Selamat Datang GST!!

7:55:00 PM 6 Comments A+ a-



Perlaksanaan cukai GST di seluruh Malaysia akan dilaksanakan bermula 1 April 2015. GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan.



Bersedia atau tidak kita kena terima juga la kan.. nak cakap lebih lebih daku pun masih tak paham apa tu GST.




konon kata barang sifar GST. tapi bila pergi mall harga kemain naik. mungkin ada sesetengah barang yang naik harga la kan..tak semua..

apa-apa pun kita nantikan la GST berkuatkuasa esok! huhh!!


T-shirt Dari Langkawi Pula.. Tq Mak Mertua :)

1:55:00 PM 6 Comments A+ a-



Yeyyy!! Dapat hadiah tshirt Langkawi pemberian mak mertua. ^___^  tak pernah lagi pergi Langkawi.. dapat baju jadi lah ye..

baju untuk anaksoleh zulhakimi zaim ni wajiblah ada kan. Kalau keluarga mertua pergi mana2 mesti tak pernah di lupakan cucu yang satu ni. Almaklumlah cucu sulung lelaki pula tu. Memang kesayangan semua orang. Hikhikhik :p
Oh ya.. mama dan papa pun dapat sekali baju sedondon. Cantik lagi tu ada skuter. suka sangaaatttt~~



Sebenarnya first time makan pepero.. masyaAllah sedap juga ye... nyummyy!!

Tq mak mertua.. moga di murahkan rezeki lagi. Amin


Tips Kesuburan: Pengiraan Kitaran Haid

1:42:00 PM 9 Comments A+ a-


Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal biasanya subur. Secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan pengiraan mudah. 

Andaikan kitaran haid anda adalah selama 30hari. Anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang.

Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke-14 (30 tolak 16) hingga hari ke -18 (30 tolak 12). Oleh yang demikian, amat penting untuk anda mencatatkan tarikh hari pertama haid untuk mengira tarikh di mana anda berkemungkinan subur.


Bersama setiap hari
Telur ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia hanya boleh bertahan satu hingga dua hari. Walau bagaimanapun sperma mempunyai kelebihan iaitu dapat bertahan tiga hingga lima hari. Sekiranya anda dan suami bersama tiga hari sebelun waktu subur atau dua hari selepas waktu subur peluang untuk hamil tetap ada.

Bagi meningkatkan peluang untuk hamil. Anda boleh bersama setiap malam pada hari 11,12,13,14,15,16 bagi mendapatkan waktu optimum hari subur. Menerusi cara ini. Hari subur anda di anggarkan akan berlaku pada hari ke 14. Namun ia hanya boleh di gunakan oleh anda yang mempunyai kitaran haid 28 hari.




macam jijah, jijah guna period calendar ni untuk mengetahui waktu subur dan waktu period. setakat ni memang period on time datang ikut calendar ni. untuk yang sebumbung dengan suami memang bagus guna calendar ini lebih-lebih lagi yang period regular! macam daku yang PJJ ni memang susah la nak rancang hamil...cik suami takde time subur..kihkihkihkih :p


semoga di murahkan rezeki anak buat kalian semua!







Vakum Kereta Mudah Alih

2:24:00 PM 8 Comments A+ a-


Mudahnya bila ada Vakum Kereta mudah alih ni. takde lah pergi carwash semata-mata nak suruh orang vakumkan kereta. hikhikhik

mudahnya dia di sambung terus dari soket pemetik api/charger tu.. di sebabkan kecil boleh vakum sampai sudut yang sukar sampai





almaklumlah bila ada anak-anak kecik ni suka makan dalam kereta, pulak makanan selalu tumpah jenuh makk nak kemaskan kereta. jadi di sinilah gunanya vakum portable ni..



sangat mudah untuk digunakan. cucuk dan tekan suis on..dah boleh vakum satu kereta! yeyyyy!!


beli kat King'L Collection owner blog Langkah Linda









Ganti Oil Sump Pan Dan Cover Valve Gasket Yang Bocor

5:41:00 PM 12 Comments A+ a-


Apa bendo la cik jijah merepek ni ya..?? sapa-sapa ada kereta mesti tahu serba sedikit. sebab daku pun tak pernah amik tahu dulu..

