Harga Minyak Petrol Naik 15 sen

8:43:00 PM 4 Comments A+ a-




Harga baru petrol dan diesel bermula November 1. 



RON95, RON97 dan diesel naik 15 sen.

Syukurlah Malaysia masih aman.. emmm...



First Aid- Terkena Air Atau Minyak Panas

8:00:00 AM 6 Comments A+ a-



Dr Hana Hadzrami

Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!

Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama?

Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.

Anak saya dulu, sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis). Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.

Manakala anak yang malang tadi, ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu dibawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung. Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!

Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada. Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.


Image result for terkena minyak panas


Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit. Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal, tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.

Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera, jangankan melecur, tanda merah pun tiada.

Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.



TIga Pelan Data Terbaru Celcom

9:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Celcom baru sahaja tawarkan pelan data terbaru untuk semua!


FIRST™ Gold (RM80/mth)\
-Internet Data 20GB!
-Unlimited Calls
-Unlimited Whatsapp & Wechat
-Unlimited Younder Music
-AnydayGB™ with only RM10/mth


FIRST™ Gold Plus (RM98/mth)
-Internet Data 40GB!
-Unlimited Calls
-Unlimited Whatsapp & Wechat
-Unlimited Younder Music
-AnydayGB™ with only RM10/mth

FIRST™ Platinum (RM150/mth)
-Internet Data 60GB!
-Unlimited Calls
-Unlimited Whatsapp & Wechat
-Unlimited Younder Music
-AnydayGB™ with only RM10/mth


Pelan terbaru Celcom First ini boleh mula didapati oleh pelanggan baru bermula 28 Oktober ini manakala pelanggan sedia ada akan menikmati peruntukan internet baru itu bermula 1 November secara automatik tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.



Semoga celcom dapat memberi perkhidmatan dengan lebih baik.




Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.

10:50:00 PM 3 Comments A+ a-

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 



Kenapa saya patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin kerana saya ingin hadiahkan playdoh ini kepada anak lelaki saya. Dengan permainan playdoh ini ia melatih anak saya menjadi lebih kreatif dan merangsang minda nya berfungsi dengan baik untuk membuat perbagai bentuk playdoh.



Rahsia Kulit Cantik dan Wangian Mewah dengan Enchanteur

8:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Dari dulu memang setia dengan deodoran dari ENCHANTEUR. Bau yang wangi dan tahan lama. Bila dapat parcel dari Enchanteur, bau wangian semerbak dengan kotak packaging yang cantik hati berbunga-bunga. seronok tak terkata!




Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.




Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

1. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie




Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan.

Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.



2. ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 



Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang.

Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 




3. ENCHANTEUR PARIS Adore 


  


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. 

Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.





Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. 




Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut :

Sila layari : www.ENCHANTEUR.com.my atau



Implanon- Alat Pencegah Kehamilan

8:00:00 AM 13 Comments A+ a-


Apa itu Implanon???
"Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.

Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berkesan 99.9%. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.
Implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian. Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.

Rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, tapi kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.

“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.

Kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka.
50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan.

Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.

Siapa yang boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Fakta mengenai implanon:

Berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.


Cara Pemakaian



Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.




Ezbuy Online Shopping Yang Murah Dan Jimat

5:11:00 PM 4 Comments A+ a-




Yeyy.. dah jumpa laman web shopping pilihan hati.. Ezbuy merupakan laman web online shopping yang murah dan menjimatkan! Inilah satu kelemahan daku ialah suka online shopping. Mana tak nya sambil tengok anak bermain, hp pula di tangan. mula lah scroll laman web shopping..



Ha.. suka satu online shopping sedang popular ni iaitu Ezbuy.. mesti pernah dengar kan..



Di ezbuy pelbagai barangan di jual mengikut kategori. Sangat memudahkan pencarian. Antara barangan yang boleh di dapati di ezbuy.my ialah:
  • Women's Clothing
  • Men's Clothing
  • Toys, Mother & Kids
  • Shoes, Bags & Accessories
  • Home & Garden
  • Beauty & Health
  • Sports & Outdoors
  • Office & Stationery
  • Automotives
  • Mobiles & Tablets
Paling penting kos penghantarannya hanya RM8.80 (unlimited parcel size & weight).




Asyik cerita je.. jom daku kongsikan cara-cara shopping di ezbuy.


