Saturday, January 28, 2017

Keistimewaan Limau Mandarin


Tahun Baru Cina tak sah kalau takde limau mandarin!



Antara manfaat Limau Mandarin ini adalah

1. Dapat menghindarkan diri dari jangkitan kuman

2. Mengandungi vitamin C.. Provitamin A..Flavonoid.. Asid Folic


3. Meningkatkan sel darah putih melawan penyakit

4. Penurunan kadar kolestrol dan tekanan darah 

5. Membantu masalah sembelit

6. Menjauhkan masalah buasir

7. Menyingkirkan mendapan asid urik dalam sendi untuk penyakit gout


Menarik kan?? 2-3 biji limau mandarin pun dah mencukupi..

Selamat Tahun Baru Cina dan 
Selamat Bercuti..



Jangan lupa bawa sekali vitamin shaklee sekali di musim perayaan iniπŸƒ


Hubungi:

 Instagram: @shakleebyazizah
Whatsapp : 013-2378013 
SID Shaklee
Your Health & Beauty Consultant




Wednesday, January 18, 2017

Herbal Blend Multi Purpose Cream Shaklee Pelbagai Kegunaan!


Asalnya beli untuk kegunaan sendiri.. Masa tu nur zahwa ada ruam ruam di pipi. dah la budak perempuan ada ruam pula tak nampak la kecomelan kan.. jadi langkah terbaik daku gunakan Herbal Blend Shaklee ni! Alhamdulillah lepas 3 hari pakai ruam di muka hilang tanpa parut!





Dari situ lah Herbal Blend ni jadi pilihan hati untuk pelbagai kegunaan! Memang Herbal Blend Cream wajib ada  1 tiub dekat rumah! Jangan risau, Herbal Blend sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur. 






Antara kegunaan Herbal Blend Cream Shaklee yang paling best sekali!!

Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga.


Kalau terkena gigit nyamuk, semut atau serangga lain pun boleh sapu. Memang cepat hilang kesan gigitan nyamuk bila menggunakan Herbal Blend ni.. InsyaAllah ianya selamat dari steriod dan berkesan .


Ubat luka / melecur


Jangan tak tahu, Herbal Blend ni juga pengganti sebagai minyak gamat! Seeloknya bila ada luka atau lecur, sapu cepat cepat. Tu sebab kena sediakan setiap rumah 1 herbal blend. Jadi tidak risau lagi kalau terkena percikan minyak panas ke, kena cakar kucing ke, terus sapu.. cepat hilang tanpa tinggalkan parut!


 Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu. 


Bila puting ibu terkena gigitan anak, pastinya terasa pedih lebih-lebih lagi kalau sampai terluka. Alhamdulillah sapu Herbal Blend luka di puting cepat sembuh


 Menghilangkan parut chicken pox


Kalau anda atau anak anda terkena chicken pox atau campak, cuba sapukan cepat-cepat dengan herbal blend. InsyaAllah parut yang ada akan pudar dan hilang .


Ruam pada bayi.


Bayi sangat-sangat senang terkena ruam terutamanya ruam lampin. Cuaca yang sangat panas pun bayi senang terkena ruam. Jadi sapukan sahaja krim ini insyaAllah ia akan melegakan rasa pedih dan akan merawat ruam. Bebas steriod dan kandungannya menthol menyejukkan kulit bayi


Losyen harian. 


Krim herbal blend ini boleh dijadikan sebagai losyen harian. Ia dapat melembutkan tangan anda. Herbal blend tidak berminyak, jadi tidak akan mengganggu kerja seharian anda.


 Melicinkan tumit dari kesan tumit-tumit pecah


Bila ada kulit atau tumit kaki yang pecah boleh di gunakan Herbal Blend Cream ni. tumit kaki lembut dan terasa lembab je.. tidak rasa kering lagi!


Jadi kenapa saya memilih Herbal Blend Shaklee sebagai Multi Purpose Cream??

Dah tentu daku yakin dengan keberkesanan Herbal Blend ni! Di perbuat daripada daun daun herba semulajadi , tidak mengandungi bahan kimia dan selamat!


CARA MEMBUAT PEMBELIAN KRIM PELBAGAI GUNA SHAKLEE

CARA 1

Klik ke KRIM PELBAGAI GUNA SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran melalui GDEX atau Citylink.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Follow Instagram Shaklee :-
Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant




Tuesday, January 17, 2017

Cemas Bila Anak Hilang!