Ini kes sebab, Sepanjang duduk sabah dua tahun lepas memanjang je myPE alami kerosakan. kejap tayar bocor. kejap tangki minyak hitam pecah. kejap langgar divider. dugaan sungguh tinggal berdua sama anak di sana..

Lepas dari itu terus rasa tak best nak drive kereta, bunyi enjin jadi kasar

Bila dah ada kat kg ni terus repair myPE tu sebab dulu masa tangki minyak hitam bocor dorang just tampal dengan gam [link]...gam bukannya tahan lama kan..kena bumper tinggi habislah.. maka tukar la oil sump pan ni.


oil sump pan yang di tampal dulu


nampak pula minyak meleleh kat tepi oil sump pan tu maka tukar sekali cover valve gasket! mula-mula nak servis kat Proton bila tanya nak tukar oi sump pan,gasket, minyak enjin + upah RM800!! mahal sangat kot. 

bila kat bengkel biasa ni kos oil sump pan+engine oil castrol+oil filter+cover valve gasket adalah RM280. Alhamdulillah bila dah tukar dah takde dah bunyi2 bising tu..

cuma tinggal nak tukar timing belt pula nanti.. mudah-mudahan di murahkan rezeki. 
ingat mudah ke nak bawa kereta ni?? banyak tau maintenance nak buat! sabarr je laaa~~





Doa Nabi Zakaria dari Surah Ali-Imran ayat 38.

12:24:00 PM 8 Comments A+ a-




Doa Nabi Zakaria dari Surah Ali-Imran ayat 38.

Anak adalah cahaya mata, penyeri keluarga, anugerah terhebat dari yang Maha Esa. 
Semoga sahabat2 yang sudah menikah dihadiahkan Allah dengan zuriat yang baik & soleh/solehah insyaAllah.

Yang belum nikah, semoga cepat bertemu jodoh & dikurniakan anak yang bakal menjadi saham di akhirat nanti..

Amalkan doa ini. insyaAllah





Tabiat Beli Barang Yang Ada Freegift

1:47:00 PM 9 Comments A+ a-


Kalau pergi shopping mall suka sangat beli barang yang ada freegift. Biar pun harga mahal daripada biasa.




Sekarang ni pula ada offer Drypers L68 Rm30.90 kat Billion sampai hujung bulan ni dapat freegift beg pampers. Sampai 4 pek daku beli. Biasa harga rm33.90.



Dah tu nampak pad libresse freegift buku diary yang comel. Pun rembat juga semata2 nak diary tu padahal selama ni bukan pakai pad jenama libresse pun. Hehehe

Macam ubat gigi kan kadang2 dapat freegift pinggan mangkuk kan. Haa tu pun suka.

Ehh siapa punya tabiat camni jugak.. sepp sikit! Hehehe



Dah Macam Kembar

11:00:00 AM 12 Comments A+ a-


Rumah mak pun dah padat. Selain diri sendiri adik perempuan yang bongsu pun tinggal sekali. Masing masing suami jauh. Terpaksa la duk rumah mak balik. Muahahaha :p

Penat makayah nak melayan kerenah dua orang cucu nya ni. Sampai jadi hulk. Hehehe
Dua dua perangai tersendiri even sorang laki sorang perempuan



Dua-dua kuat gadoh..kuat mengusik..peninngg~~:P
Bila seorang tidur mesti lagi seorang kena tidur sekali. Kalau tak mesti salah seorang ni mengacau atau buat bising. Nak tak nak tidurkan sekali buai sebelah menyebelah.. 
Bila buat susu si marissa. Si hakimi pun nak sama. Tak boleh tengok sepupu dia ni minum susu. Nak juga sama2..
Mandi ke berak ke pun sama. Lepas sorang mandi. Sorang lagi mesti mandi juga. tak pun dua-dua nak berendam dalam besen baby tu...Haihh macam kembar pula budak dua orang ni..

Actually marissa sekarang 11bulan lebih. Hakimi pula 1tahun 6bulan. Dua dua memang kuat bergaduh. Tapi bila salah seorang tiada, pandai pula mencari.. rindu kononnya nak gaduh.

Haihh macam macam la.. harap2 jadi anak yg soleh solehah ye. Tak mo nakal2 dah.. kesian nenekatuk ayah nak jaga kamu duaorang ni...