Cara-Cara Online Shopping di www.ezbuy.my



1. Login / Register

Daftar akaun ezbuy.my di link http://bit.ly/2dDrSGW . Pertama kali daftar korang akan dapat Voucer RM15 dan offer 15% off shipping fee dengan menggunakan CODE ezship15



Selepas DAFTAR.. cek EMAIL korang. Confirm kan verification code then LOG IN semula...

2. Pilih Barang di ezbuy.my

Pilih kategori barang yang korang nak beli.. Semua ada.. rambang mata bila buka satu satu kategori.




Pilih item yang berkenan, Klik ADD TO CHART


Daku lebih minat kepada baju..  jadi categori women jadi pilihan..




3. Shopping Cart ezbuy.my


Selesai memilih item berkenan, klik Shopping Cart



Pilih untuk penghantaran ikut kesesuaian dan klik CHECK OUT


4. Alamat Penghantaran untuk ezbuy.my

Isi maklumat peribadi dan alamat penghantaran dan klik NEXT



5. Pay Now di ezbuy.my




Pilih nak buat pembayaran guna yang mana satu korang ada..  Dah settle! Tunggu la barang sampai rumah :) 

BERITA BAIKKK!!!

khas untuk pembaca Blog Cik Azizah ni...

Gunakan KOD : ezship15 untuk dapatkan 15% shipping fee.

Untuk mendaftar klik http://bit.ly/2dDrSGW 
dan korang akan menikmati voucher bernilai RM15 untuk shopping! 
suka tak..? suka kan..


Saya sudah.. Anda bila lagi??
Jangan cakap daku tak payung.. kihkihkih

Promosi Pizza Hut Dan Dominos Pizza

2:00:00 PM 6 Comments A+ a-



Time inilah Pizza Hut dengan Dominos Pizza buat promosi... telan air liurr japp!




Tunggu sampai gaji boleh.. kikiki.. korang apa tunggu lagi.. pergi serbu Pizza Hut dan Dominos sekarang...

Tanda-tanda Mengandung

8:00:00 AM 7 Comments A+ a-


Ada sesetengah wanita tak tahu dia mengandung sehingga lah tiada haid dalam tempoh sebulan-tiga bulan itu..tetapi ada juga wanita mempunyai firasat yang dia betul2 mengandung sehingga lah dia check pregnancy test POSITIVE! 

Macam daku sendiri dua dua anak check upt selepas 5 hari tak datang haid selepas due period sepatutnya :)



A]Tanda-tanda Andaian

  1. Amenorrhea
  2. -ketiadaan haid berlaku semasa hamil disebabkan suppresion ovulasi oleh estogen dan progesteron
  3. Perubahan pada payudara
  4. - jadi tegang dan sakit berdenyut dan membesar seawal minggu ke 6.
  5. Morning Sickness
  6. -menyebabkan gangguan seperti membenci bauan,menbenci makanan,biasanya pada waktu pagi berkurangan di waktu petang
  7. Kerap kali kencing
  8. - berlaku sebelum 16/52 mengandung sebab peningkatan tekanan uterus ke atas bladder.
  9. Pigmentasi kulit-
  10. chloasma dan linea nigra,primary areola jadi gelap
  11. "Quickening"
  12. - 16-20/52 pergerakan pertama janin

B]Tanda-tanda Kemungkinan
  1. Uterus membesar
  2. Serviks menjadi lembut
  3. Uterine souffle
  4. - bunyi darah di plasenta mengalir
  5. Braxton hicks contractions
  6. - rasa sakit
  7. Pregnancy test-positive

C]Tanda-tanda Positif
  1. Denyutan jantung
  2. - dapat didengar dan dapat dilihat melalui scan
  3. Fetal parts
  4. dapat di rasai oleh pemeriksa dan dilihat melalui scan
  5. Gerakan fetus
  6. dapat dirasai-berombak



Gangguan Ringan Semasa Hamil

  1. Loya dan muntah- minggu ke 6-12
  2. Kerap kencing (tanpa rasa sakit)
  3. Heart burn- iritasi oleh cecair gaster
  4. Sembelit
  5. Muscle Cramp (kejang kaki)
  6. Sakit belakang
  7. Vena varikos
  8. Pitam- B/P rendah dan emosi
  9. Gatal-gatal kulit -pruritis
  10. Leukoria- discaj keputihan/kekuningan
  11. Edema (bengkak kaki)


Jika ada ciri-ciri tersenarai ini.. Tahniah anda mengandung!!


