Wednesday, November 25, 2015

2nd Pregnancy Diary: Boy Or Girl??


Alhamdulillah... kandungan dah nak masuk 8 bulan. :)
Dah tentu mama excited nak tahu jantina anak! mana taknya dah sulung anak lelaki, dah tentu anak kedua ni mama nak anak perempuan pula. sepasang baru lengkap gitu... :p

Jom check out!





1) Bentuk Perut.

-jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat melebar ke tepi dan pinggang anda terasa penuh.

-Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam meruncing ke depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

2) Posisi Tidur. 

-Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. 

,-kalau suka mengiring ke kiri atau merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri kemungkinan anak perempuan.

3) Orang memuji anda. 

-Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik, suka bersolek dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

-Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 

4) Melihat garisan pada perut ibu.

-kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki

 -kalau terputus..kemungkinan perempuan 

5) Mengidam

-setiap kali hamil bayi perempuan mengidam makanan manis, sayur sayuran, buah-buahan

-mengidam makanan berprotein n masin hamil anak lelaki

6) Guna Soda Bikarbonat

-Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

-Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungannya ialah bayi perempuan.



Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus peratus betul. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T. Bayi lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna.


Agak-agak anak jantina apa lah ni kan?? hehehe
Jeng jeng jeng.. :p
Selamat meneka!
Semoga Allah permudahkan nanti.. amin..




Tuesday, November 24, 2015

Monday, November 23, 2015

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine


Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.
Khasiat Dried Roselle Tea
Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Like Fanpage Blog Azhafizah
Follow Blog 
www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my

Follow  Google +
 Nadine Jamal

Follow Instagram
 azhafizahmdnornadines.hutndrajamal 

2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm

Hadiah
1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
 1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang

Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015. 

Resepi Ketam Masak Lemak


Teringin nak makan ketam katakan.. usul kepada mak! terus mak ajak ayah pergi cari ketam..
hasilnya mak buatkan Ketam Masak Lemak Cili Api.. !!

last makan dulu pun masa mengandungkan hakimi. lama tuu 2 tahun lebih tak makan ketam! mihmihmih


Bahan-bahan
4 ekor ketam besar, dibersihkan
1 batang serai di titik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
8 biji cili api*

Cara Penyediaan:
Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit.
Dalam periuk, Gaulkan ketam dengan bahan kisar dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak pecah minyak.
Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.




Mak cakap cukup la sekali makan ketam masa mengandung.. ada pantang larangnya.. tak tahu kenapa... kalau korang tahu share la ye.. -_-"


Thursday, November 19, 2015

Adab-adab Memasak



1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan lawan arah jarum jam 

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa cuci sayur 

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaaAllah

JOm amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak.



Wednesday, November 18, 2015

Renew Insurans: Berbeza Harga Insurans Di Semenanjung..!!


Hujung Bulan november bulan renew insurans.. road tax.. bertabahlah duhai hati.. duit ibarat air... hahahaha

Tahun ni renew insurans dan roadtax di Semenanjung... Berbeza harga insurans di Sabah dan Semenanjung! 


5 tahun sudah my Persona Elegance ni

2010 (semenanjung) RM1639
2011 (semenanjung) RM1254
2012 (sabah) RM799 berbanding RM1059
2013 (sabah) RM457
2014 (sabah) RM387 Cover 31000

tahun 2015 ni RM522.55 cover 28000..!! see naik balik RM150 kaoo..!!

apa boleh buat dah duduk di semenanjung kan.. sini ada highway.. ada tol.. cukai sana sini.. dah tentu lah insurans bertambah tambah.. sabah takde tol...takde highway..huuuu

di sebalik kelebihan di sabah ada juga kekurangannya begitu la sebaliknya.. 
paling penting dah duduk dan bekerja di kampung sendiri dah bersyukur sangat sangat.!! Alhamdulillah :)

btw, guna insurans Allianz sama macam tahun lepas.. setakat ni takde apa masalah berlaku pada my Persona Elegance tu.. syukur :)