Sebulan Baru Berjumpa

7:42:00 PM 12 Comments A+ a-


Lumrah hidup bila bersuamikan askar.. kerana kehendak perkhidmatan terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Eh eh.. papa balik lah weekand lalu.. seronoknya hakimi dapat manja-manja dengan papa.. last jumpa papa cuti raya cina yang lepas.. punyaa la lama kan.. tapi hakimi sikit pun tak pernah lupa akan papanya.. hikhikhik :P



Balik tak lama..cuti sabtu ahad je. Pastu semalam dah balik Lumut balik. InshaaAllah bulan 5 nanti papa habis kursus papa kerja kat Klang balik. Boleh la jumpa tiap2 minggu..



Walaupun sebulan sekali berjumpa.. ini tetap keluarga bahagia.. keluarga kecikku.. 
Alhamdulillah terima kasih Allah.. ^__^





Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

11:10:00 AM 10 Comments A+ a-




Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

  • ♧Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk. 
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?
~ Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?

Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. 
Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.


Hargai kesihatan anda :)


Home Progress: Minggu ke-24 Mac 2015

2:34:00 PM 8 Comments A+ a-


Home Progress: Part 1 Booked
Home Progress: Part 6 Januari 2015
Home Progress: Part 7 Februari 2015
Home Progress: Part 8 Mac 2015



*******************************

Dah pertengahan bulan mac ni progress rumah masih sama. yang nampak role depan rumah ni dah siap pasang pagar.


22 mac 2015


tu dia.... role rumah daku baru siap cat oren.. oren kaooo~~ :p dalam nanti tak tahu nak deko warna apa..kang warna hijau pelik pula nampaknya eh...huuu





carposh pun dah pasang tile cuma yang depan kawasan longkang tu belum simen untuk tembok dan pagar. 

sebab tengok progress ni satu per satu. means minggu ni dorang buat pagar..semua pagar je.. haa camtu la..

takpe la.. tak payah kalut sangat nak cepat siap..janji hasil baik nanti :) lagipon beli sebelum GST ok la sikit. ni pun dah kira mahal..lepas GST lagi la tak mampu nak beli rumah sendiri oiii!!

Alhamdulillah end of mac dah siap car posh, tembok pagar, ruang tong sampah dan peti surat. lepas ni cat dan pasang pagar.. cepat juga dorang ni buat kerja ye..

moga Allah permudahkan urusan rumah ni dan murahkan rezeki kalian juga dalam membeli harta rumah sendiri kelak..amin






Harta Tidak Akan Berkurangan Sebab Sedekah

2:10:00 PM 6 Comments A+ a-



Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, 
“Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.


Huraian Hadith:

1. Umat Islam digalakkan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya.

2. Orang-orang Islam janganlah merasa sayang kepada harta bendanya untuk membelanjakannya kepada perkara-perkara kebaikan kerana setiap pemberian akan diganti oleh Allah Taala.

3. Sifat merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat seseorang kerana Allah memberi jaminan akan mengangkatkan darjat orang yang bersifat demikian.

4. Sedekah tidak mengurangkan harta kerana Allah sentiasa menambah keberkatannya yang menambah suburnya harta ini, atau ganjaran yang dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.

5. Orang yang bersifat pemaaf dan berbudi bicara akan disanjung dan dihormati di dunia dan dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat, begitu juga orang yang bertawaduk kerana Allah akan mendapat kedudukan di hati manusia dan ganjaran yang besar di sisi Allah.

Sumber: Jakim


p/s: sedekah membawa berkat..mari kita amalkan sikap suka bersedekah :)
moga hidup di berkati Allah...






Aku Nak Kurus

12:55:00 PM 12 Comments A+ a-



Berlumba lumba orang nak kurus. Segelintir orang pula nak gemuk.. macam daku sendiri berusaha nak gemuk.. makan dah banyak ni.. gembira kejap naik la juga sekilo dua.

Tapi bila kurang makan banyak macam selalu dah turun balik.. jenis yang susah gemuk senang nak kuruss.. ayoyoyo

Tapi biarlah nak kurus tu cara yang betul. Tak usah la pakai ubat pelangsing badan yang tak pasti kandungannya. Lately diet cara atkin. Ya ramai yang berjaya dengan dieta atkin tu. Yang pasti berusaha nak capai berat yang ideal dengan cara yang betul. Janji badan sihat ye tak..



