelaki kan :)
suami jijah excited kalau lelaki.. sebab kami masa bercinta dah siap list nama anak yang kami pilih..
dan kalau lelaki nama itu akan di gunakan.. ^___^
walau apa-apa pun tak kisah la lelaki atau perempuan janji baby dalam kandungan jijah ni sihat, sempurna dan selamat sehingga akhirnya.... Amin...



Monday, April 15, 2013

Kisah Berurut


*entry peram*

Hampir setahun juga daku menunggu kehadiran cahayamata..
dulu daku pernah cakap kalau setahun tak mengandung lagi time tu baru nak mengurut..
tapi dengan takdir Allah daku pula keguguran...

24 sept 2012 daku keguguran..jadi selepas mengalami keguguran,
daku amalkan pantang yang ketat serta pergi berurut..


google

26 sept 2012 daku jumpa kak linda tukang urut.. cerita semuanya tentang keguguran.. k.linda urut daku satu badan.. mula-mula sakit juga tu.. dia tekan urat-urat daku.. katanya badan daku banyak angin..urat kat kaki pun bersimpul.. jadi dia betulkan urat daku.. pehh memang sakit! bila urut kat belakang badan dia berkata lagi belah kanan banyak angin mesti selalu tidur belah kanan.. daku pun mengiyakan sebab suka tidur belah kanan.. katanya lepas ni tidur belah kiri pulak tak pun gilir-gilir.. :) lagi dia tarik-tarik rambut.. hehe pastu dia sengkak rahim daku supaya rahim duduk ke tempat asal.. boleh tahan gak sakit tu.. hehe

27 sept 2012 daku pergi berurut lagi.. sama macam semalamnya k.linda urut satu badan, urut kat urat-urat kaki. Alhamdulilah senang dah dia urut sebab urat tak bersimpul lagi.. untuk terakhirnya dia juga sengkak tapi tak tolak peranakan daku ke atas sangat. katanya takut atas sangat atau bawah sangat nanti susah nak hamil juga. jadi dia tolak ke tempat yang sepatutnya.. untuk hari kedua ni tak terasa sakit sangat.. lepas berurut badan terasa sangat ringan.. yelah angin semua dah keluar kan.. heee

hanya dua hari je jijah berurut dengan kak linda.. seelok eloknya tiga hari tapi dua hari tu pon dah memadainya... dia kata insyaAllah lepas ni ada rezeki hamil lagi :)

selepas dua minggu keguguran dan berurut daku datang period sehinggalah last period daku 25 nov 2012 :)

itu je kisah mengurut daku..

cuma satu je daku nak pesan tak semestinya kita pergi berurut hari ni esok dah lekat cuma itu salah satu usaha untuk dapatkan zuriat.. jadi yang belum pregnant usaha la yer.. banyak sabar, tawakal dan redha :) Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia juga merancang segala-galanya..




Sunday, April 14, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-20




20weeks=15/4/2013


Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai perasaan sedemikian.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi. Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.

Apa yang berlaku pada anda?

Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap ‘linea nigra’ diantara pusat ke bahagian pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti. Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar selepas minggu ke-20.

Pengambilan nutrisi anda 

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Friday, April 12, 2013

Untuk Si Isteri dan Bakal Bergelar Isteri


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”



Thursday, April 11, 2013

Jus Buah Delima




Bahan-bahan 

buah delima


-Buah delima dibelah 2, diambil separuh dan dikeluarkan isinya. 
-3 sudu teh gula pasir 
-200 ml air 
-ketulan ais 

Cara-cara 
  1. Di dalam pengisar buah-buahan, masukkan isi buah delima, gula dan air.
  2. Kisar sehingga halus, warna air akan berubah daripada merah ke pink ini disebabkan campuran isi dan juga biji delima.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan ketulan ais. sedia untuk diminum.
  4. Untuk menghasilkan delima shake, cuma tambahkan setengah cawan susu segar. 

Sedapp tau!! Mudah sahaja buat, Selamat Mencuba.


Kelebihan Zikir Hasbi Rabbi




Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA.. 

Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkan lah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik... 

Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah... Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita.. 



Wednesday, April 10, 2013

Adakah Itu Pergerakan Baby..


Minggu ni anak mama dah cukup 19 minggu ada dalam rahim dan perut mama...
minggu depan genap 5 bulan...
lagi 4 bulan anak mama nak keluar kan.. InsyaAllah jika di izinkan Allah...

Dalam minggu ni juga..
mama dah dapat rasa pergerakan anak mama
seolah-olah rasa rama-rama berterbangan dalam perut... geli mak nokk..hehe
mama yakin dah dapat rasa degupan jantung baby.. Alhamdulilah..
mama gembira sangat...sebab mama tahu anak mama tengah aktif masa tu..
walaupon hanyer pergerakan kecil dan sedikit..




Nanti masuk 5 bulan mama ada scan dengan doktor..
tak sabar mama nak tengok rupa dan keadaan anak mama dalam perut mama ni...
hari-hari mama usap perut sambil berdoa agar anak mama ni sihat dan sempurna..

Mama berusaha jaga baby lepas ni.. baby je la peneman mama kala ini bila papa belayar..
biar ibu cengeng janji baby harus kuat yer.. mama akan beri sepenuh perhatian pada baby..