Tuesday, November 17, 2015

2nd Pregnancy: What Second Time Mom Need


Bila pertama kali jadi ibu dulu excited beli barang-barang baby ikut checklist. ada yang masih boleh berguna untuk anak nombor dua ni. guna apa yang ada. tak la membazir kan.. zaman GST hoii!! jimatt.. kihkihkih





betul kan mengandung anak kedua paling penting diapers dan wipes tu. yang lain boleh guna pakai anak yang dulu. ekeke :p

tapi tak la sampai begitu sekali.. sekurangnya ada lah sepasang dua baju baby yang baru. 
kebetulan hari tu pergi Aeon Seremban 2 beli :

1. Drypers Gift Set ni. lengkap syampoo,sabun, wipes dan pampers newborn 28! 
2. Pampers newborn dan saiz S bundle dapat free gift blanket!
3. Baju baby 3 pasang berharga RM10-RM15
4. Mitten n booties 2 pasang




beli Stack Box siap roller ni kat MR DIY berharga RM39. memudahkan simpan baju baby. boleh buka depan dan atas. siap ada roda lagi. so boleh alih kemana mana..





nanti ingat nak beli box ni lagi kalau ada stok! senang pula nak letak keperluan berpantang nanti. 
setakat ni tu jelah barang yang di beli. tinggal mama nak beli beg baby (sebab adik terbawa balik kedah) dan playpen/katil baby (sebab abglong hakimi lasak) yang lain recycle abanglong hakimi punya. jimat! 

Thursday, November 12, 2015

Handphone..?? Mana Handphone..??!!



Mama dan hakimi duduk dalam bilik buka laptop layan video cartoon! sekali mama baru perasan handphone mama kat ruang tamu depan...


Perbualan ibu dan anak..


Mama: mie.. tolong amikkan handphone mama kat depan..

Hakimi: pergi depan sambil jerit:

"Handphone!! Mane handphone..?!"

????????

Die ingat dia panggil.. handphone tu nak jawab lahh?? Ayooo hakimi..!! shocked mama kejap.. 😲😲😅😅


sekarang anaksoleh zulhakimi zaim dah 2 tahun 2 bulan.. makin bijak berkata-kata..
setiap perkembangannya selalu buat mama terhibur.. walaupun bila ada selalu bergadoh.. bila dia takda/ tidur mama jadi sunyi... cepat sangat awak membesar.. sobb~ *mata masuk habuk* 


jadi anak soleh ye sayang... mama sayaaaaang hakimi!!




Wednesday, November 11, 2015

Resepi Donut Gebu Gebas


Tak tahu kenapa.. suka betul makan manis-manis sekarang..Mengidam pula nak makan donut! bila beli tak rasa feel pula.. siap save gambar dari group masakan di Fb. tunggu nak buat je.. bila datang kerajinan dan adikbaby nak saaaaangat makan.. terpaksa la buat juga...bertuah betul adikbaby dalam perut mama ni tau!




walaupun rupa mu tidak ku kenang tapi tahap ke gebu gebass memang terbaik lah!


Resepi Donut Gebu

3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1 sudu baking powder
sedikit garam

(semua satukan dalam bekas)

11 gram yis
2 sudu gula
1 1/2 air suam

(satukan dalam jug, biar berbuih)

-Masukkan bahan yis ke dalam adunan tepung
-Uli sampai jadi doh sampai dah tak melekat kat jari
-Biarkan kembang seketika, kemudian tumbuk tumbuh doh bagi buang udara dalam doh
-Bentukkan donat, biar kembang lagi 10-15minit
-Siap untuk di goreng






Alhamdulillah...nikmatnya buat sendiri! cukup dah tu saja. dah tak rasa teringinkan donut lagi ... hahahaha


eh! korang minum apa petang-petang gini??


Posted via Blogaway



Jam Loceng IKEA Top Komentator Dari Azhafizah.com


Berkat berjaya menjadi Top Komentator September dan Oktober blog Azhafizah.com yang lalu, Alhamdulillah di hadiahkan Jam Loceng dari IKEA..!!




