Alhamdulillah Luka Dah Bercantum

2:25:00 PM 16 Comments A+ a-


Syukur Alhamdulillah luka yang berlubang masa buat incision hari tu dah bercantum semula.. Alhamdulillah! Alhamdulillah..

Daku buat post appendictomy pada 18/3/14. Lepas tiga minggu macam tu sakit tak pandai kurang.  Orang lain appendik seminggu dah sihat dan kuat. Tp pelik daku masih sakit..

Dan tiba2 pada 8/4/14 kat jahitan post appendictomy tu bengkak,keras,dan rasa panas. Jadi pergi kecemasan hospital tengok2 suhu 40 darjah. Tunggu giliran jumpa doktor. Jumpa doktor masuk drip dan air nsaline satu botol. Sambil tu doktor refer kes daku ke doktor pembedahan. Bila doktor pembedahan sampai dia buat ultrasound kat bahagian bengkak tu. Dan dia kata ada pus/nanah dan perlukan operate untuk buang nanah.

So terpaksa masuk wad macam entry sini.. Kan doktor biarkan luka daku berlubang dengan di sumbat gauze je kan. So kena hari2 dressing kat klinik 1 malaysia.

Seminggu dressing tanpa ubat apa2 just guna air n/saline tu..so tanya nurse apa ubat yang bagus untuk pertambahan isi daging luka ni. Jadi nurse suggest beli ubat solcoseryl jelly kat farmasi. Balik tu terus cari ubat tu.




Pada 19/4/14 bermula guna ubat solcoseryl jelly untuk hari2 dressing. Makin lama makin kecik lubang luka tu dan tak rasa sakit bila  cuci.

Setelah 10hari guna gel ni syukur Alhamdulillah 28/4/14 luka jijah dari 2inci dalamnya lubang dah bercantum semula. Punya bagus gel ni untuk pertambahan isi daging untuk luka.

Selain tu gel ni pun boleh di gunakan untuk pesakit kencing manis,kebakaran,melecur, kemalangan dan paling best daku nak bagi tau korang ia sesuai untuk wanita bersalin normal dimana kalau takut benang tertetas lepas bersalin boleh guna dan memang cepat kering dan berkesan. Itu dari pengalaman kawan daku. Yang bersalin operate pun boleh guna untuk jahitan czer tu.

Alhamdulillah 10 hari guna gel ni memang berkesan.. isi daging luka bertambah dan luka tertutup sendiri dan tak perlu di jahit. Gel tu tak sampai habis pon guna. Hehehe so memang daku suggest la untuk mereka yang seperti daku cakap tadi..

Syukur Ya Allah! Terima kasih Allah makbulkan doa makayah dan semua..

*jijah mc sampai 8/5 appoitment lagi*



Selamat Hari Tldm Ke80

10:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Tahniah pada TLDM kerana sudah 80 tahun ada di Malaysia.. satu jangkamasa yang agak lama...


Tak ada apa yang dapat daku katakan melainkan terima kasih banyak banyak pada wira wira pejuang pejuang negara terutamanya kapal yang terlibat dalam pencarian kapalterbang mh370 baru baru ni..  jasa kalian amat bernilai pada tanah air tercinta..terima kasih.

Kepada suami ku encik navy..
semoga terus berkhidmat sebagai anggota tentera laut yang gagah perkasa tanpa jemu mempertahankan negara..

Selamat Hari TLDM YANG KE-80 Buat Semua Warga Tldm...


Luka Makin Sembuh. Alhamdulillah

2:10:00 PM 15 Comments A+ a-


Hari ni hari ke 15 dressing luka yang bernanah hari tu.. Alhamdulillah luka yang berlubang tu semakin sembuh..

Macam yang jijah cerita sebelum ni luka berlubang tu dalamnya 2inci dan panjang doktor potong 3cm tapi kini luka tu tak sampai 1cm..