Apa yang ibu hamil perlu lakukan??

Ibu hamil perlulah mengamalkan supplement vitamin yang sihat untuk kesihatan diri serta bayi yang di kandung.. dan semestinya vitamin shaklee menjadi pilihan no 1!!

Apa yang terkandung dalam Set Kehamilan Shaklee ni??





Vitalea
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


Vita C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .


B-Complex 
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. .


Ostematrix
Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. .


Omega Guard
Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.



CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

CARA 1

Klik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant



Tindakan Sebelum Air Pasang Besar

4:24:00 PM 2 Comments A+ a-


Air pasang besar apa tindakan anda??


Kadar Poslaju Naik Bermula 15 Oktober 2016

8:00:00 AM 2 Comments A+ a-


Berita tak best dengar buat peniaga dan pembeli online!
Kadar Poslaju Naik bermula 15 oktober 2016 iaitu RM 7.31 untuk sampul S 500gm.



Jadi kepada pembeli2 online kena tahu kadar poslaju terbaru ni.. tolong jangan minta free postage lagi sebab duit postage untuk kos poslaju bukan untuk peniaga! 

Dengan kenaikan kadar poslaju ni, di harapkan sistem pos laju dapat dinaik taraf juga. yelah sebelum ni bila check nombor tracking takde dalam sistem tahu-tahu barang sampai depan rumah.. 

Kepada customer @zahwashoppe  harap noted dengan kadar poslaju baru ni ye ^___^

Free Name Card di Pixajoy

4:56:00 PM 4 Comments A+ a-


Korang nak buat kad nama free??
Tak payah susah susah tempah kad nama
1 kotak 100pcs harga RM50-100++ tu.. mahal!!



Kawan kawan ramai berniaga online kan?
Time ni la nak tunjuk bisness yang korang ada tu kepada customer..

Hanya bayar postage je RM 8 lebih..
Korang dah boleh memiliki kad nama sendiri.. 3 hari dah sampai ke rumah korang..


Boleh pilih design sedia ada.. yang tu pun dah cukup cantik. Pastu edit lah sikit sikit.. Kad nama ni cantik.. licin, jenis liminated.


Boleh order kat www.pixajoy.com.my. Selamat mencuba!!



Template Baru Lebih Mesra SEO

8:30:00 AM 16 Comments A+ a-


Sudah 6 tahun lebih berblog.. Nak nampak arah tuju blog itu sendiri.. Makanya kena ubah template lebih mesra SEO.. untuk memudahkan pencarian di google search. 

Template sebelum ni, semuanya design dari Azhafizah.Com.. Hasil kerja beliau sangat sangat mengagumkan.. tak pernah kecewakan para pelanggan! tapi kali ni terpaksa ceraikan hasil design fiza.. maka template ini daku buat sendiri berdasarkan free template google..

Ramai yang menggunakan template mesra SEO sekarang ni. Banyak pilihan template mesra SEO yang percuma. Daku pergi satu satu blog. try dan error mana yang sesuai.. memgambil masa seminggu juga la blog under construction. last last ini keputusan terakhir..



Alhamdulillah tak rugi guna template mesra SEO ini sebab banyak peningkatan. Dari Pageview puluh-puluh bulan2 lepas mula meningkat oktober ni dengan Pageview >500! Walaupun masih sedikit.. sebab jarang menulis di sebabkan kekangan kerja dan rumahtangga.. tapi inshaaAllah akan terus cari masa untuk berblog..





InshaaAllah akan terus perbaiki gaya, mutu penulisan dengan lebih baik.. supaya dapat menjadi blogger hebat.. 


Terima kasih semua yang menyokong ^____^




Jururawat Tidur Di Kaunter?

3:32:00 PM 8 Comments A+ a-



Tak paham masih ada segelintir masyarakat yang suka mengutuk profession jururawat. Apa masalah dia dengan jururawat pun tak tahu la..

Kali ni isu viral jururawat di tuduh makan gaji buta kerana tidur di kaunter pada jam 4.10pagi. 



Ni daku nak jawab sebagai seorang jururawat..