Baru baru ni pergi Ikea cuci mata.. cuci mata pun terbeli la beberapa barang ikea. 
Kejadian berlaku ketika beratur di kaunter pembayaran..daku beratur di kaunter untuk membuat bayaran.. encik suami dukung zahwa keluar dari kaunter pembayaran.. hakimi pula ikut papa dia dari belakang.. rupa rupanya ketika itu encik suami tak perasan pun hakimi ikut dia!


Dalam daku beratur nak sampai turn bayar, encik suami datang tanya 
"mana hakimi??"
"ikut awak"

Masa tu muka cemas, panik dah! suami dah melilau cari hakimi.. daku still tunggu kat tempat bayar.. kali kedua suami datang dia kata tak jumpa hakimi! nah... masa tu nak bayar dah.. daku tinggalkan troli dan barang2 ikea atas kaunter terus mencari hakimi! peduli apa dah masa tu..!

Berdebar! Cemas! Takut! semua perasaan ada! separuh nyawa hilang weiii!
dah jadi macam orang gila tau.. cari anak punya pasal! last choice cari security nak minta annouce budak hilang. 

Tengah cakap dengan security encik suami datang bawa hakimi yang sedang nangis. Alhamdulillah syukur jumpa :) Lega! Nasib kejadian berlaku tak lama...

Encik suami cakap dia pergi balik kaunter bayar tu sambil menangis2 cari mama.. mujur ada orang tolong jagakan sementara kitorang datang..


Uolls tahu apa perasaan masa kejadian tu??
nak gugur jantung ni! separuh nyawa hilang!
ys Allah! macam ni la perasaan ibubapa bila ada anak hilang atau kes culik.. tak tergambar dengan perkataan! Nauzubillah minta di jauhkan..


Moral of the story

Lepas ni lebih berjaga jaga bila bawa anak anak pergi ke mana mana..pastikan dia sentiasa berada di sisi kita.  pengajaran buat daku, suami supaya lebih berhati hati di kemudian hari.. InshaaAllah!




Friday, January 13, 2017

Lunavie Breast Thermo Pad 2 In 1 Melegakan Bengkak Susu



Bengkak susu selalu terjadi pada ibu yang baru melahirkan anak! Semasa dalam pantang pengeluaran susu sangat banyak tetapi bayi hanya hisap sedikit. secara tak langsung ini menyebabkan breast jadi bengkak! Jangan risau dengan Breast Thermo Pad Lunavie 2 In 1 ini sangat terbaik untuk ibu yang menyusukan anak! 



Sebagai seorang ibu moden anda sangat memerlukan Breast Thermo Pad 2 in 1 ni untuk mengatasi bengkak susu! Dengan cara moden ini ibu tak perlu susah hati memikirkan masalah breast yang bengkak dan sakit dan dapat tangani masalah breast bengkak dengan cepat!


Thermo Pad ni ada dua fungsi iaitu kegunaan untuk pemanasan dan penyejukkan. 

Kegunaan pemanasan
-Untuk merangsang pengeluaran susu sebelum di beri kepada bayi. 

Kegunaan penyejukkan
- Untuk melegakan bengkak dan sakit di breast



Di reka bentuk donut dan mempunyai lubang di tengah supaya ia tak menekan puting. Ibu rasa selesa. Ianya juga sesuai di letakkan di dalam nursing bra.



Cara Penggunaan Thermo Pad 2 in 1:

Penggunaan Sejuk - Melegakan sakit dan bengkak susu

1. Simpan Thermo Pad ini di dalam peti sejuk atau penyejuk beku. Rasa suhu pada pad tersebut dengan tapak tangan dan balut dengan tuala nipis sebelum dilekapkan pada breast.


Penggunaan Panas- Merangsang pengeluaran susu

1. Rendam pad dalam semangkuk air panas dalam 10 minit. Rasa suhu kepanasan dengan tapak tangan dan lapik dengan kain nipis sebelum di letakkan pada breast.

Menarik kan?? Mudah dan pantas je..




Bagaimana nak dapatkan produk ini?