Jijah ingat lagi lepas discaj dari wad kena buat dressing kat klinik kemain sakit bila nurse cuci.. dalam2 pula tu.. pastu sumbat tempat berlubang tu dengan gauze lagi.. pedih oi.. siap pegang lengan nurse tu lagi.. huhuhu 

Sekarang nurse cuci sikit2 dah.. ada satu gel untuk naikkan isi daging supaya luka cepat cantum kembali.. dah 4hari guna. Alhamdulillah nampak kesan.. memang cepat isi naik dan lubang luka semakin mengecil.

InshaaAllah harap2 hari2 dressing dengan letak gel ni luka makin tutup dengan sendirinya.. tak perlu la jahit lepas ni.. target jijah luka dah tutup hujung bulan ni.. amin amin..

Nanti jijah share gel apa jijah guna untuk tambah isi ni.. 





Lupakah Aku.. Anak Ini Milik Allah

2:00:00 PM 21 Comments A+ a-


Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 7 bulan lepas. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.


Mama papa sayang zulhakimi zaim hingga hujung nyawa


Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan sekacak ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...

Sumber: facebook Dr Amirul

Susahnya Bila Takde Laptop

4:09:00 PM 16 Comments A+ a-


Bajet cuti sakit lepas post appendictomy tak lama.. jadi malas nak bawa laptop balik semenanjung..

Nastijahnyaa dah sebulan aku kat semenanjung sambung cuti sakit. Dah menyesal gila tak bawa balik laptop.

Aku rindu nak blogwalking nak jejak blog yang komen. Tapi paham jelah online guna handphone ni agak terbantut sikit nak loading. Dapat komen blog yang ada dalam bloglist. Itu pon dapat komen entry terbaru je. Alahai susahnyaaaa...

Itu pasal dapat update entry seminggu dua kali je. Iklan nuffnang ada 3 on going. Sayang betul tak update blog.. emm emmm

Maaf atas kesulitan yer korang... sayang korang yang tak putus putus komen blog jijah... sobsobsob

Maafkan daku...

Ikhlas
Cik azizah's blog


Bila Hakimi Dah Duduk

1:46:00 PM 18 Comments A+ a-


Alhamdulillah hakimi 7bulan ni memang banyak perkembangan beliau yang mama nampak.. hari tu dah pandai merangkak baru baru ni sudah pandai duduk pula tanpa sokongan..



Walaupon ada kata lambat tapi mama tak kisah sebab hakimi pandai duduk pon bukan bantuan apa2 alat macam bumboo o walker.. dia dengan sendiri lepas meniarap duduk slow2.. tahu2 dah tegak badannya.. 

Sekarang dah duduk tanpa sokongan.. tu kemain suka tu.. tergelak gelak.. Alhamdulillah.. perkembangan dan tumbesaran hakimi ikut perkembangan bayi.




Bila dah pandai merangkak dan duduk ni.. dah mula memanjat. Bila dirikan dia kemain suka nak bertatih.

Alahai cepatnya kamu membesar anakanda.. sayang mama pada kamu zulhakimizaim anak soleh mama ♡♡♡

Cepat berjalan yer nak.. tak sabar mama nak main kejar2 dengan hakimi.. heee




Hakimi Dah Merangkak! Mama Yang Teruja

8:30:00 AM 18 Comments A+ a-


Hakimi masuk 7bulan 10hb lalu ada je perangai dia yang mencuit hati.. geram betul dengan budak comel ni..


Masa 6bulan lalu pon dia dah angkat2 montot dan merangkak 2 3 tapak pastu jatuh terus mengesot. Tapi bila dah 7bulan ni Alhamdulillah hakimi dah laju merangkak.. mama papa excited kemain ambil video..



Suka tengok perkembangan anak2 yang makin membesar. Telatah mencuit hati.. semua buat mamapapa terhibur.. Setiap masa nak ambil gambar dan video buat kenang kenangan..

Video ada kat instagram azizah_1112.. nanti follow la yer.. hehehe


Masuk Wad Lagi

8:00:00 AM 14 Comments A+ a-


Susulan dari pembedahan appendiks 18/3/14.. balik berehat di semenanjung mc 2minggu dan...