Nak kurus ni kena berusaha. kalau hangat-hangat tahi ayam memang tak jadi lah...hehehe

Eh jangan tak tahu orang kurus ni banyak kolestrol tau! Sebab main bantai makan makanan berlemak nak gemuk punya pasal.. boo untuk diri sendiri ni!! huhh~~







Pek Baru Dutch Lady

7:42:00 PM 23 Comments A+ a-


Pergi kat rak selalu beli susu formula hakimi..stok susu Dutch Lady Biasa 123 langsung takde.. bukan daku sorang yang cari.. ramai lagi rupanya.. pergi pasaraya lain pun pek lama memang dah takde, yang ada pek baru Dutch Lady Curious 1-2tahun.. ingatkan salah beli.. rupanya memang dah tukar baru.. dah tu dari 1kg jadi 900gm je harga RM24.90.. nak tak nak kena la beli sebab hakimi kuat menyusu siang atau malam.. makan nasi memang taknak.. huuu -_-




Dutch Lady Biasa Curious 1-2 tahun ini nutrisi untuk kanak-kanak yang mempunyai semangat ingin tahu yang semakin menebal jadi nutrien anak-anak yang makin membesar ni makin bertambah.. 

Pek baru untuk Dutch Lady Curious 1-2tahun, Explore 2-4 tahun, Create 4-5 tahun dan Learn 6+

konon nak beli banyak2 sebelum GST tapi sampai bila bertahan? 
nak tak nak kena terima hakikat la beli barang2 dapur mahal masa GST nanti..huuu

oh ya..siap survey lagi pampers Huggies L64 RM31.90 Drypers L68 RM33.90!! adoiiii pengsannn!!






Hadiah Tshirt Dari Sarawak

9:00:00 AM 9 Comments A+ a-



Musim cuti sekolah. Ramai cikgu2 pulang bercuti termasuk la aunty hakimi. Aunty hakimi @adik ipar mengajar di pedalaman 3 sarawak. Mengajar bahasa engliah sebab kebanyakan anak iban kat sana tak pandai bahasa melayu..Pengalaman adik ipar di sana takde jalan darat. Hanya sungai pengangkutan perahu memakan masa 2jam untuk sampai pekan. 

Eh eh pengenalan je tu. Panjang pula mukadimahnya kan. 
Btw Terima kasih aunty syafiqa hadiahkan hakimi tshirt dari sarawak dan kek lapis. 
Kek lapis dah habis di makan tak sempat snap! muahahaha :p



Moga murah rezeki aunty syafiqa tinggal di sana. boleh menabung lebih banyak..ngee~~
Bila2 balik semenanjung nanti boleh ajar hakimi bahasa english pula ya auntie.. ^___^ muahhhh xoxo



Kenal pasti Milo Tiruan

11:06:00 AM 13 Comments A+ a-


Baru-baru ada viral satu video dari fb Sukan Star TV pekerja tengah pack milo di sebuah kilang...wallahualam sama ada betul ke tak itu kilang milo sebenar..

barang fake banyak di mana-mana sekarang ni..hati-hati dalam membeli apa-apa  produk. cek dulu.. 
buka page Fb Milo share ni..

mari kenalpasti Milo yang tulen



Kalau tak minum milo, diam je lah.. kita ubah minuman yang lain..takde was-waskan.. :)




Resepi Sambal Goreng Jawa

11:30:00 AM 10 Comments A+ a-


Setiap kali kenduri kendara kampung belah suami tak lengkap tanpa hidangan ini. dah kata orang jawa kan.. memang wajib lah! itu pun jadi kesukaan sejak masuk dalam keluarga jawa.. sebelum ni rasanya tak pernah makan pun..




Resepi Sambal Goreng Jawa

5 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( hiris dan di goreng )
5 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
5-6 batang kacang panjang ( hiris menyerong nipis nipis)
200g lada merah dan lada hijau ( hiris nipis2)
1 paket kecil suun – ( rendam dan di potong sedikit )
1 paket kecil tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1-2tangkai petai
1/2 cawan udang ( buang kepala dan kulit )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Minyak secukupnya


Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada merah dan hijau hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang, tauhu,tempe yang telah di goreng kemudian masukkan kacang panjang yang telah di hiris.
3. Kacau sebati masukkan suun, tauhu kering yang telah di rendam, gaul dan masukkan kentang yang telah di goreng.
3. Masukkan garam, santan gaul hingga sebati
4. Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.



suami suka ratah begitu saja..eh! korang masak apa hari ni??