Boleh hubungi:



Wednesday, January 11, 2017

Tips Melatih Anak Berjalan



Anaksoleh Hakimi start berjalan sebelum usia 11 bulan lagi. Di ikuti pula anaksolehah nur zahwa juga sebelum usia 11bulan dah pandai berjalan! Alhamdulillah dua dua anak cepat berjalan walaupun ada budak lagi cepat dari itu. just nak share pengalaman melatih anak berjalan.. tapi harus di ingat lain anak, lain perkembangannya yer..


1. Anak akan lebih cepat berjalan kalau selalu latih dengan ibu bapa dia. Ajar la tatih 3,4 langkah dengan memegang kedua dua tangan dia. kena pegang sebab dia baru belajar mengimbangi dirinya.
2. Ajak husband pegang tangan anak lagi sebelah. Cuba untuk ajar dia jadi berani jalan dengan pegang sebelah tangan je. Anda boleh memegang tangannya sama ada berdiri atau melutut di depannya. Kemudian lepaskan tangan lagi sebelah dan biar dia tatih sorang-sorang. 
3. Latih anak berjalan tanpa jemu. jangan lupa beri pujian seperti tepuk tangan sebab usahanya untuk berjalan tanpa di bantu.
4. Pastikan ajar anak jalan atas tikar / carpet supaya bila jatuh tak la terlalu sakit.
5. Masa ajar anak berjalan, biarkan kaki anak tanpa stoking / kasut. Ni untuk memudahkan anak kita menyeimbangkan badan dan mengawal pergerakan. Lagipun anak boleh rasa jari-jari dia grab lantai dan dia akan lebih confidence bertatih.
6. Biar anak anda explore sendiri atas lantai. baby yang banyak explore sendiri lagi cepat merangkak, berdiri n jalan berbanding yang selalu kena dukung, duduk dalam buai
7. Doa ibubapa itu penting! Berulang ulang doa supaya anak cepat berjalan untuk memudahkan kerja anda :) Doa ibubapa kan mujarab! 


Sebenarnya, anak tidak perlu ‘diajar’ kerana mereka akan membuat keputusan sendiri berjalan apabila telah bersedia untuk berjalan. 

Jadi kita sebagai ibu bapanya tidak seharusnya membandingkan anak dengan anak orang lain, kerana setiap bayi berbeza tahap pembesarannya. Mereka harus belajar menerima seadanya.




zulhakimi zaim 11bulan


nur zahwa 11bulan




p/s: selamat berjalan jalan dengan baby! yeyyy~






Tuesday, January 10, 2017

Monday, January 9, 2017

3rd Pregnancy?? Alhamdulillah


Speechless.. Rezeki tak di duga.. Rezeki suami naik pangkat tahun lepas
Alhamdulillah syukur nikmat.. berpeluang mengandung kali ke 3!  Macam tak caya nak jadi ibu anak 3.. hohoho



Cek pregnancy test selepas 5 hari tak datang period.. sekali positif! tak tahu nak menangis ke gembira masa tu...sebab zahwa kecik lagi.. hahaha

Macam anak yang lain sebelum ni, memang takde sebarang alahan.. cuma tak boleh bau busuk even basuh poopoo anak sendiri pun sampai bergaduh laki bini. huh! 
Selera makan ada tapi berat badan tak naik.. malas masak.. rasa nak baring dan berehat.

Mengandung kali ni pun sama macam mengandungkan zahwa. suka cantik, bergaya, shopping, beli baju baru.. hihihi


Alhamdulillah.. nikmat dan rezeki dari Allah! takde rezeki lain takpe.. tapi rezeki anak ramai :) InshaaAllah due bulan 5 tahun ini.. doakan daku dan kandungan baik2 dan di permudahkan sehingga bersalin ye.. Amin...



"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"



Saturday, January 7, 2017

Dilema Pesakit Gout @ VIVIX


Vivix ikhtiar untuk sembuhkan sakit gout! Hadiahkan nikmat kesihatan buat ibu, ayah serta orang tersayang :)



Jijah nak share cerita derita pesakit Gout, Jadi harap korang teruskan bacaan terutama jika ada ibu bapa yang mengalami masalah Gout ni.




Testimoni 1

Seorang ayah kawan berpuluh tahun sakit gout, salah makan je automatik buku lali bengkak tak boleh berjalan. berjalan sampai mengheret kaki! dasyat kan?? dan setiap kali gout ambil painkiller dan ubat gout kat hospital. Alhamdulillah lepas perkenalkan VIVIX langsung tak makan painkiller dan ubat.




