Friday, October 6, 2017

Wangian Mempersona Dengan Enchanteur Stunning


Assalamualaikum korang!


Lamanya tak update blog.. rinduu! tapi jangan risau jijah tetap ingat anda semua! 
Terima satu bungkusan..excited! teruja! 
bila buka terserlah wangian dari haruman kotak baldu penuh ekslusif.. disamping taburan bunga bungaan yang mempersona!
inilah dia Enchanteur Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona :)



Enchanteur Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

Produk Enchanteur tak pernah mengecewakan. tu sebab ia bertahan jangka masa yang lama..jom kita tengok apa di sebalik kotak ini..


Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Wangian Enchanteur mampu menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

Bak kata Author C.Joybell C 

“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian...”


Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood.



ENCHANTEUR Stunning Eau De Toilette
Boleh didapati pada harga RM 28.20 (termasuk GST) bagi setiap botol 50ml




Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.



ENCHANTEUR Stunning Perfumed Body Lotion
Boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM 5.40 hingga RM 17.60



ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Roll-On
ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40.




ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Mist
ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40.



ENCHANTEUR Stunning Perfumed Talc
Boleh didapati dari harga RM 4.40 hingga RM 11.80






Nampak tak botol wangi ni, cantik kan. Boleh nampak bentuk botol ni seperti bentuk badan wanita. Hah!!, ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT iaitu berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya.
Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.





Saturday, September 30, 2017

Hakimi Sudah 4 Tahun




Wahai anakanda..
Wahai pujaan hati semua
Wahai putera papa mama
Wahai anak arjuna beta
Andai engkau kenal dunia
Andai engkau kenal semua
Mohon kekal akhlak anakanda
Mohon kekal jangan tersia
Anakanda comel sudah dewasa
Anakanda soleh bakal tercipta
Andai doa dapat di baca
Andai kasih kekal sentiasa
Doa anakanda baik2 sentiasa....

Noted: 10 tahun lagi..harap hakimi boleh baca ni sendiri!! Takut lepas2 ni mama tak boleh wish mcm ni..... 😊

Selamat hari lahir sayanggg
Zulhakimi Zaim,
Mama doakan semoga hakimi di panjangkan usia,
Di kuatkan iman & takwa pada Allah dan Rasul..
Di murahkan rezeki..
Di beri kesihatan yang baik..
Di anugerahkan kejayaan & kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Jadi anak yang baik, cerdik dan petah..
Jadi anak penyejuk mata mama dan papa


HAPPY 4rd BIRTHDAY ZULHAKIMI ZAIM 

Thursday, September 28, 2017

Berjimat! Gaji Awal Penjawat Awam Bulan Oktober.

Bala!
Gaji awal masuk pula 11 oktober nanti di sebabkan perayaan deepavali 18 oktober.
Ini secara tak langsung sela dari 11oktober hingga 23 november selama 42 hari. OMG!!

Berjimatlah wahai rakan-rakan penjawat awam.
Pertama sekali dapat gaji 11 Oktober tu, settlekan bil bil, simpanan kemudian peram sampai 25 Oktober. Dah tiba tarikh, baru gunakan. Itu caranya kalau tak nak cepat susut. Disiplinkan diri ye.

Semoga bertabah..


Wednesday, September 27, 2017

Cashout Nuffnang 2 Tahun


Assalamualaikum.. salam sayang korang..

Sesungguhnya zaman bujang tak sama zaman mak anak tiga ni.. banyak kekangan masa untuk berblog. 

selama 7 tahun berblog walaupun tak dapat earning yang banyak tapi rezeki dari pengiklanan itu ada. 

2010 start berblog.. 
2011 mula jadikan nuffnang sebagai medan pengiklanan
Alhamdulillah setiap lebih kurang 6bulan dapat cashout nuffnang rm100++




2013 Selepas berkahwin mempunyai anak sorang, masih aktif berblog..berblogwalking blog kawan-kawan.

2015 Mengandung anak kedua dan seterusnya blog semakin di lupakan :( dah jarang menulis..join giveaway kawan-kawan, blog review pun banyak tertangguh..

2017 Hari ni buka balik akaun nuffnang masih ada earning selama dua tahun rm76.19. elok lah dah hujung bulan terus cashout. 

kita start 0 balik.. semoga iklan bertambah tambah lepas ni.. jadi mood blog sila lah datang..


tq korang!




ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan | Sememangnya kita sudah tahu pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.


Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari. 




Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!


Dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.


Produk ni menawarkan 3 variasi wangian yang menarik iaitu: 



ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 

• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 



Jadi wanita, walaupun sibuk di rumah mahupun di pejabat, bukan alasan lagi untuk jaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi seluruh negara dengan harga RM11.90 (termasuk 6% GST) bagi saiz 220ml.


Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari 

atau