Doa Memohon Anak Yang Soleh

12:27:00 PM 7 Comments A+ a-



Sabda Rasulullah S.A.W:

"Setiap anak di lahirkan dalam keadaan suci dan bersih, maka kedua ibubapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani  atau Majusi."





Wahai  Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.. Amin...



Auntie,uncle, Doakan zulhakimi zaim jadi anak soleh permata hati, harapan ummah ya?
Amin..





Hikmat Di Sebalik Sakit

9:47:00 AM 10 Comments A+ a-






Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada kebaikannya. Jadi, bersangka baiklah..




1 Tahun 6 Bulan Usianya

6:11:00 PM 8 Comments A+ a-


Hari ni mama off. Tadi petang appointment anaksoleh zulhakimi zaim untuk 1 tahun 6bulan.

Mama pergi berdua je dengan hakimi. Dah biasa berdikari sejak duk sabah dulu. hukhukhuk -_-Alhamdulillah anaksoleh zulhakimi makin membesar dengan aktif,lasak penuh macam2 ragam.. fuhh cabaran betul!!

Hari ni hakimi kena inject DTAP,Hib dan IPV dose booster. Sampai kena misi lagi 1 pegangkan kaki hakimi. Mama duduk peluk pegang tangan hakimi. Punya la kuat anaksoleh ni meronta. 

Checkup hari ni:
Hakimi berat 11.6kg
Tinggi 83cm
BMI 17
nasib la tak obess! Hehe




Membesar dengan kuat dan sihat ye syg.. bijak n cerdik dalam bertutur kata.. Amin..



Panduan Masak Telur

8:00:00 AM 10 Comments A+ a-





Place eggs in a pot with cold water over high heat.
Once water comes to a boil, remove from heat, cover and let sit to desired time/doneness.


try la~~



Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

9:05:00 PM 17 Comments A+ a-

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Cuma Jangan Curang

1:00:00 PM 8 Comments A+ a-





i miss u encik navy~~



Hidup Ini Berkisar 5 Perkara

9:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Selamat Pagi...



1. Apabila di beri nikmat, bersyukurlah
2. Apabila di uji, bersabar.. ada hikmahnya
3. Apabila terjebak dengan dosa, segera bertaubat
4. Apabila melakukan kesilapan, mohon maaf
5. Apabilla di landa dukacita, jadikan sebagai iktibar..


jom muhasabah diri~~







Rayuan BR1M 2015 Sehingga 31 Mac 2015

3:00:00 PM 7 Comments A+ a-


Lama menunggu permohonan BR1M di luluskan alih-alih buka website nak semak status dia tulis "PERMOHONAN TIDAK LULUS"..
cehh! hancur hatiku..ingatkan boleh dapat duit lebih T__T dengan ekonomi sekarang ni.. nak berniaga tak pandai.. makan gaji jelah..hukhukhuk



Boleh buat rayuan..mana tahu ada rezeki anak-anak kan..Amin..

Permohonan Rayuan boleh dibuat di mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015 atau boleh muat turun Borang Permohonan Rayuan di website ebr1m.hasil.gov.my


mesti ada yang dapat BR1M kan..mesti dah habis pun..untunglah nanti dapat lagi sebab bagi berperingkat2..bestnyaaa!! guna sebaik mungkin okeh.. ^___^






Apa Beza Glukosa,Laktosa Atau Fruktosa?

11:51:00 AM 4 Comments A+ a-



Kesemuanya adalah gula. 
Namun berbeza daripada glukosa (buah segar,bijiran dan buah-buahan kering) dan 
laktosa (susu) yang di proses menjadi tenaga untuk di gunakan secara langsung oleh tubuh, fruktosa sebaliknya menganggu hormon nafsu makan. 
Fruktosa di uraikan oleh hati yang kemudiannya di simpan sebagai lemak. Jadi jangan hairan kalau berat badan anda naik jika mengambilnya secara berlebihan. Untuk makluman, fruktosa kaya dalam kek,donat,coklat atau makanan manis lain.


so, berhati2 dalam pengambilan gula berlebihan ye..



FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

6:19:00 PM 12 Comments A+ a-



klik banner untuk join


Pemenang seramai 20 orang akan dipilih melalui Random.org.

Giveaway ini akan berlangsung dari 5 Mac - 25 Mac 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)

Shawl × 3 pemenang
Purse comel × 2 pemenang
Frame gambar × 2 pemenang
Note book + pensel × 3 pemenang
Keychain × 3 pemenang
Fridge Magnet × 3 pemenang
Sheseido Mask (3) × 2 pemenang
Top up RM5 × 2 pemenang



gudluck semua 




Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat Sempena Hari Tentera Darat Ke 82

1:52:00 PM 5 Comments A+ a-






Semua di jemput hadir~


Kepada warga Tentera Darat, Selamat Menyambut Hari Tentera Darat ke 82 1 Mac lepas.. Semoga Allah swt merahmati semua anggota2 Tentera Darat Malaysia dan memberikan kekuatan semangat berjuang yang tinggi untuk mempertahankan Kedaulatan Negara. 






Zikir Munajat Dan Zikir Taubat

1:07:00 PM 4 Comments A+ a-




سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

اللهُ ، اللهُ ، اللهُ ، يَا اللهُ

Allah , Allah , Allah , Ya Allah

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

تُبْنَا إِلَى اللهِ وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَا

Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَ يَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ

Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya

وَمَنْ هُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ

(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang diesakan

مَلِيْكٌ عَلَى عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنُ

Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

لِعِزَّتِهِ تَعْنُو الْوُجُوْهُ وَتَسْجُدُ

Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الْوَعْدِ اْلأَمِيْنُ

Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

أَسْتَغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

إِلَهِيْ لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu

وَلاَ أَقْوَى عَلَى نَارِ الْجَحِيْمِ

Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

فَهَبْ لِيْ تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِيْ

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku dan ampunkan dosa-dosaku

فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar




~Marilah kita berzikir~



Amalan Yang Boleh Di Lakukan Wanita Ketika Haid

12:26:00 PM 7 Comments A+ a-


Walaupun kita orang perempuan ni dalam keadaan haid. tak semestinya kita tak boleh berdoa/berzikir..

dalam keadaan haid pun boleh tambah pahala.. dengan cara amalan di bawah:



tak susah kan nak tambah pahala?? marilah kita sama-sama muhasabah diri. peringatan buat diri sendiri jugak ^^,





Tujuh Kesalahan Yang Anda Lakukan Di Luar Sedar

2:42:00 PM 10 Comments A+ a-


Kesilapan kesihatan yang di lakukan ramai orang setiap pagi.

Berapa banyak yang anda lakukan?

*Menyentuh muka ( meja menjadi tempat berkumpul ratusan kali lebih banyak bakteria per inci pergi berbanding tempat duduk tandas di pejabat
*Duduk terlalu lama
*Kerap memeriksa facebook
* Makan snek di meja kerja
* Mengenyeh mata ( dikaitkan dengan penyakit keratoconus. Kornea menjadi lemah dan nipis hingga menyebabkan buta dan tidak boleh di atasi dengan lasik)
*Ruang kerja yang bersepah
*Menahan kencing


ha...mengaku cepat siapa pernah buat?


Bila Anak Bujang Cemburu

9:18:00 PM 13 Comments A+ a-


Semakin membesar anak soleh zulhakimizaim ni.. semakin terserlah personalitinya. mengikut sapa la tuu... lately dah pandai sangat nak cemburu..

Masa papa dia balik CNY, mama sengaja buat manja-manja dengan papa, peluk papa, bagi papa tidur atas riba. punya dia menjerit marah sampai tolak2 mama dan papa jauh2... nak salam papa pun dia marah.. apatah lagi peluk2.. Grrr!! 

Bila sayang2, peluk2 baby pun dia marah. punya cemburu sampai guling2. haihhh camna la nak beradik ni hakimi?? mama tengah berusaha nak bagi hakimi adik..kalau hakimi cemburu camni camna la nampaknya nanti...habis di tonyoh2 kepala adiknya nanti...huuu~



1y5m++


zulhakimizaim oiii...boleh dah jadi abanglong sangat nii...