Testimoni 2 


Tumit kaki sakit bila pijak, bila konsisten minum VIVIX sakit kaki dah tiada! sebotol pun belum habis!




Testimoni 3

Sakit kaki pulih, tak perlu bertongkat lagi selepas amalkan VIVIX pagi dan malam!




Alhamdulillah ikhtiar selagi terdaya, asbab usaha dan tawakal kepada Allah.


Promo Bulan ni 
Twin Pack less 5% (save RM200), 
FREE membership, 
FREE postage


Pilihan di tangan anda!



CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX SHAKLEE

CARA 1

Klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant
.

Friday, January 6, 2017

Perbezaan Taska..Tabika.. Pra Sekolah



Orang tanya kenapa masukkan anak sekolah Tadika awal sangat 4 tahun?? kesian tak puas nak main! Bagi daku, better dia bersekolah sebab dapat jumpa ramai kawan, boleh belajar berdikari, peluang bermain.. selain itu, bila anak dah ramai ni. mudah pengasuh nak handle anak yang kecil.

Tak banyak pilihan pun sebenarnya..  Taska Permata Kemas, Tabika Kemas, Taska Permata Negara dan Pra Sekolah,.

Apa beza pula nama ni?? Ingatkan Taska, Tabika sama je tapi lain tau..

Tadika tu maknanya Taman Didikan Kanak-kanak, Tabika tu Taman Bimbingan Kanak-kanak dan Taska ialah Taman Asuhan Anak-anak.. Pra Sekolah pula persediaan kanak-kanak sebelum ke tahun 1.

Kalau Taska dari umur baru lahir hingga la ke umur bawah 6 tahun dan beroperasi pada waktu pejabat, Macam Tadika atau Tabika kemas seawal 4 tahun dah boleh hantar cuma dari jam 8am-12pm dan pendaftaran terbuka kepada semua kanak-kanak 4-6 tahun.


Tabika KEMAS pilihan hati!

Actually apply Taska Permata Negara under isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor tu tapi mungkin pendapatan tak layak agaknya jadi tak dapat panggilan lagi. jadi anak soleh zulhakimi daku daftarkan ke Tabika Kemas. 


Walaupun ada orang cakap tabika KEMAS ni banyak "main-main", "menyanyi" tapi takpe lah hakimi baru 4 tahun.. biar dia seronok berkawan. Lagipun tadika KEMAS yuran bulanan murah sesuai lah dengan pembelajarannya.



Macam tak percaya dah 5 hari hakimi bersekolah.. masih menyesuaikan diri, Moga segala ilmu yang anak-anak kita dapat semasa belajar di tadika atau di sekolah mereka dapat menerima dengan mudah... Moga anak2 kita semua berjaya di dunia dan jugak di akhirat... Amin..






Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertama Sekolah Tabika Kemas


Alahai dah besar anak sulung zulhakimi zaim ni.. tahun ni dah 4 tahun. Jadi mama daftarkan dia sekolah Tabika Kemas. 

Bangun pagi ok
Mandi ok
Kat sekolah ok



Alhamdulillah hari pertama sekolah berjalan lancar! Hari selasa dan khamis pakai baju sukan baju putih&seluar hitam.

Alhamdulillah dia suka sekolah. Cuma lasak dia bila berjumpa ramai kawan.

Hari ni balik kul 12 pm.. muka seronok balik sekolah.



Semoga berkekalan hingga akhir sekolah. Amin..

Sunday, January 1, 2017

01 Januari Selamat Datang 2017


01.01.2017 Salam Tahun Baru uolss!

Macam mana dengan sambutan countdown semalam? Mesti ramai countdown mengira detik 12 malam kan? Bestnya! Daku kerja malam.. Pung pang pung pang bunyi motor mat mat motor berdekatan hospital nak ke Dataran berdekatan..

Permulaan tahun baru.. azam haruslah baru kan??

Semoga tahun 2017 ni memberikan kami suami isteri penuh keberkatan,
kasih sayang sekeluarga yang berpanjangan..
rezeki dalam bisness shakleebyazizah dan zahwashoppe yang melimpah ruah dan mendapat anak yang soleh dan solehah.. Amin..

Tak sabar menunggu anak ketiga end of mei nanti! Semoga di permudahkan segala urusan.. Amin..

Selamat tahun baru 2017 korang!! 
Semoga azam anda tercapai juga.. inshaaAllah Amin..