Rabu 9/4/14 lalu daku dimasukkan wad lagi sebab pagi tu perasan tempat post appendictomy klik untuk baca tu bengkak,keras,panas.. pelik napa tiba2 bengkak.. so petang tu terus pergi hospital lepas kawan balik melawat. terima kasih feeni. sebab kaulah daku tau ada infection.

Pergi kecemasan cek rupanya suhu 40'c darjah. Padahal kat rumah aku rasa sejuk je.. Ni memang ada jangkitan.. jadi kena set ivline.. ambil darah masuk air.. doktor refer doktor surgical pembedahan untuk tengok kes daku..








Bila keputusan darah balik tengok result memang ada jangkitan kuman. Doktor buat ultrasound tengok kat tempat tu ada nanah dan perlu operate lagi.. Doc nak tahan wad tapi daku refuse sebab memandangkan sabtu balik sabah kononnya nak buat operate tu kat sabah. Sekali atas nasihat kawan2, keluarga dan suami daku akur di masukkan wad dan buat di sini..

Petang rabu tu juga admit wad Hospital Port Dickson. buat ultrasound kat tempat bengkak tu doc tengok memang ada nanah dan darah tapi dekat kulit. Syukur takde la nak masuk bilik bedah operate lagi.. 

Jadi malam tu juga doc buat I&D incision n drainage keluarkan nanah.. ala macam keluarkan bisul tu.. haa gitulah.. doc bagi ubat bius kat tempat bengkak tu dan potong.. doc kata nanah kemain banyak dalam 20mls.. nanah meleleh leleh keluar.. Allahuakbar! Terasa juga sakit walaupun di bius.. doc cuci2 dan packkan gauze kat tempat berlubang tu.. nurse kata lubang dalam 2inci.. panjang doc potong 3cm.. korang bayangkan punya dalam lubang tu n doc tak jahit balik. Berlubang la belah kanan perut daku ni cuma di tutup dengan gauze ja..

Sekarang kena dressing/cuci hari2 supaya isi daging cepat naik dan bercantum semula.. bila isi dah naik takde lah kena jahit. Harap2 cepat la isi naik.. nak jalani kehidupan macam biasa..



Moga ini yang terakhir dan berharap lepas ni terus sihat. 
Cepat sembuh dan kuat menjalani kehidupan seharian.. Amin ya robbal alamin..





Setiap Kata-kata itu DOA

8:00:00 AM 14 Comments A+ a-







Katakanlah yang BAIK kepada anak-anak..
Jangan gunakan perkataan bodoh,lembab, malas, Dan apa juga perkataan perkataan yang negatif..
Sebaliknya gunakanlah perkataan yang POSITIF..
Kerana kata-kata adalah DOA dan DOA ibubapa amat mustajab..




Aktiviti Zulhakimi Di Kampung

10:53:00 AM 13 Comments A+ a-


Apa khabar korang semua... harap bertambah sihat lagi permulaan minggu baru..

Jijah Alhamdulillah sihat cuma masih tak kuat untuk bergerak sangat.. berdiri lama lama pun tak boleh.. sakit menyengat kekadang datang... doakan jijah cepat sihat ya.. minggu depan nak balik sabah dah..

Hakimi kalau kat kampung ada ja aktiviti dia tau. Tahu la rumah jijah kat sabah takde kerusi meja tapi kat kampung dia punya explore kemain lagi sampai bawah katil..



Takde hal terhantuk ke apa dia tetap nak masuk bawah katil tu.. aiyaa.. ini budak banyak bijak..

Hakimi pon dah menapak satu dua tapak merangkak.. pastu jatuh terus mengesot dengan lajunya...


Seronok tengok perkembangan anak2 ni kan.. walaupun tinggal berdua dengan hakimi memandangkan suami jauh adanya hakimi terhibur rasa hati.. rezeki Allah.. Alhamdulillah..