Kalau jururawat tidur kejutlah dia..bukan dia tidur lena macam kat katil.. tidur ayam je sekadar nak dapatkan tenaga sekejap. Tidur pun dengan fail fail pesakit yang menimbun tu.. itu maknanya dia baru siap buat report. Kalau kita kejutkan pun nak mintak something tetap dilayan. 

Manusia pun ada waktu rehat lebih-lebih lagi waktu sebegitu,, jururawat bukan robot.. kau ingat dia balik rumah dia tidur lah? nak uruskan rumah tangga anak anak lagi mane rehat dia??

Nasib ada geng pembela nasib jururawat! terima kasih Male Nurse Anwari Hamzah!





Kau bayar RM1 tapi nak service tiptop.. pergi la swasta.. kat swasta kau tidur dengan kawan kau tu satu bilik.. pakai baju sendiri.. jangan nak komplen macam macam! ini manusia yang tak reti bersyukur!



Jenis jenis Cili Kering

8:00:00 AM 3 Comments A+ a-


Tersalah beli cili kering.. bahana yang dapat..pedas melampau lampau! sapa setuju??
nah... tips beli cili kering.. ada jenis-jenis cili kering di pasaran.


Biasa beli cili kering berkedut dan gemok.. itu tak pedas..
so dah paham lepas ni..jangan salah beli lagi! boleh beli ikut kepedasan masing masing..




Bertukar Ke Tesco Love Baby

1:11:00 PM 10 Comments A+ a-


Daku memang pengguna tegar Drypers dari anak pertama hingga kedua ni..dari dorang newborn sehingga la hakimi 3tahun. zahwa 8bulan..

Mula-mula pakai Drypers ni ok je. budak-budak ni pakai Drypers WeeWee Dry.. kalau bajet kurang sikit belikan Drypers Classic. salah satu faktor pakai Drypers sebab nak kumpul point! bila lama lama kualiti Drypers semakin kurang, nipis dan asyik bocor. perasan lagi bila zahwa umor kurang 6bulan dia poo poo, berak cair lambat tukar mula lah bocor ikut belakang dan meleleh keluar.. jenuh sental baju seluar dia -_-"



Bila pakaikan hakimi Drypers Classic saiz XL pula cepat pula pelekat dia tanggal! tak selesa budak tu.. terkengkang jalan.. hancing kemain kalau penuh. nampak sangat nipis dan mudah mengeleber!




Disebabkan ramai review diapers brand Tesco Love Baby bagus, daku pun try & error.. Alhamdulillah kualiti bagus, tebal walaupun lambat tukar tak bocor! anak pun takde ruam apa-apa.. murah pun murah RM26.90 je..sekarang memang guna Tesco Love Baby dah.. cuma kadang-kadang bila pergi Tesco cari pampers.. dah kosong rak! habiss penangan viral!



Cara Tukar Kad ATM Maybank Melalui Maybank2u

8:00:00 AM 3 Comments A+ a-


Heboh sejak bulan julai semua kad bank perlu tukar kepada MyDebit/ PayWave. kita pula lagi 3bulan baru terhegeh hegeh nak buat :P

Kad sekarang (yang TIADA perkataan "MyDebit / Paywave" sah digunakan sehingga hujung tahun ni saja sebelum 1.1.12017.

Malas nak beratur panjang dengan orang ramai, kita boleh tukar kad maybank secara online
.

Step 1: Login akaun M2U atau http://www.maybank2u.com.my/ .

Step 2: Klik "Replace your Maybank Debit Card via M2U"


Step 3: Keluar tajuk ATM/Debit Card - Klik "Replace Card"



Step 4: Isi alamat untuk pemprosesan kad sampai ke rumah- TICK kotak "I accept .... then klIk button "CONTINUE''



Step 5 : ''REQUEST FOR TAC dan isi nombor TAC tersebut dan klIK ''CONFIRM''


Step 6 : SUCCESSFUL




Step 7 : Tunggu kad sampai di rumah.  Jangan lupa Aktifkan kad baru dan tukar no pin nanti. 


- Tiada cas dikenakan
- Jimat masa
- Kad akan siap selama 14 hari bekerja.
- Selama 14 hari bekerja, kita masih boleh guna kad ni.
- Pihak bank akan poskan kad seperti alamat yang kita berikan.