Nak pergi IKEA memang jauh.. dapat hadiah dah syukur sangat-sangat..! sangat-sangat menghargai pemberian dari nya... terima kasih banyak-banyak fiza!! muahhh xoxo


Kalau korang nak dapatkan hadiah dari Fiza senang je, cuma jadi top 3 komentator untuk November & December nanti...


Blog:


Tuesday, November 10, 2015

7 Eleven November Special RM1 Deals!!


Start 12 malam tadi.. promosi 7 Eleven RM 1 untuk barangan terpilih!



RM 1 punya pasal! borong habis-habis... memang berbaloi baloi!




Paling berbaloi air botol lipton lemon ais tu dan kotex.. kalau biasa RM 2.00++.



Pagi ni suruh ayah pergi 7 Eleven lagi, beberapa air botol teh lemon ais, air kotak VICO, maggi cup dan keropok Master Potato dia rembat! bijakk ayah.. hahahaha :p

Cepat selagi stok masih ada..!!


Posted via Blogaway


Monday, November 9, 2015

Berhenti Merokok Dengan Petai


Ha.. berita baik buat peminat petai..!!





Petai boleh membantu mereka yang cuba untuk berhenti merokok kerana kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.

Lepas ni boleh para isteri boleh sediakan bekal petai banyak-banyak suami ke tempat kerja ye.. Hehehee

2nd Pregnancy: Jumpa Dietation dan Iberet Folic 500


Hampir dua bulan makan ubat Iberet Folic ni gara-gara kurang darah/ HB masa mengandung ni. 
4 kali result darah HB kurang dari 11...!! nastijahnya checkup dua minggu sekali..!!
akhirnya kena jumpa Pegawai Zat Makanan.






Bila jumpa Dietation, dia kata ubat Iberet ni ubat paling kuat sekali untuk tambah darah! dia macam pelik makan Iberet tapi HB tak naik-naik...huhuhu

Tips dia bagi, makan ubat Iberet ni masa perut kosong, 2 jam selepas/sebelum makan dan minum dengan air suam+perahan limau/lemon. vitamin C yang ada supaya penyerapan iron lebih cepat berlaku.

Dah usaha buat seperti yang Dietation sarankan.. elakkan kaffein/susu dalam masa 2 jam selepas atau sebelum makan, makan makanan sihat, tambah darah.. darah untuk thalasemia pun dah ambil.

monitor jelah keputusan setiap dua minggu checkup tu.. mudah-mudahan adik baby sihat, sempurna dan selamat bila mama melahirkannya kelak. Amin..

baru makan epal hijau banyak-banyak. nampaknya HB dah naik 11gm.. tengok nextweek checkup pula..


Posted via Blogaway



Friday, November 6, 2015

Cinta 13 Tahun


Today is the day!!




Cinta 13 Tahun :)


Siapa sangka bermula dari persahabatan semasa di tingkatan satu akhirnya menimbulkan rasa cinta di hati kami.. Banyak kot dugaan bercinta lama-lama ni.. kalau nak ikut putus, gaduh tu memang banyak kali dah. Tapi tetap tabahkan hati nak sambung balik hubungan tu. Sayang kot nak lepaskan bila dah bertahun cipta hubungan. tapi Alhamdulillah berjaya juga bercinta bertahun-tahun sampai ke jinjang pelamin.


selama 13 tahun ni juga daku pun dah cukup masak dengan asam garam berjauhan! jadi bila berjauhan kami selalu amalkan KEPERCAYAAN dan KESABARAN. sebab tu dapat bertahan lebih lama. Alhamdulillah mungkin dah jodoh juga kot.






Semoga perhubungan ni terus mekar mewangi dan kekal rapi dalam kotak ingatan dan takkan pernah luput di mamah waktu..

Moga Perkahwinan yang hampir 4 tahun ni berkekalan hingga ke Jannah Allah.. Amin ya robbal alamin...


baca lagi,




Thursday, November 5, 2015

Ambil Darah Dua Minggu Sekali


Dari mengandungkan abglong hakimi lagi. Hb mama tak pandai naik sampai 11.. duk maintain 10 gitu je. 

