Resepi Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus Sebelum tu panaskan kukusan dulu ye.. Bahan A (gula hangus) 1 cawan Gula pasir 1/2 cawan Air panas ...


Resepi Apam Gula Hangus

Sebelum tu panaskan kukusan dulu ye..

Bahan A (gula hangus)

1 cawan Gula pasir
1/2 cawan Air panas




1. Masuk gula dalam periuk masak dengan api perlahan.. 
selalu kacau supaya tak hangit. Gula akan bertukar dari putih jadi warna coklat.
2. Bila gula dah warna coklat tutup api dan masuk air panas cepat cepat tapi dengan berhati hati kerana nanti meletup letup dalam periuk tu. Sambil masuk air panas sambil kacau. Dah siap letak tepi untuk sejukkan.

Bahan B

1/2 cawan Minyak masak
2 biji Telur
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan Marjerin




1. Campur semua whisk kan. Malas whisk pakai blend je..
2. Campurkan bahan A tadi dekat bahan B

Bahan C

1 1/2 cawan Tepung gandum
1 sudu kecil Soda bikarbonat


1. Campur keduanya dan ayak
2. Masuk sikit sikit dekat campuran A dan B. adunan akan jadi warna perang macam gambar atas




  
1. Oles acuan guna marjerin atau minyak
2. Masuk adunan dalam 2/3 acuan (jangan penuh sangat)
3. Api sederhana. Kukus 15 minit untuk acuan kecik kecik macam ni.. kalau pakai loyang or acuan besar kukus 25 minit.




Selamat minum petang ^___^




You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. sedap tu .. klu nk warna dia lagi hitam ...mcm jual kat kedai tu nk buat mcm mana ek ... nampak lebih sedap gitu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gula tu kena kasi hangit lagi rasanya kak

      Delete
  2. singgah sini dan salam kenal :) sedapnyaa. boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  3. apam ni sy suka mkn panas2...kena pulak dgn kelapa perghhhh

    ReplyDelete
  4. sy pun kalau malas nak whisk, guna blender la paling senang 😄 senang ja rupanya cara buat apam gula hangus ni, cuma sy x berapa gemar makan. selalu kalau minum petang, goreng cucur adabi ja

    ReplyDelete
  5. sedapnya! Fiza tak pernah cuba buat lagi ni. rajin jijah buat apam gula hangus.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!