Tak sabar nak rasa baby tendang dan tumbuk perut mama..
nanti bila papa balik, mama nak papa pun rasa.. mesti papa terkejut kan..
sambil berkata "dah besar dah anak papa".. so sweet :) huhuhu

Semoga anak mama terus sihat sempurna hingga saat kite 'berjumpe' nanti yer sayang...



Tuesday, April 9, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-19



19weeks= 8/4/2013

Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Apa yang berlaku pada anda?

Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundi amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. 

Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.

Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Monday, April 8, 2013

Kuih Tok Yo


Siapa pernah makan kuih tokyo ni??
Sekarang ni jijah teringin sangat nak makan tau!




dulu kuih tokyo ni selalu nya jijah beli kat pasar malam kat kampung jijah..
6 keping RM1.. 
macam-macam inti ada kelapa, kaya, kacang
tapi paling suka inti kelapa....sedapp wooo~~

ahhh bila nak balik semenanjung ni nak makan kuih tokyo ni!!
kat sabah ada jual tak?? huhuhuhu






Tips Untuk Rumahtangga Sentiasa Aman dan Bahagia






a. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

b. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tersebut dengan pelukan dan ciuman di bibir.

c. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

d. Sentiasa ucapkan kata-kata kasih sayang sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

e. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengahari bersama ketika ketiadaan anak-anak kerana pastinya ada gangguan anak-anak jika pada hari tidak berkerja.

f. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

g. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

h. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun, apatah lagi berhari-hari.

i. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar. Yang penting anda berada di sisinya.

j. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

k. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

l. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

m. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

n. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting. Ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


InsyaAllah biar berpisah kerana tugasan... hati sang suami pasti teringatkan isteri :)





Sunday, April 7, 2013

Friday, April 5, 2013

Fadilat Membaca Surah Alam Nasyrah






Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 

"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah SWT permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah SWT turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah SWT akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.



Thursday, April 4, 2013

Akhirnya Jumpa Juga Butterscotch Di Sabah :D


Tu dia... punya la lama tak makan gardenia butterscotch ni...
last makan dulu bulan november 2012.. masa tu baru balik dari semenanjung konvo suami..
lama giler kan... -_-"





even plastiknya lain dari yang semenanjung punya..
tetapi masih ada rasa butterscotch tu..nyum nyum dapnyaaaaaaaa....


Butterscotch versi Sabah


Butterscotch versi Semenanjung


Harga kat sini macam biasalah mahal juga RM6 sebuku..
Tak semua tempat ada.. ni pon jijah jumpa kat KKIP Sepanggar..
tapi sebab nak makan punya pasal... mahal di ketepikan.. hahaha :p

cuma roti yang 70sen tu je memang takde kat sini...
tu memang kena beli kat semenanjung la nampaknya.. huhuhu


p/s:
bila dah jumpa ni..tak dapat makan hari-hari...
sebulan sekali pon jadilah..hohoho



Wednesday, April 3, 2013

Dah Nama Pun Sailorman.. Belayar Lagi Lah...


Baru je selesai hantar suami kat kapal..
Hari ni encik navy belayar kembali setelah 11 hari tinggal di darat...
Masa 11 hari yang ada di manfaatkan bersama-sama..

Tapi bila saat berpisah dengan encik suami sebak pula rasa hati...
Berkali-kali kata kat dia jangan pergi... giler kan jijah... 
sebelum mengandung ok jer...ni bila mengandung makin sensitif pula bila suami belayar..huhuhu

Kali ni tak tahu pergi berapa lama.. harap tak lama lah..
Sebab cadang nak balik semenanjung sama-sama pertengahan bulan ni.. harap-harap dapat cuti.. Amin..



suami kat tempat dia belayar :D



Selamat Kau Pergi... Selamat Kembali -_-"


Parlimen Di Bubarkan Laluan Bagi PRU13




Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.

Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.

Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

sumber: Sinarharian

p/s:
Parlimen telah dibubar. Dengan rasminya semua parti tiada pembangkang, tiada kerajaan..
rakyat adalah ketua dan pembuat keputusan. 
Selamat berkempen.. Selamat Mengundi. Jadilah pengundi yang bijak..




Tuesday, April 2, 2013

Checkup 18 Minggu


Sekarang ni tiap 2 minggu checkup..
jenuh la juga selalu menghadap klinik kesihatan yang ramai orang tu..huhuhu
apa kan daya..hb daku rendah.. jadi kena sentiasa monitor..huhuhu

Hari ni cuti pergi checkup lagi untuk cek balik hb 2minggu lepas punya..


hasil checkup:
berat badan: naik 45kg
urine: normal
hb: 10.7
tinggi rahim: 18cm
kedudukan: dah ada palpitasi



sekarang ni jijah baru seminggu makan satu pil ni..
makan bersama jus buah delima..
harap-harap hb maintain la 11gm ke atas...
risaunya.....huhuhuhu






Perkembangan Bayi Minggu ke-18


18weeks= 1/4/13


Scan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa scan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkok luruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya. Sebaiknya kosongkan pundi kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundi kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi. 

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi anda kini memasuki 6 inci/14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal. Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. 

Apa yang berlaku pada anda?

Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda. 

Pengambilan nutrisi anda.

Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, teh atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.

Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..