Bila adikbaby pula.. pun sama.. alahaiii nakk..!!
sepanjang mengandungkan adikbaby hemoglobin/darah merah mama:

10weeks = 11gm
13weeks = 11gm
17weeks = 10.9gm
20weeks = 10.8gm
22weeks = 10.9gm
24weeks = 10.4gm
27weeks = 11gm


Tu pun dah banyak kali episod hampir pitam masa bekerja. kawan tegur muka kuning pucat! Dah tu terpaksa lah checkup dua minggu sekali sebab hb low. Sobb~ tiap-tiap dua minggu ambil darah masa checkup.. psstt!! lali dah tangan ni dengan jarum jemarum! nasib la jenis urat senang timbul.. huhuhu! tu pun bengkak dah...

Macam-macam makan makanan dah.. vitamin 3 serangkai, vitalea shaklee, hati ayam, bayam, jambu batu, buah delima, kerang. result masih sama..

Doktor bekalkan ubat IBERET dah cukup kuat tu..n ada appointment dengan Dietation pun dah pergi.. result masih juga sama... emmm -__ -

Dan ada juga yang suggest cek darah thalasemia. sebab bila ada thalasemia zat besi tak boleh nak serap dalam badan. so kita tunggu la result darah 2 minggu lagi.. emm


sekejap je dah 7 bulan mengandung!

Posted via Blogaway




Wednesday, November 4, 2015

2nd Pregnancy: Kalau Ibu Berseri Itu Anak Perempuan??



Pernah dengar tak kalau ibu mengandung berseri seri mengandungkan anak perempuan? tapi setahu daku kalau muka ibu berseri anak lelaki sebab kalau anak perempuan seri anak yang ambil dan ibu kelihatan tak berseri..

Tapi, Pregnantkan anak kedua ni suka sangat melawa walaupun muka tak lawa mana pung! LOL!
dari awal-awal mengandung suka beli tudung baru, jubah baru, baju baru.. sampaikan mak bising:

Mak: ni anak perempuan ke.. suka sangat melawa. kejap beli tudung.. kejap beli jubah
Daku: kalau anak perempuan camni ke gayanya mak??
Mak: diam.. 

hahahaha  :p

dan kadang-kadang bila keluar berjalan pun suka melawa walaupun sekadar calit lip ice je.. Lol!



yang daku perasan suka sangat makan manis-manis. 
adik baby suka tendang belah kiri dan perut kelihatan lebar. 


wallahualam walaupun harapan mama tinggi untuk dapatkan anak perempuan tapi selebihnya Allah yang menentukan. lelaki atau perempuan yang keluar nanti mama terima seadanya.. janji sihat, selamat dan mudah di lahirkan.. Amin..



Tuesday, November 3, 2015

Senarai Semak Keperluan Bayi Baru


Setiap ibu mahupun bapa excited nak shopping barangan bayi buat kali pertama. 
pastikan tiada pembaziran berlaku ketika membuat persediaan untuk bayi tersayang. checklist yang lengkap memudahkan urusan membeli barangan bayi dengan lebih teratur.

ini panduan Senarai Semak Keperluan Bayi Baru Anda



sumber google



semoga dengan list ini para ibu dapat merancang pembelian barangan anak dengan lebih teratur dan menjimatkan. 

dulu anak pertama mmg betul ikut checklist ni.. semua barang dah ada boleh di guna pakai untuk anak kedua ni..maka anak kedua nanti ukup lah diapers dan wipes! hahahaha jimattt :p



Sunday, November 1, 2015

Dear Husband.. Happy Birthday To You!




To my husband,

Your birthday gives me another chance to tell you that you mean more to me than anything else in the world.

I love you and i know i always will. May you blessed with all that you have ever dreamt of.

Happy birthday and have a lovely day my hubby!

❤ Happy birthday 27 years old ❤